Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pengalaman 3 - Part 3 & Last Part


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:
Pengalaman 3 - Part 3 & Last Part


biggrin Assalammualaikum wbt..

 

Sblm Bonda sambung cerita Bonda...Bonda nak mohon maaf sbb lambat sambung bercerita..sibuk sgt sejak akhir2 ni... Okayla..Bonda sambung ttg perkara aneh & menyeramkan ketika sessi pem'bersih'an rumah yg kami sewa..

Semasa Pak Haji ( org yg bantu utk membersihkan rumah sewa kami ) dapat menangkap polong yg Bonda & sepupu jumpa di bawah pokok jambu air, Pak Haji meminta salah seorang dari kami membuangnya ke sungai. Maaf Bonda tdk boleh bercerita bagaimana Pak Haji itu menangkap polong tersebut. Yang boleh Bonda beritahu  ialah polong tersebut di pasung dalam daun nipah ( selalu digunakan utk buat rokok daun ). Daun nipah itu dibuat seperti sampan...

Sungai tersebut berada dihujung kampung. Bermakna utk ke sungai tersebut, haruslah melalui jalan denai ( hanya boleh di lalui oleh sebuah motorsikal / basikal / berjalan kaki )... Jauhnya sungai tersebut dari jalan utama adalah sepanjang 2 km.

Oleh krn tiada sesiapa yg menawarkan diri secara sukarela utk membuang.. jadi Pak Haji telah memilih anak angkat arwah datuk ( Kamal )& sepupu lelaki. Mula2 tu mereka membantah.. Manakan tidak.. Sudahlah mereka kena melalui jalan denai yg gelap ya amat.. lepas tu kena bawa pula bekas yg berisi P.O.L.O.N.G!!! Kalau anda bagaimana? Beranikah? Tentu tidakkan?

Pak Haji memberitahu ayah Bonda & Pak uda tidak boleh membuangnya sbb mereka diperlukan sekiranya ada apa2 yg berlaku di rumah sewa tersebut. Jadi nak tak nak terpaksa 2 jejaka ini pergi tanpa rela. Mereka pergi dgn menaiki motosikal.

Dlm 1 jam mereka pergi Pak Haji membuat solat hajat beserta wirid & doa secara berseorangan. Tidak ada apa2 yg berlaku ketika itu. Kami semua buat hal masing2.. Tiba2 terdengar bunyi motosikal berhenti secara mendadak didepan rumah dan muncullah 2 jejaka ni dgn termengah2 seolah2 dikejar sesuatu. Muka masing2 tak usah dicakap..dua2nya pucat...

Mak Bonda bertemankan Mak uda pergi ke dapur utk mengambil air ( mereka pun takut sebenarnya.. ) lalu diberikan kpd 2 jejaka ini. Pak Haji keluar dari bilik & terus ke ruang tamu. Selepas duduk bersila di depan kami..dia bertanya kpd  Kamal .. Bagaimana?.. . Kamal mengangguk perlahan. Bonda tgk tgnnya sedikit menggigil...

Pak Haji kata minggu depan kami sekeluarga boleh tinggal dirumah ini. Rumah sentiasa dibersihkan..lampu dapur & belakang rumah mestilah dipasang. Rumah jgn dibiarkan gelap terutamanya bahagian belakang rumah. Jangan sekali2 tinggal solat & mengaji. Itu pendinding yg sebenarnya. Ayah bertanya.."bagaimana belaan yg di pasung di rimbunan buluh ?" ( terletak dibelakang rumah & juga jalan pintas pertama yg paling dekat ke rumah arwah datuk )..

Menurut Pak Haji biarkan saja belaan itu di situ sbb ia takkan kemana2. Lgpun belaan tu dipasung sendiri oleh tuan rumah. Selagi tempat tersebut tidak si usik jadi ia takkan mengganggu. Pak Haji sudah pasangkan pagar di sekililing rumah ini. Kami juga diingatkan sekali lagi utk tdk melalui kwsn pokok buluh tersebut selepas pukul 6 ptg hingga keesokkan paginya ( matahari terbit ). Kami juga dibekalkan dgn beberapa surah2  tertentu utk diamalkan setiap hari.

 

Selepas bersalaman kami semua pulang dgn cara yg sama ( Bonda ada ceritakan sebelum ini ). Tapi kali ini kami tidak diganggu. Kami semua tidak terus tidur. Kami beramai2 duduk di depan tv. Niat sebenarnya nak tau apa yg berlaku pada 2 jejaka yg membuang belaan tadi.

Cerita sepupu lelaki.. perjalanan mereka lancar ( waima lalu didepan pokok besar ). Tidak ada apa yg pelik berlaku. Sampailah mereka dijalan mati utk memasuki denai menghala ke sungai. Untuk berhenti tidak sama sekali sbb Pak Haji melarang mereka singgah atau berhenti di mana2. Itu pantang larangnya. Jadi mereka terpaksa teruskan juga.

Jalan denai tersebut tersangatlah gelap. Kiri kanan semak samun & pokok2 hutan. Ada yg besar & ada juga yg bersaiz pemeluk seorang kanak2. Utk pengetahuan semua laluan tersebut juga adalah laluan orang bunian ( ada masa Bonda ceritakan ). Masuk saja jln tersebut sudah mcm2 bunyi mereka dengar. Oleh krn jalan kecil & gelap, mereka tdk boleh laju. Silap caturan mereka boleh tersungkur sbb kdg2 ada akar2 menjalar di tgh2 jalan.

Sepupu Bonda yg ditugaskan utk memegang bekas nipah sudah berpeluh. Tangan dah sejuk, jantung nak pecah..nak terkencing pun ada. Mulut dia tak henti2 membaca ayat pendinding. Terasa belakang dia ada yg mengikuti. Pak Haji kata jgn risau ( mana boleh tak risau! ashamed)..itu polong yg telah di pasung di dlm bekas tersebut. Polong tersebut tak boleh apa2kan mereka berdua.

Walaupun takut tangan sepupu memegang bekas nipah dgn erat serta berhati2. Takut bekas tu akan terjatuh. Bayangkan dia berdua dgn Kamal di kawasan yg gelap menuju ke sungai sambil membawa polong!.. kalu terjatuh bekas tu tak pasal benda lain pula akan terjadi.. Nauzubillahminzallik...

Sampai saja di tepi sungai mereka pun terus menuju ke tepi batu besar. Masa nak letakkan bekas tu..tiba2 dengar ada org beri salam. Tapi tak jelas sgt sebutan salamnya.. sepupu Bonda nak jawab..pantas mulutnya ditekup oleh Kamal. Suara perempuan..halus sgt. dia bertanya.. buang apa tu bang..? . Ah sudah !... siapa pula perempuan malam2 kat sini.. Dengan cepat sepupu meletakkan bekas megikut arus sungai. Kemudian mereka membaca ayat serta surah tertentu. Ketika itulah angin menderu dgn kuat. Terasa daun2 kering singgah di muka masing. Nak suluh takut..jadi diamkan saja. Tak habis lg angin..bunyi anjing melolong tak henti.. masing2 dah cuak. Dalam pada itu terdengar bunyi nyaring. Kata mereka tak tahu mcmana nak terangkan bunyi tersebut..nak kata bunyi org menjerit, bukan sbb bunyi tersebut sungguh halus & berdesing.. sebiji macam cerita hantu ( kata mereka laa...)Setelah memastikan bekas tersebut mengikut arus, mereka terus pergi ke motor tanpa menoleh kiri kanan. Takut kalau terpandang apa2. Tapi Kamal terasa ada susuk tubuh berdiri di atas salah satu batu besar disitu. Bulu roma dah meremang. Kalau boleh motor tu di pecut..nak saja dia pecut motor tu..

Angin belum reda..bunyi anjing serta bunyi nyaring tadi berselang seli... Oleh krn Kamal ni sudah gabra..dia tidak boleh hidupkan motor.. satu lg masalah datang.. Adduuhh...masa nilah motor ni buat hal.. cuba hidupkan lg tp tak boleh.. Sepupu Bonda asyik cakap..cepatla..cepatla..aku dah takut ni... Kamal toleh.. Eh! Ko boleh senyap tak? ... Ha..tak pasal2 kena marah..

Sudahnya Kamal tongkatkan motor.. dia berdiri menghadap sungai & terus dia azan sekuat2 hati melawan bunyi angin, anjing & nyaring tadi.. 3 kali dia azan..angin mula reda. Bunyi anjing beserta bunyi nyaring tadi terus lenyap.. Tak menunggu lagi..dia pusing, naik atas motor dan cuba hidupkan motor.. Alhamdulillah..sekali cuba saja motor berjaya dihidupkan...terus dia memecut..melambung2 sepupu Bonda dibelakang.. Sepanjang perjalanan pulang sepupu Bonda baca ayatul kursi kuat2.. lantaklah kalau org kampong terkejut dengar suara dia baca ayat kursi atas motor kuat2... janji dia selamat..

Seram dengar cerita mereka...tapi kami pakat gelak ramai2.. Malam tersebut kami semua tidur depan tv. Tak nak kami tidur asing2.. Takut.....

Walaupun pengorbanan kita tidak sehebat Nabi Ibrahim dan kita juga tidak sesabar Nabi Ismail demi menjalankan perintah Allah.. Percayalah setiap pengorbanan dan sikap sabar kita dlm ujian Allah akan diberi ganjaran yg hebat olehNYA.. InsyaAllah..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMOGA TAKBIR YANG BERGEMA MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN BERSAMA-SAMA ERTI PENGORBANAN SEBENAR.



-- Edited by BondaDiana on Thursday 25th of October 2012 06:08:22 AM



-- Edited by BondaDiana on Thursday 25th of October 2012 07:15:16 AM



-- Edited by BondaDiana on Thursday 25th of October 2012 05:33:10 PM



-- Edited by BondaDiana on Thursday 25th of October 2012 05:35:04 PM



-- Edited by BondaDiana on Thursday 25th of October 2012 05:36:18 PM



-- Edited by BondaDiana on Friday 26th of October 2012 05:46:16 AM

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 103
Date:
RE: Pengalaman 3 - Part 3


Haha , klakar gle spupu bonda . Kan da kne marah . Bonda , crita la lg psl bunian lakk . Hihi .

__________________
oliVer wEnDelL hOlmEs once said . . . ~"Da great thin' in diz world is not so much where we stand as in wat direction we are moving"~


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

Bonda...pokok besar jgn lupe cite...

__________________

"mencari ketenangan"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:
Pengalaman 3 - Last Part



Assalammualaikum wbt..

Bonda sambung cerita akhir mengenai rumah yg kami keluarga sewa..... Di sini Bonda ingin bercerita ttg kejadian pelik, seram & misteri yg berlaku di dalam, di luar juga dlm kehidupan kami sekeluarga. Begini ceritanya...

Setelah diberi 'lampu hijau' utk tinggal di rumah tersebut..kami sekeluarga pun duduklah dalam rumah tersebut. Kehidupan kami berjalan seperti biasa.. Semasa baru pindah dikampug, ayah Bonda membantu arwah datuk menoreh di kebun getah. Emak pula surirumah sepenuh masa. Bonda & 2 lagi adik Bonda bersekolah. Pada mulanya emak kadangkala berasa seram juga berada di rumah berdua saja dgn adik Bonda yg kecil sekali ( berumur 3 thn ketika itu ). Walaupun hari siang, emak Bonda terasa seperti ada yg sdg memerhatikan dia.

Keadaan rumah makin lama makin bersih.. Ayah Bonda seorang yg rajin, cerewet & pembersih..( sampai skrg perangai dia begitu..) Cerewet & bersihnya dia mengalahkan perempuan.. ( skrg ni 2 adik Bonda mewarisi perangai dia...dtglah rumah ayah Bonda..kalian semua boleh baring2 lagi dlm bilik airnya..hehehe ).. Jadi setiap petang ayah & emak akan bergotong-royong membersihkan kawasan rumah. Bonda juga menolong..tapi tolong tengok jee..biggrin

Kisah 1.

4 hari pertama tinggal di sana tdk ada apa2 gangguan. Setakat bunyi burung hantu, cakar2 tiang di bawah rumah atau terserempak dgn penampakan2 kelibat tu...dah biasa. Buat tak tau je... Sampailah masuk hari ke 5 iaitu hari rabu malam khamis. Malam tu Bonda & adik lelaki tidur lewat sbb menonton tv. Emak serta 2 adik Bonda yg lain sudah tidur. Kami semua tidur di depan tv. Ayah pula belum pulang lagi ( dia keluar berjumpa kwn2 nya ). Masa tgh menonton adik lelaki terdengar bunyi suara org sdg berdehem2 di luar tingkap. Mula dia ingatkan ayah sudah pulang. Jadi dia buat tak tahu.. Kemudian tiba2 tingkap ( jenis tingkap nakur; keping2 ) diketuk2. Tingkap ni bertentangan dgn kami. Terkejut kami berdua. Kami berpandangan.. bulu roma Bonda merinding. Hidung Bonda kebas.. Adik Bonda dah tarik selimut.. Tingkap diketuk lagi.. Yang menakutkan kami ialah ruang tamu rumah ini tinggi. Bonda sendiri boleh berdiri tegak di bawah rumah.. Jadi siapa pula yg ketuk tingkap yg tinggi tu? Bonda tak tunggu lagi..capai bantal terus baring sebelah emak, tarik selimut ..berselubung & terus tidur.. Esok pagi2 buta kena marah dgn ayah sbb tidur tak tutup tv...

Kisah 2.

Seperti malam2 yg sebelumnya..kami sekeluarga tidur beramai2 di ruang tamu. Ayah masih tak izinkan kami tidur berasingan. Perkara ini berlarutan sehingga 2 bulan lamanya. Tengah sedap tidur, tiba2 tidur Bonda diganggu dgn bunyi org bercakap2. Mula Bonda abaikan tp makin kuat pula suara2 itu.. Bonda buka mata & toleh kesebelah kanan. Ayah & emak tdk ada di tempat tidur mereka..yg ada 2 orang adik perempuan. Tengok atas kerusi, adik lelaki nyenyak tidur. Bonda bangun dan menjengah ke dapur yg berada di bahagian bawah.. kelihatan emak sdg duduk di atas tangga menghala ke ruang belakang juga bilik air. Bonda pun terus pergi duduk disebelah emak.. Bonda berbisik ke telinga emak "... kenapa mak..?" . Emak buat isyarat suruh diam. Bonda garu kepala yg tak gatal. Kemudian Bonda terdengar suara ayah spt terpekik di ruang belakang ( ruang ini ayah letakkan barang2 kerja serta alat pertukangan ).. "..Eh! Ya ALLAH!!! ".... . Bingkas kami berdua bediri & terus turun dari tangga. Kami pergi dapatkan ayah. Bonda nmpk ayah tegak berdiri memandang ke atas para.. Emak bertanya .. "...kenapa bang?.." . Ayah menoleh ke arah kami..dia beranjak sedikit ke tepi sambil menunjuk ke atas para. Kami berdua serentak memandang atas para. Nak tau apa yg Bonda nampak?.. Ada sebiji botol besar ( Bonda rasa bekas botol Nescafe ). Dalam botol ada gigi palsu penuh ( atas & bawah ) dan gigi itu terketap2 & bergerak2 dgn sendirinya !! Seolah2 mcm ada bateri yg menggerakkannya.. Bonda mendekati botol tersebut & cuba memeriksa gigi tersebut..manalah tau kot2 mmg ada bateri kat gigi tu.. Bonda tak berani pegang..lgpun ayah tak benarkan kami menyentuh botol itu. Terbongkok2 Bonda menilik gigi yg tengah terketap2 tu.. Walaupun rasa pelik tp Bonda kurang rasa takut sbb ayah ada. Ayah Bonda bacakan sesuatu kemudian di hembus pada botol itu.. 3 kali ayah buat..gigi palsu tu terus berhenti bergerak... Hhhuurrmmm...seram + misteri sungguh.. Oh ya..buat pengetahuan semua..gigi palsu tu kepunyaan arwah isteri tuan rumah sewa kami....

Kisah 3.

Ada suatu ptg kami diziarahi oleh sepupu ayah Bonda. Dia dtg ke rumah arwah datuk & diberitahu yg kami telah berpindah di belakang rumah arwah atuk. Jadi dia dtglah menziarahi kami. Masa dia dtg jam menunjukkan pukul 3.30 ptg. Bonda ingat lg sbb masa tu Bonda baru pulang dari sekolah & bas sekolah Bonda selalu on time!.. Bonda beri salam, masuk ke rumah..salam dia & Bonda terus bersihkan diri utk kejarkan solat zohor. Ayah, emak & sepupu ayah bersembang di ruang dapur. Sembang2... sedar2 dah jam 6.45 ptg. Sepupu ayah minta diri nak pulang ke rumah arwah datuk. Ayah menawarkan diri utk menghantarnya pulang. Tapi dia menolak sbb tak mahu susahkan ayah. Katanya dia boleh ikut jln pintas td ( depan pokok buluh.. ). Ayah melarang tanpa memberitahu sbb musababnya..( arwah datuk suruh rahsiakan hal rumah sewa ). Sepupu ayah ni tetap berdegil utk pulang sendiri. Jadi ayah nak tak nak terpaksalah biarkan saja... Ayah cuma berpesan balik jgn terus masuk rumah. Nak dijadikan cerita mlm itu dia diganggu dgn teruk.

Diceritakan kembali oleh nenek... ketika org sdg tidur tiba2 terdengar sepupu ayah ni terpekik2 mcm org kena sawan. Semua org di tendangnya. Dia menjerit ".. sakit..sakit..." . Nasib baik arwah datuk ni ada ilmu sikit.. dipegangnya ibu jari sepupu ayah & di bacakan surah2 serta ayat2 tertentu.. Mula2 tu tak jalan... lepas 10 minit baru la dia terdiam & terus pengsan. Bila terjaga, arwah datuk berikan air & selebihnya disapukan ke mukanya. Ditanyakan kenapa dia menjerit2... Sepupu ayah menceritakan ketika dia sdg tidur, tiba2 peha dia disepak sesuatu.. Bila dia muka mata, dia Nampak ada 1 lembaga besar, matanya rompong spt termasuk ke dlm..bertaring ternganga dgn mulut yg sangat luas memandang dia dlm keadaan yg sgt marah. Dia cuba bangkit & nak lari ke bilik arwah datuk tapi belum sempat dia berbuat apa2..lembaga tu terus menarik rambutnya sekuat hati sambil 1 tgn lg mencekik leher sepupu ayah ni. Sakitnya hanya Allah saja yg tahu..ditambah pula rasa takut. Meronta2 dia cuba melepaskan diri tp makin dia meronta makin kuat lembaga a.k.a hantu tu menarik rambutnya. Sampailah nenek & arwah datuk dtg...
Bila diceritakan balik pada ayah Bonda... ayah hanya senyum & berkata..itulah sbb dia tak beri sepupunya balik ikut situ tp degil juga. Dan...itulah pertama & terakhir dia dtg ke rumah sewa kami. Dia kata taubat tak nak datang lagi...

Kisah 4.

Pernah juga sekali tu rumah kami di datangi pelesit. Bunyinya nyaring & kuat. Masa tu kami baru saja mkn mlm. Yg menegur adik Bonda yg ke 3 ( umurnya 8 thn ketika itu ). Jadi kami semua mencari2 mana dtgnya bunyi tersebut.. Cari punya cari, rupa2 nya pelesit tu berada dia atas palang rumah antara ruang tengah & bilik utama.
Ayah Bonda cuba menangkap tp susah.. Melompat2 pelesit tu. Ayah kata... "oo.. kau nak main2 yee..tunggu kejap.." Dgn lafaz Allahuakhbar ayah segera menekup tgnnya di atas pelesit tu. Di bawa pelesit tu ke ruang belakang. Adik lelaki Bonda sdh bersedia dgn botol yg telah dibukakan penutupnya. Sebelum tu emak ambil sebiji limau nipis yg telah dibelah dua & diletakkan di tgh2 ( dlm botol ).. Ayah membaca sesuatu lalu dipisahkan kepala pelesit tu dari badannya.. Nyaring bunyi pelesit tu masa ayah Bonda cabut kepalanya. Pelesit tu diletakkan di dlm botol. Kepala & badan hanya dipisahkan oleh hirisan limau nipis tadi.. ." Aku nak tgk tuan kau datang ke tidak malam ni.. ".. Ayah spt mencabar pelesit tu. Botol tersebut di tutup rapat & diletakkan di atas para.
Bonda pun gatal nak tgk pelesit tu..Ye lakan..selalu dengar org bercerita, kali ni dpt pula tgk depan mata. Saiz pelesit ni 2x ganda besar dr saiz belalang kunyit biasa. Matanya bercahaya..sebelah besar & sebelah lg kecil. Di bwah perutnya ada tanduk spt cangkuk. Manakala kepalanya Bonda tgk mcm bertanduk.

Malam tu Bonda & adik lelaki tidur rapat2 sbb rasa takut..takut kalau betul2 tuan punya pelesit tu datang.. Mmg betul..malam tu kami dengar seperti ada org bertawaf keliling rumah. Tp setakat tu saja.. Rupanya, tuan pelesit tu dtg dlm mimpi ayah & mereka berlawan cakap.. Bonda tak tahu cerita lanjut sbb ayah tak nak ceritakan.. Yang Bonda tahu.. pelesit tu datang dari luar..maknanya ada org hantar sbb curious knp kami sekeluarga boleh tinggal dlm rumah tu & berani membuang belaan2 tuan rumah tanpa masuk campur anak2 tuan rumah.
Esok pagi2nya Bonda & emak pergi tgk pelesit yg di kurung dlm botol. Terperanjat kami bila melihat keadaan pelesit tersebut. Kepalanya masih lg bergolek2 manakala badannya terlompat2. Ikut logik sepatutnya dah matikan tp ini tak... ayah Bonda bawa pelesit tu berjumpa dgn Pak Haji.. Apa yg berlaku pd pelesit tu Bonda tak tahu...

Itulah antara kisah2 yg Bonda rasa paling seram serta menakutkan terjadi pd kami sekeluarga. Yg lain tu ada tapi Bonda rasa tak perlulah Bonda ceritakan lebih2 sbb takut mengaibkan tuan rumah.. Walaupun dia suami isteri pernah berbuat dosa ketika hidup..tp bila mrk sdh meninggal.. agak kurang elok bercerita perkara yg boleh mengaibkan si mati.. Terasa berdosa pula...
Kami tinggal di sana tdk lama... Lepas ayah Bonda dpt kerja..kami semua berpindah ke Melaka & bermastautin di sana.. Apa yg terjadi pd rumah itu slps kami berpindah tidak Bonda ambil tahu sbb rumah itu mmg menakutkan....

Dan...utk pengetahuan semua ketika Bonda tinggal di kampung inilah..hijab Bonda & adik lelaki Bonda di buka sedikit demi sedikit. Adik lelaki Bonda skrg ni berkebolehan utk mengubati mrk yg kerasukan juga mereka yg sakit2 badan. Manakala Bonda byk kali berhadapan dgn macam2 bentuk makhluk. Bonda juga pernah didampingi oleh seorang Panglima & seorang Nenek.. ( mereka ini dikalangan jin islam ). Ketika mereka ada.. solat Bonda di jaga oleh Nenek. Kiranya Bonda leka..( terutamanya subuh ), Nenek akan kejutkan. Manakala Panglima ini sgt garang.. kalau Bonda mengaji & tajwidnya salah.. dia akan sergah. Kalau Bonda cuba gatal2 dgn kwn lelaki.. telinga Bonda akan dijentik oleh Panglima. Pernah sekali masa Bonda nak SPM.. Nenek akan selalu kejutkan Bonda tepat jam 3 pgi utk solat tahajjud & solat hajat. Nenek datang dlm sekali imbas. Bonda takkan nampak dia..hanya dengar bisikannya saja.. Panglima selalu berpesan.. Jgn lupa mohon pdNYA..kita ni hamba.. usaha selagi mampu..selebihnya tawakal & berserah pd ALLAH... Tapi kami tak lama.. bila Bonda meningkat dewasa.. Bonda mohon undur diri... Bermakna skrg Bonda 'kosong'. Tapi hijab Bonda masih lg di buka....

Sampai di sini saja...cerita Bonda ttg rumah sewa tersebut. Di lain masa nanti..Bonda akan bercerita ttg pengalaman tinggal bersama dgn arwah datuk...
Sekiranya ada yg kurang suka & tdk bersetuju dgn kisah2 ini Bonda minta maaf sbb apa yg berlaku adalah benar. Dan apa yg terjadi pd Bonda serta adik lelaki bukanlah kehendak kami.. semua datang sendiri dgn izinNya... Allahualam.... ^_^



-- Edited by BondaDiana on Friday 26th of October 2012 05:44:00 AM



-- Edited by BondaDiana on Friday 26th of October 2012 05:45:50 AM

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:
RE: Pengalaman 3 - Part 3


As salam dear.. ttg pokok besar tu sudah pun Bonda post. Cuba cari di Pengalaman 3 Part - 2.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

Ha ah la bonda.. Hihihi kusyuk sgt smpai ingt ade cite g..
Ok cite yg laluan bunian lak... :)

__________________

"mencari ketenangan"



Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

huhuhuhuhu

__________________

im new here ! :)



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:
RE: Pengalaman 3 - Part 3 & Last Part


Best cite bonda.. Bonda cite la lg... Kish bunian ngn
tinggl ngn arwah atuk n mcm ne 1st taw ade nenek n pglima
jaga bonda..

__________________

"mencari ketenangan"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

bonda, i really luv your story..mmg betul2 best

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 224
Date:

waaaa bonda citer bonda mmg best sesangat...dah abis ker..xde citer len ker

__________________

fikir dulu sebelom tulis o ckp...jgn tulis o ckp guna kepala lutut..tulis n ckp guna kepala otak



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 25
Date:

bonda citer bonda semua best

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

hhmmm....

 

(saje2 aku post ala2 mentibang laut gini, bagi puan badda kena angin pus2.biggrin)



-- Edited by Ijoi on Friday 2nd of November 2012 01:25:45 AM

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

Ijoi wrote:

hhmmm....

 

(saje2 aku post ala2 mentibang laut gini, bagi puan badda kena angin pus2.biggrin)



-- Edited by Ijoi on Friday 2nd of November 2012 01:25:45 AM


 

 

setelah nko huhu setelah nko hehehe ... pas tuu .... hmmm ..

mehla sini .... aku kompang ngko ngan beros jamban ... barang doplo kali

sesudah hini .. sudah barang tentu nko ijoiii tobat ... tobat .... x buat lagik ...

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:


Assalammualaikum...

Hahaha... alololo..

Suka tgk gurauan manja ( manjakah ? ) mr ijoi & mr badda ....

Mr badda.. jgn kompang dgn beros jamban.. tak bagus..kotor lagi kasar beros tu. Tak baik utk kesihatan.. juga utk alam sejagat.
Apa kata mr badda guna beros longkang..selain dr berosnya yg lembut...ia dpt memelihara kulit agar tidak tercela... Kesian mr ijoi..
Ok kan?

Cubalah anda misti berpuas hati... Dont worry...ni semua takde unsur2 mistik.. ^_^


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

bonda takde cite baru ke saya dah abis semua cite yg bonda post...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 224
Date:

bonda citer len xde ker...syok ni

__________________

fikir dulu sebelom tulis o ckp...jgn tulis o ckp guna kepala lutut..tulis n ckp guna kepala otak



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

BondaDiana wrote:


Assalammualaikum...

Hahaha... alololo..

Suka tgk gurauan manja ( manjakah ? ) mr ijoi & mr badda ....

Mr badda.. jgn kompang dgn beros jamban.. tak bagus..kotor lagi kasar beros tu. Tak baik utk kesihatan.. juga utk alam sejagat.
Apa kata mr badda guna beros longkang..selain dr berosnya yg lembut...ia dpt memelihara kulit agar tidak tercela... Kesian mr ijoi..
Ok kan?

Cubalah anda misti berpuas hati... Dont worry...ni semua takde unsur2 mistik.. ^_^


 

Waalaikumsalam..

Baik berus jamban, berus longkang waima berus gigi Mathegaytics sekalipun, tiadalah saya gentar menghadapinya wahai Bonda.. Ini disebabkan sudah menjadi rutin saya melumur kapur barus ke sekian tubuh saya sehingga ke ruang2 yg tersembunyi sekalipun.. Menjadikan ia kebal dari anasir2 seperti berus maupun span..

Jadi pak Badda batalkan sajalah nawaitu utk menginsafkan haku dgn berus jamban. Sila cuba lagi dgn idea yg lebih kreatif yer.. biggrin



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

Ijoi wrote:
BondaDiana wrote:


Assalammualaikum...

Hahaha... alololo..

Suka tgk gurauan manja ( manjakah ? ) mr ijoi & mr badda ....

Mr badda.. jgn kompang dgn beros jamban.. tak bagus..kotor lagi kasar beros tu. Tak baik utk kesihatan.. juga utk alam sejagat.
Apa kata mr badda guna beros longkang..selain dr berosnya yg lembut...ia dpt memelihara kulit agar tidak tercela... Kesian mr ijoi..
Ok kan?

Cubalah anda misti berpuas hati... Dont worry...ni semua takde unsur2 mistik.. ^_^


 

Waalaikumsalam..

Baik berus jamban, berus longkang waima berus gigi Mathegaytics sekalipun, tiadalah saya gentar menghadapinya wahai Bonda.. Ini disebabkan sudah menjadi rutin saya melumur kapur barus ke sekian tubuh saya sehingga ke ruang2 yg tersembunyi sekalipun.. Menjadikan ia kebal dari anasir2 seperti berus maupun span..

Jadi pak Badda batalkan sajalah nawaitu utk menginsafkan haku dgn berus jamban. Sila cuba lagi dgn idea yg lebih kreatif yer.. biggrin


 

 

mandangkan kedua-dua edea beras bernas x buleh digunapakai oleh si ijoiii gondolan ini ...

maka ... lebih apdoll ... aku bagik jerk mangkuk tandas ....

bunyi kompang pon sodap sikittt ..... berdenggunggg ... ngeh ngeh ngeh

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Hahaha..bergeliga sungguh idea mr badda itu..boleh bikin batu cincin daa..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:


Cute froggy.. Bonda masih lg tgh meng'edit' cerita Bonda. Terpaksa buat kerja slow sikit.. sbb lately sibuk ya amat.
Inipun..br je check in hotel..huhu

Habis edit Bonda bgtau ya... Dah baca ttg HR yg Bonda post kelmarin?

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

ramai gak orang yang dibukakan hijab berkumpul kat gengcerita ni yek?..

BondaDiana, Young Ariza, Bluess6906 dan ada jugak yang lain kot?..

Jadi mungkin betullah ada caranya supaya mata kita ni dibukakan hijab untuk lihat benda2 ni semua macam yang diajar Ariza tu yek?..

(haku merajinkan diri membace cerita seram Bonda ni, berbaloi, memang kecut pankirias aku dibuatnya..)

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

naseeb baek la si Ijoii nie kecut pengkirias beliauu ...

kalau la kecut buah-buah beliau tuu ...

hoh .. rugii ... x buleh nak makan ..

(sambel pak badaq melihat buah limau sankisss dua bijik atas meja ...)



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard