Perlis memang terkenal dengan kawasan membeli belah yang murah, Padang Besar. Pelancong, orang luar dari perlis mesti akan datang mebeli dan mebelah kat situ masa cuti. Jalan menuju ke padang besar ni ada dua jalan. Satu jalan kampung, satu ikut jalan yang besar. Kalau perasan dalam rancangan TV3 ada keluar pasal jalan kampungni, mengenai selekoh berpuaka yang telah "memakan" hampir 5 buah kereta. Aku dengar cerita ni semua dari moyang tiri aku. Sebab rumah dia dekat dengan selekoh ni.Macam2 lah yang terjadi dekat jalan kampung ni. Jalan ni orang panggil jalan Tasoh. Jalan ni kalau ikut malam, memang pakai lampu kereta ja.
Ok peristiwa pertama. Pengalaman haku dan sepupu aku.
Sepupu aku baru je berkahwin dengan seorang lelaki yang berkerja sebagai polis. Suami sepupu aku ni kerja kat Tasoh. Diorang duduk dekat kuarter polis, kuarter tu pulak nak pergi kena ikut jalan tasoh tuh. Baru kahwin so kira tinggal berdua jela kan. Pada suatu malam tuh, suami sepupu aku kena pergi kursus dekat melaka keesokan harinya. So dia ajak aku pergi teman dia. Malam tu jugak dia ajak aku pergi tidur rumah dia. Tapi malam tuh aku ada dekat kuala perlis, makan besar ng famili belah ayah aku. Sepupu aku cakap dia tunggu. Tunggu punya tunggu, pukul 11.30pm jugaklah aku balik rumah.
Cerita dia bermula begini, pukul 12.00pm la aku bertolak dari rumah. Aku pergi sorang je teman dia sebab esok adik aku nak kuar date. dia taknak mengikut sama. akak aku jenis malas nak tidor rumah orang. Aku duduk seorang je belakang dalam kereta tuh. So, masa nak gi kuarters tuh, lalulah jalan tuh memang sunyi gilalah. kalau lalu jalan tuh mesti kena lalu depan kem tasoh bersebelahan dengan kem plkn. Kem ni tiap2 tahun aku pergi, sebab ada pertandingan kawad badan beruniform. Macam2 kejadian berlaku kat kem tuh. Histeria jangan cakap lah. Berbalik cerita dalam kereta tadi. Aku tengok kem tuh, kemudian aku "Wei, wan. Ko ronda sini malam2 tak pernah kena kacau ker?" Kemudian dia cakap " Tak pernah lagi sebab aku baru je pindah sini, dulu kan aku dapat kerja kat kangar. Baru 3minggu. Tak pernah kena ronda lagi. Tapi member2 aku selalu la jugak." Sepupu aku marah aku. "Ko ni pikah, tanya la lain waktu. Haissh." Aku sengih jer, sebab aku excited nak tahu pasal jalan ni lagi2 latest story.
Tetiba suami sepupu aku bagi lampu tinggi, aku tengok lah depan. Owh, member2 dia meronda. Tiga orang. Naik motor. Kawan dia bagi isyarat suruh dia berhenti. Disebabkan jalan tu sunyi sepi tak de orang, dia berhenti je kat kereta tuh, tak berhenti tepi pun. Member dia berhenti betul kat tingkap, member dia cakap " Wei, ko ada nampak tak perempuan bawak anak kat jalan depan tadi? Tadi ada kereta tengah pecut laju. aku tahan. dia cakap tadi nampak perempuan tuh. Ko ada nampak tak?" Ala, cik abang kenapa tanya sekarang? Da la duduk seorang belakang nih. Suami sepupu aku balas "Tak pun, orang ke kawan ko?" Mmeber dia balas balik, "Taklah kawan nenek ko." Bergelak pulak diorang. aku yang belakang ni get ready nak ke depan jer bila cik pon tuh tetiba ada sebelah aku. Kemudia member dia cakap "dah la, nak meronda. nanti lagi lambat,lagi banyak kena." Sepupu aku tuh senyap je. Lepas laki dia tutup tingkap baru tahu dia takut. " Awat lak cerdik sangat kawan abang tuh, tanya time2 nih." Laki dia senyap jer tak kata apa.
Aku pun dah cuak belakang ni, jauh lagi kuarters diorang ni. Seriously, aku rasa jauh sangat kuarters diorang. Bila sampai simpang nak menuju jalan ke kuartes, tetiba sepupu aku jerit, " Bang kat depan tuh." Bapak kau, baik punya posing cik pon uh kat simpang uh. Sepupu aku terus baca yassin. Laki dia pecut jela kereta. Tahu takut tadi bukan kemain bergelak ng kawan dia. Aku kat belakang ni terus buka surah kursi dalam henset. Aku cuba berani pusingkan kepala ke belakang. Maik aih, dia terbang bangang ikut kereta gila. Aku dah takleh control keluar habis ayat2 yang tak menunjukkan kesopanan seorang wanita timur. Aku terus ke depan, duduk atas sepupu aku. Pedulik!aku tak nak landing belakang dengan cik pon.
Sampai jela kawasan kuarters tuh, kawasan tuh dah kecoh sikit. Ada mat2 melepak dengan motor. So suami sepupu aku cuba kerling kan kat cermin tepi dan belakang. Fuh dah takde. Senyap semua dalam kereta tuh. Sampai kat basement kuarters(sunyi sepi, suram dan cerah sangat), turun dari kereta. Aku terus kepit sepupu aku. tAKUT WEIH, BUKan cantik pun perempuan tadi. Muka pucat. Mata terbeliak. Eiii, taknak jumpa cik pon dah. Takut la bahai. Masa aku ambik barang bonet kepala menghadap bawah,naik ke muka keatas. huaaaaaaaaaaa cik pon kat bonet depan baik punya landing., suami sepupu aku terus tutup bonet kereta tu laju2. Tarik tangan bini dia ng aku naik tangga. Masa naik tangga tuh, jangan cakap la dia punya mengilai. Bapak kuat. Sampai rumah , nasib tingkat satu. Kelam kabut,buka grill ng pintu. Dah la kawasan tuh cam gelap. Belakang kuarters tuh pulak hutan dan sekolah.
Masuk rumah tuh terus, tiga2 tuju bilik. Aku tak pedulik, nak dikata menganggu pegantin baru. Abaikan asalkan aku tak tidor ng cik pon malam ni. Dalam bilik tuh, boleh dengar orang cakar2 pintu. Suami dia terus amek wuduk, baca al-quran. Aku uzur masa tuh, sepupu aku just kumat kamit baca kursi. Aku duduk kat atas katil sambil peluk sepupu aku. Laki dia kat bawah baca alquran. Lama jygak, dalam pukul 2 pagi. Benda tuh letih gamak nya cakar pintu, goyangkan grill. Aku tertidur. Esok bangun, tengok laki dia dah siap packing baju2 sepupu aku. Masa bukak pintu, kesan cakar tuh ada jer. Sebelum dia naik trak polis, dia suruh kitorang tidur rumah aku. Bukan taknak tidor dekat rumah tok aku ng rumah mak sepupu aku nih. Tapi masing2 takde ke KL. Balik la semula kerumah aku. Kecoh rumah tuh pasal cik pon. Mak buat air yassin suruh aku ng sepupu mandi.
Lepas kejadian tuh, sepupu aku dengan laki dia terus tak dok dah kuarters tuh.
Nantikan sambungan peristiwa kedua. Nak baca buku dulu. esok ada paper.
waaaarrhhh takut2.... tapi memang betull..muke die pucat...leher die tegang...nmpk urat2 dawai die... mate die...errkhhhh ko ni pka...buat aku terngat..takutla......
hahahahaha...syok la dpt jmpa si cantik jelita tersebut....ermmmm jelita sgt ker cik pon 2...kalu aku jmpa sah2 lari x hengat dunia..sampi silap msk umah org
__________________
fikir dulu sebelom tulis o ckp...jgn tulis o ckp guna kepala lutut..tulis n ckp guna kepala otak
fuhh serem bener ye pak..cerita ni? mujur aku takde sebarang perasaan hendak ke jamban. risau jugak kalau tika & saat itu sang gadis datang & duduk di ribaanku tatkala aku sedang giat memerot. oh alangkah indahnya...
brrrrrrrr! macam kena pukau pulak mengenangkan keseraman cerita beliau.
sayang si nasilemak nan harum mewangi bau daun pandan ini telah mendelete persona diri beliau di alam GC ni. kalau tidak boleh le aku nk confirm kat mana lokasi selekoh maut tu. sekadar yg dapat aku kesan adalah lokasi asrama eh silap, lokasi rumah quarters sepupu beliau yg hampir2 menjadi kelab angker tempat si gadis bernama Pon melepak > balai polis & kuarters kediaman kakitangan
__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"