salam geng.. sementara nak tunggu balik kerja.. aku nak nyelit 1 citer.. kalau sempat la..
kali ni aku nak citer pengalaman aku time camping kat gunung jerai.. waktu tu aku baru lepas spm.. so nk enjoy la.. kat kawasan tapak perkhemahan tu waktu aku sampai.. ada la 3 group lagi dah sampai... 1 group dari sekolah mana ntah.. 1 dari uitm kalau x silap.. lagi 1 group budak skin.. aku dengan kawan aku 4 org jer..
malam tu tengah layan baring2 atas air-mop(buaian gantung tu.. sori kalo salah eja..) sambil dengar budak2 skin tu nyanyi lagu 'fight for your right' versi akustik.. tetiba aku dengar suara budak perempuan menjerit.. time tu ada la pkl 10++ kot.. aku usha suara tu mai mana.. rupanya group budak2 uitm tu.. ada la sorang budak perempuan tu menjerit sambil lari keliling kawasan khemah..
aku tengok dah makin luar kawalan dah.. budak tu dah nak lari masuk hutan.. laluan dia tepi kem site aku.. aku suruh member aku tangkap.. azmi ni terus spear tackle budak pompuan tu.. (mentang2 la main rugby) budak pompuan tu terus senyap x gerak.. pengsan gamaknya..
aku: woi.. hang gila ka..?? mau concussion otak budak tu camna..?? azmi: hang nampak ja budak ni kecik.. mau dia tepis aku tadi mau aku makan tanah tadi.. aku: banyak la hang..
pastu group budak perempuan tu pon datang kat kami..
bro A: trima kasih la sebab tolong tangkap.. kalau lepas masuk hutan tadi x tahu la mana nak cari..
dalam tengah kumpul ramai2 keliling budak tu.. datang la ranjer hutan.. dia suruh kami bawak naik budak perempuan tu naik pondok dia atas sikit dari kem site kami.. disebabkan badan kami yang besar ni.. ranjer suruh kami ikut.. ampes btul.. ingat semua org badan besar ni kuat sangat ker.. lemak jer lebih.. huhu..
kami 4, bro A dan bro B(dua2 bro ni wakil group diorang) masuk pondok ranjer tu.. pondok tu jenis setingkat.. bleh lalu bawahnya.. time kami usung budak tu, bleh tahan gak la.. habis naik urat mareh.. dari kem site aku tu ada la dalam 100meter ke pondok renjer.. tapi 5,6 kali gak brenti amik nafas..
time naik tangga pondok tu lagi la mencabar.. dah la tangga tu sempit.. berat budak tu.. perrgghhh.. x tahan beb.. dari bawah sampai atas.. mencarut jer aku.. sampai kat atas renjer tu suruh letak kat tengah rumah.. pondok tu ada 4 tingkap 1 pintu.. renjer tu suruh masing2 jaga tingkap ngan pintu.. aku dengan azmi jaga pintu.. yang lain jaga tingkap..
renjer berjalan keliling budak tu sambil mulut kumat kamit bace ape ntah.. cukup 1 pusingan jer dia hembus kat ubun2 budak tu.. dalam 5,6 kali pusing renjer tu berenti.. dia hentak kaki jer.. budak pompuan tu bangun bersila..
kepala dan anak mata melilau sekeliling seakan-akan mencari ruang nak lari.. dia tenung sorang2 yang jaga pintu dan tingkap tu..aku buat2 berani la siap cekak pinggang jer.. padahal kalau kena terkam memang aku dulu la yg terjun..
budak: lepaskan aku.. aku nak balik...(suara yang keluar suara lelaki tua dari budak tu) renjer: balik la.. tapi tinggal budak ni.. budak: mana boleh.. dia kacau tempat aku.. aku nak dia.. renjer: mana tempat hang..?? budak: telaga.. bro A: tadi kami naik buat trek sendiri.. ada la jumpa telaga buruk time brenti rehat. renjer: mmm..
okes.. dah nak balik.. nanti aku aku sambung lagi..
wokeh sambung balk..
budak: lepaskan aku.. aku nak balik... renjer: hang nak balik.. balik la.. x pyah nak bawak budak tu... budak: xnak.. aku nak budak ni..
pastu renjer tu bersila mengadap budak tu dan taril lali dia.. kalau x silap aku dia picit ibu jari budak tu.. (renjer tu membelakangi aku.. so x jelas sangat) terus meraung budak tu..
budak: jangan.. jangaannn.. lepaskan aku.. lepaskan aku.. aku janji aku pergi...
renjer nitu pon lepaskan dia..
renjer: pi la..!!! budak: budak tu dah pijak rumah aku.. aku xda tempat nak pergi.. aku nak gantirugi. renjer: hang nak apa..?? budak: aku nak pulut kuning.. ayam panggang.. telur ayam kampung separuh masak.. renjer: pungkoq hang.. mana nak cari dalam hutam tengah2 malam ni.. (terus dia sentap kaki budak tu dan picit) budak: (sambil meraung tahan sakit) baiklah2.. aku nak hisap rokok camel.. arrrghhh
renjer tu makin kuat picit kaki budak tu.. pastu dia hempaskan kaki budak tu..
renjer: dasar syaitan.. nak sesatkan umat adam.. dia xmau keluar ni.. yang konon gantirugi tu semua mainan saja.. dia xmau keluar..
tiba budak tu terus menerpa ke pintu.. aku terkejut.. x sempat buat apa kena tumbuk kat tepi telinga.. berpinau mata aku.. berdengung telinga aku.. terus tergolek.. sakit sialll..
'gedegang'.. aku nampak azmi spear tackle lagi skali budak tu.. tapi kali ni budak tu x pengsan.. jatuh jer renjer tu tangkap budak tu..
renjer: yang lain jangan bergerak.. jaga tempat masing2..
bengkek betul aku.. rasa nak 'tombstone pilldriver' je budak tu.. nasib baik cute... lagipon bukan dia yang salah.. kang org kata aku buli insan yang lemah pulak..
renjer: hangpa gilir2 sorang2 turun p amik air semayang.. pastu amik dalam laci meja tu ada surah yasin.. ( sambio menjuihkan bibir ke meja di sudut pondok tu..
mula budak tu gelakkan jer kami ni.. aku pon dah was2.. pastu renjer tu pesan.. niat di hati mintak tolong dengan AllAH SWT.. insyaallah DIA akan bantu.. aku dengar je terus konfiden..
habis jer baca ayat last surah yasin.. budak tu terus meraung terangkat ke udara.. pastu terus jatuh... xdela tinggi sangat.. dalam paras pinggang jer.. time baca yasin tadi renjer ada letak 1 jag air.. air tu dia gunakan untuk cuci muka budak tu.. lebihan dalam cawan dia suruh budak tu minum..
aiseh budak rumah ajak g makan plak.. yg lain keluar sambut merdeka.. seram siut duduk rumah sorang2 mlm jumaat.. nanti aku sambung lagi..
lepas jer basuh muka budak tu.. budak tu dah slow2 sedar & ingat nama.. dia cerita pengalaman dia.. dia sedar sepanjang masa tapi dia xleh buat apa.. dia x dapat kawal apa yg dia buat dan cakap.. bila tanya pasal perigi tu dia britau bila sampai area perigi tu dia ada jumpa satu kayu.. cantik sangat.. ada la 1 hasta panjangnya...
di hujung terukir ukiran bunga lawang.. macam ukiran zaman dulu.. dia pon amik la simpan dalam beg.. lepas tu renjer p suruh dia bawak kayu tu mai.. renjer tu amik dan kayu tu di bungkus dalam kain kuning.. lepas tu dia tanya lekasi perigi tu.. sebab sepanjang 10tahun kerja di situ x pernah jumpa pon perigi..
bro A pon terang la sambil lukis peta.. renjer tu ckp esok dia akan hantar balik ke tempat asal benda tu..
renjer: ingat.. apa2 yg di bawak naik kena bawak turun balik(contoh sampah).. apa2 yang kat atas jangan bawak turun balik.. nanti ada yang ikut susah..
esok tu aku ngan team aku balik.. sekian..
-- Edited by izat_raikkonen on Friday 21st of September 2012 09:37:25 PM
wokeh.. aku nak sambung citer lain plak.. pasal camping gak.. ni kat tempat lain plak.. time tu cuti skolah waktu aku form 4.. budak kelas aku ajak g camping kat bukit air a.k.a bukit ayaq.. sapa dok perlis tau la..
time tu bukit air ni dalam process uuntuk dijadikan kawasan perkelahan.. tapi masih dalam process awal.. yg dah siap cuma toilet & pangkin tempat duduk.. surau & pondok rehat baru naik tiang jer.. eletrik belum masuk lagi.. cuma air jer ade.. bukit air ni agak jauh la dari rumah2 kampung.. ada la dalam 10Km kot..
kami p hari biasa ja sebab kalo hari minggu org ramai.. so petang tu dalam pkl 4 lebih kami dah sampai.. kami p dengan basikal ja.. ya la time tu mana ada motor.. lesen pon xdak lagi.. terus prepare tapak khemah ngan kawasan memasak.. dalam pkl 6 ni hutan dah start gelap.. kami p dalam 8 orang.. 4 org setiap khemah..
lepas makan.. agak2 dalam pkl 8 kami solat maghrib berjemaah.. masuk jer rakaat ke -2.. tiba2 dengar bunyi macam dahan nk patah kat atas kami..
'krakkk.... kraakkkkk.... krrraaakkk..'
aku dah cuak dah.. nk belah ke x ni.. anak mata menjeling ke atas jer.. solat dah memang x kusyuk langsung... bila aku pandang depan jer.. imam dah lari.. tinggal kami makmum jer yg setia menunggu..
apa lagi terus cabut laaa.... serentak lepas kami lari trus...
'praaakkkk... kedebushh'..
dahan pokok, ada la besar peha aku jatuh betul2 kat tempat kami solat... nasib baik kami lari.. kalo x kompom terus sujud.. masing2 dah start cuak.. kami p suluh dahan pokok yang jatuh tu.. bila tengok jer kami terkejut.. dahan pokok ni bukan dahan pokoknmati.. elok siap ada lumut lagi.. kat hujung ada kesan patah.. aku tgk member aku.. member aku tgk aku..
aku: dahan patah ni.. alip: pungkoq hang patah.. hang nampak besaq mana dahan ni..?? kalau besaq jari xpa la.. jain: haram sungguh.. xdan tgh malm mai kacau dah.. aku: dah la.. kita pindah solat tempat lain.. dia x bagi solat kat situ kot..
kami pon pindah solat kat tempat lain.. alhamdulillah xda gangguan pas solat.. tapi aku silap.. rupanya2 tadi tu warning ja.. huhu..
lepas jer solat kami lepak2 kat depan unggun api..
alip: jom mengail (memancing).. bosan la dok saja.. aku: lepak ja la.. esok cerah br mengail.. allip: alaa.. gian la.. jom jain..
alip pon g la mancing ngan jain ngan lagi 2 org.. tinggal la kami berempat lepak kat unggun api.. depa mancing x jauh pon dari kami.. dalam 10-20 meter jer.. khemah kami dekat dengan tebing sungai..
tengah lepak2 sembang ngan member aku tu.. tiba2.. 'gedebushh..!!! kami terus pandang kat tempat diorang mancing.. separuh badan alip dalam air.. pastu jain dengan lagi 2 org kawan aku tengah pegang tangan alip nak tarik naik ke darat balik.. kaki alip terangkat macam di tarik dari dalam air.. alip ni kurus & tinggi orgnya..
kami terus lari nak tolong alip.. kami bertujuh tarik alip.. tapi x bergerak.. tangan , kepala, leher.. kat mana bleh pegang masing2 pegang.. naik habis urat2 lengan menarik alip tp dia sikit pon x berganjak.. dalam 2,3 minit kami beradu tenaga tiba2 alip terlepas dari air.. terus kami semua tergolek kat tebing.. tengok alip kepenatan.. kami papah alip ke tapak khemah.. masing2 kebasahan & nafas termengah2..
bila semua dah tenang.. alip pon dah nampak ok.. aku bagi dia minum air..
aku: awat td alip..?? alip: hurmmm.. tadi aku dok mengail.. pastu aku nampak kelibat ikan kat tebing.. aku turun la kat air tengok.. tiba2 ada tangan keluar dari dari air tarik kaki aku.. nasib baik jain ada tepi tu.. dan dia tarik aku..
kami tengok kaki alip.. time tu dia pakai seluar pendek.. selipar dah hanyut dalam sungai.. dekat buku lali alip nampak kemerah-merahan..
aku: tu la.. aku kata dah tgu esok.. mmm.. xpa la.. jom salin baju.. satgi demam susah plak..
dalam hati aku dah start cuak dah.. nak balik tapi aku risau kena kacau pulak tengah jalan.. dah la naik basikal.. basikal kami basikal biasa ja.. yang jenis handle macam chopper tu.. mana ada gear.. dah la nak keluar balik dari sini mana ada lampu jalan..
lepas salin baju kami lepak keliling unggun api untuk panaskan badan.. aku bleh rasa masing dah mula risau dan resah..
aku: kita balik esok mau..?? mlm ni dah lewat.. lagi bahaya gerak mlm2 ni..
depa semua setuju..
anas: aku sakit perut la pulak.. jom sapa2 teman aku..
time ni plak anas ni sakit perut.. tengok punya tengok.. sorang pon x berani pergi.. last2 semua skali g tunggu kat luar bilik air.. toilet tu dekat seberang sungai sana.. nak lintas samada lalu ikut air @ jambatan gantung... sungai pulak lebarnya dalam 20meter.. asalnya sungai tu kecik ja.. tapi dah diluaskan untuk di jadikan pusat perkelahan.. jadi la besar.. macam kolam..
anas: jom la teman aku kat dalam.. aku: banyak la.. kami tunggu kat luaq pon dah besaq tuah dah.. cepat la.. anas: hangpa jgn tinggai aku tau.. jadi apa2 jgn lari tau.. aku: ya la.. cepat la..
anas pon masuk la berbekalkan lilin sebatang ngan lighter.. kejap2 dia panggil kami.. takut kami tinggalkan dia..
ada la dalam 10 minit.. tiba2.. gedegang..!!! pintu dalam bilik air macam kena tendang.. terus dengar suara anas menjerit sambil lari dengan seluar pendek jer.. kami pon ikut cabut la... dek kerana semua kelam kabut lari atas jambatan gantung ni.. maka bergoyang la jambatan tu..
gedebushh..!!! aku tengok sungai.. miruk jatuh dalam sungai.. miruk ni kecik ja orgnya.. mungkin sebab goyang kuat sangat dia terpelanting jatuh sungai.. nasib baik jatuh dalam sungai.. tu pon dah hampir dengan tebing.. kami cepat2 seberang jambatan pastu turun tarik miruk sebab takut peristiwa tadi berulang lagi..
sampai2 kat tapak khemah.. kami semua pandang anas ngan miruk.. terus pecah perut.. semua ketawa sampai berair mata... aku sampai xleh ckp.. nak tanya anas tapi geli hati tu x abih lg.. aku sampai terbatuk2.. bila nak reda jer.. ade pulak sambung gelak.. sambung lagi gelak.. ade la dekat 5-10 minit... habis hilang takut..
aku: hang awat..?? anas: aku tadi dah sudah dah.. lepas pakai seluar tiba2 lilin padam.. lilin aku letak kat tempat flush(tandas duduk).. aku nyalakan lilin.. menyala je lilin.. aku perasan ada lembaga kat tepi lilin tu.. senyum kat aku.. ngan taring lagi.. mata merah.. aku trus la tendang pintu jamban lari keluar...
aku: pintu jamban kan bukak ke dalam.. camna hang tendang ke luar? anas: ntah la. aku x fikir dah.. tau nak kluar ja.. (sambil tersengih)
lepas tu.. kami terus masuk dalam khemah.. lepak kat luar takut kena kacau.. aku satu khemah dengan alip, jain & anas.. baru nak lelap.. aku perasan ada bayang2 lalu ulang alik depan khemah kami.. aku nampak sebab dia lalu antara unggun api & khemah kami..
aku dah x senang hati.. dia masuk campsite plak.. kacau btul.. aku kejut budak khemah aku bangun.. pastu dari khemah sebelah..
miruk: woi.. nak tidoq la.. jangan goyang khemah la.. agak2 la nak melawak pon.. satgi mai sungguh baru tau..
kami yg dalam khemah tu dah saling memandang.. miruk x tau lagi ni..
aku: woi miruk.. bukan kami la.. jangan keluar khemah.. baca la apa patut..
angin plak tiba2 makin kuar.. macam nak runtuh khemah... nasib baik la kami pakai khemah jenis doom.. huhu.. dari bayang2 benda tu masih berkeliaran depan unggun api..
alip: jom baca yasin.. gilir2.. 2 org tukar2..
kami memang ada bawak surah yasin untuk kes2 macam ni.. (selalu sangat dah kena kacau time camping.. tu kena prepare)
kami pon gilir2 baca.. aku ngan alip dulu.. pastu anas ngan jain.. bila mula2 baca tu kami dengar suara perempuan menjerit kat luar khemah.. angin makin kuat lagi.. aku tetapkan baca jugak.. dalam hati doa mintak perlindungan dari yg Maha Esa..
dalam 1,2 round pertama kami bergilir baca.. suara perempuan mengilai x henti kat luar khemah.. bunyinya sayup2 jer.. org tua2 kata kalau bunyi dekat tu sebenarnya dia jauh.. kalau bunyi sayup2 tu maknanya dia dekat la.. wallahualam..
masuk jer round ke-3 angin dah makin perlahan.. lama2 suara perempuan mengilai tu terus hilang..(ish2.. x sakit tekak ker ngilai lama2 nih.. aku karok sejam pon suara dah pecah.. tu pon gilir2.. )
aku try tidor.. mula2 susah jugak.. takut dia datang lagi.. biasa tidor peluk bantal peluk.. ni tidor peluk surah yassin beb.. last2 sebab penat dengan kejadian hari ni.. tertido jugak..
tgh2 tido miruk terjaga.. nak terkencing pulak.. tambah pulak cuaca sejuk.. lagi la.. dia kejut la apit kat sebelah dia teman g kencing.. dia keluar dulu baru apit ikut.. dia pusing jer belakang tiba2 apit dengan lagi 2 org muncul depan khemah.. terduduk miruk.. dengan sapa dia tidor tadi.. miruk selak pintu khemah ngan kayu slow2..
aikk..?? ada plak apit ngan 2 org kawan lagi tu.. lutu miruk dah menggeletar.. dia pusing jer belakang.. tgk kawan dia tadi bertukar menjadi 3 lembaga tengah kat dia.. miruk terus dive lam khemah.. kesian miruk.. sampai pagi tahan kencing..
lepas jer sarapan.. kami kemas.. dalam pkl 11.. kami bertolak balik.. memang last la aku g camping situ..
aku ni pon jenis kaki camping gak..kawan2 aku penah la dengo org azan kat dlm hutan...aku setakat ni x pernah la lg kene cam 2.....histeria pon br sekali aku jmpa 2 pon aku x tau dia dah kene histeria.....g la mane2 tmpt yg org tkt nak g sah2 selamatnyer..aku pon heran bin ajaib....nak ckp aku ni kuat semangat idok la pulok
__________________
fikir dulu sebelom tulis o ckp...jgn tulis o ckp guna kepala lutut..tulis n ckp guna kepala otak
Perghh...serius takut gl... Aku slalu gak g Bukit Air tu dulu, tp xpnah pulak rs or alami kejadian pelik2 ni...sbb aku ni pun jenis yang boleh rasa something wrong somewhere ni... Sib bek aku baru terbaca story ni skarang, kalau x...sumpah aku xkan jejak kaki kt Bukit Air tu...