Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BURAQ = kenderaan @ haiwan tunggangan Nabi Muhammad SAW


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:
BURAQ = kenderaan @ haiwan tunggangan Nabi Muhammad SAW


Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah SWT telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain. Berkata langit, Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, Arasy, Kursi dan syurga ada padaku.

Berkata bumi, Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik). Bumi berkata lagi, Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syariatnya juga di tempatku.

Langit tidak dapat berkata apa-apa apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah SWT dengan berkata, Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepadaMu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga.

Lalu Allah SWT mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah SWT memberi wahyu kepada Jibrail pada malam tanggal 27 Rejab, Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini. Jibrail bertanya, Ya Allah, apakah kiamat telah sampai? Allah SWT berfirman, maksudnya, Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu.

Buraq adalah seekor binatang yang rupanya seperti kuda. Saiznya kecil sedikit daripada kuda tapi lebih besar dari keldai. Lariannya sepantas kilat. Selangkah lompatannya, sejauh mata memandang jaraknya. Buraq akan memanjangkan kaki belakangnya ketika ia mendaki manakala akan memanjangkan kaki depannya pula apabila ia menurun. Menggerak-gerakkan telinga dan kakinya adalah tabiat semulajadi buraq. Di samping rupanya yang cantik, terdapat sayap pada kedua-dua pehanya. Sayap ini adalah untuk membantu kecepatan lompatannya.

Kemudian Jibrail pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad SAW. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail terpandang pada seekor buraq yang berwarna putih sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail lalu menghampirinya lalu bertanya, Mengapa engkau menangis, ya buraq? Berkata buraq, Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad SAW sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan sesudah itu aku menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.

Berkata Jibrail, Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu. Kemudian Jibrail memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad SAW. Ketika sampai di bumi, buraq yang dibawa oleh Jibrail itu menojang-nojangkan kakinya. Ia seolah-olah enggan ditunggangi. Melihat demikian, malaikat Jibrail memegangnya dan berkata: Wahai buraq! tidak malukah engkau? Demi Allah, orang yang akan menunggangi engkau adalah orang yang paling mulia di sisi Allah SWT. Mendengar perkataan Jibrail itu maka bercucuranlah peluhnya. Ia kelihatan kemalu-maluan dan tidak lagi resah. Nabi SAW pun naik ke tempat yang tersedia di atas badan buraq, sebagaimana dilakukan oleh nabi-nabi sebelum baginda nabi SAW.

Setelah siap segalanya, terbanglah buraq membawa nabi Muhammad SAW memulakan Israk. Dalam perjalanan itu, Jibrail mendampingi nabi SAW di sebelah kanan baginda SAW manakala Mikail di sebelah kiri.

Wallahualam.



__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Alhamdullilah & thanks a lot for the refreshing the story.....

saje nak kongsi skit kat dlm ni.......sbb artikel or journal cenggini kureng dpt perhatian......

tau x kita ketika handak mikraj ke langit (sirahtul muntaha) dri masjidil al-aqsa......ada 1 batu sebesar dua penumbuk ingin mengikut Rasullulah nail ke langit namun dilarang oleh malaikat Jibrail....batu itu terhenti diawang awangan bila diperintaqh oleh malaikat jibrail supaya jgn ikut.......skrang dek krana puak yahudi laknatullah nak menutup kebenaran perjalanan israk & mikraj Rasullulah.......maka batu tlh di konkrit sekeliling nya......namun batu tu tetap jatuh sedikit2 ke bumi....some ulama solaful sufi mengatakan batu tu sbg jam akhirat......wallahuaqlam

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 225
Date:

batu tu ada kat mana? bangunan mana ? nn kadang2 sy pelik... yahudi tu da taw sbnrnye kebenaran Allah itu Wujud n Berkuasa n Islam agama Benar

knp dorg xnak mengakui.... pelik betul la....

__________________

aku mau jadi muslimah sejati.... aku mesti jadi begitu...... Insyaallah!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

Terima kasih adik Gaara ... kerana kopi pes sejarah Isra` Mikraj ini ...

walau pun sebelum ini telah membacanya ...

namun masih tetap berasa begitu segar ... dan hati  ini terasa seperti Buraq putih .... Ya Rasullullah ...

(terasa begitu amat kerdil diri iniii yang banyak dosa dan kesilapan ....)

 

 

(nota: Bro blues ... jika bro terbaca nota saya ini ... saya nk bertanya ...

banyak jugak dalam filem2 barat khususnya dari Holiwud ... menggambarkan kuda2 terbang

berwarna hitam ada putih ada ... dan turun kebumi membawa salah sorang hero filem ..

seperti cerita Clash of The Titan (2010) ...adakah mereka juga percaya adanya Buraq..???)



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

badda2 wrote:

Terima kasih adik Gaara ... kerana kopi pes sejarah Isra` Mikraj ini ...

walau pun sebelum ini telah membacanya ...

namun masih tetap berasa begitu segar ... dan hati  ini terasa seperti Buraq putih .... Ya Rasullullah ...

(terasa begitu amat kerdil diri iniii yang banyak dosa dan kesilapan ....)

 

 

(nota: Bro blues ... jika bro terbaca nota saya ini ... saya nk bertanya ...

banyak jugak dalam filem2 barat khususnya dari Holiwud ... menggambarkan kuda2 terbang

berwarna hitam ada putih ada ... dan turun kebumi membawa salah sorang hero filem ..

seperti cerita Clash of The Titan (2010) ...adakah mereka juga percaya adanya Buraq..???)


 SAME2

HAA ade tgok citer immortal n warth of the titans..
dorng taw tu sume just still xmo mengaku lagi agama islam agama yg benar 



__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

ahakz....idup kan balik thread ni

utk pak badda & tavia

specifically bro blues x tau camne bentuk buraq tu.....tapi klu ikut kitab terjemahan canggitu lah bentuk nya (cam pelem2 holiwud) & actually dema ni pun byk analisa kitab2 muktabar alim ulamak kita......tapi kena beringat gan dakyah puak nasara & yahudi ni....dema tonjolkan benda2 gitu utk mengoyahkan aqidah kita.....

tavia

batu yg terapung ni berada di sebelah kanan pintu masjid Al Aqsa

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 42
Date:

dia org bkn xnk mengaku, tapi malu mengakui kekalahan agama nenek moyang diaorg. pda dia nenek moyang slalu btl. lg pn dia org ni mst takut bla pikir esok2 jd penghuni ttp kt neraka t



__________________

Everything will come to us as Allah order. Nothing can be complain

Hidup ni sudah ditentukan oleh Allah. Tiada apa yg patut dipertikaikan

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard