Ke hadapan saudaraku Ahmad Kassan yang diingati selalu. Semoga saudara sekeluarga berbahagia hendaknya.
Saudara, tujuan saya menulis cerita ini adalah untuk menceritakan beberapa kisah seram yang benar2 berlaku pada diri saya, keluarga dan kawan2 saya. Peristiwa ini berlaku di sekitar jalan Semanggol, bermula dari simpang nak ke Bukit Merah dari arah Simpang 4 Semanggol sehinggalah ke Tepeng.
Cerita pertama, jeng. Pakcik saya adalah seorang soldadu yang bertugas di kem kat Kamunting. Satu hari dia nak balik dari Batu Kurau ke kampung di Kampung Dew. Dia naik kereta Datsun 120y. Setibanya dia di jirat Cina kat Gunung Semanggol, tiba2 dia ternampak ada sesosok tubuh dari arah kubur2 Cina itu berlari pantas pantas menuju ke jalan raya. Pakcik saya berasa cemas pasal kalau dikira dari sudut jarak dan relativiti masa, sosok tubuh itu akan berada di laluan pakcik saya sebentar sahaja lagi. pakcik saya lantas memecut kenderaannya. Akhirnya pakcik saya dapat mengelak daripada bertembung dengan sosok tersebut. Pakcik saya berasa lega, tetapi sejenak kemudian dia perasaan bahawa sosok tersebut mengejar dari belakang. Pakcik saya berasa cemas balik. Dia pecut balik kereta dengan sepenuh nafsu. tetapi malangnya, sosok tersebut masih mengikuti dengan kepantasan melebihi Usain Bolt. perkara berlanjutan sehinggalah pakcik saya tiba di Simpang 4 Semanggol. Sosok itu tidak lagi mengikutinya. Lepas itu, pakcik saya berazam dalam hatinya untuk tidak lalu lagi di situ pada masa akan datang pada waktu malam.
Cerita kedua, jeng2. Kawan saya kerjanya bawak lori ais. satu hari, dia mahu menghantar ais ke restoran2 yg terletak di Taman Wira, Kamunting. Ketika melalui hutan sawit kat jalan yang saya maksudkan tadi, tiba2 melayang sehelai kain batik jawa di udara. Kawan saya bajet ada la tu sapa2 hilang kain batik akibat ditiup angin. Kawan saya tu ketawa sendirian. Tetapi makin lama, kain batik itu bukannya mahu jatuh, sebaliknya seperti terbang mengiringi lori kawan saya. Padahal angin bukannya kuat. Bila kawan saya membelok, beliau (kain batik itu) pun membelok. bila kawan saya memecut, beliau pun memecut. Demm!! kata kawan saya dalam hatinya. Tiba2, kain batik itu melekap di cermin lori kawan saya. Kawan saya cemas dan terus menekan brek. Nasib baik tiada kenderaan lain pada waktu itu, kalau tidak pasti berlaku kemalangan. Selepas itu, amazingly kain batik itu lesap entah ke mana.
Cerita ketiga, jeng3. Satu hari, saya pergi ke Bukit Merah laketown dengan melalui jalan belakang, iaitu jalan Kampung Selamat. Saya pergi kerja part time sebagai waiter kat cafe kat situ. Selepas selesai kerja, saya pun pulang ke rumah dalam jam 11 malam. Selepas melalui sebuah rumah yang pernah menjadi wakil pos kat kampung Selamat tu, saya ternampak sesosok tubuh berwarna putih seperti sedang menunggu saya di tepi sebatang pokok. Saya menjadi cemas dan terus berhenti. Saya memandang sahaja sosok tubuh itu. Tiba2 ada sebuah kereta lalu. Saya pun terus memecut sekali dengan kereta itu dengan harapan paling2 koman pun ada la kawan saya lalu depan sosok itu. malangnya, motor saya tiba2 menjadi slow dan seperti mahu mati. Kereta itu pun lesap dari pandangan saya, sedangan saya semakin hampir dengan makhluk itu. Saya hanya bertawakal dan berdoa agar tidak diapa-apakan. Sewaktu saya melintas dihadapannya, motor saya hanya bergerak pada kelajuan 20km sejam, seolah2 ada orang menariknya supaya jangan laju. Saya tidak menahan diri daripada memandang ke arahnya walaupun takut yang amat, terdorong daripada adrenalin dan rasa ingin tahu yang menebal dalam diri saya. Saudara, sukar untuk saya gambarkan rupa makhluk itu. Mukanya tidak kelihatan kerana ditutup oleh rambutnya yang panjang. tetapi matanya masih jelas di ingatan saya. matanya putih tanpa anak mata dan terperosok ke dalam. walaupun saya hanya melintas sejenak di hadapannya, tetapi saya seolah2 bertentang mata dengannya dan dia seolah2 merenung saya dengan tajam. saudara, perasaan seram itu tak tergambar dan tak terungkap dengan kata2.
Hanya setakat itu sahaja cerita saya pada kali ini. lain kali kalau saya rajin, saya akan ceritakan lagi cerita2 seram yang menimpa saya dan orang2 di sekeliling saya.
Ahmad Kassan tu, punya la popular boleh tak kenal??? Tak patut betul... Sekarang nie Ahmad Kassan menari kat Karoot Komedia... Aku knal sangat perut mamat tu.. Tu la satu2nya penari yg ada perut mcm tu...
hei.. pak baddo ni musim ujan lah wa ....mandi tiap2 ptg(coz time ptg jew ujan)....... musim tekujuh wa...selalu mandi lorh....cume x beli sabun jew g tesco nak bayor sabun diorang dah calibut dulu .....x mo rembat doser beso...... ha3
makaiiii takutnyaaa ada jugak insan lain yg pernah ditakutkan masa lalu jalan Semanggol ni di tengah2 malam uiii.. habis tu apa nk buat, kalau ikut laluan Kg Dew, kerap sangat roadbloknya...sehinggalah kejadian tersebut yg berlaku pada suatu malam ehee jang jyagejangg!!
__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"