Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.
Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup.
Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasakan musuh atau orang yang dibenci oleh pemiliknya.
Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu ; Contohnya Balairaya, Jalanraya dan sebagainya.
Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah. Ia boleh menjelma sebagai manusia. Ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik di dalam ajaran Islam. Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik. Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya. Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal. Walaupun tanpa pengetahuan tuannya atau pemiliknya..
Kalau yg membela ni..mmg mcm tu la gayanya bila nk mati.. Astaghfirullahal'azim.. azabnya bila tgkkan ?
Bonda pernah jumpa juga tp bkn yg di rumah sewa yg angker tu... yg ini jiran berdekatan dgn rumah sepupu Bonda. Cerita ringkasnya... masa tu br blk dari duduk2 atau kata lainnya melepak...dr rumah sepupu. Bonda blk jln kaki. Oleh krn dh dkt senja, Bonda ikut jalan besar.
Bila lalu dpn rumah si polan ni, ternampak la dia sdg menyapu daun2 kering bwh pokok rambutan tepi rumahnya bagai nk rak. Dlm hati pun berkatalah..." bersungguh2 betul dia menyapu. Patutlah bersih laman rumah dia..". Masa tu takde perasaan apa2. Ye la tgk org menyapu sampahkan? Takkan Bonda nk buat tarian pom pom sbg tanda utk memberi semangat pd dia..ye tak ? Bonda terus je la jalan.
Elok je Bonda nk turun bukit menghala ke rumah, ada motor bg hon dr dpn... tak perasan pula yg Bonda bikin jln tu mcm ana yg punya...huhuhu... Bonda pndg ke arah motor yg hon dgn berhemahnya td... Ooohh...pakcik si polan rupanya. Ingatkan sape.. Bonda angkat tgn sambil senyum sipu2.. Sorrylah..tak sengaja. Dia pun senyum blk.
Lepas je dia lalu tepi Bonda baru terperasan..bukan ke td nmpk dia tgh menyapu sampah ? Eh! Biar betul ? Mmg jelas Bonda nmpk dgn mataku yg galak ni......eceh !! Kalau ni pakcik si polan yg tgh menyapu tu sape lak? Ah! Sudah.... misteri sungguh...
2 3 hari tanya pd Mak Uda.. dia cuma ckp......... " Ada tu...... " sambil senyum.. Bonda faham maksud nya... Jd lepas tu tak pernah tanya lg. Kalau ternampak...buat tak tahu je laaa. Arwah datuk pernah bgtau jgn sesekali sebut nama org yg ada HR ni. Sebab dia akan tahu kalau ada org yg berdekatan menyebut atau bercerita ttg dia. Nnt mlm dia akan suruh belaan dia pergi say Hi...( ini bg yg masih hidup lagi la.. )
Ada lagi ikat sayang.. Selagi iblis dan sekutunya wujud..selagi itulah benda2 ni ada...
Br sebentar td hubby Bonda nmpk sesuatu yg kelihatan seperti tuju2 terbang .. mengucap panjang dia. Dia tak berani tegur sbb anak2 ada sekali dlm kereta. Manakala Bonda pula tak ikut,. Tu yg dia sampai bilik hotel terus dia bercerita..
Dulu kat rumah nenek sedare jemah ade hantu raye. Jemah selalu tengok die waktu pagi raye, semua makanan die makan. Lepas banyak kali nampak hantu raye ni, jemah dah tk nk pegi dapur waktu pagi raye.