Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Puteri Gunung Ledang atau Pontianak Gunung Ledang?


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:
Puteri Gunung Ledang atau Pontianak Gunung Ledang?


Credit untuk blog TokEngkuHitam, pemilik asal cerita.biggrin

 

Pengalaman zaman sekolah Tok dulu memang banyak yang bermakna. Tok dulu menyertai pasukan pengakap sekolah. Boleh kata banyak juga aktiviti perkhemahan yang tok dah sertai, salah satunya perkhemahan dan aktiviti mendaki Gunung Ledang melalui Asahan Melaka. tok telah menyertainya sebanyak 2 kali.

Banyak juga pengalaman semasa melakukan perkhemahan dan mendaki gunung Ledang melalui asahan ini, kerana bagi tok mendaki gunung ledang dari arah ini adalah lebih sukar dan mencabar daripada mendaki dari arah Tangkak Johor. Tapi pengalaman yang melibatkan mistik ni yang meninggalkan kesan mendalam pada diri Tok.

Pada hari pertama perkhemahan kami tu, kami telah berkhemah di kaki Gunung Ledang (Asahan). Pada waktu senja di kawasan perkhemahan tu, dah terbau semerbak bau kemenyan. Semua dah tertanya siapa yang membakar kemenyan, setelah diselidik memang tiada siapa yang membakarnya. Lalu cikgu tok telah mengarahkan tok untuk memagar kawasan perkhemahan tu. Binggung juga masa tu macamana nak pagarkan kawasan tu, lalu cikgu tok kata buat la apa yang tok tahu. Lalu tok terfikir nak guna garam kasar, sebab garam kasar memang banyak dibawa.

gadis kebaya2.jpg

Jadi tok jalankan apa yang telah diarahkan oleh cikgu tok dengan sedikit bacaan yang tok tahu seterusnya menaburkan garam tersebut di sekeliling kawasan perkhemahan tersebut. Pada malam tersebut tiada apa-apa yang berlaku, kami pun dah tidur awal sebab keesokan harinya nak mendaki ke gunung botak. Rupa-rupanya tok diberitahu oleh cikgu tok selepas balik dari perkhemahan tersebut bahawa bau kemenyan tersebut datang dari kubur lama orang asli tidak jauh dari tapak perkhemahan tersebut. Mereka dah tahu lebih awal hanya tak nak memberitahu lebih awal takut ada peserta yang panik.

Keesokkan nya kami mendaki ke Gunung Botak untuk berkhemah disitu sebelum mendaki ke puncak Gunung Ledang. Gunung Botak ni merupakan kawasan lapang berbatu sikit dan berhampiran itu ada sungai yang mengalir serta di atas sikit dari gunung ini ialah Gunung Runduk. Selepas memasang khemah di kawasan tersebut dan mencari kayu untuk membuat kayu api bagi memasak dan membuat unggun api agar tidak kesejukkan pada malam tersebut. Pada malam tersebut Tok ditugaskan dari jam 12 tengahmalam hingga 2 pagi untuk mengawal kawasan perkhemahan, selepas tu akan dikawal oleh kawan tok pulak.

Bila sampai masa tok mengawal kawasan perkhemahan tersebut, tinggal lah tok di unggun api sambil makan apa yang ada untuk mengelakkan mengantuk. Lebih kurang jam 1 pagi, tok macam terdengar bunyi gelak ketawa beberapa orang perempuan di kawasan air terjun di sebelah kawasan perkhemahan tersebut. Mula2 tu tok tak endahkan sebab tok ingat tu bunyi air terjun tersebut, makin lama makin kuat bunyi perempuan gelak ketawa perempuan tu dan kedengaran juga air dikocak-kocak seperti mereka mandi manda sambil bermain air sesama mereka. Mulalah berdiri bulu roma tok, nak jengah ke kawasan air terjun yang gelap tu terasa juga takut.

gd kb.jpg

Makin lama makin kuat kedengaran gelak ketawa tersebut seperti mereka menghampiri tok. Lalu tok terus masuk ke khemah dan mengejutkan sahabat tok. Bila dia sedar tok minta dia dengar apa yang tok dengar, bila sahabat tok ni dengar je bunyi gelak ketawa tu, terus dia suruh tok tidur dan dia pun terus tidur. Apa lagi tok terus tidur la. Esok pagi baru dia cerita bahawa dia dengar gelak ketawa tu terlalu dekat dengan kawasan khemah kami, tu yang dia terus tidur dalam ketakutan. Menurut Cikgu tok, pada perkhemahan yang lepas-lepas memang ada yang terjumpa orang perempuan tua dikawasan tersebut. Tok mendengar cerita bahawa seorang anggota pengakap perempuan telah sembahyang Asar di atas batu ditepi sungai. Pada masa memberi salam pada tahiyat akhir dia telah terpandang seorang perempuan tua sedang memandang ke arahnya.

ponti.jpg


Bila selesai solat dia melihat pada tempat orang tua tu kelihatan tetapi tidak menemuinya lagi. Di perkhemahan di masa lain di kawasan tersebut ada peserta terjumpa 2 biji mata yang bernyala seperti api di kawasan sungai tersebut pada waktu Maghrib. Mungkinkah tempat itu adalah tempat Puteri Gunung Ledang bersiram bersama dayang-dayangnya. Fikir-fikirkan lah.

pontianak.jpg

....................................................................................................................................................................................................

 

Penanggal.

 

Menurut nenek tok, penanggal ni adalah manusia yang salah menuntut. Asalnya mereka ni ingin menuntut ilmu untuk mencantikkan rupa paras, tetapi guru mereka telah memberikan penanggal ini tanpa mereka sedari. Sebab itu kalau nak menuntut tu pastikan guru itu adalah yang baik dan kita tahu teras ilmunya.

Penanggal ini suka menghisap darah orang baru lepas bersalin dan suka memakan uri perempuan yang lepas bersalin tu. Menurut ceritanya bila orang yang mempunyai ilmu penanggal ini mengetahui ada orang nak bersalin, mereka akan membuat pemujaan sehingga kepala mereka akan tanggal dan membawa sekali isi perut lalu terbang ke rumah orang yang nak bersalin ini. Biasanya ilmu ini dipunyai oleh golongan perempuan saja. Semasa ingin menanggalkan kepala, mereka akan tidur menangkup. Sedikit demi sedikit kepala mereka akan tanggal. Sebab itu kalau ada orang yang tahu seseorang tu memelihara penanggal dan ingin membuktikan benar atau tidaknya, bila penanggal itu keluar dari rumah, terbalikkan badannya agar terlentang. Bila penanggal ini masuk ke dalam badannya, maka mukanya akan mengadap ke belakang.

hantu penanggal pic.jpg

Orang yang mempunyai ilmu penanggal ini biasanya mempunyai ilmu perabun iaitu ilmu yang menyebabkan orang tak boleh nampak dirinya. Sebab itu kalau penanggal ni menghisap darah tidak akan kelihatan pada orang ramai, tahu-tahu saja darah perempuan bersalin itu akan tumpah dengan banyaknya. Oleh itu kebanyakan orang kampung dahulu menggantungkan duri mengkuang di bawah rumah setentang dengan tempat perempuan yang nak bersalin. Dengan meletakkan duri mengkuang ini, penanggal ini akan menjauh kerana takut isi perutnya akan tersangkut pada duri mengkuang tersebut.

penanggal.jpg

 

Menurut ceritanya sesiapa yang mempunyai ilmu penanggal ini, mempunyai satu tempayan cuka. Kegunaannya apabila selesai menghisap darah, isi perut nya akan direndam didalam cuka tersebut bagi mengecut isi perut tersebut sebelum masuk ke badannya seperti asal.

Mungkin di Semenanjung kisah penanggal ini sudah kurang didengar, tetapi tahun lepas masa tok pergi ke Sabah, kisah penanggal ini masih diperkatakan. Ada yang menceritakan kepada tok masa di sana. dia telah melihat penanggal yang diperkatakan beberapa hari sebelum tok sampai ke Sabah. Begitulah syaitan dan jin berada dimana-mana saja kerana jumlah mereka lebih ramai daripada manusia itu sendiri. Amalkan ayat-ayat suci AlQuran dan mintalah perlindungan Allah dari kejahatan makhluk seperti ini.

 

...................................................................................................................................................................................................

 

Tentang mimpi.

Masa tok kecil2 dulu banyak yang tok mimpikan. Ada mimpi yang baik ada mimpi yang tak elok. Kebanyakkannya adalah mimpi hantu.

Mimpi yang selalu kerap datang masa dulu ialah mimpi seorang saudara tok meninggal dunia. Kemudian mayatnya seperti diletakkan di kelas di sekolah tok. Mayatnya diletakkan didalam keranda seperti org cina. Tak tahu lah kenapa tok mimpikan perkara ni. Mimpi ni asyik berulang-ulang sampai 3 minggu rasanya. Kadang-kadang rasa takut nak tidur pun ada. Yang pelik tu, yang tok mimpikan tu masih hidup sampai sekarang. Itulah mainan syaitankan.

shamanic-consciousness-lucid-dreaming-moon.jpg

Lagi satu mimpi yang berkenaan hantu ni masa tok umur dalam 10 tahun, yang mana tok telah bermimpi di kejar pontianak. Perghhh bila tidor berpeluh-peluh seperti betul-betul di kejar hantu. Kebetulan masa tu tok sedang menghafal ayat-ayat untuk menghalau makhluk halus ni. Mungkin sebab tu ujian ni datang. Lama juga mimpi macam ni, tapi lama kelamaan bila guna ayat-ayat yang dihafal tu, semua hantu dalam mimpi tu menjauhkan diri.

Dua tiga tahun lepas tok bermimpi menjumpai hantu di bilik air di pejabat tok. Tapi tok rasa bukan mimpi tapi gangguan sebabnya di tempat keje tok tu orang selalu jumpa yang bukan-bukan. Ada yang pernah kena sakat, tengah buat keje dalam jam 8 malam tu, tiba-tiba terjengul budak depan meja dia. Tersengih jer mukanya. Dua tiga kali pandang baru dia hilang, apa lagi member pun cabut balik rumah la.

Lagi satu bila nak balik dari buat over time tu ada pulak jumpa perempuan baju putih dengan rambut mengerbang panjang tengah mengadap kat mesin punch card tu. Tak jadi lah punch card dia orang tu terus lalu tempat lain. Yang tok mimpi masa tu tok balik lambat dalam jam 8 malam pergi bilik air, masa tu tak jumpa apa-apa hanya bulu roma jer meremang. Rupa-rupanya dia ikut tok balik rumah. Tu yang jam 12 tengah malam mengigau member tu nak menghampiri tok, sempat juga tepis-tepis sebelum bangun dari tidur tu. Yang tok mimpi tu yang baju putih tu lah. Suka sangat nak mengacau orang benda-benda ni.

Kadang-kadang kita perlu sentiasa berhati-hati walau dimanapun kita berada kerana makhluk halus ni berada di mana-mana. Patut lah orang dulu-dulu kalau lalu pada satu-satu tempat tu minta izin dengan ucapan anak cucu tumpang lalu. Betul lah anak cucu sebab umur diaorang tu beratus-ratus tahun dan yang beribu-ribu tahun. Fikir-fikirkan lah yer apa yang tok ceritakan. Jadi jangan pandang belakang bila malam-malam hari tu, takut terkehel tengkuk tu nanti hehehehehe


mimpi satu petanda 2

Mimpi lagi kan. Begitu lah mimpi sebenarnya membawa banyak petanda pada tok. Banyak sekali mimpi yang tok alami di masa kecil dan ianya berhenti pada umur tok 14 tahun. Sehinggalah dua tahun yang lepas barulah tok mendapat mimpi semula.

Ada dua mimpi yang yang paling bermakna dalam hidup tok semasa kecil dulu. Kira-kira umur tok 8 tahun tok telah bermimpi pergi ke hujung kampong dan telah menemui seorang tua yang lengkap berpakaian hitam seperti pahlawan zaman silam. Dalam mimpi tu tok telah disapa oleh pahlawan itu dan tok pun menghampiri beliau. Dalam mimpi tu tok telah diserahkan sebilah keris yang semuanya serba hitam, dari hulu, sarung dan bilahnya semuanya hitam. Tapi tok tak berapa ingat luk nya berapa. Keesokkannya tok telah bercerita kepada mak tok mengenai mimpi yang telah tok alami. Emak tok telah menemui nenek tua di kampong yang pandai menafsirkan mimpi tu. Menurut tafsiran beliau orang tua yang berpakaian hitam tu adalah moyang dari keturunan tok dan keris tu sebagai tanda bahawa ia akan menjaga tok daripada dalam diri tok sendiri.

Satu lagi mimpi yang tok alami, tok telah dibawa ke tepi pantai yang dapat tok kenali tetapi berbeza keadaannya dengan keadaan yang nyata. Dalam mimpi tu tok telah dibawa oleh seorang perempuan tua ke dalam sebuah pondok usang kayu yang beratap rumbia. Dalam mimpi tu, orang tua ni telah menunjukkan kepada tok bagaimana untuk mengurut orang yang terseliuh dan melegakan urat-urat badan yang tersimpul. Beberapa hari juga lah tok bermimpi perkara yang sama.

Selepas mendapat tafsiran mimpi ini, baru lah tok mengetahui bahawa nenek tua itu ingin mengajar tok cara-cara mengurut orang. Orang tua yang mengajar tok itu dengar cerita pernah hidup dulu dan menjadi tukang urut yang handal di kawasan tersebut. Betul atau tidak, itu hanya menurut penceritaan mulut ke mulut orang tua-tua dulu. Memang selepas tu tok ada kelebihan serba sedikit mengurut tetapi tidak pandai sangat.

Tidak semua mimpi itu membawa makna dan tidak juga semua mimpi tu tidak bermakna. Jadi makna yang sebenar itulah yang kita perlu cari. Renungkan dan fahami lah maksudnya.

..



Attachments
__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

renung2 kan..selamat beramal..ihihihi

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

wahhh .. nko nie Ijoiii ... bukan maen lagi copy paste cerita antu nie ..

siap gambau gambau lagik ... dah ler aku baca nie memalam ...'

time baca ... ada gambau antu kat bawah .. aiisehhhh ...

kecut segala buah-buah aku ... buah pengkirias ... "....."



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Saje je aku letak gambar.. Baru ada feel baca sambil tengok gambar kan?..

ponti.jpg

Gambar cik ponti ni menyeramkan kan?.. Pingsan haku kalu jumpa memalam naik motor..



Attachments
__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

gambar yg muka2 tu oun cik pon ke....cantiknyer....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard