Malam 31 ogos, kitorang lepak-lepak sambil mencemarkan kawasan tepi parit tu dengan asap dan bunyi motor. Kawasan kampung mana ada bungapi semua bagai, bunyi bingit ekzos motor kitorang pengganti bunyi bising malam bersejarah ni. 1:24 am, tengah kitorang borak-borak pasal blok saiz berapa sedap lajak, Mamat tetiba jer bukak cerita pasal pengalaman dia kat kawasan kubur india(tempat bakar mayat) kat kampung sebelah.
"Wei, korang tau tak pasal kubor india tu, tuhari aku lalu situ sorang-sorang je masa balik dari seremban kol 2 pagi, takde ape pon."
"ko tak mandi Mat, antu pon tak minat kat ko, kah3!" Si Taufiq jawab sambil kitorang tambah gelakkan Mat, "B**i laa ko pek, eleh kalo ada pocong kat tepi jalan pon aku selamba la b***h!! Kalo pontianak tahan pon aku boleh tumpangkan laa, aku bukannya kecot ayam macam ko." Mamat balas balik, macam marah pun ada dah si Mat ni masa tu.
"Cakap boleh laa, buatnya jumpa betol2, aku rasa demam 7 hari 8 malam ko Mat keh2.." Aku tambah bakar si Mat yang aku tengok bukan main lagi cakap besar, "Hek eleh, ko ingat aku takot sangat ke hantu2 ni semua? Kalau aku jumpa, aku lempang je sekor2 sampai mampos!" Mamat balas balik, makin kuat suara dia kali ni.
"Jom la gi situ kalo ko brani sangat," Noh pulak bakar Mat, menyampah kot dia tengok berlagak sangat budak sorang ni, "Jom laa, aku no hal, ko tu yang takot la beb, blah laa!" Mamat dah panas aku tengok.
Semua dah sepakat, kitorang pun masuk gear 1 dan pulas minyak tak ingat, Mamat la yang paling dulu gerak, siap willy, tunjuk terrer, eleh, bukannya kitorang tak tau nak willy, blah la. Jarak nak ke tempat bakar mayat tu bukannya jauh sangat, dalam 11kilometer aja, tapi meter kitorang naik sampai 150km/j, itu meter aku, si Mat yang naik RXZ lagilah, entah berapa meter dia naik, tertinggal aku dengan yang lain.
Sampai jer kitorang kat situ, kitorang tengok Mat dah tongkat motor dia tepi jalan, sambil dia main henset kat atas kalbad(batu parit) tepi jalan, lepas kitorang semua (6 orang 5 motor) berkumpul kat tepi jalan, semua dok main tangkap2 gambar, mana tau dapat gambar rare, si Mat ni tiba2 cakap besar lagi, "Mana dia hantu tu? meh sini aku sepak sekor2 macam ayam, kah3."
"Oii bodoh, ko ni bodoh ke apa? molot ko ni takde insuran kan? bengong!" Taufiq marah bila Mat cakap macam tu, "hek elehh, ayam, ko takot ke? gi balik la dok bawah ketiak mak ko!" Mat perli Taufiq sambil ketawa sorang2, kitorang yang lain dah senyap semacam, "Wei, jom ah blah, dok sini buat apa? membazir aja, baik dok kat warung cik Bakar tu, ada jugak teh tarik ke apa?" Noh bersuara masa kitorang semua senyap.
Aku dengan Noh mula2 gerak, pasal motor kitorang tak mati, cuma neutral gear aja, macam biasa, kitorang henjut full speed, aku dengan Noh sampai dulu kat warung tu, tak lama pastu Taufiq, Ijal dengan member dia sampai, 5 minit kitorang tunggu, Mamat tak sampai2, ahh sudah, sah budak ni mesti kena apa2 ni, so kitorang pun patah balik kat tempat bakar mayat tu.
Dalam 1 kilometer dari situ, kitorang serempak Mamat kat tep jalan, basah satu badan aku tengok, muka dia dah pucat lain macam, mata dia siap berair lagi, "wei, ko ni apehal? motor ko mana?" Aku tanya dia, "B**i s**l la korang semua!!! apsal korang tinggalkan aku sorang tadi ha!!" lepas kitorang temankan Mamat ambik motor dia, kitorang konvoi Mamat, sampai kat warung, dia taknak lepak, pastu siap suroh temankan dia balik, muka dia memang dah lain macam masa tu, kitorang tengok pun dah sejuk semacam.
Esoknya Noh call aku ajak gi rumah Mat, dia demam dari malam tadi katanya. Haha, kesian gak aku tengok budak ni demam, seminggu gak la Mamat tak keluar rumah, lepas dia dah sihat sikit, baru dia lepak dengan kitorang, masa ni Taufiq dok tanya macam mana boleh demam ni?..
Mamat cerita malam tu masa kitorang dah gerak balik, motor Rxz dia tokleh nak start, bukan tak hidup, tapi langsung tak boleh nak kick, macam sangkut, atau kena pegang dengan ntah apa benda, masa ni dia dah cuak sampai berpeluh-peluh, pastu dia dengar bunyi semak kat tepi jalan tu bergerak macam kena tebas, tapi dia tak nampak apa2 pasal gelap, jadi si Mat ni pon dah tak tunggu, cabut tinggalkan motor Rxz dia kat situ, masa dia lari tak ingat dunia tu, ada pulak bunyi perempuan mengilai kat belakang dia, apa lagi, sprint macam Usain Bolt la si Mamat, makin jauh dia lari makin kuat pulak suara tu kat belakang dia, ceritanya.
Sampai laa kitorang jumpa dia kat tepi jalan, tu pasal la satu badan lencun macam kena hujan kitorang tengok malam tu, kitorang pun satu, nak gerak tak tengok2 belakang dah, yelah, dah bantai top speed, mana nak tengok sapa yang tertinggal ke, motor tak hidup ke.
Kesian, kesian jugak, tapi padan muka dia pun ada, haha, kitorang bantai gelakkan Mamat aja masa dia cerita tu.
padan muke mamat..hahhaah mendapat pengajaran pada mulut die tu.. pastu mesti die da tak brni nk ckp beso g kan... nsib aliza mesbon tak teman die tido malam tu,,, klo tak..mau2 arwah c mamat tu skait jantung,,uhuhuhu
sah si MaMAt tu serik nak nak cakap besau lagik.. tapi..kalau le si Mat tu tak lari..dah tentu2 dia ada awek baru untuk beraya.. siap leh dapat wit raye lagik..leh gak modifaid moto dia..he he
ayoung reza.. hantu bukis berkabus kat depan umah nko tu, mengaco lagik tak? pe nko tak fire je ngan mercun klcc..
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
hahahah gayah...buat masa ni...depa masih meraikan kebebasan mereka.. blum dikaco nyer lagi...hahhaha
p kan...org kate buln pose syaitonirojim tu diikat kan?? nape adik aku..die kje kat ladang..rumah ladang.. die kne kaco ngn antu india...kercingg...cinnggg...berlegar2 luo tingkap bilik die... sbb uma yg akk n adk aku duduk ni..penh ade india bunuh diri... rumah yg ujung barisan depa plak india tu bakar diri sbb cemburu ngn laki die... aku hairan bin pelik...adakah Allah nk menguji hamba2nyer ngn makhluk2 gni?? p setau aku...batu cve pun..klo buln pose tutup sebulan... sami die kate...takde power..minta pape tak kan jadi.. ni ikut setu story..tak ingt mne aku baca.. sami batu cve tu nasuk islam..wallahua'lam...
Ala mamat tu, kena kejar ngn eliza misbong pun takut.. apa sangat la eliza misbong tu, kalau nk dbanding ngn yang areza.. tu baru eliza misbong yg kejar... kalau asbe yg kejar, maunya lari tk menang kaki mamat tu...
__________________
Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...
utk pengetahuan ko g pridem.. eliza misbong tu baru jer clash ngn asbe... oleh yg demikian, puan eliza misbong berhasrat utk mncari pengganti asbe.. atas sbb musabab yg trtentu, eliza misbong boleh plak sangkut ngn mamat dlm citer yg trsebut.. tu yg dia kejar tu.. bak kata pepatah, takkan lari gunung dikejar.. ehh btol ke papatah aku tu... hehe..
__________________
Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...
tp mamat tu da lari la pat... kan mamat tu manusia..bukn gunug... patutnyer ko nyer peribahasa begini bunyiknyer.. memang lari mamatk yg aku kejo.. sebab tu la aku kne kejo..huhuhuh