Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah Seram Tetapi Sedih..


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:
Kisah Seram Tetapi Sedih..


Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya dia akan bertemu dengan 
Hazlan tepat jam 12 malam dalam irc (chatting). Itulah kawan baiknya 
sejak dia mengenali dunia chatting di irc. Pada mulanya dia memang 
kurang mempercayai pengunjung pengunjung IRC kerana mereka boleh 
menyamar bila bila masa tetapi Hazlan lain pula. Dia memang jujur 
dan berterus terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah 
bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak 
berpeluang bertemu di IRC. Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak 
muncul. Dia sering menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah 
pula menggunakan nama 'nurheart'. Namun, malam ini nama tersebut 
tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlan mungkir janji mahu 
bertemu dengannya di IRC. Shahirah meninggalkan kafe siber itu 
dengan hati yang sedih. Selang beberapa malam, Shahirah kembali 
mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari Hazlan kerana 
sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya jauh sekali 
memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas. 
Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada 
mereka juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka 
mengatakan sudah lama Hazlan tidak masuk IRC. Apabila hampir jam 
12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy' muncul. Shahirah tanpa 
membuang masa terus menegur Hazlan. 


Nurheart : Lan ... 
Hensemboy : Ira ... maaf saya tak dapat masuk malam itu. 
Nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya? 
Hensemboy : Maaf ... saya tak sempat menghubungi awak. Maaf ... 
Nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat? 

Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab 
pertanyaannya dan tiba tiba senyap. Shahirah menungqu dengan sabar 
namun tetap Hazlan tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah. 
Dengan rasa sedih Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan 
perasaan hampa. 

"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu 
Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu. "Aku tak faham 
betul. Kenapa Hazlan dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan 
terhadap dia? "Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. 
Mereka boleh menyamar bila bila masa saja. Aku dah kata jangan 
terlalu rapat nanti kau kecewa,"kata Samirah. "Aku berbual dengan 
dia malam ini tapi dia tiba tiba hilang. Aku risaulah dengan dia, 
Sam," katanya sambil memegang tangan Samirah. Samirah mendiamkan 
diri seketika. Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon 
rumah Hazlan. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah 
kerana sikap pelik Hazlan. Shahirah bersetuju dengan pendapat 
Samirah. Dia akan menghubungi Hazlan esok selepas dia pulang dari 
kelas malam. 

Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah 
ke Kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan Hazlan sekiranya 
dia masuk IRC malam ini. Sekurang kurangnya dia dapat bertemu dengan 
Hazlan sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah 
tercapai apabila Hazlan masuk IRC. Shahirah tersenyum gembira 
apabila Hazlan telah menegurnya. 

Hensemboy : Ira ... awak marah saya ke? 
Nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak macam 
mahu tidak mahu berbual dengan saya? 

hensemboy : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya 
masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual 
lagi seperti dulu. 
Nurheart : Kenapa? 
Hensemboy : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu 
bertemu dengan awak, ingat? 
Nurheart : Awak teruk ke? 
Hensemboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai .... saya hilang 
darah yang banyak ... saya tercampak di dalam semak dan saya cuba 
cari jalan keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya 
tertinggal di tepi semak batu 6. 
Nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana? 
Hensemboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini ... menanti orang 
membantu saya. 
Nurheart : Maksud awak? 
Hensemboy : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat 
saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah. 


Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan rasa 
takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon 
berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan. Memang Hazlan seorang yang 
suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan 
Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya. 
Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan. Setelah memperkenalkan 
dirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai Haz1an. Tiba tiba 
suara wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari Hazlan tidak 
pulang ke rumah. Laporan polis sudah dibuat namun masih belum 
ditemui. Dengan suara yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak 
Hazlan sdpaya mencari Hazlan di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu 
lama, Shahirah terus meletak gagang. Airmatanya mencurah curah 
bercampur sedih dan takut. 

Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar. Mayat 
seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 
dalam keadaan cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya 
tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar 
lari. Shahirah melipat akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan 
mengunjungi IRC lagi. Dalam diam dia mengakui Hazlan memang 
menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu 
berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih 
bahawa dia sudah tiada lagi. 

p/s: Cerita ini benar dan kawan saya (Sungai Besar, Selangor) masih 
lagi simpan LOG file perbualan dengan siMATI sekitar 1999...."Kita 
doakan agar ROH nya ditempatkan bersama2 orang beriman..AMIN.." 

 

   

 




__________________

Honestly Girl 

Like To Make Love




Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

kisah benar ke?mmg dh byk kali bca citer nie x taw lak kisah nie member u yg pyer

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard