Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Copy@Paste Jelmaan Wanita Tua Di Rumah


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
Copy@Paste Jelmaan Wanita Tua Di Rumah


Di sini saya ingin menceritakan tentang pengalaman yang menyeramkan, menakutkan dan membingungkan. Perkara ini terjadi pada tahun yang lalu sewaktu saya sekeluarga menyewa rumah empat bilik dari kawasan perumahan di Teck Whye. Keluarga kami tidaklah begitu ramai. Saya, isteri dan tiga orang anak kecil tidur di bilik tidur utama. Abang saya pula tidur di salah sebuah bilik. Pembantu rumah kami tidur di ruang tamu. Pada mulanya kami tinggal di situ sekitar tiga bulan, tiada apa-apa kejadian yang aneh berlaku. Sehinggalah pada suatu hari pembantu rumah mengadu kepada saya bahawa dia sering terjaga pada waktu malam  antara satu lebih pagi.

 

Pembantu menceritakan apabila dia terjaga seolah-olah seperti dikejutkan dan bila dia sudah terbangun, matanya celik dan tidak rasa mengantuk pun. Pembantu melihat sekeliling ruang tamu dan tidak melihat apa-apa pun, sampailah dia terperanjat apabila terlihat di sudut penjuru belakang pintu utama, dia ternampak ada seorang wanita tua berpakaian putih bercampur kekuningan seperti kain putih yang berkotoran dengan tanah. Rambutnya juga seperti beruban rebang di kepalanya. Wanita tua itu cuma berdiri tegak tidak bergerak sesaat pun. Lalu pembantu sempat membaca Ayatul Kursi dan wanita tua itu hilang secara perlahan-lahan. Dalam masa seminggu pembantu mengalami perkara yang sama sehingga dia menceritakan sendiri kepada saya.     

 

Perkara aneh ini menjadi perhatian kami dan saya sekeluarga mengambil keputusan untuk tidur di luar. Ruang tamu di rumah ini ada dua bahagian dan sungguh besar, ketiga-tiga anak kami tidur bersama pembantu di bahagian ruang sebelah pintu dan saya dan isteri tidur di ruang sebelah tingkap. Isteri tidur di atas sofa dan saya pula tidur di bawah tingkap menggunakan tilam. Pada mulanya kami semua tidur seperti biasa dan kali ini saya pula yang terjaga. Lalu saya melihat telefon bimbit, waktunya 2.30pagi dan setelah itu saya melihat kesemua arah di dalam  ruang tamu dan tidak melihat apa-apa pun yang aneh. Bila saya sedang pandang ke arah ruang tamu, posisi badan saya mereng ke sebelah kiri. 

 

Secara tiba-tiba saya terasa seperti ada orang baring di sebelah saya. Pada mulanya saya teringat mungkin isteri telah mengalih tempat dari atas sofa ke tilam saya. Tetapi anggapan saya salah setelah saya ternampak isteri saya masih terlena tidur di atas sofa dari pancaran kaca televisen. Dengan tidak membuang masa, saya hayunkan lengan saya ke muka benda itu dan benda itu terus langsung merangkak dan menolak kaki saya dan terus tembus masuk ke dinding bawah tingkap. Saya sempat melihat benda itu warnanya hitam legam dan berambut panjang. Susuk badannya merupakan seorang wanita.     

 

Pada keesokan malam, perkara yang sama berlaku ke atas diri saya. Kali ini apabila saya terjaga, benda  itu sudah pun duduk bersila di atas tilam sebelah saya. Saya terperanjat dan langsung menendang benda itu dan kali ini, benda itu melawan dan mencengkam kaki saya dengan jari kukunya. Kemudian saya tarik rambutnya dengan menggunakan tangan. Benda itu terus hilang dari genggaman seperti lilin yang cair. Kejadian itu berlaku terlalu cepat. Saya tidak menceritakan hal ini kepada isteri, khuatir nanti dia akan teringat-ingat.

 

Keesokkan malam saya beralih tempat, kali ini saya tidur di atas sofa dan isteri pula tidur di bawah tingkap. Pada malam itu saya tidur ayam-ayam sahaja kerana saya hendak perhatikan apa pula yang datang kali ini. Pejam celik pejam celik tiada apa yang berlaku, tiba-tiba isteri kejut, Bang, tengok siapa yang duduk di kerusi meja makan tu? Saya tidak lihat apa-apa, tapi isteri saya yang dapat melihat. Kata isteri bendanya warna hitam dan rambutnya panjang ke lantai. Benda itu sedang duduk di kerusi meja makan dan pandang ke arah dinding. Apabila saya hendak bangun benda itu hilang perlahan-lahan kata isteri.     

 

Saya bertambah musykil dan ingin tahu apakah benda itu mahu. Lalu saya memberitahu saudara-mara dan sahabat tentang benda itu. Berbagai-bagai komen yang diberikan. Salah seorang anggota keluarga mahu cuba bertemu dengan benda itu, kononnya dia mahu melihat benda itu. Kami pun merancang dan seramai tujuh orang lelaki tidur di rumah saya. Kami membahagikan tempat, ada yang tidur di tepi pintu, ada yang tidur di tengah-tengah ruang tamu dan sebagainya. Saya tidur di  tepi sofa. Adik saudara saya menepuk bahu saya beberapa kali. Saya terjaga dan melihat posisinya dalam keadaan tiarap dan kepalanya menjenguk lihat di belakang saya sambil berkata, Bang, ada orang tengok kita bang! Bila saya toleh belakang dan lihat, Masya-Allah!!! Benda itu memang menjengukkan kepalanya sahaja, rambutnya punyalah panjang terhurai hingga ke lantai. Saya terus bangun dan benda itu hilang dari pandangan. Adik saudara saya terus menangis seperti anak kecil mungkin disebabkan terperanjat. Kejadian berlaku sekitar 3.50pagi.     

 

Saya dapat merasakan siapa saja yang tidur di bawah tingkap itu akan diganggu. Dan tak pasti lagi  kehadiran benda itu. Setelah selang beberapa hari ada seorang teman memberitahu kami bacalah beberapa potong ayat suci ke dalam air ataupun garam dan cuba renjiskan seluruh rumah. Kami lakukan seperti yang diajarkan dan menggunakan garam jantan ditabur sekeliling rumah. Setelah selesai upacara pada malam tersebut sekitar jam 11 malam, kami dapati ada semacam pasir halus dan mungkin juga seperti habuk. Warnanya kekuning-kuningan dan tiada bauan seperti apa yang anda lihat gambar2 yang telah saya sertakan.   

 

Saya kutip habuk itu dan disimpan di dalam botol. Kesokkan hari, habuk itu masih di dalam botol. Sepanjang hari ke petang, habuk itu masih di dalam botol. Selepas saja waktu  Maghrib, habuk itu sedikit pun tidak kelihatan di dalam botol itu lagi, yang ketinggalan hanya wap seperti peluh. Sungguh misteri dan membingungkan bagaimana ianya hilang. Ramai yang datang menolong untuk keluarkan benda ini tetapi mungkin belum ketemu jodohnya untuk pulih. Kami masih tinggal di situ kerana masih mempunyai kontrak. Setelah kontrak habis, kami akan berpindah ke kawasan lain.    



__________________
Ysysys
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard