Pada satu hari bini GaBRiEL Tunyuk datang ke pejabat agama untuk mendapat khidmat nasihat.
Bini GaBRiEL: Saya ni serba-salah ustaz, suami saya ni asyik meminta-minta dari saya, tiap2 hari minta, pagi nak, petang nak.. Saya sampai dah serba-salah nak bagi atau tak.. Saya dah tak larat ustaz..
Ustaz Mat the Matics: Oh, saya faham.. Sebenarnya puan, setiap kali puan menunaikan keinginan suami puan, besar pahalanya utk puan, bahkan wajib puan menunaikan hajat suami kalau ia berhajat kepada puan, dan haram puan menolaknya tanpa sebab2 yg dibenarkan hukum syarak.
Walaupun puan letih, insyaallah, kalau suami puan redha, Allah SWT pun redha, dgn penat lelah puan tu pahala dan syurga ganjarannya utk puan. Allah SWT berfirman:
"Isteri-isteri kamu seperti sawah ladang bagi kamu, maka bercucuk tanamlah disawahmu itu sebagaimana yang kamu ingini." (Al-Baqarah:223)
Dan Rasulullah SAW pernah bersabda:
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda: Mukmin yg sempurna imannya, ialah yang sebaik-baik peribadinya dan sebaik-baik peribadi ialah orang yang paling baik terhadap isterinya." (HR. Ahmad dan Tirmidzi)
Dari Ummi Salamah, Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa di antara wanita yang mati dan ketika itu suaminya suka (redha) kepadanya, maka ia akan masuk syurga." HR. Inu Majah dan Tirmidzi)
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tapi si isteri menolaknya, jika suaminya marah sepanjang malam itu, maka sepanjang malam itu pula malaikat-malaikat melaknat(mengutuk) si isteri." (HR Muttafaq alaih)
Bini GaBRiEL: Suami saya bukan minta itu ustaz, suami saya asyik minta duit nak pegi cc, pagi pegi, petang pegi entah apa yg dia main online ustaz..
Idea asal cerita ni aku ambik dari cerita lawak 'Khasiat Kurma' nukilan GaBRiEL, konsepnya sama..
Terjemahan ayat Quran dgn hadith2 tu memang dah mashur..
Tapi cerita 'Ustaz Gab dgn Ijoi lembam' ni adlh trademark haku, cuma ada kat GC ni aja..
Dan idea asal hampir semua 'Ustaz Gab dgn Ijoi', aku punya idea asal, bukan copy paste dari mana2, kecuali ayat2 Quran dgn hadith2..
Kalau pernah baca cerita 'Khasiat Kurma' kat tempat lain, tak tau laa..
Uikkss... ko culik idea asal dari citer aku ke? Ooo.. citer tu pun hadir asal dari benak aku gak, takde tiru sesapa. Kok cenggitu, dengan ini aku nk mintak bayaran royalti sebanyak rm2 juta pound sterling duit Papua New Guinea!! Sila buat pembayaran sekarang, kalau tak aku akan hantar loyar saman malu kat ko! Abis la bangkrap ko lepas ni Ijoi.. Hari-hari makan biskut lorrrr...
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."