Kali ini Bonda ingin bercerita ttg kisah disebalik rumah yg kami sewa. Ingat lgkan cerita pertama yg Bonda ceritakan?
Apa yg berlaku kpd kami 2 beradik masih lg tdk diketahui oleh ayah. Arwah datuk memang sangat baik...dia langsung tdk bercerita apa2 pd ayah malah dia buat seperti tdk ada apa2 yg berlaku. Takut juga Bonda kalau2 arwah terlepas cakap.
Setelah kejadian tersebut perasaan ingin tahu ttg rumah tersebut makin membuak2. Tanya nenek, dia senyap saja..tanya pakcik jawapannya..." budak2 jgn masuk campur.. ". Marah juga Bonda ketika itu... Nak tanya kwn2 eerrmm...5 org yg di tanya..5 cerita yg Bonda dapat.
Jadi Bonda dan adik lelaki Bonda diamkan saja..walaupun Bonda trauma utk ke rumah tersebut. Hendak sedapkan hati sendiri, Bonda andaikan saja yg kebetulan ' benda ' itu lalu dikawasan rumah sewa. Sehinggalah pada suatu hari adik ipar ayah iaitu isteri kepada adik ayah dtg ke rumah arwah datuk. Kami makan2 sambil bersembang..adatlah kan..anak2 dara, suka mencelah duduk dengar orang tua bersembang. Ibu saudara ni rapat sikit dgn emak Bonda. Kemana saja berdua..begitu juga Bonda dgn anaknya ( sepupu perempuan ). Kami juga rapat walaupun dia tua 3 thn dari Bonda.
Tgh seronok bercerita tiba2 lancar mulut Bonda bertanyakan ttg rumah yg kami sewa. Serta merta semua diam. Sepupu pandang emaknya..emaknya pandang emak Bonda dan begitulah sebaliknya. Bonda cuba pujuk agar mereka menceritakan apa yg ada pada rumah itu sebenarnya. Bonda juga ceritakan reaksi kwn2 sekolah bila Bonda nyatakan lokasi rumah Bonda. Masing2 diam..yg dengar bunyi angsa jiran ruah arwah datuk. Bising sungguh! Sudahlah Bonda tunggu jawapan masing2 tak mahu cakap.. Bonda ambil batu, Bonda baling pd angsa td dgn sekuat hati! Saja nak tunjuk yg Bonda mmmg marah dan nak tahu ttg rumah itu. Kesian sungguh angsa tu...
Lalu emak saudara yg Bonda panggil Mak Uda pun mulakan cerita... Begini ceritanya :~
Rumah yg kami sewa itu sebenarnya kepunyaan sepasang suami isteri yg masing2 berumur 60an dan 70an. Mereka ada 2 orang anak. Keduanya perempuan. Yg tua masing tinggal di daerah yg sama manakla yg kedua tlh berhijrah ke bandar yg lain. Suami isteri ni spt penduduk yg lain..hidup seperti biasa..kerja menoreh getah. Balik lepak kat kedai kopi, kemudian pergi beli lauk dan terus balik rumah. Ptg duduk di luar..tebas2 rumput bersama isteri. Mereka tinggal berdua. jarang nampak anak2 mereka balik. Tp yg membezakan mereka berdua ialah .................. Mereka suami isteri membela.. Bukan bela lembu atau ayam tapi mereka membela hantu raya dan polong!!! yang lebih memeranjatkan..,masing2 membela 3 ekor bg setiap org. Bermakna suami 3 ekor dan isteri 3 ekor ... Ngerikan? Na`uzubillah...
Bagaimana jiran2 dan Mak Uda Bonda tahu? Setiap senja hinggalah ke lewat pagi sebelum subuh...Macam2 yg akan mereka nampak..
Seperti jiran yg berada di atas bukit..ketika mereka hendak tutup tingkap ( tingkap jenis daun papan ) yg menghala ke arah depan rumah tersebut terkejut bila nampak pocong berdiri tegak dihadapan rumah tersebut. Dan yg lbh menakutkan ketinggian pocong tersebut melebihi ketinggian pokok kekabu. Bonda rasa pocong yg sama Bonda nampak tempohari.
Kemudian ketika sang isteri ni hdk keluar ke bandar berjalan utk menunggu bas, tdk semena-mena dia berpatah balik. Bila di tanya jawapannya.. " Susah aku nak pergi mana2 ! 3 ekor ni keje nak ngikut aku je! Rimas! ". Kedengaran lucu tp bg yg bertanya tu memang rasa seram sangat. Bayangkan yg dia nmpk hanya sang isteri tu saja!!
Pak Uda Bonda ( suami Mak Uda ) pernah terserempak dgn salah satu belaan mereka tgh mencangkung diatas palang pagar kayu yg saiznya cuma selebar tapak tangan budak! ' Benda ' tu kelihatan seperti manusia cuma mukanya hitam ( hanya nampak putih matanya saja ), berbaju putih, berkain pelikat serta tali pinggang merah besar ( spt tali pinggang org balik haji dulu2 ).. Terperanjat Pak Uda ketika itu. Hampir terbabas motor yg ditunggang. Nasib baik tak masuk dalam longkang.
Dan bermacam2 lg cerita yg diceritakan oleh Mak Uda. Pernah juga sepupu Bonda ni dihalau ketika masuk dalam kawasan rumah mereka sebab nak menjual jagung manis ( arwah datuk minta tolong jualkan pd org kampung ). Di tempiknya sepupu Bonda .." Eh! Saper suruh ko masuk sini hah! Kang kalau ada yg berkenan dgn ko aku yg susah..Dah! pergi..lain kali jgn masuk sini lg!! ". Lintang pukang sepupu Bonda lari.
Sehinggalah mereka berdua meninggal. Isterinya meninggal dulu..selang seminggu suaminya pula meninggal. Tdk ada sesiapa pun yg berani masuk dalam kawasan rumah tersebut. Pd hari mereka meninggal..hanya anak yg sulung saja tinggal disitu..itupun cuma 1 malam. Pagi2 esok jiran nampak dia dah balik dgn tergopoh gapah. Anak kedua? Balik kejap hinggalah arwah dikebumikan lepas tu terus balik. Tidak datang2 lg. Dia seperti panas utk duduk dlm rumah tersebut.
Patutlah masa kami pindah hanya anak yg sulung saja yg ada..tdk pernah nampak pun anak yg kedua. Sehingga kami pindah di situ..rumah itu terbiar..semak samun. Dan yg menakutkan belaan mereka merayau2 mencari tuan baru.
Sekarang baru Bonda faham akan reaksi kwn2 sekolah ttg rumah tersebut. Tp yg Bonda tak faham mengapa ayah sanggup nak menyewa rumah itu? Tdk ada rumah lain ke? Knp rumah yg ada penunggu? ... Bonda memberontak.. emak usap kepala Bonda dgn lembut. Emak Bonda kata ayah terdesak sebab masih belum dapat cari tempat tinggal yg sesuai lagipun sewanya murah... Bonda menjeling..' murah kalau ada hantu buat apa?..'
Minggu depannya ayah dan arwah datuk memanggil seorang yg pakar utk 'membersihkan' rumah tersebut. Saka @ belaan mereka itu terpaksa dibuang memandangkan tdk ada 1 waris pun diantara anak mereka yg hendak menerima...
Nanti Bonda ceritakan pula kejadian2 aneh sepanjang 'membersih' , 'memulihkan' dan 'memagar' rumah tersebut.....