Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mengapa sukar untuk setia??
Izz


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:
Mengapa sukar untuk setia??


Aku dah mengenali dirinya hampir 8 tahun dan kami merancang utk berkahwin pada Jun ini. Namun entah mengapa, aku merasakan yg dia tidak pernah jujur padaku. Hati wanitaku merasakan yg dia tidak setia dan menyimpan sesuatu di belakang ku. Kadang2 aku terfikir ini hanya mgkn sekadar perasaan shj. Namun, setiap kali kenangan pahit yg pernah berlaku di antara kami bermain di fikiranku, aku berfikir byk kali utk mempercayai dia.

Dia pernah curang kpdku. Bukan sekali tp dua kali kecurangan dia dapat aku hidu. Selebihnya yg berlaku di belakang aku, aku tidak pasti. Kdg2 aku rasakan dia begitu kejam. Sedang usia perkenalan dan percintaan kami menganjak ke usia yg kelima, dia mula berubah. Dia mula curang di belakang ku..Aku tak pasti. Sehingga kini aku tak mampu nak melupai apa yg telah dilakukannya terhadap diriku. Aku jadi terlalu takut utk mengambil keputusan ini. Aku takut sgt. Tapi aku juga tak mampu utk melupakan dirinya. Sejak pertama kali dia aku kenali sehingga sekarang, aku tak pernah memberikan ruang kepada insan lain utk singgah di hati ku.

Aku tak tahu bagaimana aku nak melalui semua ini. Aku takut masjid yg bakal ku bina di atas dasar sayang dan cinta aku pd dia tidak bertahan lama. Aku takut bila memikirkan kemungkinan ini. Hanya yg mampu aku lakukan adalah mendoakan dia agar berubah menjadi seorang suami yg jujur dan setia kepadaku. Insyaallah, semampu mungkin akan aku lakukan tanggungjawabku sebagai isterinya nanti.

-iz-



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1018
Date:

...er... aku ader ape..

__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..
Izz


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

Hehehe...terharu lah chikun..


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

erm....
kalo dye cinta kat izz..dye xkan cureng....
kapel la 10 taon pom..kalo dye tol2 syg dye xkan de yg len nye....


__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

Ntah la laki ni pyh nk duga..
Kite dh buat yg terbaik pon dia
leh cari lain... Xpaham la...

__________________

"mencari ketenangan"



Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:

hi izz,sy pnh mgalami pglman spt awk..tp kire sy bnasib baik snb xsmpat melangkah ke fasa seterusnya.
kire Tuhan.dh tunjuk kpd awak sikap sbnr bkl suami awak.
skap dieorg mmg sssh untuk diduga...

__________________
reen


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

vic pernak rasa ape yg izz rasa...
tp itu sume hanyalah dugaan yg telah diberikan kpd kita..
harungilah dgn hati yg tabah

__________________

Honestly Girl 

Like To Make Love


Izz


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

Assalamualaikum kawan2...

Maaf sebab dah lama tak online. Kali terakhir iz post kan "Mengapa sukar untuk setia?" iz sedang sibuk uruskan perkahwinan iz. Alhamdulillah..kini iz dah bergelar isteri orang. Iz nekad untuk meneruskan perkahwinan pd masa itu krn segalanya dah dalam persiapan terakhir. Iz bernikah pd 2 Jun 2012 yg lalu. Alhamdulillah, sekarang ni dah hampir masuk 8 bulan usia perkahwinan kami. Buat masa ini, iz belum lagi dikurniakan zuriat sebagai pengikat kasih sayang antara kami. Iz harapkan perkahwinan yg kami bina ini akan kekal sehigga ke akhir hayat iz. 

Memang di awal-awal usia perkahwinan kami, iz rasa agak bahagia. Iz mula nampak perubahan pada diri dia. Dia cuba untuk menjadi suami yg baik. Ketakutan terhadap kecurangan yg iz pernah ceritakan pada kawan-kawan, mula dapat iz atasi selama perkahwinan kami ini. Tapi, apa yang mengganggu iz sekarang ini. kadang-kadang iz tak tau apa yg harus iz lakukan untuk membuatkan suami iz memahami hati dan perasaan iz. Iz akan ceritakan lebih lanjut mengapa iz berkata sedemikian.

Kawan-kawan,

Apabila melalui kehidupan sebagai isteri ini, memanglah penuh dengan pelbagai cerita. Iz tak dapat nafikan menjadi seorang isteri dan mempunyai kerjaya di luar bukanlah sesuatu yg mudah. Kadang-kadang, iz rasa tak kuat untuk berdepan dengan kedua-duanya sekali. Namun, atas dasar tanggungjawab, iz nekad untuk bersabar dan meneruskan apa yg iz lakukan sekarang ini. Tapi, hati wanita mana yg tidak akan tersentuh kalau iz rasakan yg suami iz kadang-kadang seperti tidak bersimpati dengan iz. Walaupun iz penat balik dari kerja, iz tak pernah abaikan tanggungjawab iz sebagai isteri. Balik dari kolej, iz akan sibuk mengemas rumah, membasuh baju, masak, lipat baju dan macam-macam lagi. Kalau malam Isnin dan Selasa, iz akan mengajar budak-budak yg datang ke rumah. Bila iz teringat apa yg suami iz makan sewaktu di pejabat, iz jadi hiba. Kadang-kadang, habis sahaja kelas tuisyen pada pukul 10 malam, iz akan masak untuk suami. Tak sampai hati iz memikirkan suami yg terpaksa makan di luar. Kalau iz terjaga, pagi-pagi lagi iz bangun untuk menyediakan bekalan makanan untuk suami. Memang lain rasanya selepas bergelar isteri. Kalau dulu iz mampu untuk berjaga sampai pukul 3 @ 4 pagi untuk menelaah pelajaran dan menonton televisyen, tapi kini semua itu tidak berlaku lagi. Iz benar-benar letih. Suami iz bekerja shift. Kadang-kadang pagi dan kadang-kadang petang. Empat hari dia kerja, dua hari dia akan bercuti. Kalau dia bekerja lebih masa, pagi dan petang dia akan berada di pejabat. Begitulah pusingan kerjanya setiap hari. Jadi, tentulah cutinya tidak sama dengan iz dan kadang-kadang, jarang dapat berjumpa dan bercakap dengannya. Tambahan lagi kalau iz tertidur sambil menunggu dia pulang dari kerja. 

Iz selalu tertanya-tanya sendiri. Adakah iz belum betul-betul menjadi isteri yg baik?? Segala tingkah laku yg tidak menyenangkan suami, telah cuba iz perbaiki. Perasaan dendam di atas kecurangannya pada iz, telah juga iz buangkan dari ingatan iz. Bila iz bandingkan bagaimana kehidupan rumah tangga sepupu-sepupu dan kawan-kawan iz, iz rasa iz dah cuba buat semampu iz. Cuma, mungkin iz masih perlu memperbaiki keimanan dan lebih mendekatkan lagi diri dengan Allah s.w.t. Tapi InsyaAllah, iz tak akan pernah putus asa dan berhenti mencuba memperbaiki diri ini dari masa ke semasa kerana iz tau, kita adalah makhluk Allah yg lemah dan tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Bila memikirkan yg kita makhluk Allah yg tidak pernah lepas dari membuat kesilapan, iz sentiasa cuba untuk memaafkan suami dan tidak mahu memikirkan perkara-perkara yg menyakitkan hati iz. Tapi entah sampai bila iz dapat bersabar dan mengalah. Bila bersendirian, iz terfikir adakah betul-betul suami iz bersedia memikul tanggungjawabnya sebagai suami???  Kadang-kadang, bila dia dah menghadap Play Station, iz ini macam tak wujud sahaja. Pernah sekali kami bertengkar dan agak teruk dek kerana perkara yg kecil sahaja. Iz hanya minta suami membawa naik barang yg kami baru beli dari kedai. Iz tak berani nak mengangkat barang yg berat-berat. Maklumlah, perempuan kalau sudah berkahwin, banyak yg perlu dijaga. Bila iz meminta suami iz mengangkat barang tersebut, tiba-tiba dia menjadi marah. Katanya iz tak boleh berdikari. Selalu membebankan. Dibawakannya juga barang itu masuk ke rumah sambil marah-marah sehinggakan dia secara tidak sengaja melemparkan satu perkataan yg boleh iz katakan agak kesat dan tak sepatutnya disebut. Iz sedih sangat. Selama ini, kalau marah sekali pun, iz tak nak dan cuba mengawal diri dari menyebut yg bukan-bukan walaupun iz tidak nafikan yg iz agak panas baran. Iz mengawal tabiat buruk itu hanya kerana menghormati dia sebaga suami. Maka, kami bertengkar hari itu hanya kerana perkara yg sekecil itu. Itulah kali pertama dia mengeluarkan perkataan begitu selama kami bergelar suami isteri.Iz terkilan dan rasanya luka itu masih iz rasakan sampai sekarang. Sampai bengkak mata iz menangis. Adakah iz yg bersalah kerana tak boleh nak membawa sendiri barang itu?? Salah ke iz ni?? Kadang-kadang iz rasa suami iz tak begitu kisah tentang diri iz. Bukanlah dia langsung tak mengambil berat tentang iz, tapi rasanya kalau hendak berhubung di tempat kerja, iz lah yg paling kerap menghubunginya. Iz selalu risau memikirkan dia bila dia di pejabat, jadi iz selalu mengalah dan menghubunginya. Dalam setiap solat, iz selalu mendoakan supaya dirinya sentiasa dilindunngi Allah s.w.t. Pada iz, biarlah iz yg ditimpa bencana dan musibah, jangan apa-apa pun berlaku pada suami dan insan-insan yg iz sayang iaitu ibu iz, papa iz, adik-adik dan opah iz. Merekalah segalanya bagi iz. Tapi, rasanya sayangnya iz pada dia masih belum jelas di matanya. Entahlah..mungkin iz yg salah...mungkin perasaan iz sahaja...

Iz selalu cuba memikirkan kegembiraan yg kami pernah lalui untuk iz membuang kepahitan yg iz rasa. Moga-moga, dengan cara itu, iz dapat membuang sedikit kesedihan yg iz rasai...



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Waalaikumsalam wbt puan Izz..

Masalah ni biasa bagi pasangan yg baru kahwin. Isteri akan rasa penat buat kerja2 rumah semua, lebih lagi bagi yg ada tanggungjawab diluar. Suami pulak masih belum dapat tinggalkan tabiat org bujangnya yg suka main PS atau apa2..

(yg menasihat ni pun tak layak sebenarnya.. org bujang.. Puan Izz kenalah banyak2 bersabar. org kata rumahtangga macam melayari bahtera, kadang2 laut tenang, kadang2 ribut melanda. org kata bukan saya kata.. hey, kalaulah perkahwinan tu bahagia sepanjang masa, itu kan bosan, itu bukan rumahtangga, cuma fairytail aja kan?..)

Meminta maaf dan memberi maaf adlh sifat yg mulia, sebab kita semua sentiasa melakukan kesilapan.



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

Ijoiiii ... err ... nko dah kawen ker?

kih kih kih ....nape x jemput pong .....



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Errr..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

aikkkkkk .... x kan errr jerrrr ...

 

(paling hampeh punya posting aku niiii .. kontot mcm parang kontot)



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard