Pada suatu ketika dahulu , masa tu saya belum lagi ke dunia fana ini , chewwahh! .. ayat tak bley blah . Ibu saya tinggal di kampung bersama nenek dan adik-beradik lain . Rumah kampung itu terletak di daerah Mersing , dan susunan rumah di kawasan itu amat lah jauh dari satu rumah ke satu rumah , dan di sebelah rumah kampung ku ini adalah ladang kepala sawit dan dusun durian. Kehidupan diorang sangat harmoni dan nenek ku ada membela 2 ekor angsa ( yang suka menyudu kaki aku sekarang , rasa cam nak smackdown je angsa2 tu) .
Hendak dijadikan cerita , pada malam kejadian , tak silap , malam bulan mengembang . Di rumah nenek ku baru sahaja selesai mengadakan majlis Yassin & Tahlil , maka selepas semua jemaah pulang ke rumah masing-masing selepas majlis berkenaan , maka tugas-tugas membasuh pinggan diserahkan kepada ibu-ku dan pakcik-ku ( abang mak saya ) . Kebetulan pada malam itu , hujan turun dengan lebat , maka mereka decide nak basuh pinggan di luar rumah , makna kata di kawasan luar rumah yang ada atap la , tapi tak berdinding , jadi mereka memulakan operasi membersihkan segala perkakas yang patut dicuci .
Setelah hampir 20 minit mereka mencuci perkakas2 tu , tiba mata ibu-ku tertangkap satu imej yang berbentuk manusia ( tapi langsung tk nampak rupa dia , sebab hnya cahaya nya lampu jalan sahaja yang menerangi ke kawasan yang ada imej tersebut . ( info : kawasan rumah kampung di kampung ku amat luas , jadi kedudukan rumah kampung ku dengan pagar rumah nya lebih kurang 30 langkah) , maka nya ibuku dah mula rasa tak sedap hati , takkan lah ada orang yang nak menghendap diorang memalam buta ni , namun bagaimana pun , imej itu berganjak dari tampatnya , hanya meliuk ke kiri & ke kanan seperti ditiup2 angin.
Namun ibuku cuba menyedapkan hati dengan berkata kepaa pakcik-ku , " alah , itu plastik la tuh tersngkut kat pagar" . tapi yang tak best nyew , pak cik ku ini dengan hati kering kontang nye pergi bangun dari tempat mencuci perkakas itu( info : tempat mencuci pinggan semua di bawah , jadi memasing kene duduk atas bangku) dan menjerit ke arah imej itu ." oit!! apa sal duk luar , meh la ke dalam , tolong cuci-cuci ni meh!!" . Alangkah terserlah nya kebangagangan nya itu apabila imej tadi yang tidak bergerak-gerak , mula mengangktat tangan nya dan melambai-lambai ke arah mereka , memang seriau la ibu ku time tu , dan tiba-tiba ada bnyi orang mkenjerit dari dalam rumah , apa lagi , bergegas lah ibu ku n pakcik ku ke dalam rumah , tau2 je dah anak saudarnya ( anak mak teh saya) dah tak sedarkan diri , dengan muka nya yang pucat , se olah macam ditakutkan oleh sesuatu .
Tak lama selepas itu , nenek ku membaaca sesuatu dan menghembuskan ke arah muka budak ini , terus dia tersedar dan menangis , sambil di peluk oleh mak teh ku . Bila di tanya kenapa , dia bagitau masa dia sedang menonton tv di ruang tamu , tiba2 ada makhluk yang agak hodoh ( dah memang hodoh , nak buat cemane) keluar merangkak dari bawah kabinet tv itu dan mahu menerkam nya , terus dia menjerit dan pitam , dia gambarkan makhluk itu , Hitam , tiada muka , kuku yang panjang dan tajam , bergerak seolah-olah seperti seekor biawak .
Sekarang rumah itu dah tak didiami , kerana sekarang nenek ku dalam keadaan amat2 tidak sihat , maka beliau di jaga & di uruskan oleh anak2 nya , dan rumah itu terbiar kosong shingga ke hari ini .
sekian .
-- Edited by faris12345 on Tuesday 24th of April 2012 11:33:10 PM
-- Edited by faris12345 on Tuesday 24th of April 2012 11:35:37 PM
-- Edited by faris12345 on Tuesday 24th of April 2012 11:36:06 PM
-- Edited by faris12345 on Tuesday 24th of April 2012 11:45:24 PM
__________________
Tanda Tangan Tidak Ada , Penangan Ade lah .. nak ?
bkn le mei mei..2 antu joon yg tersesat...yg kat luar yg pakcik paris 2 nmpk 2 yg sedang cari joon 2 nak bw blk ke korea ler..tp sempat dok main nyurok2 lg
__________________
fikir dulu sebelom tulis o ckp...jgn tulis o ckp guna kepala lutut..tulis n ckp guna kepala otak