Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisahku....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:
Kisahku....


Assalammualaikum w.b.t & Hi to all of you..  

 

Sblm Bonda nk bercerita lanjut...

Bonda mohon maaf sebab lambat update cerita baru.. Sibuk sgt sejak 2 menjak ni.. Anak2 sudah mula cuti sekolah. So byk program utk mereka Bonda tgh aturkan. Jd sblm Bonda bercuti sambil berkerja, kenalah Bonda aturkan jadual kerja2 utk pekerja2 Bonda..  

Baiklah... Bonda nak ceritakan ttg kisah semasa tinggal dikampung. Ketika ayah mendapat kerja di Melaka, emak & kami adik beradik tdk ikut berpindah. Ini disebabkan..ayah tinggal di kuarters dan kuaters tu pula jauh dr sekolah. Nak tak nak terpaksalah kami tinggal di kampung manakala ayah pergi dulu.  

Slps berpindah dr rumah sewa yg angker, kami tinggal serumah dgn arwah datuk ( Bonda panggil Tok Ayah ) & nenek. Sebulan sekali ayah akan balik ke kampung menjenguk kami semua.  

Masih ingat lg tak sepupu yg paling rapat dgn Bonda? Ok..Bonda gelarkannya sebagai Tina ( bkn nama sebenar..). Ketika kejadian ini berlaku Bonda berada di tingkatan 4. Kami berdua sgt rapat. Kemana sja pasti berdua. Tidur, makan berjalan-jalan...waima mandi pun mesti berdua! Overkan?..hahahahaa.. Tina tua 3 thn dr Bonda & dia ada seorang kekasih...Buah hati dia ni bekerja di KL. Adat la org yg bercinta jarak jauh ni..asyik rindu - rinduan. Masa ni manalah ada handphone.. Zaman ni zaman org pakai telefon kotak yg kena angkut mcm beg kesana kemari.  

So satu-satunya cara utk berhubung ialah dgn menggunakan public phone. Dikampung Bonda ni hanya ada 1 sj public phone & ia terletak di kwsn kedai2. Utk menggunakannya pula terpaksalah menunggu giliran. Kalau ramai yg guna bermakna panjanglah queue. Memang terseksa sungguh. Pd sesiapa yg ingin bergayut lama2..waktu pilihan mereka adalah selepas jam 9 mlm.   Begitu jugalah dgn Tina. Oleh krn tdk tahan dgn rindu yg membara di hati...eceh! Dia mengajak Bonda menemaninya. Mulanya Bonda terasa malas nak menemaninya. Entahlah..perasaan pd ketika itu mcm kurang berperisa sikit. Tak tahu kenapa. Lgpun kdg2 Bonda rasa bosan...yelah..dia ' I lap..U lap me..I miss u..U miss call '...sdgkan Bonda dok tercangak2 kat belakang.. Aaiiiyyoooo...sikit punya bosan..  

Tina pujuk Bonda... Demi termakan pujukannya, Bonda bersetuju. Selepas maghrib, Bonda minta izin dgn emak utk keluar. Setelah bersoal jawab mcm kat balai polis, Bonda minta tolong adik lelaki hantarkan Bonda ke rumah Tina. Sampai saja... Kelihatan Tina & kawannya, Milah sdg duduk diatas tangga di beranda rumah. Setelah adik Bonda pergi, kami duduk dulu sementara nak menunggu pukul 8.30 mlm.  

Bila sampai masanya kami pun gerak.. Oleh krn kami bertiga jd kami ambil keputusan utk berjalan kaki saja. Jarak antara rumah Tina ke kwsn kedai adalah nk dekat 1 km.. ( Bonda rasa la.. ). Sampai di sana, kami lihat ada 4 org lg sdg menunggu giliran. Tina adalah yg ke 5 ...juga org yg terakhir..  

Setelah menunggu hampir 1/2 jam..tibalah gilirannya. Sementara menunggu tu, Bonda & Milah duduk di tepi tembok. Oleh kerana kerinduan sgt ditambah pula tiada sesiapa slps dia..jd bergayutlah Tina dgn jayanya. Lama jugalah dia bersembang..sedar2 dh nak dkt pukul 11. Patutlah rasa mengantuk sgt. Jd Milah bg signal pd Tina ( thank you so much Milah ). Dgn berat Tina letak ganggang telefon. Fuuhh..akhirnya. Susah betul kalau org tgh mabuk bercinta ni.. Kami pun jln beriringan utk pulang.  

Sampai di simpang 3, kami berhenti. Skrg ni nak ikut jln mana utk blk? Kalau ikut jln ke kanan, selamat sikit sbb jlnnya terang sikit. Tp jauh la..kami kena pusing. Kalau ikut jln yg td.. cepat sampai cuma 15 @ 20 minit ( ikut lengggang tuan punya bdn ). Masalahnya jln ni gelap sikit.. Faham2 la org kampung....pukul 9 lbh semua dh duduk dlm rumah kecuali yg merayap mlm2..termasuklah Bonda..hehehe..  

Oleh krn dh nak dkt pukul 11 mlm, kami sepakat utk ikut jln yg kami gunakan td. Kami jln rapat2. Bonda ditengah2 manakala Tina sebelah kanan & Milah sblh kiri. Jln ini akan melepasi kwsn sekolah agama. Bertentangan dgn sekolah ni ada 1 rumah yg blm siap sepenuhnya. Pasir & batu-bata bersepah2.. Tepinya semak & blkg nya ada pokok2. Seriau pula Bonda tengok.  

Mlm tu bulan mmg terang, jd senang sikit nk berjalan. Tiba2 Bonda dicuit oleh Tina. Bonda toleh, tgk dia gosok2 hujung hidungnya. Bonda dh faham..perlahan Bonda tarik nafas utk menghidu sesuatu.. Oh tidakkk..!! Bonda terbau kapur barus! Dlm hati berdoa.. ' Ya Allah tolonglah..jgn la mlm ni..'. Milah pula genggam tgn Bonda. Rasanya dia pun terbau juga kot.  

Bonda pula mcm selalulah..dgn gatalnya Bonda menoleh ke rumah yg blm siap tu..( tak tahu knp tetiba nk menoleh ke situ ). Betul2 diatas longgokan pasir tu bertenggeknya makhluk yg dipanggil pontianak. Mukanya memang tak nampak , tp yg jelasnya Bonda kenal akan uniform rasminya serta rambutnya yg panjang. Yaa..tahniah utk diri Bonda sbb cr pasal pd mlm ini! Menyesal pula Bonda ikut temankan Tina. Muka mula terasa panas.. Cepat2 Bonda pndg ke dpn. Dgn suara yg sgt2 perlahan..'...dia kat atas pasir..'. Tina suruh kami jln rapat2. Yg Milah pula dh nk menangis. Aduhh..masa ni laa dia nk menangis. Bonda picit ibu jarinya. Bonda tekankan suara sambil berbisik..' jjanggann takut...kalau ko takut aku lg takut..diammm..'. Milah mengangguk perlahan.  

Makin lama kami berjalan..makin rapat tubuh kami bertiga. Kiranya mcm nk bercantum.. Dlm jarak 10 langkah kami belok ke kanan. Ingatkan sudah terlepas dari masalah..rupanya tidak..! Bau kapur barus td bertukar menjadi bau wangi bunga harum sundal mlm..( pernah baukan..? Baunya seakan bunga cina pun ada mcm bunga kemboja pun ada..tp bunga ni lg wangi ). Kami dpt rasakan yg kami bertiga diekori... Bonda tgk kiri kanan..kbykn rumah sudah gelap..

Takutnya kami hanya Allah sajalah yg Maha Mengetahui.. Tina cuba kerling sedikit di blkgnya..tak berani nk toleh. Org2 tua ada berpesan..kalau terasa sesuatu yg mengekori JANGAN SESEKALI PANDANG KEBELAKANG! Kalau kita toleh bermakna mata kita akan ditutup & kita takkan jumpa jln pulang. Tp kalau nk juga menoleh..tolehlah dgn bdn2 kita sekali..beserta bacaan Al Fatihah, 3 Qul & diakhiri dgn Ayatul Kursi ( ulangi ayat terakhir sbyk 3x dgn 1 nafas ).  

Berblk semula kpd Tina, apa yg dia nmpk mmg menakutkan..( diceritakan pd kami pd hari esoknya.. ). Pontianak tersebut sdg mengekori kami & jaraknya cuma +- 20 meter dr kami!! Nasib baik dia tak bgtau Bonda pd masa tu..kalau tak harus Bonda maraton sampai ke rumah. Milah sudah tutup mukanya dgn sebelah tgn.. Kemudian Tina berbisik menyuruh kami membaca Ayatul Kursi sbyk2 nya dgn setiap bacaan dibacakan utk setiap penjuru sambil membayangkan benteng yg kuat utk melindungi diri. Selebihnya berserah kpd Allah.. Kami terus mulakan bacaan. Bacaan ini utk menghalang dr makhluk tu menyelit diantara kami. Juga utk menghalang drp mengekori kami hingga ke rumah.  

Ketika kami sdg kusyuk membaca dlm nada suara yg tenggelam timbul bunyinya..bau yg wangi td bertukar menjadi bau yg sangat busuk..lebih busuk dari bau bangkai. Tekak mula berasa loya. Bonda & lainnya dh nak termuntah tp tetap teruskan bacaan tanpa henti. Pontianak tu mula tunjukkan respon. Mula2 ketawa..halus bunyinya. Lepas tu menjadi nyaring & berdesing. Mmg menyeramkan.. seolah2 mempersendakan kami bertiga. Milah yg tdnya membaca sambil menutup muka kini membaca sambil menutup telinganya.. Bonda tahu sbb pegangan tangannya terlepas dari lengan Bonda. Bonda kena berwaspada.... Pertama, takut dia lari. Nanti satu hal pula kami kena mengejar dia. Keduanya takut ' pagar ' kami akan terputus & ini akan memudahkan pontianak itu terus mendekati kami.  

Langkah kami semakin lama semakin laju. Peluh sejuk mula mengalir  didahi.. Bonda tgk Tina khusyuk membaca sambil memandang terus kehadapan. Bonda tahu dia sdg fokus. Tiba2 dgn izin Yg Maha Pengasih.. Bonda spt mendengar satu suara menyuruh Bonda berbuat sesuatu. Bonda pegang hujung jari telunjuk Tina. Dia toleh sambil mulutnya terkumat-kamit membaca. Bonda buat isyarat supaya dia teruskan bacaan..sementara tu Bonda habiskan ayat terakhir Ayatul Kursi & teruskan dgn zikir Asmaul Husna.. Al-Hafizhuu sbyk 99x & teruskan semula bacaan yg asal. Kali ni apa nk jadi..jadilah.. Bonda cuba mengawal perasaan takut. Dlm hati tawakal pd Allah.  

Tapi yang membuatkan Bonda terasa pelik ialah makin laju kami melangkah terasa makin jauh perjalanan kami. Bau busuk masih lg menusuk hidung. Kempas-kempis hidung Bonda.. Yelah..kalau diikutkan masa tu juga Bonda mahu  muntah. Ikutkan hati yg takut ni..mahu saja Bonda pergi ketuk pintu rumah org tapi bila memikirkan natijahnya nnt..alahai takpelah.. Nnt sudah pasti kami bertiga menjadi buletin pagi yg hot. Lebih hot dari kuih bom warung Cik Jemah. Ini bermakna Bonda mesti mempersiapkan diri mental & fizikal utk di balun oleh emak, Tok Ayah, pakcik dan yg seangkatan dgnnya.. Uuiihh..tak sanggup Bonda!    

Isshh..terleka lak Bonda..ni takut punya pasallaa.... Bonda meneruskan bacaan ayat2 suci. Tak semena-mena Tina bersuara..' kami tak kacau pun ko..apasal lak ko sibuk nk ikut kami?..tak malu ek? Nak ikut sgt..hah! Ikut la. Tp dgn syarat ko leraikan ayat2 Allah ni.. Berani tak? '. Aaisseehh..biar betul si Tina ni! Tp Bonda tahu dia takkan ckp kalau tak bersebab.. Habis je Tina ckp, kami dengar dgn jelas bunyi seperti mengepak dgn kuat dr blkg kami terus naik ke atas pokok ru yg berada di bahagian kiri kami ( pokok ni tinggi tau..). Seolah2 mcm terbang beserta dgn hilaian. Lepas tu salah sa tu dahan pokok ru tersebut bergegar dgn kuat.. Milah dh terketar2.. Bonda pula still in control ...eceh! Dalam hati...rasa nak meraung! Nak tahu apa yg terjadi selepas tu? Tak sampai 10 minit, kami sudah berada di depan rumah. Bonda tgk jam kat tgn Milah..pukul 11.10 mlm. Tadi kami gerak dari public phone pukul 10.50..bermakna masa yg diambil hanyalah 20 minit sama dgn masa yg kami pergi td! Tp kami rasa mcm lama & jauh sangat perjalanan kami. Bila dh tiba dirumah..hati rasa lega.. Kami tgk lampu belum lg dimatikan.  

Milah ambil keputusan utk tidur saja di rumah Tina. Takut nak pulang kerumah katanya. Rumahnya cuma berhadapan dgn rumah Tina saja. Lgpun dia mcm Bonda juga..takut kena balun dgn abangnya. Keluar malam2. Kami berebut2 nk masuk rumah. Dlm pada itu tanpa disedari kami telah membuat kesilapan yg mengundang bala pd mlm itu.  

Selalunya kami akan duduk diluar dulu dalam seminit dua. Then barulah kami masuk. Dimulakan dgn langkah kaki kanan sambil membaca Bismillahirahmannirahim. Beri salam & diikuti dgn bacaan Al Fatihah serta ayat pendinding. Oleh krn ketakutan Bonda & Tina hanya membaca Ayatul Kursi & surah Al Ikhlas  saja. Manakala Milah.. Bonda tak pasti samada dia baca atau tidak.  

Tanpa membasuh kaki, kami bertiga mengambil bantal, tikar & selimut. Capai jela apa yg nampak. Kami tidur diruang depan. Kepala kami betul2 berada dibawah tingkap. Tingkap ni jenis nakor cermin keping. Kali ini Bonda tidur bahagian tepi..Tina tidur di tengah2. Kami baring terlentang. Kemudiannya Tina menoleh pada Bonda..dia senyum dan berbisik.. ' ko nampak tak td?..'. Bonda geleng kepala. Lepas tu dia toleh ke Milah... Belum sempat Milah jawab..Bonda menyampuk dlm suara yg perlahan...' toksah tanye..dia bantai tutup mata ngan telinga..'. Cepat2 kami tutup mulut takut tergelak kuat. Ntah bila masanya kami bertiga terlelap.  

Dlm pd baru nak nyenyak..lengan kiri Bonda dicuit dgn kasarnya. Dgn mamai Bonda buka mata & terus pandang Tina. Tina buat isyarat dgn mata mengarah ke tingkap tengah. Betul2 berada diatas kepalanya. Bonda mengosok-gosok mata sambil memandang ke bahagian bawah tingkap (Bonda tak memandang terus ke atas). Bonda nmpk mcm ada segulung tali..warna hitam berkilat.. Bonda kecilkan mata..sbb nk pastikan benda yg berjuntai atas kepala Tina. Hajat hati nak bangkit tp bdn Bonda ditekan oleh Tina. Maknanya dia tak beri Bonda bangun. Oleh itu Bonda hanya boleh angkat kepala sedikit & cuba utk dekatkan muka pada objek yg berjuntai tu..  

Nasib baik ada cahaya dr bilik tgh..di bantu dgn cahaya bulan yg penuh dapatlah Bonda nampak dgn jelas sedikit. Bila muka Bonda hampir dekat ( adalah dlm jarak sejengkal ).. Tiba2 bulat mata Bonda.. Eh! Rambut !!! Yee..mmg rambut. Rambut yg hitam, lebat, kusut, busuk dan panjang... Dari hujung rambut tu Bonda pandang ke atas sbb nak tahu dari mana punca rambut tersebut..senang kata nak tahu siapa tuan punya rambut.. Elok je kepala Bonda mendongak, Bonda nampak satu kepala sdg menjenguk ke bawah. Matanya merah menyala dgn mulut menyeringai. Matanya takde kelopak. Bulat memandang dgn garang.  

Yg paling menakutkan hujung rambutnya betul2 atas dahi Tina. Entah bilanya tingkap tu terbuka, kami pun tak tahu. Dgn gerakan perlahan..(ala ala slow motion) Bonda baring semula..tarik selimut tutup sampai pangkal hidung. Bonda tutup mata tak berani nak tengok semula. Tina langsung kaku spt di ikat... Tak boleh bergerak. Otak masing2 tersangkut..sampai terlupa nak membaca apa yg patut dibacakan. Nasib baik Milah tidur. Kalau tak..tak tahulah apa reaksinya. Bonda rasa mahu dia yg menjerit dulu...  

Skrg ni..yg terlintas di kepala Bonda ialah menyebut Ya Allah.. Ya Allah Ya Allah... Itu saja yg termampu.. Bonda rasa ini adalah makhluk yg sama yg mengekori kami td. Sebabnya..Bonda dgr bunyi berdesing yg sama spt bunyi yg tadi. Aduss... Ok..ok.. Bonda cuba kawal pernafasan...pd masa yg sama Bonda mengawal degupan jantung agar tidak berdegup kencang.. Tina masih lagi pegang lengan Bonda sedangkan Bonda sendiri ketakutan..  

Baiklah.....cuba kalian semua tempatkan diri kalian di tempat Tina. Pejamkan mata & cuba bayangkan sekarang? Apa yg akan kalian lakukan? Tentu tak boleh nak buat apa-apakan? Bonda masih lagi cuba mengawal diri. Jd bila perasaan tu boleh tenang sikit, barulah Bonda dapat membaca ayat2 suci dgn betul.. Alhamdulillah.. Bonda pejamkan mata & terus membaca Al Fatihah, 3 Qul, Ayatul Kursi ( diulangi 7x pd bacaan terakhir dgn 1 nafas ) & Bonda tiup menghala ke tingkap. Terus terang itu saja yg dapt Bonda baca.. Syukurlah bacaan Bonda teratur berbanding td..langsung tak boleh mengingati walaupun 1 surah.  

Mata Bonda masih lg terpejam.. Walaupun perasaan takut td sudah reda, Bonda masih lg was-was utk membuka mata & melihat ke tingkap..( ..senang kata Bonda buat semuanya td dgn mata yg tertutup ). Bonda kaku kejap..menunggu apa yg akan berlaku nanti. Tiba2 Bonda terasa pegangan tangan Tina semakin longgar..( tadi pegangannya kuat sekali hinggakan lengan Bonda lebam keesokannya..). Pelan2 Bonda buka sebelah mata kiri utk melihat. Kelihatan mulut Tina terbuka sedikit manakala matanya terpejam. Eh ehh...! Rambut td dah hilang! Bonda terus tengok di tingkap.. Kosong! Tak nampak apa2 pun.. Fuuhh..! Lega betul...  

Lega? Belum lagi... Tak semena2 terdengar cakaran secara melerek..( faham tak maksud Bonda? Mcm kita gunakan sesuatu yg tajam...lebih kuranglah ). Habis saja bunyi cakaran td, Bonda dengar bunyi seperti ada benda yg dibaling ke tanah...gedebuk! Kemudian bunyi sesuatu mendengus diikuti dgn bunyi hilaian halus. Telinga Bonda menangkap suara..seperti suara seseorang sdg membacakan sesuatu. Walaupun suara tu sgt perlahan tp jelas di telinga Bonda. Tak lama kemudiannya..( rasanya dlm 2 minit )..bunyi seperti mengepak dgn kuat dan terus menghilang.  

Hajat hati nak lihat apa yg sedang berlaku di luar tapi segera ditahan oleh Tina. Dia buat isyarat diam...( jari telunjuknya diletakkan dibibir.. ). Bonda batalkan niat utk bangun walaupun hati ni nak sangat tahu apa yg berlaku. Kami membatukan diri ...menunggu apa yg akan berlaku nanti. 10 minit berlalu.......keadaan tenang. Jadi kami ambil keputusan utk tidur. Kami tidur berpelukan sampailah ke pagi....  

Awal2 pagi dlm pukul 6.30 pagi, Milah balik ke rumahnya. Kami langsung tidak menceritakan apa yg telah berlaku kepadanya malam tadi... Bonda pula bersiap2 utk dihantar pulang oleh Tina. Semasa sdg mengemaskan tempat tidur.. Mak Uda datang menghampiri Bonda & Tina. Mak Uda menanyakan kemana kami semua telah pergi malam tadi. Tina katakan tak kemana-mana..cuma pergi telefon kawannya saja.. Bonda mengiakan saja..(terpaksalah cover line...). Mak Uda menceritakan yg suaminya ( Pak Uda yg juga ayah kpd Tina ), nampak pontianak sedang bertenggek kat tingkap betul-betul di tempat kami tidur..(..jadi betullah tekaan Bonda yg suara malam td suara Pak Uda sdg menghalau pontianak..).   Kami berdua berpandangan sesama sendiri. Dalam hati, kami berharap yang kami tidak akan di 'sembur ' selepas ni.. Hehehe.. Sebelum apa2 berlaku.. Bonda minta diri utk balik.. Mak Uda hanya mampu gelengkan kepala.. Faham sangat perangai kami berdua...

Semasa dlm perjalanan (..kami menunggang motor ) masing2 hanya berdiam diri melayan perasaan. Bonda tak tahu apa yg Tina fikirkan pada masa itu...tp Bonda pula berjanji dgn diri sendiri yg Bonda tidak akan buat apa yg telah kami lakukan semalam. Tapi sampai bila....? Huuurmmmmmm....  

^_^   Bonda sambung nanti utk kisah yg lain pula..



-- Edited by BondaDiana on Friday 23rd of November 2012 01:20:50 AM



-- Edited by BondaDiana on Friday 23rd of November 2012 06:53:10 AM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

Walaikumusalam w.b.t ..

 

Terima kasihlah bondaku .. eh .. bonda diana ..

kerana meluangkan masa mencoretkan pengalaman yang begitu menyeramkan ...

huuuuuu .... x dapat dibayangkan betapa seramnya .... eeeeeeeeee ...

 

(kalau aku ... mau mati idup balik doplo kalik .. eeeee)



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

As salam..mr. badda...

Hhehehe...seram ek?

Percaya atau tidak...rahsia ttg kejadian pd mlm tu.....sampai skrg family Bonda tak tau...

Bonda & Tina simpan cerita ni sudah 20 tahun.. ini 1st time Bonda buka blk cerita ni....

Ttg Milah...x tau cerita. Samada dia ada beritau sesiapa...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 437
Date:

wah...berani nye bonda ni....

respek la...

cerita yg menarik dan susunan ayat yg agak dramatik

hehe....haku ni dah mcm pengkritik plak

tp bez la cite bonda ni

__________________

kemarahan adalah keadaan di mana lidah bekerja lebih cepat daripada pikiran, dan tindakan lebih cepat dari nurani 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:


Assalammualaikum dear lolipop.. ( .sedapnya nama U...mcm nak mkn jee...)

Bila dibaca.. rasa mcm. Bonda ni berani... hakikatnya memang takut sangat...
Tapi kalau ikutkan perasaan takut..mmg x jd apa...so kena takut2 berani...hehehe...

Anyway thank you dear.. saja berkongsi cerita seram...



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 437
Date:

datin bonda..haku nk tau pasal cite nenek ngan panglima yg jaga bonda tu...

nanti kalo ade masa ce cite kt haku ye....



__________________

kemarahan adalah keadaan di mana lidah bekerja lebih cepat daripada pikiran, dan tindakan lebih cepat dari nurani 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 103
Date:

Hihi
Best nye !! Da lama tak bukak thread ni . And rindu sgt2 kt cerita bonda . (=

__________________
oliVer wEnDelL hOlmEs once said . . . ~"Da great thin' in diz world is not so much where we stand as in wat direction we are moving"~


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

mmg best la bonda..x sbr nk tggu next story

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

waaahhh...giler berani mak pon tu...
tapi memang reza penh juga kena kacau macm tu..lepas tu dengar macam burung besar mengepak..
huhuu tanda die dah pergi la tu..
tapi berani pula si tina nak bersuara..hihihi

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Tina mcm Bonda.... kalau Bonda nmpk mcm berani..dia akan berani..tp kalau Bonda sebaliknya...dia juga akan takut yang..

Itu sbb kami selalu cover antara satu sama lain..... ^_^

Betul ckp reza...selalunya kalau bunyi mengepak bermakna cik pon tu dh pergi..tp kalau cik langsuir bunyinya berbeza ... sampai skrg kalau teringat kisah ni..mesti bulu roma meremang...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Thank u Fyka & aida darling...
Mcm Bonda ckp sblm ni..sekadar berkongsi kisah seram..

Lolipop..ttg Panglima & nenek tu nnt Bonda post....tunggu.. =)

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 103
Date:

Best2 . Nanti bonda jgn lupa post cerita baru byk2 . Cant wait . Keh keh keh

__________________
oliVer wEnDelL hOlmEs once said . . . ~"Da great thin' in diz world is not so much where we stand as in wat direction we are moving"~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

BUNIAN  

Assalammualaikum semua...  

Kali ini Bonda nak bercerita tentang Bunian. Benarkah  Bunian itu wujud? Sepertimana yg semua tahu Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran. Umat Islam tidak digalakkan berkawan dgn makhluk ghaib kerana tidak diketahui beriman atau kafir.  

Bunian ini dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah serta fizikal seperti manusia. Penduduk alam ghaib ini juga hidup bermasyarakat, berkahwin dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dgn menaiki kenderaan sama seperti manusia.   Disebalik dunia kita yg nyata, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dpt disingkap dgn pancaindera biasa. Banyak teori mengenai asal usul kewujudan makhluk ghaib ini. Ada yang mengatakan asal Bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan Jin. Satu lagi teori lain adalah mengenai kewujudan Bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim & soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat tertentu , mereka terlalai & melakukan kejahatan. Akibat malu akan perbuatannya, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tdk dpt dilihat manusia.  

Selalunya manusia biasa tdk dpt melihat Bunian atau Jin tetapi itu boleh berlaku dlm beberapa keadaan tertentu, dgn izin Allah. Banyak versi yg Bonda dengar & baca ttg makhluk ini. Penduduk alam ghaib ini dikatakan mempunyai budaya setempat  seperti bermain kompang, berzanji dan suka mengadakan majlis keramaian. Mereka mempunyai paras rupa dan fizikal seperti manusia.  Cuma yg membezakan Bunian dgn manusia ialah jika berpakaian semuanya mesti satu warna...dari hujung rambut sampai hujung kaki.. ( fahamkan maksud Bonda ? )

Mahkluk ini juga hidup bermasyarakat, berkahwin, mempunyai keluarga malah mereka juga mengerjakan haji sama seperti kita semua. Malah perjalanan mereka ke tanah suci lebih cepat dari manusia. Juga tidak keterlaluan kalau dikatakan hidup mereka jauh lagi maju & moden berbanding manusia.  

Sebut tentang haji, Bonda ada satu cerita mengenai seorang hamba Allah ini.. Hamba Allah ini berketurunan bugis riau dan berdarah raja. Baginda telah berniat untuk mengerjakan haji bersama - sama kerabat diraja yg lain juga sekumpulan rakyat jelata. Tetapi yg memeranjatkan ialah baginda menolak utk menaiki kapal bersama yg lainnya. Ditawarkan seekor kuda yg kuat kpd baginda namun ditolak dgn baik.  

Hamba Allah ini hanya ingin berjalan kaki sahaja utk ke Mekkah.. Mendengarkan niat baginda utk berjalan kaki, isterinya terkejut. Begitulah juga dgn yg lainnya termasuklah anaknya. Semuanya berasa pelik. Tiba hari utk kapal belayar ke Mekkah..baginda bersama menterinya yg lain mengiringi jemaah  ( termasuklah isterinya ) hingga mereka semua selamat belayar. Selepas itu baginda solat sunat berjemaah bersama- sama anakandanya yg lain.  

Usai solat baginda bersalaman dengan semua.. Lalu berangkatlah baginda ke Mekkah dgn hanya berjalan kaki. Dipendekkan cerita selang beberapa bulan sampailah jemaah tadi di tanah suci Mekkah. Mengikut apa yg diceritakan...ketika mereka sampai di Kota Madinah, mereka telah disambut oleh hamba Allah ini. Semuanya terkejut melihatnya! Masakan baginda ini boleh sampai begitu awal drpd kumpulan jemaah yg belayar berbulan2 lamanya! Hamba Allah ini hanya ini tersenyum sahaja.  

Perkara ini telah diceritakan oleh salah seorang anakandanya.....diceritakan kepada cucuanda dan keturunan yg seterusnya. Baginda dikenali sebagai Allahyarham Daeng Hj. Dollah Kepiting ( nama gelaran sahaja..maaf Bonda tdk dpt memberitahu nama sebenarnya atas sebab2 tertentu )... dan Baginda adalah moyang kepada ayah dan Bonda adalah keturunannya yg kelima..

Bonda sambung cerita tentang Bunian nanti.... ;)

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 224
Date:

lame dah x bce citer2 bonda ni...mmg menyegat seramnyer

__________________

fikir dulu sebelom tulis o ckp...jgn tulis o ckp guna kepala lutut..tulis n ckp guna kepala otak



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

bonda citer lagi... waaa bonda pon ade keterunan ngan hamba allah tu.... bestnya.... patut bnda brani...

__________________

"mencari ketenangan"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

BUNIAN

Assalammualaikum w.b.t kpd semua..

Hari ini Bonda lapang dari segala urusan kerja. Baru 5 hari sampai dari kampung... Bonda baru saja kehilangan bonda mertua tersayang pada minggu lepas.. Jadi byk perkara yg perlu diuruskan..

Sebelum tu..utk Lolipop..Bonda belum mendapat green light utk bercerita ttg Panglima serta Nenek.. nanti bila dah ok..Bonda akan terus ceritakan..sabar ya...smile

Baiklah.. kita sambung ttg kisah Bunian ni. Bonda akan ceritakan sependek yg mungkin dan bahagikan kpd beberapa bahagian..

Cerita 1.

Terjadi ketika Bonda berusia 8 tahun. Ayah masih lagi berkhidmat di dl angkatan tentera. Walaupun begitu kami tidak tinggal di dlm kem. Ayah menyewa rumah di Ampangan, Seremban. Rumah kami berada di hujung sekali & betul-betul bersebelahan dgn Sekolah Teknik Tengku Jaafar. Belakang rumah adalah kawasan semak....( ssangatttt la semak.. ). Tapi ada jalan kecil yg menyambungkan kawasan perumahan dgn kampung sebelah. Selalu digunakan oleh pelajar2 sebagai jalan pintas utk ke sekolah. Bonda & adik jenis suka merayap.. Asal waktu petang @ cuti sekolah je..kami berdua akan merayap hingga ke kampung sebelah. Nak dijadikan cerita, suatu hari tu kami main pondok2. Kami buat' rumah bawah pokok jering ( pokok ni besar..2 pemeluk dewasa ). Pokok jering ni memang markas kami adik-beradik utk bermain, berkelah juga tempat utk merajuk kalau kena marah dgn mak ayah.. Jadi mcm biasalah kan..kalau main pondok2 mestilah ada scene masak-memasak ye tak? 

Masa tu kami berempat..Bonda, adik lelaki, kwn sekelas Bonda ( ..lupa namanya.. ) & jiran Bonda, Azrai. Ketika sedang sibuk memasak , kami didatangi oleh seorang nenek ( Bonda tak perasan nenek ni muncul dari mana )...Nenek ni bertongkat... Bonda lihat tongkatnya sangat cantik. Dia memakai selendang serta bebaju kurung. Walaupun muka nenek tu kedut seribu tapi Bonda tengok air muka dia bersih je.. tp yg Bonda ingat sampai skrg.. dari selendang hingga la pakaiannya semua putih !

Oleh krn masa tu masing2 budak2 lagi..jadi takde la syak wasangka atau perasaan takut masa tu. Nenek tu bertanya kami sedang masak apa? Laju Bonda jawab.. " tengah goreng sayur la nek... " . Kwn sekelas Bonda tu senyum je sambil konon2 tengah potong bawang.. ( gelihati Bonda bila ingatkan balik..putik jering boleh jadi bawang! ). Nenek tu tanya lagi samada boleh tak dia jadi tetamu.. Bonda pandang kwn Bonda..muka dia masa tu blur.. jadi Bonda angguk je kepala.. Ye la kan..takkan nak halau nenek tu..berdosa wooooo...

Bonda bangun bersihkan sikit atas tikar dan jemput nenek tu duduk. Nenek tu senyum pandang Bonda. Masa kami tengah berbual dgn nenek tu, tiba2 adik Bonda dan Azrai balik dari kutip ranting2 kering ( nak digunakan utk buat api ). Ketika itu kami sedang gelak-gelak, Azrai pandang Bonda dgn muka yg pelik. Dia tanya  "awak sembang dgn sape ? " . Bonda jawab la yg kami tengah bersembang dgn nenek. Adik Bonda menyampuk.. " ... nenek ?? ". Bila Bonda toleh ke sebelah, nenek tu dah takde !! Bingkas Bonda bangun. Toleh kanan toleh kiri. Bonda jengah belakang pokok, tengok dekat semak..kot kot nenek tu ada. Tapi....... nenek tu ghaib !! Bonda dan kwn Bonda rasa pelik..mana pergi nenek tu hilang? Sekelip mata dah takde.. Tak nak peningkan kepala kami sambung main semula..... hehehhe

Cerita tu tak habis di situ je...

Menurut emak Bonda, malam tu dia bermimpi didatangi oleh seorang tua ( kalau ikutkan cerita emak, Bonda rasa itu nenek yg Bonda jumpa siangnya ). Nenek tu berkenan sangat dengan Bonda...jadi dia minta izin utk berjumpa dgn Bonda lagi.. senang kata dia nak bermain-main dgn Bonda... ( dlm mimpi tu emak tak izinkan.. ). Nenek tu juga beri amaran pada emak agar jangan benarkan kami bermain berdekatan dgn sebatang pokok..( maaf..Bonda betul2 tak ingat pokok apa... ). Ini kerana pokok itu di huni oleh langsuir. Dlm mimpi tu juga tak semena-mena nenek tu berkata " bangun cepat ! ! "

Emak Bonda terjaga, dia nampak Bonda sedang sleepwalking dgn tangan lurus ke depan dan berjalan menghala ke pintu dapur. Emak memanggil Bonda berkali-kali tapi Bonda tak jawab. Bila emak keluar dari bilik, emak lihat Bonda dah berdiri atas kerusi dan sedang berusaha utk membuka kunci pintu dapur dengan mata yg tertutup! Laju emak berlari mengejar Bonda. Dipeluknya Bonda..terus dibawa ke sinki utk dibasuhkan muka. Masa tu baru lah Bonda tersedar tapi mamai lagi.. Selepas tu emak selawat dan azan di telinga Bonda. Elok je emak habis azan.. terdengar suara mengilai dari belakang rumah.. Cepat2 emak bawa Bonda masuk bilik tidur. Kebetulan malam tu ayah Bonda tiada, dia operasi ( masuk hutan ). Tinggal kami berempat je di rumah. Emak sangat takut kalau apa-apa terjadi pada kami semua. Lusanya bila ayah balik dari bertugas, emak menceritakan tentang apa yg berlaku. Kami adik-beradik dilarang bermain di bawah pokok jering untuk sebulan lamanya....

Untuk pengetahuan semua.. tempat kejadian adalah betul-betul belakang rumah Bonda..Cuma di jarakkan dengan sepak takraw court . Rumah nenek tu adalah di belakang pokok jering dan.....pokok angker tu adalah bersebelahan dengan pokok jering yang jaraknya cuma 20 langkah saja..... Apabila umur Bonda mencecah belasan tahun, barulah Bonda diberitahu yg nenek itu sebenarnya adalah BUNIAN....



-- Edited by BondaDiana on Friday 14th of December 2012 09:39:01 PM



-- Edited by BondaDiana on Saturday 15th of December 2012 12:49:43 AM

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

wahhh.... takutnya...sbb bonda sleepwalking...bahaya tu..aduh, ni mesti keje si langsuir yg ada kat pokok angker tu..

nsb baik nenek tu kejutkan mak bonda..klu x, mesti bonda dh dok berumah tgga kat pokok angker tu....

silap haribulan jd anak angkat makhluk tu..hahahah



__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

untuk bonda terima kasih sbb cerita cerita yg best sangat..

klu dulu bonda berjalan sambil tido n kuar rumah...mesti kita semua tak dapat membaca pengalaman bonda ni....

Ape2 pun cite bonda terbaik... Best sangat

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

 

Laling : Bonda x sedar pun masa tu..emak yg ceritakan.. tp tu lakan..kalau emak Bonda tak terjaga..mau Bonda dah jadi anak angkat makcik Lang tu kan?..biggrin

Freedom : Sama2... cerita biasa2 je.. mcm yg selalu Bonda taip... " cerita berdasarkan pengalaman... ". Orang kalau jenis merayap..a.k.a x reti duduk diam mcm nie la.... hehehe..selalu kena marah dgn ayah & emak...tp insap kejap je..pastu buat balik..jumpa balik .. tp x selalu la....smile


Nanti Bonda sambung cerita bab Bunian ni lagi..sekarang x bole...ada kelija menanti..ini pun culi culi bukak...wink



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

saya akan ternanti nanti cerita dari bonda

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

citer bonda diana denelle nie best jugak ... cara penceritaan pun sesedap rasa ...

pasal Bunian nie ... dari  aku mude2 lagi dah dengar ... macam2 citer la ...

tapi .. pengalaman sendiri memang x ada ...

dah jenis aku insan yang berhijab matanya ... so keisitimewaan tu semua memang aku x dapat ...

ada sikit2 pun cuma sipi2 jer

itu pun entah apalaaaa ...... he he he ...

 

 

banyak2 cerita bonda diana denelle nihhh ... aku suka part yang dia n suami leh nampak

mkhluk2 lain ketika di hotel dan pengalaman ketika dalam keadaan `musafir' ....

dan jugak tang rumah sewa ... mkhluk2 saka tu ...

 

lelain cerita x de ke  ....

 

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:


Bonda punya hijab terbuka secara x sengaja kot... xde la sentiasa terbuka...mau pengsan kalau sentiasa nampak..huhuhu..no

Ttg hotel tu 1st time kena...selama 5 thn..check in..check out hotel..br aritu terkena...

Citer lain..coming soon..

=)



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

aku se idea ngan badar...cite bonda masa kat rumah uruskan hal saka tu yg menarik untuk membaca setiap post bonda....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Bonda ada cerita ttg rumah baru Bonda..tp x boleh cerita skrg..
Bonda nk ceritakan berperingkat dulu...dr kecil sampai umur Bonda skrg...

Hehehe..barulah terasa misterinya hidup Bonda.... ok?

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

sbb tu la saya suka semua cite bonda....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

eh bonda...rindduuuu kt cinte2 bonda...nt smbung lgi erk

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 103
Date:

Bonda , bila nak sambng cerita ? Rindu nak baca cerita bonda . Misteri habislahh . Hehe

__________________
oliVer wEnDelL hOlmEs once said . . . ~"Da great thin' in diz world is not so much where we stand as in wat direction we are moving"~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

 

 

Assalammualaikum wbt..semua

Okay..Bonda sambung cerita ttg BUNIAN lagi...

 

CERITA 2

Perkara ini berlaku pada tahun yang sama..Emak Bonda mempunyai kawan baik ( auntie Fauziah..tapi Bonda panggil auntie Jie ) yg tinggal satu kawasan dgn rumah kami. Tapi rumahnya berada di atas bukit...( jarak dalam selang 10 buah rumah ).

Setiap petang emak akan lepak di sana.. kadang2 tu bersembang kosong, kadang mereka buat kuih atau kek ( dulu mana ada astro nak lepak tgk sinetron ).. tu je la aktiviti yg selalu mereka buat.. Sebelah rumah auntie Jie ni, tinggal sepasang suami isteri dgn 2 anak perempuan mereka. Bonda suka bermain dgn girls ni..comel sangat...

Tinggal bersama mereka juga ialah ibu kepada si isteri.. ( Bonda panggil Nek Nya singkatan kpd Nenek Nyonya ).. Nenek ni pelik sikit. Dia suka duduk termenung. Kadang-kadang Bonda nampak dia bercakap-cakap seorang diri..

Suatu petang tu.. emak, Bonda & 2 orang adik Bonda ke rumah auntie Jie. Emak dah janji dgn auntie tu nak ajar buat tapai pulut.. Bonda cam biasa la..jadi tukang sibuk kat dapur tu.. Masa emak tgh mengajar buat tapai ala2 Chef Wan, Bonda duduk kat muka pintu dapur. Pintu ni menghadap ke kawasan hutan semak.

Tengah Bonda belek2 buku ( Bonda suka pinjam buku cerita BERCAKAP DGN JIN dari auntie Jie ).. tiba2 Bonda seperti terdengar suara orang tengah bercakap-cakap. Bonda pun angkat sikit punggung jengah ke pintu sebelah..( pintu dapur sebelah menyebelah ). Mula-mula tak nampak apa2...jadi Bonda terus berdiri & berjalan ke pintu dapur sebelah.. Rupa-rupanya tengah Nek Nya duduk menyangkung di hujung pintu. Walaupun muka dia macam blur tapi bagi Bonda yg melihatnya... rasa seram..Ye lah..cuba banyangkan seorang nenek tua, mukanya putih pucat, berkedut2..gigi jarang2 tengah duduk meyangkung sambil mulut terkumat-kamit seolah-olah tengah bercakap dgn seseorang. Walhal dia seorang saja di situ !!

Bonda rapatkan badan ke muka pintu...nak tengok ada tak orang lain kat dapur tu. Mata Bonda meliar tengok seluruh kawasan dapur. Tetapi takde sesiapa pun. Bonda ketika tu berdiri didepan muka pintu bermakna Bonda berdiri betul-betul depan Nek Nya. Masa tu tak fikir apa-apa.. mata tepat memandang Nek Nya.

Tak semena-mena, Nek Nya perlahan-lahan mendongak memandang Bonda. Muka dia tadi yg mcm blur bertukar menjadi masam ( tetapi mulut dia tetap terkumat-kamit ). Dalam keadaan yg masih mencangkung, tangannya menggamit Bonda supaya datang kpd dia. Bonda tak fikir panjang terus saja masuk ke dapur & mencyangkung sekali di tepinya. Dengan perlahan-lahan a.k.a slow motion..menoleh kepada Bonda.

Kemudian dia buat isyarat suruh diam..( laaa...tak sempat Bonda nak tanya kenapa..). Lepas tu, Nek Nya toleh semula ke depan. Jari telunjuknya lurus menunding kehadapan menghala ke hutan semak di belakang rumah.

Bonda tanpa syak serta dengan lurus bendulnya memandang kpd arah yg ditunjuknya. Dalam kepala Bonda k.o.s.o.n.g..Memang tak fikir apa-apa.. Sungguh!

Dengan suara berbisik, Nek Nya berkata.. "tu..tu..ekau nampak tak? Ishhh..ghamai boto oghang..bingit telingo den " . Hah? Orang? Ramai? Bingit? Kat mana? Bonda garu kepala... Bonda kerutkan muka. Dalam posisi yg sama Bonda gerak sedikit ke sebelah Nek Nya utk melihat lagi. Mana laa tau kot2 memang ada orang kat situ.

Tapi...hhuurrmmmmm memang takde sesaper pun kat situ. "..eerrr mano ado sesapo Nek Nya.." Bonda cakap padanya. Nek Nya pandang balik Bonda.. " bodo boto ekau ni..mudo-mudo mato dah buto... tu hah!! "ditunjalnya kepala Bonda ( Hah! Amik ko...free kena tunjal..hahahha ). Ditunjuknya lagi kawasan hutan semak di belakang rumah.

Bonda cuba tengok balik kawasan semak tadi. Lama gak Bonda tenung tempat tu...masih sama..tak nampak apa-apa pun.. Last-last Bonda bangun..( penat lak rasa menyangkung lama-lama ). Ketika bangun, badan Bonda menghadap bahagian tepi Nek Nya. Jadi bila Bonda pusingkan badan menghala ke luar,Bonda rasa Bonda nampak sesuatu.....

Tahukah semua apa yg Bonda nampak? Ok...apa yg Bonda nampak mungkin susah sikit nak dipercayai ( terutamanya pada budak umur 8 tahun ). Jelas depan mata, Bonda lihat sekumpulan besar ( yg nampak macam manusia ) sedang berkumpul beramai-ramai.

Mereka seperti sedang membuat majlis keramaian. Kenapa Bonda cakap macam tu? ..Sebab masa tu Bonda nampak mereka sedang makan ketika tu. Bayangkan dgn sebiji telur ayam, mereka boleh berkongsi beramai-ramai !! Dan juga..Bonda lihat mereka semua berpakaian serba hitam. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Yang lelakinya berjubah serta berserban..sementara yang perempuan pula berjubah dan nampak seperti berpurdah.

Bonda gosok mata berkali-kali.. " eh! Bila masa ada org kat situ? Tadi mana ada... " . Bonda toleh memandang Nek Nya yg masih lg menyangkung.. Nek Nya tersengih..menampakkan gigi dia yg kekuningan..( eii..seram lak Bonda bila ingatkan balik..hehehe )..

" Eden dah kobar tadi..kan ghamai tu..eko poie la kek sano.. " Nek Nya cakap sambil tergelak kecil.. Bonda terus lari pergi rumah sebelah ( rumah auntie Jie ), nampak je emak.. Bonda terus cakap.. " mak..mak..ada orang tgh buat kenduri kat belakang tu..cepat la!! " Bonda tarik lengan emak menuju ke pintu dapur.

" apasal ni? " marah emak. Auntie Jie pun ikut ke pintu dapur. Bonda tunjuk ke kawasan semak tadi. "  tu..tu..nampak tak? Nampak tak? " Bonda tanya lagi.. Emak dan auntie Jie tengok lagi " nampak apa? " auntie Jie tanya sambil pandang muka Bonda semacam... Aikk?!! Takkan tak nampak? Bonda dah mula rasa nak marah masa tu... dah terang-terangan Bonda nampak, takkan diorang tak nampak?

" Laa...tu kan ramai orang kat sana..takkan emak tak nampak? Nek Nya pun Nampak..tak caya pi tanye Nek Nya..dia yg tunjuk tadi.. " bersungguh-sungguh Bonda cuba yakinkan mereka. bonda sendiri tak tahu macamana nak bagitau...

Emak dan auntie Jie pandang antara satu sama lain. Sah! Bonda rasa memang diorang tak naampak apa-apa. Bonda pelik.. Bonda jengah balik ke rumah sebelah utk mencari Nek Nya..Ye la..sekurang-kurangnya Nek Nya boleh yakinkan emak..

Serentak kepala Bonda menjengah ke pintu dapur rumah sebelah, Nek Nya pun nak melangkah keluar..siap berselendang.. " Eh! Nak poie mano tu? " tanya auntie Fauziah kpd Nek Nya.. Bonda ingat lagi masa tu..Nek Nya langsung tak menoleh..terhegeh-hegeh dia nak turun dari pintu dapur ( kedudukan pintu dapur tinggi sedikit dari lantai.. ). Tp kami dah biasa dengan perangai dia..jadi tak ambil kisah sangat.. TAPI..yg kami ambil kisah ialah dia keluar rumah dgn berselendang!( dia jarang keluar rumah..sebab dia pemalu.. )

Sambil Nek Nya nak sarung selipar, dia cakap.. " Eden nak copek ni..ado oghang ajak poie kenduri hah.. ".... " Kenduri mano eh? " Balas auntie Jie. "  tu hah...boto ko mato? Punyo ghamai kek sano..eko bole tanyo den laie.. " Nek Nya muncungkan mulut ke depan..Bonda tersengih. Ada 2 sebab yg buat Bonda tersengih.. PERTAMA..sebab Nek Nya pun nampak apa benda yg sama..at least emak takdela fikir Bonda mengada-ngada nak buat cerita. KEDUA..sebab muka Nek Nya buruk sangat masa dia muncungkan mulut dia.. hehehehe...

Bila Nek Nya melangkah je kea rah hutan semak tu..Cepat-cepat emak paut lengannya.. "tak yah lah poie kenduri tu.. " emak cuba pujuk Nek Nya. Tapi Nek Nya tetap juga berkeras nak pergi.. Auntie Jie pun pujuk Nek Nya.. Bonda? Bonda diri tegak kat tepi pintu sambil tengok adegan pujuk memujuk tu... Tengah Bonda tengok tu, Bonda terpandangkan ke kawasan yg ramai orang tadi..

Bonda lihat mereka seolah-olah memandang ke arah kami dan berjalan terus menuju ke sebatang pokok dan GHAIB!! Pokok tu macam ada pintu.. Tak berkelip mata Bonda masa tu.. Fuh! Berpeluh-peluh Bonda....

Tiba-tiba menantu lelaki Nek Nya muncul... Terperanjat dia tengok mak mentua dia kat luar rumah.. Emak ceritakan apa yg telah berlaku.. Setelah dipujuk berkali-kali, barulah Nek Nya nak masuk ke dalam rumah. Itupun berbakul-bakul sumpah seranah dia bagi... Marah betul dia masa tu..

Selepas itu kami bertiga juga masuk ke dalam rumah. Emak dan auntie sambung buat tapai..( nasib baik baru keluarkan bahan..kalau tengah buat..harus tapai diorang tak jadi...hahaha ). Emak tanya Bonda apa yg sebenarnya berlaku.. Bonda pun ceritakan dari awal sampai la ke adegan pujuk-memujuk tadi..

Kuss semangat..auntie Jie mengurut dada. Menurut auntie sudah lama mereka tak datang... Tak tau kenapa pula mereka ada hari ni.. Bonda pun tanya la..siapa mereka tu... Auntie Jie memberitahu " ..kalau nak tahu itulah BUNIAN.... " .

Mungkin sebab Nek Nya Nampak mereka jadi diajaknya Nek Nya utk menghadiri majlis mereka. Nasib baik Nek Nya dapat dihalang. Kalau tidak..mungkin Nek Nya takkan balik lagi ke dunia manusia.. ( Bonda hanya melopong sebab tak faham langsung apa yg auntie cakapkan ).....

Sekian..cerita dari budak umur 8 tahun....( masa tu la....smile )

 



-- Edited by BondaDiana on Saturday 29th of December 2012 05:00:56 PM



-- Edited by BondaDiana on Saturday 29th of December 2012 05:02:18 PM



-- Edited by BondaDiana on Sunday 30th of December 2012 12:54:22 AM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

ooo cite budak 8 tahun skrg bonda berapa taun....

Bonda suka baca buku bercakap dgn jin....
Dulu saya budak2 pun suka baca tapi yg di tulis oleh Tamar Jalis best buku tu...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:


...ye la G..citer masa umur 8 tahun..
agak-agakla..berapa umur Bonda sekarang..? hehehebiggrin

Dulu memang suka baca buku cerita tu...memang penulisnya Tamar Jalis...best sgt..sbb cerita tu kisah benar penulis dgn datuknya....
Sekarang susah nak dapat buku tu...



__________________
1 2 3  >  Last»  | Page of 3  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard