Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Jalan Gunung Semanggol Nak Ke Tepeng.. Nakharom punya takut..


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:
Jalan Gunung Semanggol Nak Ke Tepeng.. Nakharom punya takut..


Salam,

Ke hadapan saudaraku Ahmad Kassan yang diingati selalu. Semoga saudara sekeluarga berbahagia hendaknya.

 

Saudara, tujuan saya menulis cerita ini adalah untuk menceritakan beberapa kisah seram yang benar2 berlaku pada diri saya, keluarga dan kawan2 saya. Peristiwa ini berlaku di sekitar jalan Semanggol, bermula dari simpang nak ke Bukit Merah dari arah Simpang 4 Semanggol sehinggalah ke Tepeng.

 

Cerita pertama, jeng. Pakcik saya adalah seorang soldadu yang bertugas di kem kat Kamunting. Satu hari dia nak balik dari Batu Kurau ke kampung di Kampung Dew. Dia naik kereta Datsun 120y. Setibanya dia di jirat Cina kat Gunung Semanggol, tiba2 dia ternampak ada sesosok tubuh dari arah kubur2 Cina itu berlari pantas pantas menuju ke jalan raya. Pakcik saya berasa cemas pasal kalau dikira dari sudut jarak dan relativiti masa, sosok tubuh itu akan berada di laluan pakcik saya sebentar sahaja lagi. pakcik saya lantas memecut kenderaannya. Akhirnya pakcik saya dapat mengelak daripada bertembung dengan sosok tersebut. Pakcik saya berasa lega, tetapi sejenak kemudian dia perasaan bahawa sosok tersebut mengejar dari belakang. Pakcik saya berasa cemas balik. Dia pecut balik kereta dengan sepenuh nafsu. tetapi malangnya, sosok tersebut masih mengikuti dengan kepantasan melebihi Usain Bolt. perkara berlanjutan sehinggalah pakcik saya tiba di Simpang 4 Semanggol. Sosok itu tidak lagi mengikutinya. Lepas itu, pakcik saya berazam dalam hatinya untuk tidak lalu lagi di situ pada masa akan datang pada waktu malam.

 

Cerita kedua, jeng2. Kawan saya kerjanya bawak lori ais. satu hari, dia mahu menghantar ais ke restoran2 yg terletak di Taman Wira, Kamunting. Ketika melalui hutan sawit kat jalan yang saya maksudkan tadi, tiba2 melayang sehelai kain batik jawa di udara. Kawan saya bajet ada la tu sapa2 hilang kain batik akibat ditiup angin. Kawan saya tu ketawa sendirian. Tetapi makin lama, kain batik itu bukannya mahu jatuh, sebaliknya seperti terbang mengiringi lori kawan saya. Padahal angin bukannya kuat. Bila kawan saya membelok, beliau (kain batik itu) pun membelok. bila kawan saya memecut, beliau pun memecut. Demm!! kata kawan saya dalam hatinya. Tiba2, kain batik itu melekap di cermin lori kawan saya. Kawan saya cemas dan terus menekan brek. Nasib baik tiada kenderaan lain pada waktu itu, kalau tidak pasti berlaku kemalangan. Selepas itu, amazingly kain batik itu lesap entah ke mana.

 

Cerita ketiga, jeng3. Satu hari, saya pergi ke Bukit Merah laketown dengan melalui jalan belakang, iaitu jalan Kampung Selamat. Saya pergi kerja part time sebagai waiter kat cafe kat situ. Selepas selesai kerja, saya pun pulang ke rumah dalam jam 11 malam. Selepas melalui sebuah rumah yang pernah menjadi wakil pos kat kampung Selamat tu, saya ternampak sesosok tubuh berwarna putih seperti sedang menunggu saya di tepi sebatang pokok. Saya menjadi cemas dan terus berhenti. Saya memandang sahaja sosok tubuh itu. Tiba2 ada sebuah kereta lalu. Saya pun terus memecut sekali dengan kereta itu dengan harapan paling2 koman pun ada la kawan saya lalu depan sosok itu. malangnya, motor saya tiba2 menjadi slow dan seperti mahu mati. Kereta itu pun lesap dari pandangan saya, sedangan saya semakin hampir dengan makhluk itu. Saya hanya bertawakal dan berdoa agar tidak diapa-apakan. Sewaktu saya melintas dihadapannya, motor saya hanya bergerak pada kelajuan 20km sejam, seolah2 ada orang menariknya supaya jangan laju. Saya tidak menahan diri daripada memandang ke arahnya walaupun takut yang amat, terdorong daripada adrenalin dan rasa ingin tahu yang menebal dalam diri saya. Saudara, sukar untuk saya gambarkan rupa makhluk itu. Mukanya tidak kelihatan kerana ditutup oleh rambutnya yang panjang. tetapi matanya masih jelas di ingatan saya. matanya putih tanpa anak mata dan terperosok ke dalam. walaupun saya hanya melintas sejenak di hadapannya, tetapi saya seolah2 bertentang mata dengannya dan dia seolah2 merenung saya dengan tajam. saudara, perasaan seram itu tak tergambar dan tak terungkap dengan kata2.

 

Hanya setakat itu sahaja cerita saya pada kali ini. lain kali kalau saya rajin, saya akan ceritakan lagi cerita2 seram yang menimpa saya dan orang2 di sekeliling saya.

 

Sekian, terima kasih.

 

Ronna

  



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

wah .. serem bener cerita nko nie rona rene ....

kire nko bertuah ler ... dapat rejeki tguk antuuuuu ... eeeeeeeeeee ....

 

aku baru jek lalu Gunung Semanggul ...

cadang nak berehat n beli buah2 kat  R n R Gunung Semanggul ...

tapi ..  x da plak ... (waktu siang la .. lalu haiway ...)



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

ronna....kenapa tulis cerita seram a.k.a surat kepada ahmad kassan?siapa die?

kedua...nk tnye cikit..sori kalau marah...rona orang indonesia ke?
hihiihi...malu bertnya sesat jalan..so..tanye siap2...

ape pon..wlpn cerita ni versi komedi seram...tetap best juga..hiihi

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

haha..xdelah. saya org taiping. saje je buat mcm surat. saje seronok2. haha..ahmad kassan tu mamat yg dok menari dgn aznil tu..hehe

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

bro badda.. tgk hantu ukan rejeki... tu dugaan. hoho (rnr tu bukan ke dah kena tutup temporeri ke skrg)


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

ohh la...hahahah
ok juga tu versi lain kan..
takla bosan sgt...hihihi

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Ahmad Kassan tu, punya la popular boleh tak kenal???
Tak patut betul...
Sekarang nie Ahmad Kassan menari kat Karoot Komedia...
Aku knal sangat perut mamat tu..
Tu la satu2nya penari yg ada perut mcm tu...

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

tau muke jer...nama tak tahu..
hahaha..teruk ke??takpela...hahahah

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

hahah...mcm tulis surat cinta lak...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 291
Date:

badda2 wrote:

wah .. serem bener cerita nko nie rona rene ....

kire nko bertuah ler ... dapat rejeki tguk antuuuuu ... eeeeeeeeeee ....

 

aku baru jek lalu Gunung Semanggul ...

cadang nak berehat n beli buah2 kat  R n R Gunung Semanggul ...

tapi ..  x da plak ... (waktu siang la .. lalu haiway ...)


 pak baddo klu nak sgt tgok antu g pasang khemah kat kubur ....bermalam di sana confirm ditemani oleh "bidadari yg catik jelita"  ha....ha...ha.....



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

x payah nak susah susah g tepi kubur.. pasang khemah segala ...

cume nak melepas ajat nk teguk anto mantoo niiihh ..

kat GC nie pon ade antu2 nie...

aku bg contoh paling popularrr .... MISS VAMPIRE ...

menjeling wajah beliau nie .... mau mau pengsan doplo jam ...

punyer la busuk satu hal .... (sebab x pernah mandi)

ruper ... ngan kambeng betine pon ... cun lagik kambeng tuu ... seram kan??



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 291
Date:

hei.. pak baddo ni musim ujan lah wa ....mandi tiap2 ptg(coz time ptg jew ujan).......
musim tekujuh wa...selalu mandi lorh....cume x beli sabun jew g tesco nak bayor sabun
diorang dah calibut dulu .....x mo rembat doser beso...... ha3

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 143
Date:

makaiiii takutnyaaa ada jugak insan lain yg pernah ditakutkan masa lalu jalan Semanggol ni di tengah2 malam uiii..
habis tu apa nk buat, kalau ikut laluan Kg Dew, kerap sangat roadbloknya...sehinggalah kejadian tersebut yg berlaku pada suatu malam ehee jang jyagejangg!!

__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard