Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Panggilan Telefon **copy & paste dari website**


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:
Panggilan Telefon **copy & paste dari website**


Tujuan cerita saya ini bukan lah untuk menakutkan dan mengaibkan sesiapa. Nama saya Naz, saya berasal dari sebuah daerah di Johor. Pengalaman yang ingin ceritakan ini berlaku pada beberapa kawan saya.

Perkara ini berlaku sekitar tahun 2001, ketika itu saya serta kawan-kawan sedang meniti alam remaja. Yelah pada zaman itu kami dalam suasana keseronokan. Pada akhir bulan Oktober pada tahun itu, saya dan kawan-kawan telah dikejutkan dengan berita kematian salah seorang kawan saya yang telah disahkan berpunca dari serangan jantung. Bila dapat berita yang mengejutkan ini, saya serta kawan-kawan yang lain berasa amat terkejut kerana selama ini arwah tidak menunjukkan tanda-tanda dia sakit.

Setelah selesai memandikan, mengkafankan serta menyembahyangkan jenazah arwah, saya serta kawan-kawan yang ada turut sama menghantar jenazah hingga ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Setelah jenazah dimasukkan ke liang lahad dan dikebumikan, salah seorang kawan saya yang bernama Din telah bertanyakan pada saya samada saya ada nampak telefon bimbitnya atau tidak. Saya mengatakan tidak nampak, mungkin dia tertinggal di rumah. Masa itu saya dan kawan-kawan hanya mampu pakai telefon bimbit Nokia 3310 sahaja. Untuk memujuk kawan saya pada masa itu, saya beritahu mungkin masa dia datang ziarah tadi dia tidak membawa telefon bimbitnya.

Kawan saya cakap kalau telefon hilang tidak mengapa, cuma dia runsingkan adalah "SIM Card" di dalamnya. Sebab nombor saya serta kawan-kawan yang lain ada tersimpan di dalamnya. Dipendekkan cerita, setelah tujuh hari arwah kawan saya meninggal, salah seorang kawan saya yang bernama Mat telah mendapat panggilan telefon dari nombor Din yang telah hilang tempohari. Mat mengatakan sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon itu, Mat telah terdengar suara yang berada di talian adalah suara arwah kawan saya yang meninggal dunia hari itu.

Telefon bimbit kawan saya telah terjatuh semasa menguruskan jenazah arwah. Bukan Mat sahaja yang mendapat panggilan telefon itu, tiga lagi kawan saya juga telah mendapat panggilan telefon itu. Arwah mengatakan dia akan menunggu kami datang di tempat yang biasa kami berjumpa setiap kali keluar pada jam 12 malam. Selama empat hari berturut-turut kawan-kawan saya mendapat panggilan yang menyeramkan itu. Sebulan selepas itu tiada lagi panggilan yang menyeramkan itu. Mungkin disebabkan telah kehabisan bateri. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.



-- Edited by AnneCgat on Thursday 4th of October 2012 06:20:39 AM

Attachments
__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

amin....

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

seram x , seram x ??? :)



__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

cerita ulangan....tak seram pon...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

oloooo :(

__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

xberapa seram..
tergantung, xde ending..

__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

Ending dia

Start dari sini "Selama empat hari berturut-turut kawan-kawan saya mendapat panggilan yang menyeramkan itu. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berjumpa dengan bomoh. Bomoh itu mengajak mereka ke tempat yang roh itu mahu berjumpa. Setelah berada hampir 30 minit, mesej dari henset kawan roh itu berbunyi. "Mari ke kubur aku kalau kamu mahu tahu apa punca aku mengajak mu datang." Maka pergilah si bomoh dan rakan rakan itu ke kubur arwah. 15minit kemudian. kawan mereka ternampak satu cahaya berwarna kuning yang agak besar. Rupanya rupanya arwah itu bersama lembaga kuning itu. Bomoh itu bertanya "Camne boleh dapat coverage dalam kubur?" Jawan roh "Ala, DIGI BERSAMA DI MANA JUA." Rupanya lembaga kuning itu adalah encik DIGI.

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 437
Date:

Seram cangatttttt...hahahak tuiii..
ermm...haku x bce pn cite ni...
MALAS..sekian maceh..

__________________

kemarahan adalah keadaan di mana lidah bekerja lebih cepat daripada pikiran, dan tindakan lebih cepat dari nurani 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard