Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: House Mate...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:
House Mate...


Sekitar tahun 2000, selepas tamat SPM Ali telah mengambil keputusan untuk bekerja di K.L. Sementara menunggu keputusannya keluar, ada baik Ali bekerja buat sementara waktu. Mana tahu nanti kalau dapat masuk mane2 U, ade lah duit belanje. Taklah menyusahkan mak dan bapak.

Nasib Ali baik sebab 2 orang rakan sekampungnya telah bekerja di KL. Jadi taklah susah untuk Ali untuk mencari rumah sewa dan tempat kerja. 2 hari selepas menetap di KL Ali dah dapat kerje di sebuah kilang atas bantuan Husin. Masuk kerja pukul 8 pagi, abis kerje pukul 8 malam. Tapi selalu gak si Ali ni tibai OT sampai pukul 11 or 2 malam. Maklumlah nak cari duit lebih.

Disebabkan selalu balik lewat, jarang Ali dapat jumpe house mate die. Husin bekerja sebagai despatch dan Mamat pula seorang Pak Guard shift malam. Kalau Ali dah abis kerje, Mamat memang takde kat rumah sebab kerje...Husin pulak jarang2 ade sebab selalu lepak kat bandar dgn member rempit die sampai pagi. Kalaw nasib tak baik, die tak balik seminggu sebab kene reman dgn polis..hehe. Hari ahad pun jarang mereka dapat jumpe, masing-masing ada hal sendiri. Ali lebih suka tidor saje dari keluar ke KL.

Satu malam tu, Ali tiba di rumah dalam pukul 2 pagi. Masa nak buka pintu gate rumah, Ali leh dengar bunyi anjing menyalak macam dekat je dengan rumah. Ali mule naik pelik, takkan la anjing leh sampai tingkat 12. Bulu tengkok Ali secara automatik naik meremang. Sebaik je pintu rumah terbuka, Ali menjerit terperanjat sebab kawan baik die si Husin tengah duduk di kerusi makan dengan muke yang berlebam. Sekali pandang hantu raya pun kalah. Husin diam je sambil memandang Ali dengan raut muka yang sayu. 

" kau kenape ni Sin...kau kalah race ye? dengan muke kau berlebam-lebam. ke kau kene pukul?" tanye Ali.

pelik, Husin hanya mendiamkan diri. Selalunye die la paling kepoh, 1 soalan tanye, 100 die jawap. ali pergi ke bilik air dan terus mencuci bajunya di mesin basuh. baju husin dipungut juga. hanyir je baunya...

" wei Husin, kau masuk pasar ikan ke ape? hanyir la baju kau ni!!" jerit si Ali dari dalam bilik air. Tapi tiada jawapan dari Husin, senyap je.

Sebaik je Ali keluar dari bilik air, Husin dah takde kat ruang tamu. Maybe dah masuk bilik agaknye membute. Keesokan harinya, macam biase Ali bangun awal pagi untuk solat subuh. Masa die lalu depan bilik Husin, die leh dengar bunyi macam orang menangis, merintih dan meratap dengan suara yang sedih sekali. Ali tibe-tibe rase seram sejuk. Tapi untuk sedapkan hati Ali pikir mungkin Husin tengah sembahyang taubat agaknya. sape tak kenal Husin, selain dari merempit, pompuan pun selalu die angkut bawak balik rumah. Ali tak berani nak sound Husin sebab die pun just sekadar menumpang di rumah tu. Lagipun Husin 2 tahun lebih tua dari die. Lagi satu Husin suke mabuk. Kadang2 dah jadi rutin Ali untuk kutip tin carlsberg waktu pagi kat ruang tamu.

Ali ketuk pintu bilik Husin...

" Oooo Sin, kau ok ke?' Senyap, takde orang menyahut pun. Bunyi tadi seolah-olah hilang macam tu saja.

Ali terus pergi mengambil wuduk tapi masih hairan dengan housemate die tu. Semasa Ali nak bersiap pergi kerje, lagi sekali die ketuk pintu bilik Husin. Senyap je macam takde orang. Ali mula rasa tak sedap hati...die cuba memberanikan diri untuk masuk ke dalam bilik Husin, mane tau sakit ke pengsan ke. Tombol pintu dipulas dengan perlahan...., .Sebaik saje pintu terbukalagi sekali Ali naik hairan sebab Husin takde kat dalam bilik. 

" Mane pulak pergi si Husin ni? takkan dah keluar kot? selalunye tengah tido lagi..." rungut Ali sendirian.

Perangai pelik si Husin tak habis di situ. Selama dua hari setiap kali  sebelum masuk je waktu subuh, Ali leh dengar bunyi suare Husin menangis dari dalam biliknya. Ayat yang selalu Ali dengar " Ampon kan aku...aku menyesal..aku nak taubat!!" dan " Tolong...aku takut...". Bile Ali ketuk pintu bilik Husin, bunyi tu hilang. Cuma kali ni pintu bilik dah berkunci dari dalam. So Ali tak dapat nak buka pintu bilik Husin lagi. itulah yang terjadi untk 3 hari berturut-turut..

4 hari selepas tu adalah hari ahad dan Ali memang cuti. Ali bertekad untuk berjumpe dengan Husin. Sewaktu die nak keluar dari biliknya, die tersampang dengan Mamat. Pelik gak Mamat ni, siap pakai baju melayu warne putih dan ketayap. Macam budak sekolah tahfiz pun ade. Mereka bersembang dan Ali pun ceritelah apa yang die alami selama 3 hari yang lepas. Die cakap die risau dengan keadaan Husin. Berubah muka si Mamat bile die dengar cerite dari Ali. Belum sampai habis Ali bercerite, Mamat dah potong cakap Ali.

" Ok Ali stop...biar aku berterus terang dengan kau. Sebenarnya Husin dah takde Li..." Kata Mamat dengan nada yang sayu.

" la...bile die balik kampung? Abis tu yg aku dengar bunyi orang menangis tu sape pulak?" Tanye si Ali pada Mamat dengan riak muke yang macam nak pucat.

" Kalau kau nak tau, dah 4 hari Husin meninggal sebab die kene pukul masa menang race hari tu. Ade orang tak puas hati dengan die. Aku yang hantar jenazah die balik kampung. Kau tak jumpe ke nota atas meja makan ni? kan aku ade tinggalkan untuk kau."

Terkedu Ali. Hampir2 saja air kopinya terlepas dari tangan. 

" Tapi aku jumpe die 3 hari lepas! ni la kerusi tempat die duduk. Baju die aku siap basuhkan lagi tau! Aku pun selalu dengar suara die! takkan lah aku jumpe....?" Ali rasa macam nak pitam..

" Sabar Li...mungkin tu semua mainan syaitan. Kalau kau nak tau, aku yang letak baju arwah kat dalam besen dan aku sempat bilas je dengan air kesan darah die. Aku rase baik kau balik kampung je hari ni. Aku pun baru je sampai dari kampung malam tadi. Dah 3 hari aku kat kampung tau.." Mamat menepuk nepuk bahu Ali dan menyuruhnya bertenang sambil beristirfar.

Pagi tu juga Ali bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Perasaan Ali bercampur-campur waktu tu. Sedih sebab kehilangan kawan baiknya, pelik dengan apa yang die nampak dan dengar...n takut sebab bende2 cam tu memang menyeramkan.

" Ali, nanti tibe kat kampung...jengah2 la mak aku. Kesian mak aku sorang2 kat rumah tu. Cakap kat die, jangan risau aku happy kat sini tau." Pesan mamat.

" Ok..nanti kau jangan lupe pula anta surat cuti aku tu." Ali bersalaman dengan Mamat dan kemudian mereka berpelukan. Terasa sejuk je tangan Mamat. Dan ade macam bau2 air mawar pada baju Mamat. Tersentap gak Ali. Tapi die rase macam berat untuk bertanye.

Sepanjang perjalanan di dalam bas....Ali hanya termenung panjang. Bingung die memikirkan dengan ape yang die dah alami. Ada baiknya die merahsiakan pengalaman die dari member2 kampung. nantikecoh pulak jadinya. Lagipun bende2 macam ni boleh buat keluarga arwah malu.

Setibanya di kampung, kebetulan Ali akan melalui rumah Mamat dahulu. Pelik...sebab ramai orang di rumah Mamat dan semuanya macam orang tengah berkabung. Rata-rata berpakaian putih dan di satu sudut laman rumah Ali boleh nampak pengusung jenazah. Di  atas para rumah pula Ali boleh nampak orang tengah memandikan jenazah dalam tong warne putih. Mamat hanya tinggal dengan mak die, sape pula lelaki yang meninggal? takkan orang lelaki mandikan jenazah mak Mamat?

Lutut Ali rasa bagaikan longgar dan Ali rebah di sisi tong untuk mandikan jenazah itu. Die kenal jenazah sape yang dimandikan. Die baru sahaja berborak, bersalam dan memeluk orang yang sudah menjadi jenazah itu semasa di rumah sewanya pagi tadi, masih terngiang lagi suara orang itu berpesan supaya sampaikan salam pada maknya...Ya..mayat yang sedang dimandikan itu adalah mayat sahabatnya si Mamat....Keadaan keliling menjadi gelap dan Ali pengsan..

Sebaik sahaja Ali sedar dari pengsan. Die menceritakan apa yang die alami dalam tempoh 4 hari yang lepas. Kemudian bapa Ali pula membuka cerita.......Memang benar Husin dah meninggal dan Mamatlah yang menguruskan penghantaran jenazah si Husin. Kemudian selepas selesai urusan pengkebumian, Mamat ambil keputusan untuk cuti selama 3 hari. Selama 3 hari jugalah, Mamat cuba menghubungi Ali pakai talipon rumah sewa mereka tapi gagal, lagipun Ali takde handphone. (awal tahn 2000 kan handphone masih mahal) ........., Mamat eksiden semasa die dalam perjalanan untuk pulang ke KL malam tadi.

Ali hanya mampu mengalirkan air mata sebaik sahaja die mendengar cerite itu. Apa yang terjadi adalh di luar norma pemikiran logik akal. Selama hampir 6 bulan jugalah Ali sasau dan terpaksa berubat dengan cara kampung. Setelah bepuluh bomoh dan dukun dan beribu duit habis, Ali tidak juga sembuh2 dan sering meracau. Semua orang yang mengubat Ali cakap Ali ni dah terkena badi mayat. Akhirnya seorang ustaz yang berjaya mengubati Ali, itu pun nama Ali ditukar kepada nama Ayob, sempena nama 25 rasul. 

Hal roh dan alam ghaib hanyalah urusan Tuhan. apa yang telah terjadi Ali anggap sebagai dugaan dan peringatan untuk dirinya.

 

 

 

 

 



__________________
like2 u jeee


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

kisah benar ke nie????seram'y

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

seram....
semoga dedua dicucuri rahmat(kalau cite betul)
apa pon..aku tetap naik bulu roma

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

walau pon cerita incik Razman saurek nii kopi pes ... best laaa ...

lain dari yang lain2 ... semasa membacanya .... ada jugak rasa seram2 sejukk ... eh .. serammm ..

apa pun memang aku senantiasa menunggu2 posting incik Razman ...

samada pengalaman beliau kat Kem/PLKN  ... seram/hantu ... selalunya ... memang best ..

syabasss dan tahniahhh ....



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

huh terasa seram dia...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:

oklah, buat pengetahuan korang semua cerita aku sebelum ini adalah benar belaka, dari cerite kem askar, kem plkn, n cerite2 lain semua adalah benar atas pengalaman aku dan pengalaman org lain. ade gak cerite yg aku collect dari member aku n cerite yg dah jadi turun temurun punye cerite mcm cerite kapten john tu.

kecuali cerite ni....hehehe. semua adalah rekaan aku sahaja. sebabnya? aku nak tengok sejauh mane aku leh menguasai minda or dlm erti kate lain mempengaruhi pemikiran korang. sejauh mane korang blh menyelami n menghayati cerite yg aku ceritekan. kenape? sebab skang aku tgh seronok dgn ilmu psikologi n kaunseling, satu ilmu yg seronok untuk belajar n seronok juga untuk dipraktikkan. bukan bermakna aku jadikan korang tikus makmal tau. aku juga tgah cuba berjinak-jinak untuk menulis. mane tau leh buat second income. selepas ni akan ade menyusul slot2 cerite yg lain. to mr baddar, tq atas pujian anda n terime kasih juga pada yg menyokong...



__________________
like2 u jeee


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

bagus bagus nanti klu ko buat buku jangan lupa bagi aku satu siap autograph tau.

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:

buat buku? haha jauh lagi bro...banyak nak kene belajar. entah sempat entah tak. lagi pun aku just sekadar suka suka saje.



__________________
like2 u jeee


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

takpe pasang impian dulu...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

oooohhh ... rekaan semata  ... x pelah incik razman .. walau pun rekaan ... tapi ia seolah2 macam pengalaman sebenar orng lain ... sebab ia direka dengan berhati2 ... dan mungkin jugak .. sedikit diambil dri cerita lain sebagai contoh ... ini bermakna nko berjaya mempengaruhi pemikiran org lain melalui pembacaan ...

wahhh .. belajar psikologi ? bestt tu .. aku pun  minat gak psikologi ni .. cume x berkemampuan nk belajar dan x tau nak belajar kat mane ... cumer aku suke memerhati dan mengkaji sikap2 sesaorang melalui pandangan pertama ... atau melalui tulisan (macam kat GC) .. sambil2 aku baca posting2 member2 GC nie ... aku cuba mengkaji watak atau sikap mereka ... supaya aku dapat `melayan kerenah' mengikut apa yg mereka suka atau selesa .. he he he .. kalu aku x respon sedangkan posting itu menarik sekali ... itu bermakna .. adalah yg aku fikirkan/kaji .. he he he he .. entahlah .. aku suka dgn sifat2 manusia yang pelbagai niii ...

lagi satu .... member yang agak seporting ,, x banyak kerenah .. sapot orng ... n saiko beliau memang aku puji .. beliau .. g freedem .... he he he  ,,,, (g freedem .. nko jangan bace ayat aku niii ... tutup mate nko tuu .. )



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

ok tuan tuan dan puan puan...saya dengan bangga sebangga nya dan terasa ringan mcam nak terbang dan terasa mcm tak pijak bumi bila baddar ni puji aku...

Haha terima kasih la baddar oi...bagi aku...bila kita hormat org kita tak rugi ape ape pun...sbb tu aku suka hormati org lain

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

abg razman..buat blog jer...kitrg follow ramai2..hihihih
bole masyukkk...=)

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

tak pun gc ni pun dah cukup...ramai pembacanya

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 291
Date:

g_freedom wrote:

ok tuan tuan dan puan puan...saya dengan bangga sebangga nya dan terasa ringan mcam nak terbang dan terasa mcm tak pijak bumi bila baddar ni puji aku...

Haha terima kasih la baddar oi...bagi aku...bila kita hormat org kita tak rugi ape ape pun...sbb tu aku suka hormati org lain


 

dok dendiam yer pak baddo



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

seram nie!!!
ade jugak kes nie sepupu citer.....
p wat xlayan..seriau woo

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard