Oke lah , kalau tadi faris dah citew tentang masa faris kene kacau an ? sekarang faris akan menceritakan pengalaman 6 orang member faris yang terkene gangguan di malam yang sama masa faris kene yea. Ini adalah kisah yang pertama.
Senang ceita yang pertama ni , faris namakan dia sebagai zahid . Beliau ni seorang hyper-aktif dan suka membuat lawak-lawak bodoh yang kadang2 rasa macam nak bagi pelempang jepun jew . Oke , Selepas masing2 pulang ke bilik disebabkan keletihan yang men-dewa , zahid pun pulang ke bilik nya , tetapi beliau hanya tinggal ber-tiga di dalam biliknya , capacity bilik tu sebenarnya adalah untuk 5 orang , tetapi rezki beliau lah , dapat ruang yang agak besar , alangkah besh nye beliau , tapi bila dia dah tau cerita sebenar nye dan dinganggu semalam , ke-besh-an nye lenyap serta merta.
(Kejadian)
Pada jam2 pagi , zahid terkejut & tersedar dari tidur nya , kerana beliau merasakan seperti ada orang yang menggegarkan katil nya untuk bangun solat subuh , tapi bila beliau cuba memerhatikan di sekeliling bilinya , tidak ada sapa2 pun , cuma dua orang lagi roomate nya yang sedang kejung macam mayat ( tido ) , dan zahid decide nak tidur semula. Selang beberapa minit , katil nya digegar lagi , kali ini lebih aggresive sikit , jadi zahid bangun ( duduk atas katil ) tanpa membuka luas-luas matanya dan mterus menengking , " Wei Sial la korang , jangan la memain !! " .. Dan apabila zahid membuka mata nya , .. ehhh .. still gelap bilik nya . ( info : bilik nya time tu gelap , tapi ada cahaya dari lampu jalan , tu yang jadi cam samar2 je ) .
Selepas terdengar jeritan zahid tu , kedua-dua rakan nya bingkas bangun dan menuju ke zahid , .. " weh , apehal ko ni , oke tak ?" .. Zahid membentak .. " alah ko buat2 tanye lak , ko yang gegar katil aku an?" .. kawan nya itu dengan muka kehairanan , " bila masa lak aku nak gegar katil kau , tak kuase aku ! " . Zahid pun akur dengan kata2 kawan nya itu , lalu menyuruh mereka sambung tidur . Zahid pun baring untuk tidur , tapi zahid nekad tidak mahu melelapkan mata , beliau ingin menangkap sio "PengGegar" katil tuh . Jadi beliau tidur secara telentang , iaitu badan menghala ke atas la ( lawan meniarap ) , tangan nya di biar di sisi , supaya senang untuk bergerak .
Seperti yang sebelum nya , selang beberapa minit , katil zahid di goncangkan , kali ni memang kuat , bapak gajah pun boleh terpelanting , maka zahid engan sepantas Kilat Awan Nano terus menangkap tangan si "penggegar" tu menggunakan tangan kanan . ( info :punca gegaran itu datang dari arah kanan katil ), kemudian yang si "penggegar itu pun pun bersuara , " hahaha .. oke3 .. aku kalah .. aku kalah " , suara nya tak ubah seperti roomate nya yang tadi mula bertanyakan dia oke ke tak , Zahid berkata " suka ati ko je ea gurau kasar dengan aku " , dan terus mengiring kan badan nya untuk melihat kawannya tadi , tapi apabila zahid mengiring , terus genggaman zahid tadi yang padu , jadi kosng , se olah2 zahid menggegam angin .. " aik , aman dia ni .. tadi kan kat sini , laju betul " .. getus zahid , kemudian beliau bangun untuk meninjau roomate yang di tangkap nye tadi , " aik , dah ade kat atas katil dah , siap berselimut lagi .. hamlau nye budak , ko ingat aku akan termakan tipu daya ko" .. terus bingkas bangun dan bergerak ke katil membernye itu , zahid memegang selimut member nye itu , dan ingin merentap nya , ( konon nya nak balas balik lettewww) , dan apabila zahid merentap nya .. ZAPPP!! .. member nya hilang dari katil tu , tak sampai sesaat dah hilang , time ni zahid dah rasa lain macam , meremang bulu tengkuk dia , dia dah mula fikir kan yang bukan2 dah itme tu .
Kemuadian mata zahid mengerling ke katil membernya yang sorang lagi , pun tak ade!! .. " aik , mana lak diorang pegi memalam ni , ermm toilet kot " getus hati zahid sbb cuba hndak menenangkan hati nya , kemudian beliau ingin kembali ke katil nya , sejurus selepas zahid memusingkan badan untuk menghala ke katil nya , dalam keadaan samar2 gelap tu , mata zahd menangkap suatu lembaga , duduk di atas katil zahid, duduk sambil memeluk kaki nya dan muka nya menekap ke peha nya , serta merta jantung zahid berdegup kencang macam kuda belang kene kejar dengan harimau bintang .. dup dap dup dap!! , zahid tahu sangat2 , itu bukan kawn nya, bukan roomate nya , bukan seseorang yang dia kenal , sebab mereka di antara mereka ber itga , tiada pun ben-fizikal seperti lembagan itu , lengan dan kakinya se olah2 pangjang , kuku nya juga kelihatan panjang dengan jelas walau pun gelap , zahid cuba mengumpul kekuatan dan melangkah ke belakng untuk mencapai tombol pintu , supaya dia boleh lari keluar bilik itu .. tetapi .... "mana lak tombol pintu ni??!!!" .. zahid berpaling ke balakng nya , apaa?!! " Takda pintu !! .. habis lah aku .. mak .. tolong zahid makkk" ,.. getus hati zahid time tu , time tu Tuhan je tau . macam mane keadaan nye ..
Kemudian 'budak' itu bangun dan jalan menuju ke zahid , sementara zahid dah terjelopok di dinding , hnya mengharap Tuhan akan menyelamatkan dia .. sikit demi sedikit zahid nampak wajah sbenar makhluk it , amat menakutkan , dengan taring nya panjang sampai ke dada , badan & muka nya pucat , hanya berseluar sahaja , dan ada sperti tali gantung di leher nya?? .. Setiap deru tapak kaki 'benda' tu , memang kuat menurut zahid , bingit sangat2 , zahid menutup mata dan telinga sambil mengangis ......... sehingga..........
"zahid. zahid... wei , bangun 2 , apa ni tido kat lantai ni " .. member zahid yang mngejut kan zahid , kerena zahid tertidur di lantai , ..terus zahid bersuara , dengan mata nya yang merah " Korang gimana tadi ??!! Bukan nak tolong aku tadi!! " Tido2 je hilang terus" .. kemudian member nya menjawab , " eh , kitorang mana balik bilik dari tadi , kitorang lepak kat bilik ***** la.. ktorang tdo sana .. ni baru naik ni ha .. ( info : bilik zahid di tingkat 6 , ) .. Zahid rasa macam nak pengsan semula je , kenyataan itu disokong oleh **** sendiri . abis siapa yang masuk bilik dgn aku tadi mula , siapa yang ada kat atas katil tadi ...
okeeh .. next faris akan crita untuk member yang ke dua ni lak ya..
-- Edited by faris12345 on Thursday 26th of April 2012 12:54:57 AM
-- Edited by faris12345 on Thursday 26th of April 2012 12:56:02 AM
__________________
Tanda Tangan Tidak Ada , Penangan Ade lah .. nak ?
ha ah parisya..kalua nko bg gambo lagi best..lagi real..
cepat arr222....
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee