Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Copy@Paste Kenangan Di Tandas Awam


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
Copy@Paste Kenangan Di Tandas Awam


Saya harap agar semua wanita berhati-hati ketika berada di tandas awam ketika datang bulan.

 

Nama saya Sha Bee dan perkara ini terjadi beberapa tahun yang lalu di East Coast Park. Pada waktu itu, saya berserta beberapa orang teman pergi overnight di salah sebuah kawasan di East Coast Park. Pada malam itu, salah seorang teman saya sedang datang bulan. Ketika kami sedang berborak-borak, teman saya yang datang bulan itu memberitahu kami bahawa dia sakit perut. Saya pun menemaninya ke tandas dan kelihatan seperti dia sudah tidak tahan lagi. Tanpa membuang waktu, apabila teman saya masuk ke dalam tandas, dia terus menanggalkan seluar jeans serta celana dalamnya dan menggantungnya di belakang pintu tandas yang dia masuk. Saya pun tunggu di luar, maklumlah, dia kan nak buang hajat besar. Selama saya menunggu di luar, tiada sesiapa pun yang memasuki tandas dan ketika berada di dalam, semua seperti tiada orang sebab memang tak dengar bunyi apa-apa.

 

Tiba tiba saya terdengar suara teman saya memanggil saya. Saya pun masuk ke dalam tandas dan dia memberitahu saya bahawa lampin wanita yang dia gantung di belakang pintu tandas tadi hilang. Berdiri bulu roma saya bila mendengarnya, teman saya menyuruh saya untuk mengambilkannya di dalam begnya. Saya tak berani nak meninggalkannya seorang lalu menelefon teman saya untuk menghantarkannya. Tiba tiba saya terdengar bunyi yang amat menyeram kan. Bunyinya sama seperti di dalam filem hantu apabila benda itu memakan sesuatu dengan cara yang rakus. Maaf, itulah gambaran bunyi yang dapat saya terangkan sebab susah saya nak jelaskan.

 

Apabila dua orang teman sampai, saya pun memberikan lampin wanita ke teman saya yang di dalam tandas itu. Bunyi yang saya dengar seperti datang dari tandas sebelah hujung. Saya pun memberanikan diri untuk melihat kerana inginkan kepastian. Alangkah terperanjatnya saya!!!! Ternampak ada makhluk seperti Pontianak sedang memakan lampin wanita teman saya. Saya hentak pintu teman saya sambil menyuruhnya keluar. Kesian kawan saya kelam-kabut di dalam ketakutan sebab dia tahu yang saya ni amat sensitif dengan benda-benda begini sebab saya senang nampak. Kawan saya tak sempat cuci tangan terus lari keluar dengan saya. Seorang lagi teman saya yang sedang berdiri dengan teman lelakinya di luar pun ikut lari juga.

 

Itulah kenangan yang tak dapat dilupakan, bila teringat ketawa juga, sebab teman saya tak cuci tangan. Menurut teman saya, dia tidak mendengar apa-apa tetapi ketika berada di dalam tandas, dia rasa sangat sejuk dan seperti nak pitam...



__________________
Ysysys


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

dah bacer la...

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard