sslamu'alaikum semua .. i'm new here.. sila beri tunjuk ajar =)
Oke , saya nak berkongsi sedikit pengalaman member saya punya abang punya kakak ipar punya adik lelaki ( err... macam tu lah yang dia bagitauk ).
Cerita nya begini:
Pada Awal tahun 2005 , beliau mendapat tawaran untuk bersekolah asrama penuh di utara tanah air , di mana , tak perlu lah di beritahu , kerana menjaga nama baik sekolah tersebut. Maka beliau merasa tersangatlah excited nya sampai sehingga tiba pada waktu dan hari yang di nanti. Sepanjang perjalanan nya cuma tiur sahaja , sehingga sampai ke destinasi ( Asrama / Hostel itu ) , beliau menjerit " YEAAHHOO!!" ( mungkin over excited kot). Pada awal nya , semua seperti biasa , tiada apa-apa yang mencurigkan atau menakutkan berlaku , sehingga beliau dan parent ingin memunggah barang-barang nya masuk ke dalam hostel tersebut . ( info : beliau mendapat bilik di tingkat 4 dari 5 tingkat , bangunan nya panjang , so beliau dapat bilik no 13) .
Pada mula-mula beliau buka pintu kereta dan turun dari kereta , beliau merasakan ada satu deruan angin yang sangat kuat ke arah nya , tetapi sejuruws selepas angin itu hilang , hati beliau berdebar2 secara tiba-tiba tanpa sebab , di lihat di sekeliling hostel nya jikalau ada apa-apa yang ganjil dan lain , di sekeliling hostel nya itu adalah kawasan kebun getah , tapi ada pemilik-nyal lah . Maka di amatilah betul-betul , tiada apa-apa yang mencurigakan pun dari pandangan kaca mata-nya . Belum sempat beliau ingin mengambil barang-barangnya , mata beliau tertangkap kelibat ayah nya yang sedang meng-usung barangnya ke bilinya , apa lagi , beliau pun cepat-cepat lah mencapai apa-apa yang patut untuk di-angkat , lalu di kejar ayah -nya yang telah berda di hujung tangga . ( info : hostel nya tiada lift , hnya 5 tingkat , maka hnya tangga bisa digunakan) . kemudian ayahnya berpusing ke tangga yang seterusnya , dan beliau tinggal lagi 4 anak tangga untuk sampai ke tangga yang seterusnya , apabila sampai ketempat untuk berlaih ke tangga ke seterusnya , ayah nya ghaib , " eh , laju nya bapak aku jalan , kan beg tu berat "... getus hati beliau , namun tidak di-endah dan dilayan sanagt perasaan negatif nye itu.
Sesudah nya sampai di hadapan biliknya itu , beliau memulas tombol pintu tersebut , namun berkunci ... " aik , takkan bapak aku tak samapi lagi , tadi kemain lagi laju bebenor dia jalan" .. di ketuk-ketuk , namun tidak berjawab , samapai lah ketukkan yang ke 10 , pintu itu terbuka , dengan wajah ayahnya yang membuka pintu tersebut , tapi beliau merasa sedikit hairan , kenapa wajah ayah nya seperti orang yang tiada perasaan , kira nya macam hati kosong lah ( korang fikir lah sendiri ye guane rupe dia) . Namun beliau tidak bertanya kan apa-apa , " mungkin bapak letih sal memnadu ni kot" .. beliau membuat andaian sendiri . Sedang beliau &ayahnya "un-pack" barang-barang nya , tiba dia terdengar satu suara jeritan , tetapi halus sedikit , memanggil-manggil nama nya , beliau pun mencari dari mana punca arah suara tu , beliau menjenguk ke tingkap , dan pandang ke bawah , dilihat nya ayah dan ibu nya masih di bawah .." Oit , yang kamu pergi ke atas dulu tu kenapa , barang-barang n i siapa yang nak angkat !?" .. jerit ayah nya . Beliau sudah mula merasa tidak sedap hati , habis , siapa yang berada di dalam bilik nya sekrang , baru beberapa saat lepas , beliau asyik "un-pack" barang-brang harinya bersama 'ayah' nya.
Oleh kerana tidak berani untuk menoleh ke tempat 'ayah' nya unpack barang-barang nya itu , beliau menyahut semula .. " eh , kan ayah tadi dah naik dengan ******* kan , ayah ni memain la pulak".. sambil ketawa kecil , padahal jantung nya seperti ingin tercabut , kerana , bunyi decikkan plastik-plastik yang digunakan untuk membungkus barang-barang nya juga masih berbunyi , menandakan 'ayah' nya masih un-pacikng barang-barang nya. " Ni tk boleh jadi nih , aku kene cabut , apa nak jadi , jadi lah" ..getus hati beliau , beliau bertekad untuk pusing ke belang dan terus lari tanpa menghirau kan ' ayahnya' di situ ..dan .. ZUUUFFF!!!... sepantas kilat beliau berlari turun ke bawah , anak tangga ada 10 , dah jadi macam ada 2 je , laju punya pasal .. akhir nya sampai ke kereta ayah nya , sambil termengah-mengah , beliau menarik nafas dalam-dalam , dan menceritakan kepada ayah & ibunya di kereta itu . Ayah & ibu nya asyik mendengar cerita dari beliau .
Dalam sedang bersungguh-sungguh bercerita , tiba-tiba ada satu suara menjerit dari kedudukan yang agak tinggi .. " ****!! yang kamu turun tu kenapa ?! banyak cantik nak suruh ayah un-pack sensorang yer?!!" .. errkk.. Beliau cukup terkejut , apabila suara itu adalah suara ayahnya , dan dia memandang ke atas , ke arah bilik nya itu , sambil hati membaca ayatul kursi yang dah tunggang langgang tu , beliau berkata " Tipu , kau bukan ayah aku , kenapa kau menjelma sebagai ayah aku?!!! kenapa!! ? ... kemudian yang di atas membalas .. "Menjelma tengkorak kamu , apa yang kamu main-main ni??!! cepat naik atas!!" .. beliau kemudian menjawab , " Kalau Kau betul ayah aku , mana mak ??!! Mana??!" .. terdiam yang di - atas , dan kemudian menjawab .. " Kamu ni ngigau ke hape ??!! Mak kamu kan tak ikut , ada kenduri di rumah sepupu kamu!!" .. erkkkhhh .. lagi lah beliau terkejut ..-----> ( FlashbacK)
[( Selepas memasukkan barang ke dalam kereta , bersalamn tangan dengan mak , dan mencium tangan mak " hati-hati tau dalam perjalanan , nanti apa-apa , telfon mak " ]) ---> (flashback Complete)
Dengan tak semena lutut beliau menjadi sangat longgar , dan menggigil yang amat sangat , habis kalau begitu , siapa pula di belakang nya sekrang ini , apa bila beliau menoleh ke belakang , Dua susuk tubuh yang berupa Ibu & ayah nya sudah lesap , kemudian dari jarak dekat , beliau nampak dengan jelas rupa sebear makhluk itu , tetapi agak kasap-kasap ( sama2 ) kerana waktu sudah hampir ke senja .. macam mana nak describe yea ( muka pucat lesi , mata nya berwarna biru menyala , rambut nya pajang mengurai , mulut nya agak terkopek , dan ada kesan daging dan darah , dengan jubah putih nya yang koyak rabak dan agak kekuningan , seperti kesan tanah liat) menyeringai ke arah nya ... kemudian beliau terus rebah dan tidak sedar kan diri .
Di dalam pengsan nya itu ,beliau berjumpa dengan seorang lelaki tua yang berjanggut , tetapi bukan berjubah , tetapi berpakain seperti hulubalang , kiranya berjanggut , tapi masih tegap . Dia memberi salam kepada beliau , beliau menjawab , beliau diberitahu oleh orang berjanggut ini , beliau telah membuat kacau di kawasan ini , dengan menjerit , jadi 'penghuni' di kawasan tersebut marah dengan tindakan beliau yang kurang sopan , maka di beri kan sedikit pengjaran. Selapas itu beiau terus tersedar dari pengsan nya , dia sudah pun ada di katil hostel , ayah nya yang mengnangkat beliau ke katil hostel setelah nampak beliau rebah tak sedarkan diri. Selepas itu , beliau demam 4 hari , dan Alhamdulillah beliau telahpun bernasur pulih , dan berjaya menjadi seorang Guru .
-- Edited by faris12345 on Tuesday 24th of April 2012 12:13:44 AM
-- Edited by faris12345 on Tuesday 24th of April 2012 12:18:59 AM
-- Edited by faris12345 on Tuesday 24th of April 2012 12:39:09 AM
-- Edited by faris12345 on Tuesday 24th of April 2012 01:32:39 AM
__________________
Tanda Tangan Tidak Ada , Penangan Ade lah .. nak ?
ini memang seram terbaiikkk punye... Time bace aku agak yg dlm blik tu hantu tp yg sebenarnye mak pak budak tu yg kt bwh hantu yg real... Tp kan nape time budak tu ketuk pintu bapak budak tu x terus bukak???
Oleh kerana tidak berani untuk menoleh ke tempat 'ayah' nya unpack barang-barang nya itu , beliau menyahut semula .. " eh , kan ayah tadi dah naik dengan ******* kan , ayah ni memain la pulak".. sambil ketawa kecil , padahal jantung nya seperti ingin tercabut , kerana , bunyi decikkan plastik-plastik yang digunakan untuk membungkus barang-barang nya juga masih berbunyi , menandakan 'ayah' nya masih un-pacikng barang-barang nya. " Ni tk boleh jadi nih , aku kene cabut , apa nak jadi , jadi lah" ..getus hati beliau , beliau bertekad untuk pusing ke belang dan terus lari tanpa menghirau kan ' ayahnya' di situ ..dan .. ZUUUFFF!!!... sepantas kilat beliau berlari turun ke bawah , anak tangga ada 10 , dah jadi macam ada 2 je , laju punya pasal .. akhir nya sampai ke kereta ayah nya , sambil termengah-mengah , beliau menarik nafas dalam-dalam , dan menceritakan kepada ayah & ibunya di kereta itu . Ayah & ibu nya asyik mendengar cerita dari beliau .
soalan...camna pula bapa pencerita asal ni x dengar suara si pencerita ni bercakap dekat tingkap? dari tingkat 4 tu, suara mesti kuat...ni bapa beliau ni relaks unpack barang2 ar...