Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Budak baru dengan cerita hantu :D


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:
Budak baru dengan cerita hantu :D


Hai dan assalamualaikum, aku baru je masuk GC ni. Camner tetiba nak gegedik masuk sini? Hehhee, punca nyer cerita sebab aku taip HANTU KEM kat google, klik banyak link, semua nyer mcm biasa2 je. Tekan link bebanyak lagi. Naik lah GC punya post by razmanosaurex. Baca dan terus addicted kat sini. Sampai roomate aku bengang. Yela, pukul 4pg tak tido2 lagi sbb menghadap ruangan cerita seram. Last2 dia sekali addicted.

So, intro sikit erk.
Aku asal dari perlis. Menetap kat perak dah lama. dari umur 1thun sampai form3. then form4 pulang ke kampung halaman.Sekarang aku kembali ke perak as a IPT student. Aku rapat dengan sepupu aku ni, yana. Dia ni cun, senyap je orang nya, tapi bila lepak ng aku baru tahu perangai sebenar. Hahhaha. Masa aku kat still kat perak dulu, dia ada kapel ng seorang mamat ni. Panas baran orangnya, takleh tengok sepupu aku ni cakap ng laki lain, tangan dia mesti naik kat muka punya. Satu hari tuh, sepupu aku keluar beli barang dengan pakcik aku. Cammana ntah, mamat tuh tahu. Dia jumpa sepupu aku, terus pukul sampai lebam. Sepupu aku terus minta putus. Lepas dia mintak putus tuh, macam2 jadi kat rumah dia dgn atuk aku. (rumah diorang belakang rumah atuk aku)


Masa adik kepada sepupu aku, zura mandi(malam), dia nampak ada bayang2 orang lalu belakang rumah (rumah kg kan toilet dia mcm ada ruang sikit kat bawah bumbung). Dia pelik lah, sebab yelah orang tuh mesti tinggi giler sampai nampak bayang2 kat ruang tuh. Dia tak amek pusing sgt sebab atuk aku ni jenis berubat orang. Tolong orang buang saka, orang kena rasuk. Jadi memang banyak lah bomoh yang tak puas hati hantar balik saka2, hantu jin jembalang tuh mai kacau rumah dia. tapi sepupu2 aku semua jenis hati kering kecuali yang yana ni. Dah sudah mandi, pergi ke bilik. elok masuk jer bilik uh , dia nampak kat tingkap macam ada dua batang pokok besar pemeluk, setahu dia mana la ada pokok tepi tuh ada pun kecik je. pegang yang tangan je dah cukup, dia pergi rapat ng tingkap. Masa on the way nak ke tingkap, hah, benda tuh tunduk, muka dia. Pernah tengok Death Note. Macam tuh la lebih kurang senyuman dia, mata hitam semua masuk dalam muka. Sepupu aku tepik satu surah ni (atuk aku ada ajar tapi aku tak berapa nak ingat), berbau hangit satu bilik uh. Benda tuh macam cair owh. pastu terus kabur. hilang Sepupu aku masa tuh berpeluh2.

Maklong aku terus panggil atuk aku. Atuk aku pergi tengok, "Hurm, benda tu mai nak porak peranda seseorang dalam rumah hang ni. Takpa lah, nasib zura ingat ayat ayah bagi tuh. Tapi jaga2 takut depa mai hantaq balik."

Seminggu lepas tuh ok lah, masa yana ng zura uh ngah study, yana tu cakap "Angah,along masuk bilik dulu. Sakit kepala." zura tu pun balas " Pi la tidur lu, nak perabih sikit lagi ni." Lepas beberapa belas minit lepas tuh, yana keluar dari bilik. Muka dia macam nak makan orang. Zura rasa macam lain sikit. Dia tanya yana "Hang ni awat along?" Yana tak cakap apa, dia senyum pastuh lari pi kat pintu rumah, dia rentap sat ja dah terbuka walhal pintu tuh terkunci. Zura dah agak, tuh bukan along dia. Dia tempik nama mak dia (maklong aku). Lepas tuh dia terus keluar sambil bagitau kat maklong aku kata benda tuh mai pulak. Zura tuh besar sikit dari Yana ni, dia tangkap Yana tuh, peluk kuat sambil baca ayat kursi. Kebetulan atuk aku baru balik dari masjid, tanya "Hampa awat duk main kat luar lagi ni? anak dara pi masuk dalam rumah no., Tak elok duk luar. Nanti benda berkenan." Zura pun cakap "Berkenan dah tokwan oi. Along ni bukan along. Mai cepat." Terus atuk aku lari kat yana, zura camna ntah terlepas si yana uh. Benda tuh nak tendang atuk aku. Atuk aku ada silat lah, sekali dia tepis balik. Dia tangkap kepala yana, bawak masuk rumah. Benda tuh tak kuat sangat, penat kot kena dengan ayat kursi tadi.

Dalam rumah tuh, maklong,paklong,zura, nek, tok ng pak jang aku duk keliling yana. Atuk aku tanya elok2 "Hang ni awat mai masuk dalam budak nih?" Benda tuh cakap " Sebab dia ni hak tuan aku, tuan aku suruh pi amek dia bawak mai balik rumah."  Atuk, "Hang keluar dari badan budak ni, hang pi habaq kat tuan hang mai amek cari elok, bukan lagu nih." Benda tuh, " Tuan aku mai dah, hampa ni jahat, hampa tolak dia."

Kelakar oh hantu uh,tak reti simpan rahsia. Lepastuh satu rumah uh baca ayat kursi, maklong aku ja cuti. Atuk buat cmna ntah,benda tuh dapat tangkap. Masuk dalam botol. nampak real (sepupu aku lah cakap, aku mana ada kat sana lagi masa tuh. sedih la jugak tak dapat tgok hantu versi dalam botol no) Pi buang kat kuala perlis. Atuk aku cakap " Toksah lawan balik, biarla dulu." Maklong aku pun ok ja. Yana demam seminggu lepas tuh. Jadi lemah.

Macam2 lagi lah jadi lepas tuh, kena santau (alhamdulillah tak berkesan sebab minum air kepala campur apantah). Mayat tengah jalan, Ular besar2, ayam hitam dengan pulut kuning basi depan rumah. Satu hari tuh, Zura yang kena. zura ng yana ni tidoq sebilik, malam tuh zura kena, dia cekik yana sampai tersesak2 lah nafas. Adik depa yang kecik tuh jaga, menangis "Angah jangan marah along. Jangan bunuh along." Paklong aku dengar terus lari pi bilik anak dia. Elok masuk tuh, dia nampak zura tuh bukan macam orang dah macam nenek tua. Paklong aku terus pergi tampar benda tuh, kiranya dia tampar zura tuh jugak lah. Kuat jugak lah sampai jatuh katil kawan tuh. zura bangun dia cakap "Awat ayah tampar angah?" Paklong aku dah lega. Tapi rupanya2 benda tuh berlakon, terus dia terpa paklong aku. Dia cakap "Sapa yang halang aku dapat budak ni, mati malam ni jugak." Paklong aku baca ayat kursi ja kuat2. Meraung benda tuh, tak lama, pammm pintu rumah terbuka kuat, zura pun jatuh longlai.

Maklong aku dah tak boleh tahan. Dah sampai tahap nak bunuh ni. Maklong aku hantar balik. Sebulan lepas tuh, mak ex balak yana datang. Mintak maaf, menangis2 macam orang gila. Dia cakap mamat tuh tak bangkit dari katil sebulan dah. Memang sah, mamattuh yang buat. Dalam hati aku padan muka hang, sepupu aku yang badan bukan main cantik,tinggal macam papan hang kerjakan. Maklong aku cakap kat mak dia, pi minta maaf lah kat yana nuh.

Lepas sepupu aku pi jumpa ex dia , benda jadi elok balik. Sepupu aku lah pun dah anak 4, comel2. Laki tuh pi kerja kat kapal minyak, tak jumpa dah. Sepupu aku sempat pesan "Jangan buat dah perangai lama, kita takdak jodoh, ingat Allah sebelum buat apa2 tindakan." Laki tuh pun tak silap aku dah nikah dah.

 

Ok itu ja nak cerita, nnt cerita lagi tentang jalan paling tak best kat perlis. biggrin



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

wow!! :)

__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

walaikumusalam ... adik syafikah nasik lomakk ... selamat menjoinkan diri dalam GC (Gay Ciritan)..

teruskan berkarya .. cerita seram nko niee .. boleh tahan laaa ....

aaa ... jalan mane x best kat perlis tuu...? x best tuu ... ade antuu ke?



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

AnneCgat , wow wow wow and hai.

cik badda2: selamat2 jugak. hahha jalan kat tasoh. nnt la saya cerita. nak baca buku. hehehe. bukan setakat hantu, orang pun ada. :D

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

teruk jugak kan lelaki tu buat...
nasib baik la kne buku dengan ruas..hihihi
sedap2...nnti cite lagi...

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Memang teruk. Ok areza. Suka baca cerita areza jugak.



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 224
Date:

hahahah..sekali tersalah pilih lawan dan...berpusing cam gasing ler kene nyer..terbaik ler...syok gak bce..

__________________

fikir dulu sebelom tulis o ckp...jgn tulis o ckp guna kepala lutut..tulis n ckp guna kepala otak



Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

crazy frog wrote:

hahahah..sekali tersalah pilih lawan dan...berpusing cam gasing ler kene nyer..terbaik ler...syok gak bce..


 thanks biggrin



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 224
Date:

2 la org dah ckp..buat baik d bls baik buat jht kene blk la....tp sekang ni biar pon zaman moden perbuatan kurafat 2 lg hebat dr dolu2...tp hebat gak budak 2 ek..sbb muda2 lg dah pandai sihir2 org

__________________

fikir dulu sebelom tulis o ckp...jgn tulis o ckp guna kepala lutut..tulis n ckp guna kepala otak



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

nt smbg la cite lgi pasal mayat tgh jalan dll..erk....

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:

haha mende kt kola pelih jln mn ceq? klu kt pauh tu mmg keras2 la xpon highway gurun

__________________

Raja Alim Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah!



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

ni cerita apa bah?..

aku baca perenggan akhir tu aja bah..

cerita pasal nikah kawen ke bah?.. .


__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

haha ijoi ko ni sama je dgn aku....aku pun baca yg akhir je...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Ohhh... tahu dah...

g preedem oii... ni crita pasal...

ex bf dia hantar 'benda' kat ex awek dia.. .

cerita pasal kena kacau, rasuk.. lebih kurang camtulah citernya.. .

pastu menyesal, insap dan kembali ke pangkal jalan taib andak...

last sekali diorang hapili eber apter macam snow wait..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

tenkui tenkui aku malas nak baca panjang panjang ni...ade sinopsis kira ok la aku paham

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 143
Date:

tuan2 Ijoi, tuan2 g freepapedom sekalian..
hanpa ni dok baca sinopsis jah, misti hanpa terlepas pandang ayat ni
"Macam2 lagi lah jadi lepas tuh, kena santau (alhamdulillah tak berkesan sebab minum air kepala campur apantah)."

aku kalau cerita bab air kepala ni bahaya sikit. kalau forummer semua org laki2 tak pa laa ehehehh..

__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

air kelapa jadi air kepala..heheheh

tiba2 aku termalu sendiri...hikhikhik

mgkin typing error kot

apapon credit la kat penulis...clap...clap...clap...

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard