tumpang tny....korang knal x uri?...ala yg kuar skali ngan bebi time bsalin 2??
so aku nk mintak pndapat korg le...btoi ke org kata kalu x cuci uri 2 bersih2 sbelum tanam(bg org islam la).nt ada efek kt bebi 2...contoh bebi 2 jd sakit,ada ggauan benda halus n mcm2 lg la....abis 2 mcm na plak ngan kaum india n cina? diorang bkan jenis tanam uri 2,,buang cam 2 ja...tgk ank diorang sihat sejahtera plak..cube geng2 GC bg pendapat...plz.:
Hari ni aku nak berkongsi sikit mengenai cara menguruskan uri atau tembuni atau placenta. Pasti ramai yang dah tau apakah bendanya uri ni. Kalau tak tau dan kurang jelas, uri atau tembuni ni adalah satu organ dalam kandungan semasa sepanjang proses kehamilan. Ianya berfungsi untuk membolehkan berlakunya penyerapan nutrien, oksigen, penyingkiran sisa melalui darah ibu yang mengandung. Lebih kurang gitu la fungsinya.
Dan kebiasaannya selepas kelahiran bayi, pihak hospital akan menyerahkan uri atau tembuni bayi tersebut untuk diuruskan oleh pihak keluarga bayi tu sendiri. Dan yang sering kali menjadi persoalannya, apa yang harus dibuat kepada uri tersebut ?
Kalau mengikut adat dan kepercayaan orang Melayu kita, memang kadang kadang tu pelik pelik. Bagi bangsa lain aku tak pasti la pulak. Aku pernah dengar ada orang menanam uri tu bersama sama dengan beberapa objek seperti alat tulis la, jarum la, dan sebagainya lagi sebab kononnya uri tersebut adalah 'saudara kembar' bagi bayi yang dilahirkan tu dan tujuan meletakkan objek objek tu adalah kononnya untuk masa depan bayi tersebut.
Kalau letak alat tulis tu kononnya bila dewasa akan menjadi orang yang bijak pandai. Kalau yang letak jarum tu kononnya nanti bayi tersebut terhindar dari gangguan dan penyakit. Kira macam ikut niat la. Kalau nak anak jadi blogger yang berjaya, mungkin boleh tanamkan sekali dengan laptop berserta talian broadband.
Malah ada yang lebih ekstrim tahap haiwan, mereka memakan uri bayi yang baru lahir ni kononnya ianya berkhasiat dan boleh mencantikkan wajah. Nauzubillah harap harap jangan ada yang berkenan nak buat camni. Biar la Tom Cruise sorang je yang makan uri anak dia. Kita bukan haiwan. Haiwan tu sebab dia tak pandai nak pegang cangkul untuk tanam uri anak dia. Lagipun kalau dia (haiwan) biarkan uri tu di tempat dia (haiwan) beranak, nanti dia (haiwan) risau uri tu akan menyebabkan kuman membiak lalu memudaratkan anak dia (haiwan) yang baru lahir tu.
Bagi yang pernah terjebak dengan permasalahan camni, tolong ambil peduli. Jangan kerana perkara yang sebegitu kita menjadi hamba Allah yang syirik kepada Nya. Andainya dipaksa atau terpaksa, perjelaskan kepada mereka yang masih tenggelam dalam dunia kepercayaan songsang ni bahawa perbuatan sebegitu adalah khurafat dan silap hari bulan boleh jatuh syirik.
Tiada sebarang bukti jelas di dalam Al Quran mahupun hadis Nabi SAW berkenaan tatacara menguruskan uri ni. Namun begitu, terdapat perbincangan para ulama mengenai pengurusan uri atau tembuni.
Adapun mengikut syariat Islam, anak yang baru lahir tu cuma perlu diazan dan iqomahkan, bertahnik, kemudian diberikan nama yang baik, kemudian dicukur rambutnya, kemudian melakukan akikah seterusnya berkhitan.
Maka dengan tu, upacara seperti naik buaian, turun tanah dan sebagainya tu adalah kebiasaan adat di mana seandainya selagi tidak mendatangkan kesyirikan, harus je la dibuat sebagai meraikan bayi yang baru lahir tu. Sebaiknya cukup dengan melakukan majlis doa selamat, insyaAllah lebih diberkati Allah.
Sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan untuk kita menghormati setiap kejadian Allah termasuk la uri atau tembuni tu. Sebenarnya cukup hanya sekiranya kita membersihkan sedikit uri tersebut kemudian menanamnya agar tidak dimakan oleh haiwan. Kat mana mana pun boleh tanam, tak de masalah pun. Cuma sebagai menghormati bahagian tubuh yang bercerai dari badan tu, pilih la tempat yang molek sikit.
Ada masalah ? Mudah je kan ? Kita tanam tujuannya untuk menghormati kejadian Allah. Tu je. Ala, sedangkan kuku yang kita potong pun main campak campak je dalam tong sampah, rambut yang kita gunting pun dibiarkan je tinggal kat kedai gunting mamak tu padahal ianya sebahagian dari anggota tubuh kita jugak.
Apa yang penting, janganlah kerana kejahilan dan ketaksuban kita terhadap kepercayaan karut marut tu menjadikan kita kufur dan syirik dalam diam. Kerana dosa syirik ni sangat besar di sisi Allah. Mudah mudahan perkongsian ni bermanfaat untuk semua, InsyaAllah.
(Credit untuk apesal.com untuk info dan gambar diatas.)
se elok dan sebaiknya uri di uruskan oleh bapa baby yg baru lahir...kesan dia kita akan lebih menghargai isteri dan anak kita.
uri ni seperti gambar di atas tidak boleh di lihat oleh si ibu itu sendiri...yg tu mak mertua aku cakap la...aku tak tau ape sebab....
cara membasuh uri sama sahaja mcm cuci dagiang...tujuan untuk hilangkan bau hanyir...cuci dengan asam keping....
pas bersih boleh tanam....cara tanam bagi pengalaman sendiri aku bungkus dengan kain putih n letak d dalam tempurung kelapa....aku tanam sedalam lebih kurang dua kaki....tujuan kita tanam untuk di elakkan di makan oleh haiwan sperti anjing...
kemudia petua org tua tempat uri tu kena di hangatkan untuk elakkan baby kembung perut....
itu sahaja....ade sape2 nak tambah
__________________
aku meminta pada yang ada aku merindu pada yang sudi
aku ade tambahan cerita pasal uri... Aku dengar dari sapa aku tak tau...dah tak ingat...
Si ayah telah membawa balik uri ke rumah...dan anak sulung dia dah masak uri tu sbb ingat bapak dia bawak balik daging untuk buat lauk...
Cite terjadi bila si bapa dengan tergesa gesa perlu kembali ke sepital...jadi dia telan (eh silap telah sebenarnya) sangkut kan uri di depan pintu pagar...dan anak dia ingatkan daging...
-- Edited by g_freedom on Friday 11th of January 2013 08:11:38 PM
__________________
aku meminta pada yang ada aku merindu pada yang sudi
Aku nk share jgkla psl uri menguri nih. YG aku phm n bce laa.... Uri ni mcm si g predom ckp tu laaa. bersihkan, buh lam kain putih, buh lam purung klpa dan tnm elok2 elak haiwan gali. yg bubuh pensel pemadam, ketas, laptop seme tu kepercayaan. Mak abah aku ade jgk ckp..petang2 kna bubuh api or bara kt tepi tmpt tnm tu utk elak ank kembong. Hmmm mcm2... tp yg mkn wat sup seme tu mmg kuajaq laaaa....
Aku ade jgk dgr..the damn same uri jgk akn msk wujud nt dlm perut msa peknen ank yg next tu. Adela pocik ni eksperimen sb dia xcaye...Ank 1st dia, kat uri tuh dia bubuh something utk tanda to make sure that uri yg sma utk ank 2nd dia nt. Nk jd cerita, uri ank seken dia tuh mmg ada tanda yg dia wat tuh.. Hentah laaaaa...
aku bukak topik nie pon sbb aku ada musykil.....ada la sorg ppuan nie kan,die dah bsalin n opah die tlg tanamkan uri 2...lepas pd 2 dengar kata ank dia "sakit" sebabnya tanam uri 2 x btol n tanam kt tempat yg terpencil(bwh pokok) n tempat 2 mmg x de org lalu pon...tp still kt kwsan umah....tiap kali time maghrib n time2 lain pun ank die bnafas kuat...mcm tersedu-sedu la...n die p jupe org berubat...n org tu kata mmg salah opah die..opah die bsuh n pastu masukkan blik uri 2 dlam plastik bekas yg sma...pastu tanam....die dgr2 die pon pcaya n blame opah die...cian plak org tua 2 kan..org yg berubat 2 suruh pompuan 2 cari benda 2 yg bukan2 utk berubat.....soalan aku la kan.....
1- btol ke akan effect kt bebi kalu cara opah 2 uruskan uri 2...? 2- nape kebanyakan bebi tgk ok je,sihat walfiat walaupon ada sesetengah org yg uruskan uri 2 x bsuh pon?n terus tanam je....?
dr pengalaman aku la kan,tengok mak aku basuh uri cucu2 die ...just bbasuh sampai bersih,bungkus ngan kain bersih n tanam dalam lubang yg kedalamannya lebih kurang 2@3 kaki...pastu x de pon dok asap-asapkan ape ke...n alhamdulillah...cucu -cucu dia sihat sejahtera ja....
n pada pendapat aku,pompuan 2 x patut salahkan opah dia 100%...2 ujian dr Allah nk tgk sejauh mana iman dia...
-- Edited by ponstan on Friday 1st of February 2013 07:01:15 AM
OMG..gila ape uri pun nak digantung atas pagar. kn benda tu kena tanam terus? kami kat sini pun main tanam juga. tapi x tau la mcam mana. sebab ada cara2 nyer sendiri.
kalau akak nak tau lebih,akak try tanya jiran2 yang pernah atau pun org yg arif dalam agama. mcm ustaz atau ustazah..mungkin mereka blh tolong.
aku bukak topik nie pon sbb aku ada musykil.....ada la sorg ppuan nie kan,die dah bsalin n opah die tlg tanamkan uri 2...lepas pd 2 dengar kata ank dia "sakit" sebabnya tanam uri 2 x btol n tanam kt tempat yg terpencil(bwh pokok) n tempat 2 mmg x de org lalu pon...tp still kt kwsan umah....tiap kali time maghrib n time2 lain pun ank die bnafas kuat...mcm tersedu-sedu la...n die p jupe org berubat...n org tu kata mmg salah opah die..opah die bsuh n pastu masukkan blik uri 2 dlam plastik bekas yg sma...pastu tanam....die dgr2 die pon pcaya n blame opah die...cian plak org tua 2 kan..org yg berubat 2 suruh pompuan 2 cari benda 2 yg bukan2 utk berubat.....soalan aku la kan.....
1- btol ke akan effect kt bebi kalu cara opah 2 uruskan uri 2...? 2- nape kebanyakan bebi tgk ok je,sihat walfiat walaupon ada sesetengah org yg uruskan uri 2 x bsuh pon?n terus tanam je....?
dr pengalaman aku la kan,tengok mak aku basuh uri cucu2 die ...just bbasuh sampai bersih,bungkus ngan kain bersih n tanam dalam lubang yg kedalamannya lebih kurang 2@3 kaki...pastu x de pon dok asap-asapkan ape ke...n alhamdulillah...cucu -cucu dia sihat sejahtera ja....
n pada pendapat aku,pompuan 2 x patut salahkan opah dia 100%...2 ujian dr Allah nk tgk sejauh mana iman dia...
-- Edited by ponstan on Friday 1st of February 2013 07:01:15 AM
Betul2 mengarut...adakah salahkan opah dia pula? Baby tu kalo dah ditakdirkan sakit...x ada kena mengena dgn cara uri tu ditanam. Daripada ibu baby tu cari benda2 entah apa2 utk ubati penyakit anaknya, lebih baik dia bawa baby tu ke hospital. Berkemungkinan baby tu ada masalah pernafasan...siapa tau .
Sori mo cakap, mostly Cina x bawa balik atau tanam uri mereka ar...so far sihat pon anak2 mereka tu.