Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: pengalaman mimpi dalam mimpi


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:
pengalaman mimpi dalam mimpi


Petang tu hujan lebat..yela..sekarang musim hujan..Asal balik dari kerja mesti hujan. Aku yang kepenatan seharian kerja ambil peluang untuk tidur, sedang ibu ayah dan adik-adik lain mandi hujan(main hujan). Walaupun aku tahu maghrib memang tak elok tidur..tapi mata aku betul-betul tak tahan. Aku pun terlelap kat atas tilam. Tiba-tiba ibu aku kejut dan tanya ' ibu nak buat maggie tomyam..kau nak makan tak?' Aku pun bangun dan cakap ok..

Aku lihat pada jam di skrin hp.ohh dah pukul 8.24mlm...lamanya aku tertidur..Aku terus bangun dan bersihkan diri. Selepas tu aku dan keluarga makan maggie dan minum air panas. Selepas berbual-bual ibu  ayah masuk tidur awal memandangkan hari masih lagi hujan lebat. Adik-adik ajak aku main daun terup (memang selalu main dengan keluarga, tapai tak pakai duit.Saje suka-suka). Aku yang pada mulanya ingin tidur, melayan adik-adikku. Kemudian aku menyuruh mereka tidur dan aku masuk ke dalam bilik. Aku main-main hp (fb dan sebagainya) kemudian aku tertidur dan hanya sempat mengucapkan 'bismillah'. (biasanya baca doa tidur bagai)

Dalam tidur

Aku bermimpi, aku, adik perempuan dan ibuku.Kami berada di satu kawasan perkampungan. Sangat asing, tak pernah aku pergi. Ada macam air sungai ke apa..lepas tu ada rumah yang orang lama-lama tu. Rumah yang dibuat dari buluh.Banyak, tapi jauh-jauh antara satu sama lain. Kami bertiga berjalan meredah air yang separas bukulali tu sambil berpimpin tangan.

AKu terbangun....

Aku mengucap..apa la yang aku mimpi ni..mainan tidur..tapi...kenapa bilik aku gelap sangat. Bilik aku ni memang nampak cahaya dari dapur. Dan adik-adik aku memang tidur depan TV(depan pintu bilik aku sebab diorang kuat mengompol.Aku tak bg diorang tido dalam bilik, susuh aku nk buat solat dan mngaji). Memang macam kejam..tapi terpaksa.Sedangkan selimut tebal, comforter tu pun tiap2 hari bertukar sebab terkencing.. Aku dah mula pelik, gelap semacam bilik aku ni. Tiba-tiba mataku tertangkap satu objek, bersebelahan pintu bilik yang gelap. Satu lembaga yang sangat sasa, hitam dan berbulu panjang2 (bukan macam bulu roma tu) Senang cerita macam orang hutan, tapi versi besar, tinggi, tegap dan menakutkan.

Aku beristighfar, aku cakap..ohh, mimpi ngeri ni kot. AKu terus selawat dan meludah 3 kali di sebelah kiri (ikut petua, baca dalam surat khabar). AKu yang pada asalnya tidur mengiring ke muka pintu, terus aku pusing. Aku mengiring ke sebelah kanan. Aku cuba pejamkan mata balik. Dalam aku baru nak tertidur, tiba-tiba badanku ditindih dari atas. Gelap sungguh, besar dan sangat berat. Aku tahu, mesti binatang tadi. Rupanya aku tak bermimpi waktu nampak 'dia' berdiri tadi.Aku dah gabra, aku cuba sedaya upaya aku untuk membaca segala macam doa. Aku cuba baca al-fatihah tapi terabur. AKu cuba melaung ALLAHUAKBAR, tapi tak terkeluar.AKu menggigil ketakutan hampir nak nangis. AKu kuatkan suara. AKu qamat dalam hati. Tapi aku tak boleh menjerit. Lama sangat, sampai aku rasa macam kene strok.bernafas pon tersekat-sekat. Aku terus-terusan mencuba. Akhirnya aku memejam mata, mengumpul seluruh kekuatan, dan menjerit ALLAHUAKBAR! aahh....kenapa tak keluar juga! AKu jerit lagi...air mata dah mula meleleh. Namun aku kuatkan smgat. AKu tak boleh kalah. AKu qamat lagi dalam hati dan cuba kat mulut.Terkumat kamit..akhirnya terlafaz dengan kuat! Aku buat berulang-ulang kali. Benda tu beransur-ansur hilang dan badanku mulai ringan.

Aku bingkas bangun. AKu tengok adik-adikku masih lena.Takpe, biarkan aku tak nak ganggu. Aku cuba bangun, dan berlari ke bilik ibu. Tapi bila aku berdiri, bulu romaku  meremang. bukan hanya ditengkuk, malah dari bulu kaki sampai ke ubun-ubun aku rasa terpacak.Aku tak boleh berjalan. Kaki aku lemah.Aku mula merangkak.AKu nampak benda tu masih berdiri di atas kepala tempat aku tidur. AKu berzikir dalam hati ALLAHUAKBAR berkali-kali..sampai aku dapat bangun dan berdiri.AKu lari ke bilik ibuku.Aku terus buka lampu dan kejut mereka.Aku memegang tangn ibuku dengan air mata yang masih meleleh dan cakap aku kene hempap. Mak aku dah risau.Tapi, ayah aku cuma senyum je. Ibuku mula naik angin dan marahkan ayah. Namun ayah tetap senyum.

Terbangun tidur..

YA Allah..tadi tu mimpi..Aku cuak...Ni masih mimpi ke???AKu kesat airmata. Kaki ku lemah.Aku kuatkan kaki, berlari dan aku terus buka lampu. Kemudian aku jatuh terduduk depan pintu bilik. Aku buka hp, jam pukul 12.58am....Aku betul-betul ketakutan. Aku buka fb kat hp, akak dan kawan baik aku online. Aku bagitahu mereka. Kawan aku suruh aku ambil air sembhyang dan tidur balik.Tapi aku tak berani nak ke dapur. Aku sambil-sambil chatting dengan akak aku. Aku pun cerita apa yang terjadi dan aku bagitahu dia pasal semalam. Anak dia (budak perempuan umur 4tahun-yang kuat mengompolkan tilam aku tu) terbangun tengah-tengah malam dan menangis. DIa meraung sebab nampak hantu. Dia kejut adik aku yang umur 11 yang tidur sama dengan dia, tapi adik aku marah dia. Jadi, dia menangis. Semalam, aku ajak dia tidur dengan aku lepas die menangis tu. Tapi harini, aku pulak kene kacau. Akak aku kata, dia dah 3 hari tak boleh tidur. Macam ada benda yang ganggu.

Aku terus bangun, ambil air sembahyang. Masuk bilik semula. Akak aku suruh qamatkan bilik@tempat tidur aku , kemudian qamatkan tempat ank dia tidur. Waktu aku qamatkan kat tilam aku (tempat aku kne hempap tadi) , tiba-tiba ada bunyi berdesing. Kuat sangat!sampai aku rasa tegak bulu tengkuk. Aku dah mula galau. Qamat aku dah terabur. AKu qamat sampai 2 3 kali sebab dah tersalah-salah baca. Aku kuatkan semangat, aku qamat sambil pejam mata. Lepas aku qamat tempat anak akak aku, aku masuk semula bilik dan bagi salam. Aku tidur, Alhamdulillah..sampai ke pagi.

****

Paginya, aku bercerita pada ibu. Mengucap panjang  ibu. Ibu pun buka cerita, dia baru terima berita kematian saudara. Makcik aku dari ###, kematian cucu yang baru 9 hari lahir. Tapi, famli aku cakap entah-entah benda yang datang tu memang nak kacau anak akak. Sebab, makcik tu dia ada kedai makan dan sangat berjaya. Tapi, kalau nak tahu kenapa die berjaya, dia pakai pelaris, Kepala kambing hitam. Aku pun tak faham. kenapa makcik dan pakcik aku suka sangat ambil benda  pelik-pelik. Kalau nak mati, tak boleh mati. Siap panjat-panjat almari, pastu tangan menggapai-gapai ke langit.

Kemungkinan kedua, ada satu orang kuala (orang asli melayu) yang duduk kat kuala sungai tu. Dia minta tolong ibu aku ubatkan keluarga dia. Ada benda orang hantar. Tak tahu benda apa. Tapi. keluarga dia selalu kena ganggu da tak boleh tidur malam. Ibu aku tak mengubat orang lagi, tapi demi jaga hati orang tu, ibu tetap pergi rumah dia dan tengok-tengok.

Wallahualam, aku tak tahu la ape benda yang kacau. Sampai pagi ni, sebelh badan aku sakit macam salah urt (yang kena tindih tu). Tengkuk aku macam nk patah rase. Dan satu lagi, pasal kaki yang lebam bentuk Y. Lebam dah hilang. Tapi dia jadi warna hitam dan timbul macam orang cop tatu tu..Kenapa la semua ni kena pada aku?



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

sabar jelah ariza, tapi cuba la jugak berubat kalau badan berat, lebam2 tu.. kalu mak ko pandai, crita ajalah pada mak tu..

kenapa semua tu kena pada ko?.. kita sesama manusia pun ada yg memang jenis suka buat jahat pada org lain tanpa sebab, saje je suka2, ini pulak jin yg kita tak nampak tu.. kenapa nko itu wallahua'lam..

mungkin sebab iman ko kuat kot? tu banyak dugaan yg ko dapat..

kalau aku kan..nampak depan mata.. pengsan... pastu dalam pengsan tu mimpi nampak lagi..

pengsan dalam pengsan... isk payah...

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

mekaasih ijoi...kalau iman aku kuat..aku dah lawan dah..
ni pun teketar2 jer...
ntahla...aku sush nk ckp..knp..

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 103
Date:

Akak , tu semua ujian . Tp saya respect la akak . Sbb akak boleh lak tgk bnda tu . Kuat betul iman akak . Kalau sya , dah berselubung . Hihi

__________________
oliVer wEnDelL hOlmEs once said . . . ~"Da great thin' in diz world is not so much where we stand as in wat direction we are moving"~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

ingtkan mimpi kan..tu yg tengok jer die..
terus pusing belakang...
tak payh la jumpe die fyka..hahahah bala je die bawak

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 98
Date:

reza blaja silat kan?baru2 ni akk bwk la tunang akk brubat perubatan islam..
dia pun bdk silat..memula akk xcaye la amenda la dia nk buang tu tp ble tgk ngn mata sendiri sesi buang tu baru la pcaya..
takut sgt tapi mmg susah la nk buang psl dah lame ade lam bdn..mggu dpn kene bwk dia lg..
akk rase reza ada kene mgena gak kot sbb dr ape yg reza cite same ngn tunang akk tu..

__________________

                                            

                                                         ~i'm happy~

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard