Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Copy@Paste Suara Budak Ikut Menyanyi


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
Copy@Paste Suara Budak Ikut Menyanyi


Nama saya Nadira, berasal dari Malaysia dan hari ini saya ingin berkongsi sebuah kisah seram yang telah dialami oleh saya sendiri. Mungkin perkara ini tidak begitu seram pada para pendengar, namun bagi saya yang telah mengalaminya tidak mungkin akan melupakannya sampai bila-bila.

 

Kisah ini berlaku kira-kira dua tahun yang lalu. Bagi pengetahuan semua, rumah keluarga saya terletak di sebuah kawasan di Kajang, Selangor di mana pada hari itu, saya bersama adik-adik saya tinggal di rumah, manakala ibu bapa saya tiada di rumah kerana pergi melawat rakan mereka yang sakit di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur. Jadi seperti biasa, rutin seharian di rumah pada waktu petang, saya dan tiga orang adik saya akan menari di ruang tamu sebagai salah satu senaman, manakala seorang lagi adik saya sedang bermain PS2 dan seorang lagi adik perempuan saya yang bongsu sedang tidur di bilik ibu bapa saya.

 

Hendak dijadikan cerita, pada hari itu, kami mula menari dari jam 5 dan berlarutan sehingga ke senja. Sedang menari dan menari, tiba-tiba apabila lagu masuk ke bahagian korus, kedengaran suara seorang budak perempuan ikut menyanyi sama seperti di dalam lagu itu.

 

Now youre gone, I realized my love for you was strong,

 And I miss you here now youre gone,

 I keep waiting here by the phone,

 With your pictures hanging on the wall. 

 

Ketika itu kami sedang menari lagu "Now Youre Gone" daripada Basshunter dan apabila mendengar ada suara budak perempuan ikut menyanyi, terkejut kami dibuatnya, dengan serta-merta saya berhenti menari. Adik-adik saya juga berhenti menari dan adik saya yang sedang bermain PS2 juga berhenti bermain dan mendekati kami sambil ketakutan. Sah! Bukan saya seorang sahaja yang mendengar tetapi adik-adik saya juga. Yang paling menakutkan, suara budak perempuan itu datang dari dalam rumah kami yang mana ianya jelas kedengaran dari bilik tidur ibu bapa kami!

 

Kami terkaku. Adik saya berbisik dengan saya dalam keadaan ketakutan, Kak, siapa yang nyanyi tu kak? Saya pun tidak tahu apa yang hendak dikata, tetapi cepat-cepat tangan saya terus mematikan alat pemutar lagu itu dan menukarkannya dengan bacaan Asma-ul-Husna bagi meredakan ketakutan.

 

Setelah suara budak perempuan itu hilang dari pendengaran, saya bertanya kepada mereka betulkah mereka dengar suara budak perempuan tersebut. Ya, mereka mendengarnya, dan ketika itu baru saya sedar bahawa adik bongsu saya sedang tidur di dalam bilik di mana muncul suara budak itu. Saya menyuruh adik saya pergi mendapatkan adik yang sedang tidur tapi kesemua mereka tidak mahu. Takut katanya, saya juga takut tapi terpaksalah mengalah kerana saya yang paling tua. 

 

Saya memanggil adik bongsu saya dari luar pintu bilik, ketika itu umurnya baru mencecah 4 tahun dan saya takut jika sesuatu berlaku kepadanya. Dia tidak menyahut, jadi saya terpaksa masuk ke bilik itu untuk memastikan dia selamat. Saya buka pintu, hidupkan lampu, dalam hati membaca surah-surah yang terlintas dalam fikiran, takut juga kalau tiba-tiba budak perempuan itu muncul. Akhirnya saya lihat adik saya sedang nyenyak tidur di atas katil. Saya menggerak-gerakkan tubuhnya supaya dia bangun dan Alhamdulillah, tiada terjadi apa-apa pada dirinya.

 

Malam itu selepas ibubapa saya pulang ke rumah, adik-adik saya sibuk ingin memberitahu ibu dan ayah tentang hal ini. Kata mereka, Itulah, terkinja-kinja lagi walaupun dah senja, mana tak kena ganggu? Sejak peristiwa itu berlaku saya tidak mahu lagi mendengar lagu tersebut, takut juga ketika mendengar lagu itu ada lagi suara budak perempuan itu ikut menyanyi.

 

Sekian...



__________________
Ysysys
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard