Terlebih dahulu aku nak mintak maaf sebab silap tulis tajuk, maklumlah...badan penat pi holiday ni, boleh malam semalam boleh ade mood nak tulis pengalaman seram. Lepas tu keyboard ni huruf T problem la plak. Nak kene tekan kuat2 baru keluar.
Sebelum aku cerita pengalaman seterusnya di kem tersebut. Aku cerita apa yg terjadi pada member se platun aku tu, Daud. Seingat aku, 2 minggu sebelum kami tamat latihan dia ni kene balik, kirenya die ni disqualified or tak layak. Dokter charge die "unfit" n aku ade dengar2 cerita die ni masuk tanjung rambuan jap. Rupenya bukan daud sorang yg kena camu, platun lain ade gak sorang. Dia ni anak mamak. Kalau tak silap aku nama dia Rashid. Laaaagi terok dari Daud. Hari keberapa die kena sampok tros hantar pi cek mental. Masa tu memang semua kalut la. Dahlah si pranita ramai kena histeria, yg perajurit plak mereng sorang demi sorang. Latihan tak terok mana kalau nak compare semasa aku masuk Kolej tentera laut dulu....aku rasa masa aku kat KTL lagi gile dieorang taji, tak kire siang malam.
Pengalaman ke dua.....
NENEK KEBAYAN DAN JIN HINDU
kali kedua aku ditempatkan di kem tu semasa aku menghadiri kursus asas tempur tanpa senjata @ TTS. Corse ni mmg lasak. Walaupun sebulan dan kami semua adalah dari pasukan simpanan, jurulatih tak bagi can sangat. So kalau malam tu mmg lepak n jumpe katil teros lentok. Pantang duduk aku tgok budak2 ni leh tangkap lelap.
Ditakdirkan aku menginap disebelah berek lama aku dulu. Mula2 ok. Tapi bile dah seminggu sorang demi sorang start bukak cerita seram masing2. Aku pun terkena gak. Masa tu tengah hot cerita ada bende selalu mundar mandir kat keliling berek kami waktu malam2. Jurulatih dah sound awal2, lepas je pukul 11 takpayah berlatih taekwondo kat tepi koridor sebab nanti ade yg mengikut. Tapi biaselah, ade yg kepala biol kononnya dah cukup ilmu di kepala tunjuk power. Korang bayangkan tengah2 malam member aku yg biol ni leh dengar ade orang berlatih sparring kat luar berek. Dah tu betul2 kat area katil die. Nyaris2 demam member aku tu. Start dari hari tulah, hampir tiap2 malam kami kena kacau. Bilik aku tu top sebab selalunya orderly sarjan cakap jangan kunci pintu bilik depan dan belakang. just tutup je. Kami ingatkan die nak cek malam2. Hampehlah die pun kecut nak ronde malam2 sorang diri.
Rupanya, tiap2 malam akan ade sejenis makhluk yg lalu di biliky aku tu. Masuk ikut pintu depan, keluar ikut pintu belakang. tande2 die masuk n keluar pintu akan terbuka dengan sendiri dan akan dihempas dengan kuat, tapi takde nampak sesiapa yg buat. Member aku dok tepi pintu tu perasan dari awal, mula2 die kecut gak tapi kalau dah tiap2 malam die tgok pintu tu terbukak sendiri die dah tak kisah dah. Asalkan bende tu tak kcau die dah la. Pernah sekali tu mangkok mane tah pi kunci pintu belakang, bende tu mengarok sampai nak tercabut pintu kena gegar. Pagi besok bile kami bangun, selak pintu dah terkopak.
Aku pulak terkena sebab buddy katil aku yg dok katil tingkat atas ni jenis cakap besar. Maklumlah, best student. Ingat die power la. Tah ape yg die terlepas cakap aku tak pasti. Tapi ade satu malam tu kami berdua kena kacau. Aku maybe bernasib baik sebab aku selalu mengamalkan ayat kursi dan 3 kul sebelum tido. Buddy aku ni pulak jenis 'kayu balak', main bedal je kalau nak tido. Mula2 aku perasan katil kami kena goyang, than aku dengar bunyi orang menjerit. Bile aku toleh (aku tidur mengiring) aku dpt tgok sekali imbas makhluk besau warne hitam lari keluar ikut pintu belakang. Yang member aku ni dah kalut dah, bergoyang2 lah katil kami. Lepas tu die loncat turun ke katil aku. Pucat beb muka die. Aku pun tenangkan die, soh die baca apa yg die leh baca. Lepas keadaan menjadi tenteram, die pi tido balik kat katil die. Ingatkan dah setel, malam keesokannya aku pulak yg kena kacau lepas buddy aku ni suroh aku tido tempat die pulak. Mula2 aku kene hempap dengan benda yg aku rasa berbulu lebat dan sangat2 berat, lepas tu kaki aku kene pegang plak. Alhamdulillah, gangguan tu tak lama, kejap je. Memang berkesan lah amalkan ayat kursi sebelum tido.
Kalau kena hempap tu normallah, semua orang kat bilik tu dah pernah kena. Member depan katil aku lagi terok kena kacau, die ni jenis suka bergayot dengan awek die sampai tengah malam. Ade satu hari tu die ceritalah, awek die cakap malam tadi awek die call. Tapi buddy satu katil die yg angkat sebab buddy die tu cakap boyfriend u demam. Kebetulan, memang la si mamat ni demam n die tido awal lepas telan panadol. So malam tu die tak layan awek die call. Yang seramnya, buddy die pun cakap die takde jawab pun incoming call dari hp mamat ni tengah2 malam. Jadi sape yg dok layan awek die? bukan kejap tau, dekat dua jam!!! Awek mamat ni cerita budak yg layan call die tu baik, cakap pun lembut je. Sampaikan awek die rasa selesa sangat bile bercakap dengan "buddy" mamat depan katil aku nih. Mula2 macam nak gadoh gak, tapi lepas buddy die xplain dan pengakuan dari beberapa orang saksi....kami mula seram yaaa amat.
Sejak dari tu, mamat ni dah tak call awek die sampai tengah2 malam. kalau tak sampai pukul 1 pagi dok bergayut kat tepi katil. Awek die pun kalau call just wish gud nite, bla bla bla...than abis. Taknak cakap lame2 lagi.
Berek satu lagi, selalunya budak2 ni nampak lembaga putih melilau di tengah2 laluan. Boleh dikatekan semua pernah nampak. Area paling keras kat bilik air lame tulah, macam biasa jumpa perempuan yg bawak anak tu kat tepi kolah mandi, toilet last n atas alang tempat die bergayut. Bile dah nampak tu, cepat2lah blah dari toilet tu. Paling lawak ade sorang skot aku ni pi jengah kat kolah mandi tu sebab die dengar ade orang main air. Sekali tengok ade budak kecik tengah main2 kat dalam kolah tu. Skot aku ni boleh ingat anak makcik kantin, tapi bile die keluar dari toilet n tersampang dengan lg sorang skot, die ceritalah apa yg die nampak.
" tu hantu bodo!!" dua2 cabut lari. Time tu mmg waktu aktif die, antara jam 2-4 pagi. Manelah ade anak makcik kantin berani main air waktu camtu kan?
oklah, nak tido, esok aku nak naik flight lagi., lusa dah nak kerje. Setakat ni sajalah ye cerita aku.
wokeh. seperti mana yang dijanjikan. aku sambung balik pengalaman aku di kem tersebut. apa yg aku ingat, semasa aku ikut kursus tts tu lah plg banyak cerite seram pasal kem tu aku dengar. dari cerite kapten john yg takde kepala sampailah cerite makhluk halus bersilat kat tepi koridor. masa kursus tu gaklah banyak menguji keberanian kami sebab gangguan tu blh dikatakan kerap terjadi.
bukan setakat kat berek je kene kacau. ada seorang jurulatih kami cerita, dieorang akan stop kan laihan sebelum 630 (remang2 senje) dan akan arahkan kami keluar dari gelanggang tts tu. sebabnya? dulu pernah terjadi semasa mereka menganjurkan satu kursus tts, ada seorang pelatih kene rasuk. bende tu datang dari paya belakang. yg harunya, siap bertempor dgn j.l aku ni. mau tak sempot melayan. tibe2 je bende tu datang merasuk n bukak silat. sejak dari hari tu, kalau ade kursus je dieorang akan pagar gelanggang pasir tu. masalahnye pulak, sape2 yg ade mengamalkan silat (yg ade isi), or yg ade amal ayat2 lame sure kene tempiasnya. walaupun tak teruk, tapi mesti rase pening2 n perasaan tak tenang.
habis cerita pengalaman semasa kursus kedua aku di sana.
SEMAKIN TEROK
tahun 2008 aku kembali semula ke kem tu untuk kursus KADAR. Kursus ni untuk melayakkan aku pki pangkat lans koperal. Periodnya sama, iaitu sebulan. Kali ni aku ditempatkan di bilik baru or kami panggil dorm panjang. Lebih selesa dari berek lama tu.
tapi aku rase lebih kurang je. terok gaklah member2 aku kene sakat. macam biasa pelatih wanita paling kerap kene kacau. selalu sangat histeria. aku pulak mase tu jadi ajk agama. dieorang semua panggil aku ustaz, aduii malu aku. aku kene semasa dieorang tgh kecoh pelatih perempuan kene histeria ni boleh seorang j.l kawad aku soh aku pg amik quran kat surau. jarak surau tu dekat je, lepas stor senjata jumpelah surau. tapi surau tu buruk, kalau dari luar seram je aku tgok. dah lah gelap. aku tekad je. masa aku tngah pilih2 quran yg ok untuk aku beri pd j.l aku tu, aku leh dengar bunyi orang berjalan keliling surau. kadg2 mcm bunyi org berlari. adoiii die datang dah. aku syak bende ni ikut aku lepas aku lalu bilik stor senjata. keluar dari surau, aku baca apa yg patut. barulah bnde tau tak ikut aku lagi. masa dalam surau tu, part paling seram pd aku masa nak idupkan lampu n nak padamkan lampu. kecot perot. dahlah bunyi yg pelik2 aku dengar. tawakkal je lah.......
tibe kat depan bilik aku, j.l aku tu dah tunggu. die tgok muke aku die leh senyum pulak. than die tanye, " ade orang ikut kau ye ustaz?". aku angguk je. " ape ko nak takut, kan orang kau tu.." sampai hari ni aku masih tertanye-tanye maksud die. bile mase plk aku ade sake oiiii
semasa latihan dalam hutan, aku kene kacau sewaktu aku pegang jawatan platun sarjan. malam pertama kami tido dlm hutan, aku tak pastilah member aku nampak or tak. khemah kami dah khemah j.l dipisahkan oleh sebatang sungai. kalau j.l redah sungai tu mmg leh nampak lah. malam tu, lepas setup pengawal malam (sentri) ketua platun aku leh pi tibai tido. hawau.....tinggallah aku dgn member2 buddy aku. lepas aku puas hati dengan sentri, aku plan nak balik ke khemah aku n belayar...penat beb. masa aku tgh nak masuk khemah je, aku leh nampak 2 orang j.l terbongkok-bongkok meredah sungai. kebetulan malam tu bulan terang, aku blh tgok dengan jelas dieorang merandok sungai tu. ape lagi, aku kejutkan budak2 aku n bg signal kat sentri. takot j.l aku ni rembat senjata member2 yg tido.
aku plk menyorok kat balik banir pokok dngan lg sorang skot aku yg kebetulan jadi sentri waktu tu. bile j.l tu lalu je aku muncul n tala senjata kat die. than aku cabar (tanye pasword) die jawab betul. pastu die ckp die saje nak test paltun aku punye sentri camne. aku dah agak dah,,,,hehe
tapi lepas tu baru aku perasan, mane member die? tadi berdua, ni sorang je. mane lg sorang? aku pun tanye lah mane member die yg lg sorang tu. berkerot muke j.l aku sebab die cakap die dtg sorang je. mule2 aku ingtkan die wat joke, than aku bg signal kat kopral aku soh hati2 takot ade lg sorang dah terlepas. tp j.l ni beriye iye ckp die dtg sorang. mustahil! sebab aku nampak die dtg berdua.
lepas tu barulah buddy aku tegor..."bro, tadi die datang sorang la...ko bute ke ape? kan aku tgok sekali tadi dngan ko?"
teros aku rase meremang bulu rome aku. apehal aku sorang je yg nampak die datang berdua? means yg lagi satu tu bukan orang la. sentri seksyen lain pun mengiyakan apa yg buddy aku tu cakap. adoiii masak aku. lepas j.l aku balik, aku tunggu lagi kat tepi sungai sorang2 sebab aku masih tak puas hati. tp mmg btol...hanye j.l aku tu sorang je yg balik.
jadi....sape yg lagi sorang tu kan? wallahuaklam...
adui razmantorek, sib baik nko tak tereh muke dye, kan..kan..
ape aku ngarut nih..
aku dah takot ni, dok sorang2 kat umah...
baca citer nko yg serem nih..
len kali nko post citer hepi2 lak..asyik citer serem jeks..
meremang bulu kuduk ku...ahh
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
sedap2 aku roll on mate haku satu2 posting ... tetibe ... terrrrrrr bacer pulakk ... bulu kuduk ... hik hik hikh hik .... menatang ape tuuu? x paham x paham ...... huk huk huk huk
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
Kodok kuduk pait..meh la cni lolipop amik lolipop ni mkn..huhu... ko ni roti jagung ape kes kasi kaum senirik utk org mkn?..kang diorg santau ko kang bru tau