Syukur akhirnya hari ini Bonda dapat berehat( cuti yg Bonda bikin sendiri..hehehe ). Okeylasementara tunggu suami balik dari menebas, Bonda nak sambung bercerita kisah yg lepas
Ingat lagikan semua slps sesi perubatan, kumpulan kami berpecah pulang ke rumah arwah datuk. Kumpulan org tua telahpun bergerak kearah kanan ( naik ke bukit ), kami yg muda ini terus ke bawah bukit. Kami semua berjalan kaki termsuk yg datang lambat tadi ( dia naik motor ). Katanya nk tolak motor temankan kami semua..( Bonda & sepupu rapat a.k.a adiknya tahu dia penakut ). Kalau ikut jln pintas yg ini jauhnya cuma mengambil masa 5 minit kalau naik motor. Tp bila berjalan kaki masa yg di ambil 10 15 minit.
Malm tu sedikit terang sbb bulan mengambang penuh. Jadi kami tidak memerlukan lampu suluh utk bergerak. Kami menggunakan jalan besar. Oleh krn sudah mlm & tiada kenderaan lagi, kami berjalan di tengah2 jalanraya. Dalam perjalanan kami berbual2kadang2 suara kami terkuat, kadang2 kami berbisik2. Masa tu sudah pukul 11 mlm. Oleh kerana esoknya cuti, kami berjalan santai ( kalau sampai awal pun bukannya boleh terus masuk rumah ).. yg perempuan jalan bertiga dihadapn. Manakala 4 jejaka di belakang.. Sampainya kami di satu simpang 3, ada sebatang pokok besar. Pokok ini dah ada dari zaman ayah Bonda kecil lg..( ada masa Bonda akan bercerita ttg pokok ini..tp ingatkan Bonda ya ). Kami semua berjalan rapat2. Pokok ini seram sikit.. mulut masing2 mula kurang bercakap & terus senyap.. dalam jarak 80 meter kedepan ada rumah iaitu jiran arwah datuk dan belakang rumah inilah terletaknya rumah sewa Bonda sekeluarga.
Di depan rumah ini masa itu ada pokok jambu air. Besar2 buahnya. Pokok ini terletak betul tepi jalan. Bawah pokok jambu tu ada parit kecil. Kami semua berjalan terus melepasi pokok besar itu. Suasana tiba2 sunyiyg kedengaran Cuma bunyi katak & cengkerik. Tiba2 bulu roma Bonda meremang.. Entah kenapa hati Bonda rasa kurang enak.. Bonda berdiri ditengah2 antara sepupu & emak saudara ( adik ayah yg ketiga bongsu ).
Bonda dpt rasa sepupu Bonda makin rapat dgn Bonda. Utk pengetahuan semua, kami berdua ni ada body language .. Kalau ada apa2 kami tdk bercakap antara satu sama lain..Cuma sentuhan tertentu saja yg kami gunakan utk memberitahu keadaan.. Bonda toleh padanya. Matanya mengerdip 2 kali & anak matanya bergerak kearah kanan. Di sisi kanan Bonda adalah emak saudara.. Dlm hati ni berkata2..ada apa?.. Sambil berjalan, Bonda cuba mencari2 apa yg ditunjukan oleh sepupu Bonda.
Dlm pada tercari2, tiba2 mata Bonda terpandang di bawah pokok jambu yg jaraknya ketika tu Cuma 10 meter di depan kami. Astaghfirullahalazim.. bagai nk tercabut jantung Bonda! Pantas Bonda genggam tangan sepupu. Di depan kami ketika itu, ada sejenis makhluk yg sedang duduk mencngkung sambil memeluk lutut. Bonda kecilkan mata..manalah tau kot2 itu manusia yg tgh lepak sorang2ye tak? ( ayat cuba nak sedapkan hati..)
Bonda tak tahu ttg yg lain samada mereka nampak akan makhluk itu. Kami sedang melepasi depan pokok jambu tu.. Amboi..entah dari mana datang beraninya Bonda, automatik mata Bonda melirik kearah makhluk itu. Badannya sedikit besar.. berbalut kain putih yg kotor.. Rambutnya sangat panjang menutupi parit yg kotor. Kulitnya nampak seperti bewarna hijau.. Tapi yg menakutkan Bonda sangat ialah matanya yg merah menyala spt biji saga. Bonda tak nampak penuh muka mahkluk tu sbb dia menunduk & terlindung di balik tangannya yg sdg peluk lutut. Hanya mata saja jelas memandang garang kepada kami semua. Kaki Bonda terasa lembik.. Pantas sepupu tepuk lengan Bonda, dia berbisik menyuruh Bonda istighfar & baca Ayatulkursi..
Tiba2 sepupu Bonda berdehem.. Allahuakhbarlapar pulak perut ni.. Eh! Cepat sikit jalan.. kang abis lak lauk.. . Yang lain seperti faham.. kecuali emak saudara Bonda.. ( alahai..kenapa lambat sgt dia ni..). Boleh pula dia cakap.. lapar?.. bkn td dah mkn ke? Aduusss Serentak Bonda & sepupu toleh kepadanya.. kami bulatkan mata.. terperanjat dia.. ( Bonda rasa dia tak nampak apa2 lgpun makhluk tu betul2 sebelah dia )
Kepala kami semua tegak ke depan. Tak berani nak menoleh. Kiri kanan kami dah mcm2 bunyi keluar. Bagi yg tidak pernah dengar, mugkin tak rasa apa2 tp bagi Bonda, sepupu, abg sepupu & sepupu ayah Bonda ( 18 thn ketika itu ), bunyi itu seperti cuba mengganggu & menakutkan kami. Apabila kami telah melepasi pokok jambu td, Bonda menoleh pantas ke kanan ( makhluk itu berada di sebelah kanan kami ). Niat hati nak tgk ada tak lagi dia di situ. Terperanjat Bonda sepantas kilat makhluk tu hilang!!...
Walaupun terperanjat + takut + nak pengsan, tapi Bonda lega.. kami berjalan laju2.Sampai di rumah kami duduk lepak di beranda rumah dalam masa 5 minit. Semua diam..tak bercerita langsung ttg apa yg terjadi tadi
Pada masa yg sama kumpulan org2 tua td sudah pun berada dalam rumah. Mereka tiba awal sbb jln pintas yg mereka guna cuma mengambil masa 5 10 minit saja
5 minit berlalu, arwah datuk menyuruh kami masuk. Kami terus ke biik air, basuh kaki & basuh muka. Yang lelaki terus masuk bilik tidur.. Bonda & sepupu ambil bantal serta selimut terus ke bahagian depan. Rumah arwah datuk di panjang..ada 3 bahagian ruang tamu. Bonda tidur di bahagian depan sekali.. emak saudara pula masuk ke bilik dia yg berada di bahagian tengah ruang tamu.
Ketika sdg hendak tidur, tiba2 terdengar 1 pasu dipecahkan di beranda rumah. Kami semua terdiam.. kemudian sebiji lagi dan sebiji lagi pecah. Seolah-olah di sepak hingga jatuh. Sebenarnya diberanda rumah ni ada 9 biji pasu bunga yg bersaiz medium. Untuk mengangkatnya pula perlukan tenaga seorang lelaki yg tegap. Tiba2 sebiji lg pecah emak saudara pula menegur.. apa tu? Pasu aku jatuh pecah ke? . Terus arwah datuk cakap dah..dah.. tidur !! .
Semua terdiam. Seorang pun tak berani bersuara. Bonda & sepupu dah berpeluk. Bayangkan tempat kami tidur tu betul2 meghadap pintu beranda dan cuma kami berdua saja tidur di situ! Nak bangun tak berani..jadi terpaksa la kami berselubung dalam selimut. Kami berpelukan. Berpeluh2 kami dalam selimut..
Dalam diam Bonda mengira jumlah bunyi pasu yg sedang di pecahkan. Jumlah kesemua yg Bonda kira adalah 9 bermakna semua pasu yg ada telahpun dipecahkan.. Kami berdua ketakutan dan entah bila masanya kami tertidur..
Esok paginya Bonda tersedar bila terdengar pintu ruang depan di buka. Bonda lihat emak saudara sedang buka pintu. Di sebelahnya emak Bonda, Mak Uda & nenek. Bonda tgk jam dh pukul 7.15 pagi.
Bonda toleh sebelah, sepupu masih lagi tidur. Bonda bangkit, terus ke beranda. Terkejut Bonda serta yg lainnya.. nak tau apa yg kami tengok? Kesemua pasu yg pecah mlm td masih elok ditempatnya!! Tak ada sebiji pun yg pecah!!.. Peliknya.. habis apa yg pecah semalam? Memang jelas bunyi pasu dipecahkan malam td.
Kami berpandangan sesama sendiri. Emak Bonda pun bercerita..mlm td setelah masuk ke rumah, masing2 duduk bersembang di depan tv sementara tunggu kami yg muda sampai rumah. Tak semena2 Mak uda nak buang air kecil. Tandas pula berada di bhagian belakang sekali. Jadi dia mengajak emak Bonda temankan dia. Mengikut cerita emak Bonda, ketika Mak Uda br saja masuk ke bilik air, tiba2 pintu belakang rumah ( pintu jenis zink ) ditendang kuat oleh sesuatu. Mereka punyalah terperanjat sampai nak gugur jantung. Emak Bonda dgn pantas tanya dgn kuat.. saper tu?! .. Senyap Mak Uda dah keluar dari bilik air.. tak jadi nak bung air. Tiba2 mereka dengar seperti bunyi mengepak2. Apalagi..terus mereka berlari ke depan..
Nampaknya kami semua diganggu teruk malam tadi Semasa sarapan masing2 sibuk bercerita ttg gangguan yg dialami mlm td. Kumpulan org2 tua tdk mengalami gangguan ketika dlm perjalanan pulang ( ini disebabkan ayah & Pak uda jenis dada yg berisi..fahamkan maksud Bonda? ). Cuma yg wanita yg diganggu..itupun dah tiba dirumah..
Manakala yg muda ni..ketika diganggu semua nampak ( kecuali emak saudara ) tapi tak berani nak bersuara sbb sudah dipesan kalau ternampak apa2 jgn ditegur. Mengikut kata Pak uda makhluk yg kami nampak tu la polong, kepunyaan arwah isteri tuan rumah sewa tu eeiiiii. Seramkan? Dan yg itulah antara yg susah utk dibuang..
Eerrmmsampai sini dulu cerita Bonda.. akan datang Bonda sambung kejadian dalam rumah sewa tu pula dan kejadian semasa hendak membuang mahkluk2 itu
Gutnite..nak tidur dulu..esok pagi2 nak bangun. Mr. Hubby ada pertandingan menebas.. ^_^
As salam mr izat. Kalau rumah tu..Bonda jujur ckp yg Bonda tak berani... sbb dgr cerita terbaru yg salah 1 belaan tlh dilepaskn. Bermakna anaknya dgn rela menjadi pewarisnya..iaitu tuan baru kpd belaan itu. Yg mana? Bonda tak tanya dan tak nak tahu...
Keadaan rumah tu pun tak mcm masa kami tinggal..rumah tu kembali suram & seram.. Bonda lalu sekali je..itupun raya tahun lepas. Kebetulan lalu sbb nk beraya rumah sepupu..
Tp kalau pokok tu.. InsyaAllah nnt diusahakn...kena tunggu blk kpg la ... bila? I still dont know dear...
Oh ye.. utk g, pandai sungguh anda... ^_^
-- Edited by BondaDiana on Monday 22nd of October 2012 06:35:56 AM
Evening semua... sementara tgh tunggu flight ni.. Bonda nak bercerita ringks ttg pokok besar yg Bonda cakap dlm cerita di atas..
Okey..begini.. Pokok ini terletak betul2 di tepi jln simpang 3. Bonda serta anak2 jiran yg lain gunakan utk menunggu bas sekolah. Selalunya kami tunggu disitu seawal jam 6 pagi. Bayangkan Bonda berjalan dlm gelap utk tunggu bas. Mula2 tinggal kampung takut juga tp lama2 kami adik beradik dah biasa.
Bonda tak tau pokok ni pokok apa.. Bonda tak pernah tanya pula. Nampak mcm pokok sena. Besar saiznya... Kira2 3 pemeluk org dewasa. Belakang pokok ni semak ditambah dgn kebun koko. Kalau org duduk dlm tu mmg la tak nampak.
Byk kejadian atau penampakan disitu. Pernah terjadi pd kawan arwah ayah saudara Bonda. Ketika dia melalui pokok tersebut..dia di kejar oleh pocong. Pocong tu kejar secara berguling. Nasib baik dia ingat petua org2 tua. Sekiranya di kejar pocong, lari secara zigzag.
Ada 1 kejadian dimana jiran arwah datuk meninggal akibat kemalangan jlnraya. Malamnya salah seorang jiran terdekat yg melalui kwsn itu di tahan dgn lembaga yg menyerupai arwah tersebut meminta ditemankan utk pulang ke rumah. Keadaan lembaga itu sgt mengerikan..sama dgn keadaan ketika dia kemalangan. Apalagi tak cukup tanah jiran yg menaiki motor berlari. Yg lucunya bkn dia menunggang motor tp dia berlari sambil menolak motor.
Bonda & sepupu juga pernah terkena. Ketika lalu di kwsn yg sama.. ( sepupu didepan, Bonda di belakang ), ada 1 tgn yg besar serta berbulu ingin peluk Bonda dr blkg. Yg nmpk sepupu Bonda, yg menakutkan hanya tgn berbulu saja manakala bdn tak kelihatan.. Waktu tu Bonda dah 16 thn...ada la sipi2 suka merempit...( rempit dulu lain..Bonda tak berlumba dan campur dgn bebudak yg tak senonoh ).
Bonda dulu suka naik motor mlm2. Lepas kelas tambahan, Bonda & sepupu suka round2 1 kpg. Jadi nk dijadikan cerita tiba2 motor buat hal. Yg tak seronoknya motor tu mati betul2 dlm jarak 10 meter menuju ke pokok tu.. Ah! Sudah.... Bonda dh berpeluh..,sepupu control cun kononnya.. Bonda suruh dia tolak je sbb dah dekat dgn rumah tp dia nk juga tgk2 apa yg rosak. Masa Bonda diri kat tepi pokok tu..sepupu tgh mencangkung tgh suluh kat bawah motor.Msa tu baru pukul 9 lbh nak dkt pukul 10 mlm.. Bonda pun cuba2 lah buat berani.. tiba2 kami terdengar satu suara. Mula berdehem kemudian bercakap2 seolah berbual2. Lepas tu dh siap gelak2.. Mula ingatkan mat dadah sbb kdg2 diorang suka lepak kat dlm kebun koko. Tp suara tu lain...nak kata suara lelaki pun tak suara perempuan pun tak juga. Mcm berlapis2 suara tu.. Bonda kuis kaki sepupu ..dia mcm faham.. dia bgn terus tolak motor.
Pernah juga sepupu lelaki ayah yg tinggal bersama arwah datuk, blk dr aktiviti sekolah nmpk cik pontianak bawah pokok tu. Waktu tu dh masuk maghrib. Masa turn bas kat pokok tu dia tak perasan cuma driver bas tu kata...turun ni terus jalan. Jgn singgah mana2. Dia ni pun tak fikir apa2. Masa berjalan melepasi pokok tu, dia perasan ada mcam perempuan berdiri di sebalik pokok tu. Mula tu dia buat biasa la..tp bila dia terasa seperti diperhatikan, dia pun toleh la.. Ya Allah.. . Dia nmpk cik pontianak tu berdiri tegak dgn rambut mengerbang, mata terbeliak sdg merenung dia sambul tersenyum..( Bonda tak tau mcmana muka cik pon senyum..).. Terkejut sepupu ayah.. terus dis pecut lari blk rumah. Esoknya dia demam.. demam terkejut..
Utk pengetahuan semua pokok itu adalah laluan cik pontianak. Menurut arwah datuk..mmg byk kejadian yg pelik2 dan menakutkan berlaku kat situ. Itu sbb.Tiada siapa pun yg dapatmenebang pokok tersebut. Bayangkan pokok tu dh ada dari zaman arwah datuk br masuk kpg tu sampailah Bonda dah beranak pinak... Masih teguh lagi pokok tu berdiri ..
Okey..Bonda dh check in.. nanti cerita lg ... Jumpa lagi semua...
ermmm bonda...segamat tang mne? haaaaaaaaa................ org selalu ke caah nun..akak kje kat sime darby... sane memng la gelap2 belaka...cume mak selalu bising.. reza kalo anto akak suke sgt tgh2 malam..hihihi tp kalau kat ladang2 sawit die tu..memng selalu la kne ganggu...siap ikut lagi belakang kereta.. reza buka cd bacaan ayat al-Quraan kuat n ikut sekali.. kat sane femes pocong yang golek2 ikut kereta jalan.. bygkanlah..sepanjg 9km masuk ladang..benda tu bergolek mgikut..huhuhuu takut...
Utk g: pokok tu mmg ada lg yangg...tegap lg kt tempatnya...
Utk reza : kat area bdr sgmt..lps kpg abdullah... ha'ah..jln ke chaah tu mmg gelap..hrp jln je besar..lampu jln tak byk..kdg2 tu tajde langsung.. Kalau dikejar pocong..jgn lari atau drive atau menunggang lurus...buat zig zag..sampai kat mn2 yg kita agak2 selamat...berhenti...pocong tu akan berguling lurus...dan ia akan terus pergi..pocong takkan patah balik..kslau patah blk tu bukannya pocong tu namanye..bantal golek...hehehe
muahahahahahha.................. incik bonda...errrhhh...puan bonda diana... tu ayat c progy ijau tuh... katanye terandasssssssssssssssssss..................bermakna..tersekat.. katanye ada dlm dewan bhasa..ntah mana punya edisi tah itu cikgu kasi keluar...