Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: jin & syaitan


Senior Member

Status: Offline
Posts: 251
Date:
jin & syaitan


 

 Assalamualaikum..

 

  Saya ada persoalan yang berlegar- legar dalam minda saya ni. Kalau boleh, ada sesiapa yang punya maklumat haraplah dapat berkongsi ye awwawwaww

1) Asal syaitan adalah daripada Iblis yang enggan sujud hormat kepada Nabi Adam a.s, bagaimanakah agaknya mereka berkembang biak menjadi keturunan- keturunan syaitan nirrojim yg banyak. Adakah pada masa tersebut Allah ciptakan pasangan untuk Iblis sehingga berkembang biak? Ataupun Iblis tu boleh tukar jantina mcm sesetengah spesies haiwan yg mampu lakukannya...

 

2) Saya pernah mendengar bahawa tulang adalah makanan jin, adakah semua mereka mam mam tulang? Ataupun penah dengar gak orang cakap dorang mam asap. atau adakah dorang pn punya binatang ternakan...

 

Hmm..harap maaf andai ter'over', tp spontan terbit plak soklan2 ni confuse



__________________

sebab aku x baik la aku nk perbaiki diri aku...

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1018
Date:

aku harap ini membantu...

BANYAK ulama menegaskan bahawa jin seperti semua makhluk ciptaan Allah SWT terdiri atas dua jenis kelamin iaitu lelaki dan perempuan. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT pada surah Yasin ayat 36 yang bermaksud: "Maha suci (Tuhan) yang menciptakan pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui." 


Seterusnya dalam surah Jin ayat 6, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang lelaki di antara jin." 

Ulama menjadikannya sebagai bukti adanya jenis kelamin lelaki dan perempuan bagi makhluk jin. Di samping ayat al-Quran di atas, beberapa hadis juga dijadikan petunjuk adanya jenis kelamin jin.
Antaranya hadis daripada seorang sahabat Nabi SAW iaitu Anas Malik yang berkata bahawa Nabi SAW apabila masuk ke tandas Baginda membaca: "Allahumma inni a'uzubika minal khubusi wal khabais (maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada gangguan al-Khubus dan Khabais)." 

Menurut Ibn Hajar rhm dalam buku Fath al-Bari, al-Khubusi adalah jamak daripada khabis bererti jin lelaki, manakala al-Khabais daripada al-Khabisah yang bererti jin perempuan. Jika jin berjenis kelamin lelaki dan perempuan atau jantan dan betina, tentu mereka juga berhubung seks.
Satu lagi ada isyarat yang difahami ulama mengenai hal ini iaitu firman Allah SWT dalam surah ar-Rahman ayat 56 yang bermaksud: "Di dalam syurga itu ada bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, belum pernah disentuh (disetubuhi) oleh manusia sebelum mereka (iaitu sebelum penghuni syurga menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." 

Bidadari syurga tidak pernah disentuh jin tetapi dalam kalangan manusia mungkin ada yang pernah disentuh jin ketika di dunia.

Jika mereka melakukan hubungan seks, tentulah mereka memiliki anak cucu.

Ayat yang menjadi dasar pemahaman ini antara lain firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 50 yang bermaksud:"(Ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah daripada golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedangkan mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah SWT) bagi orang yang zalim." 

Ayat lain yang menjadi dasar iaitu surah al-A'raf ayat 27 yang bermaksud:
"Sesungguhnya ia dan qabiluhu melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka." 

Kalimat qabiluhu adalah kelompok yang terdiri daripada tiga anggota ke atas. Ia juga boleh diertikan kelompok yang disatukan oleh ibu bapa. Ada juga yang memahami kalimah qabiluhu pada ayat di atas dalam erti pengikutnya daripada jenis manusia.  Tetapi pemahaman ini tertolak dengan lanjutan ayat itu yang menyatakan: 

"Kamu tidak boleh melihat mereka."

Kalau yang dimaksudkan dengan qabiluhu adalah manusia, tentulah mereka boleh melihat.

Atas alasan ini, dugaan yang kuat pada ayat terbabit perkataan qabiluhu bermaksud anak keturunan jin. Maka bertemulah makna ayat ini dengan makna ayat 50 surah al-Kahfi yang sudah disebut sebelumnya.

Demikianlah, wallahualam.

 

*** sumber..BERITA HARIAN..

 

...................................................................

MAKANAN JIN
Ulama mempunyai berbagai-bagai pandangan dalam hal ini, ada yang mengatakan :
  1. Kesemua jin tidak makan dan tidak minum.
  2. Setengah jin makan dan ada setengah di kalangan mereka tidak mahu kepada makan.
  3. Kesemua jin makan dan minum.
Cara makan mereka pula berbeza :
  1. Mereka hanya mencium sahaja.
  2. Mereka makan seperti biasa iaitu menguyah dan menelan.
Walaubagaimanapun pendapat yang lebih kuat mengatakan bahawa golongan jin makan dan minum. Sebagaimana Firman Allah s.w.t  bermaksud :
 
Dan orang Yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. (dua syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan.  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua matair yang mengalir. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. Pada kedua syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
 
Dalam ayat ini menunjukkan sesungguhnya Allah menyediakan kepada hamba-hambanya yang taat sama ada jin ataupun manusia dua syurga. Jin dan manusia kedua-duanya masuk syurga dan berseronok padanya menunjukkan yang jin itu makan dan juga minum, kerana di dalam syurga itu ada makan dan minum sebagi balasan Allah kepada mereka selain daripada balasan yang lain.
Mafhum sabda Rasulullah s.a.w
 
"Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya ia membawa bijana untuk keperluan wudu' dan untuk hal yang lain. Manakala ia menemui baginda, baginda bertanya siapa ini, aku menjawab saya Abu Hurairah. Sabda baginda : ikut akan daku, carikan batu untuk aku beristinjak, tetapi jangan bawa tulang dan tahi. Maka aku bawakan batu, di hujung bajuku dan aku letakkan di samping baginda. Kemudian aku beredar, apabila baginda telah telah selesai menunaikan hajatnya aku pun bertanya : mengapa tulang dan tahi tidak boleh digunakan. Jawab baginda : keduanya adalah makanan jin".
 
Mafhum sabda Rasulullah s.a.w lagi :
 
"Daripada Umaiyyah bi Mahsya berkata : Adakah Rasulullah s.a.w duduk bersama seorang lelaki sedang makan dengan tidak menyebut nama Allah dan kemudian menyebutnya di akhir pemakanannya. Maka berkata Rasulullah s.a.w : Syaitan masih makan bersamanya".
 
Sesungguhnya golongan jin pernah memohon kepada Rasulullah s.a.w mengenai makanan. Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
"Bagi kamu setiap tulang yang disebut nama Allah keatasnya yang berada di tangan kamu dilengkapi sekali dengan dagingnya dan setipa najis ternakan manusia menjadi makanan kepada ternakan kamu'. 
 
Ibnu Salam di dalam tafsirnya mengatakan najis binatang ternakan manusia akan kembali hijau sebagai makanan binatang ternakan jin.   
 
Mafhum baginda s.a.w lagi :
 
"Jangan kamu beristinjak dengan keduanya (tulang dan najis binatang) kerana keduanya adalah makanan saudara kamu (jin)".
 
Baginda Rasulullah s.a.w menjelaskan kepada kita yang syaitan makan dan minum dengan tangan kiri dan memerintahkan kita supaya jangan menurut tabiat mereka, sebagaimana mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
 
"Apabila salah seorang kamu makan hendaklah menggunakan tangan kanan dan apabila minum hendaklah ia minum dengan tangan kanan kerana sesungguhnya syaitan makan dan minum menggunakan tangan kirinya'. 
 
Ibnu Umar mengatakan bahwa hadis ini menjadi dalil yang golongan jin itu makan dan minum tetapi bukan untuk menguatkan pendapat yang mengatakan bahawa syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.
Al Imam An-Nawawi r.a menegaskan :
Yang sebenarnya jumhur ulama' (sebahagian besar ulama') baik Salaf mahupun Khalaf dari golongan ahli-ahli Hadis Feqah dan mutakallimi mengatakan bahawa hadis itu tadi dan haids yang sama dengannya menegnai makannya syaitan adalah menunjukkan yang zahirnya iaitu syaitan memang makan, yang tidak dapat dibuat sebarang helah lagi, bahkan syara' mengakuinya maka wajiblah kita menerima dan menyakininya.   
 
Sebenarnya banyak lagi hadis-hadis yang menerangkan mengenai jin ini yang mana mereka makan dan minum tetapi memadailah dibawa dua tiga hadis untuk menjelaskan tentang tabiat mereka itu.
**sumber : www.darussalam.net.my/index.php/14-2012/jin-a-kehidupan/38-makanan-jin

 



__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1018
Date:

Sebuah Ringkasan

Azazil = Iblis = benda yang sama..

Azazil = Bahasa Ibrani
Iblis = Bahasa Arab

asal penciptaan iblis dari Api. Dia berketurunan jin bukanlah berketurunan Malaikat..dia ditugaskan untuk menjaga bumi, menghalau jin2 jahat. Jin2 tersebut lari ke beberapa pulau/hutan.

Iblis adalah penjaga pintu langit..kira yang paling kuat.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
Allah Berfirman "Akan Ada Pengkhianat di antara kalian".. kepada Para Malaikat..
Para Malaikat Takut, lalu meminta IBLIS untuk berdoa kepada mereka, Tetapi IBLIS alpa dengan kekuatannya yang boleh melawan semua jin-jin di Bumi..Si Iblis tidak berdoa untuk dirinya.

lalu,

Allah mencipta ADAM dari Tanah.. IBLIS alpa, dan tidak mahu ikut sebagaimana diperintahkan Allah kepadanya..Agar sujud kepada Nabi Adam a.s.

lalu, Hawa pula dicipta dari tulang rusuk Nabi Adam A.s.. Mereka tinggal di dalam Syurga..tetapi terpedaya dengan Hasutan Iblis..

'"Qala Rabbana Zolamna, anfusana wa in lam takfirlana watarhamnalana kunanna mina as-sohirin".

Allah menurunkan Adam dan Hawa ke bumi..Iblis meminta sesuatu kepada Allah..

Iblis turun ke Bumi..mencari kembali jin-jin jahat yang dihalaunya..dia menjadi raja kepada Jin-jin tersebut..

Menurut Buku- Dialog Dengan Jin - http://www.akrine.blogspot.com..
Beberapa kepulauan tersebut yang disyaki..

PULAU TIGA SEGI BERMUDA..
- dipercayai ada kerajaan iblis di sana.

ustaz aku cakap, banyak lagi istana-istana dia.. mungkin di gunung2,pulau dan hutan.

dan sebagainya..

p/s : pernah abang sedara aku, pelajar Silat... pergi ke gunung dekat kedah..balik rumah terus jadi GILA..mungkin di situlah antara Kawasan IStana tersebut.. semuanya dihuni oleh Jin-Jin yang berusia ratusan tahun..

Wallahua'lam...

__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 251
Date:



terima kasih yg amat tok en. chikun atas ilmu pengetahuanmu yg besar ni..
wlupun aku masih pening2 dlm mempahamknnye tp sikit sbnyak trjawab gk persoaln aku nih

pg ni ak pening2 lalat. tq ye



__________________

sebab aku x baik la aku nk perbaiki diri aku...

 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard