Fikiran aku hari ni tiba-tiba melayang suatu kisah yang aku alami lebih kurang 3 bulan lepas....
Masa tu aku baru saja mulakan amalan zikir laillahaillah...
Aku ingat nak habiskan zikir tauhid ni..ingat aku ,kalau aku buat satu hari seribu zikir,cukup 70 hari habis la 70ribu kali...
Sabda Nabi Muhammad (selawa t dan salam ke atas baginda), ertinya: tidaklah datang seorang lelaki pada hari kiamat yang mengucapkan la ilah illallah kerana mencari wajah Allah, melainkan ia diharamkan daripada api neraka. Riwayat Ahmad, Al Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Al Baihaqi dalam kitab Asma was sifat.
Sabda Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda), ertinya: Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang tidak seorang pun mengucapkannya dengan hati yang ihklas kemudian ia mati dalam keadaan demikian, melainkan dia diharamkan daripada api neraka.
Menurut pandangan yang asoh tiada nas yang warid lagi sahih merekodkan secara khusus Nabi SAW bertahlil dengan 70 ribu kali. Nabi SAW berzikir itu ada tapi dengan matan 70 ribu kali tiada direkodkan. Yang ada direkodkan adalah bersumber kitab Futuhat Makkiyyah - karangan ulama tasauf terkenal Ibnu Arabi dimana beliau mewasiatkan agar berzikir Tahlil 70 ribu agar terlepas daripada api neraka. Bermula daripada situ para ahli sufi mula meriwayatkan kalam Ibnu Arabi sampailah kepada kita sekarang
Selalunya aku buat zikir ni dalam 2-3 pagi,habis mengubat or mengajar
Zikir ni bagi aku zikir Teragung, jadi biarla aku buat dengan kusyuk..zikir dengan adab, dengan duduk menghadap kiblat,dan dalam keadaan wuduk..sesuai dgan hadis tadi
Sabda Nabi Muhammad (selawa t dan salam ke atas baginda), ertinya: tidaklah datang seorang lelaki pada hari kiamat yang mengucapkan la ilah illallah kerana mencari wajah Allah, melainkan ia diharamkan daripada api neraka. Riwayat Ahmad, Al Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Al Baihaqi dalam kitab Asma was sifat.
Kalu mencari wajah Allah, mestilah hati kita sentiasa mengingat kepada Allah swt... Jadi bermulalah amalan zikir aku,aku jadikan zikir harian dengan azam dapat menghabiskan 70ribu kali...
Dalam masa aku berzikir tu, setiap hari mcm biasala syaitan akan datang ganggu aku.. supaya aku tidak kusyuk dsn datangkan perasaan mengantuk
hidup mesti diteruskan walau ape pon ujian melanda
itu tandanya Allah menyayangi kita dengan memberi ujian..
Allah suka mendengar suara hambanya yang meminta pertolongan daripadaNya..
si pijot ni nak kena..aku beria2 nak membaca nih..tetiba tanduk ilang le plaks..
cepat le pijot...kambing nko curik ke tanduk tu..
ke nko bagi kat anak nko wat main..isk isk
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
sory la....smalam nak post td ade problem plak.... nie aku cite dr awal...tp bukan cite aku yer...slamat membace...
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
Fikiran aku hari ni tiba-tiba melayang suatu kisah yang aku alami lebih kurang 3 bulan lepas.Masa tu aku baru saja mulakan amalan zikir laillahaillahAku ingat nak habiskan zikir tauhid ni..ingat aku ,kalau aku buat satu hari seribu zikir,cukup 70 hari habis la 70ribu kali
Sabda Nabi Muhammad (selawa t dan salam ke atas baginda), ertinya: tidaklah datang seorang lelaki pada hari kiamat yang mengucapkan la ilah illallah kerana mencari wajah Allah, melainkan ia diharamkan daripada api neraka.
Riwayat Ahmad, Al Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Al Baihaqi dalam kitab Asma was sifat. Sabda Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda), ertinya: Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang tidak seorang pun mengucapkannya dengan hati yang ihklas kemudian ia mati dalam keadaan demikian, melainkan dia diharamkan daripada api neraka.
Menurut pandangan yang asoh tiada nas yang warid lagi sahih merekodkan secara khusus Nabi SAW bertahlil dengan 70 ribu kali. Nabi SAW berzikir itu ada tapi dengan matan 70 ribu kali tiada direkodkan. Yang ada direkodkan adalah bersumber kitab Futuhat Makkiyyah karangan ulama tasauf terkenal Ibnu Arabi dimana beliau mewasiatkan agar berzikir Tahlil 70 ribu agar terlepas daripada api neraka. Bermula daripada situ para ahli sufi mula meriwayatkan kalam Ibnu Arabi sampailah kepada kita sekarang Selalunya aku buat zikir ni dalam 2-3 pagi,habis mengubat or mengajar Zikir ni bagi aku zikir Teragung, jadi biarla aku buat dengan kusyuk..zikir dengan adab, dengan duduk menghadap kiblat,dan dalam keadaan wuduk..sesuai dgan hadis tadi. Sabda Nabi Muhammad (selawa t dan salam ke atas baginda), ertinya: tidaklah datang seorang lelaki pada hari kiamat yang mengucapkan la ilah illallah kerana mencari wajah Allah, melainkan ia diharamkan daripada api neraka. Riwayat Ahmad, Al Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Al Baihaqi dalam kitab Asma was sifat.
Kalu mencari wajah Allah, mestilah hati kita sentiasa mengingat kepada Allah swtJadi bermulalah amalan zikir aku,aku jadikan zikir harian dengan azam dapat menghabiskan 70ribu kaliDalam masa aku berzikir tu, setiap hari mcm biasala syaitan akan datang ganggu aku.. supaya aku tidak kusyuk dsn datangkan perasaan mengantuk Dulu kali pertama dia datang menggangu aku ,aku campak je ke laut, dull pulak aku, selalu benar datangAgaknya macam tu la pelajar2 tahfiz quran yang datang berjumpa ngn akuramai yang datang, mereka gagal menghafal, malas belajar, kepala jadi sakit, sesak nafas..mcm2 sindrom diorang kene..ada yang smpai nak buat operation sebab tak tahan sakit, nasib baik lepas buang jin2 n syaitan yg bersarang diorang semua ok balik..
Syaitan ni memang la musuh utama Adam dan cucunya, iblis berjanji akan menyesatkan sehingga hari kiamat
Jadi memang iblis laknatullah ni akan menghantar tentara-tentaranya untuk menghalang, menghasut dan menggagalkan usaha-usaha orang yang ingin dekat kepada Allah swtdan mereka akan menggunakan apa saja cara mereka untuk menyesatkan kita,,, Jadi berbalik cerita aku tadidek kerap sangat diorang datang ,aku buang satu, datang yg lain, buang satu datang lagi, penat la aku, aku nak datangkan kusyuk dan fana nitapi kalu duk datang-datang mcm ni mcm mana den nak buat ni
Adakalanya apabila kusyuk dan fana datang dalam zikir aku..lidah aku terus lafazkan kalimah lailahhaillah , tapi hati aku or jiwa aku entah terbang kemana..adakalanya didalam masjid dengan ramai jemaah kat situ, adakalanya orang2 yang aku tak kenal datang melawattapi selalunya kesedaran aku datang balik bila tangan aku turut mengangkat doa mengikut jemaah yang berada di masjid berdoaor tangan aku bergerak sambut salam dari orang2 yang aku jumpa ketika aku hanyut dalam zikrullah Apabila tangan aku terangkat je, terus aku tersedar yang sebenarnya aku ada dalam bilik aku je..mulut tgh melafazkan kalimah laillahaillahTapi untuk mencapai kepada jiwa melayang, or jiwa kosong hilang dari jasadselalunya zikir yang di lafazkan melebihi or mendekati seribuitula selalunya yang aku rasa
Tapi bila setan-setan datang ganggu, susah la aku nak kusyuk dalam zikir ni..sebenarnya zikir ni boleh di buat di mana-mana sahaja, sambil berjalan, sambil bekerja, sambil menaip ni pun boleh ertinya: hendaklah lidahmu sentiasa basah mengingati Allah. (Tarmizi, hasan. Hakim mensahihkannya dan Zahabi mengakuinya. Maulana Zakariyya, Fadhilat Zikir, 28, hadith 2)
Jadi ada sekali tu aku ingat aku malas la nak buang syaitan2 yg datang ganggu ni, aku ingat aku nak dakwah je diorang kali niSo aku pun mula zikir sambil makrifah berdakwah atas kalimah Agong Lailallahillah..aku lafazkan bukan saja untuk aku, aku lafazkan sekali dengan niat dakwah kepada syaitan-syaitan yang datang menggangu,bukan saja aku berniat kepada syaitan yang mengganggu aku,aku niatkan sekali kepada jin-jin kafir yang diluar, biar diorang dengan kalimah agong ni
setelah aku zikir beberapa kali nampaknya berkesansyaitan2 ni tak tahan, diorang lari keluar menjauhkan diri dari aku..Dakwah ni memang terunggul..apabila kita niat berdakwah aje ,terus diorang laritengok saja azan..azan adalah seruan dakwah yang paling sempurna..mencicit lari setan2 dan jin kafir,,,bergelimpangan diorang melarikan diri benci dan takut mendengar seruan dakwah mengajak melakukan solat
Sejak dari hari tu, bila aku rasa or nampak je jin2 or setan datang menggangu..aku terus niatkan zikir ni untuk berdakwah kepada merekaaku nak bagi tahu mereka yang kalimah ni adalah kalimah tauhid yang benar dan suci,yang dibawa dari zaman Adam hinggalh zaman Nabi SAWni la kalimah yang di bawa oleh semua Nabi2 yang di utus..mengajak kepada ALLAH swt Sesungguhnya memang bekesan..
Suatu malam tu, habis je aku berzikir aku pun baring nak tido, dalam keadaan tido2 ayam tu, ada satu lembaga datang dari belakang akumasa tu memang silap aku jugak, aku dalam keadaan tidur mereng ke kiri..ntah mcm mana aku terpusing ke kiri entah tak ikut sunnah
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menganjurkan tidur miring ke kanan : Dari al-Barra` bin Azib, Rasulullah Muhammad shallallahu alaihi wasallam pernah bersabda, Apabila kamu hendak tidur,maka berwudhulah (dengan sempurna) seperti kamu berwudhu untuk shalat, kemudian berbaringlah di atas sisi tubuhmu yang kanan Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu. (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)
So masa aku dalam keadaaan mereng kekiri tu, lembaga tu datang amik kesempatandia datang cekik leher aku..cisss , ni dah main kasar, bukan main kuat pulak dia cekik..dalam keadaan aku bergelut nak lepaskan dari kunci maut Jin ni..aku dengar dia kata kat aku aku benci dengan ko cakap ayat2 tu, ko behenti cakap benda tu.
Sebenarnya dah banyak kali gak aku kene cekik ngn setan-setan ni masa tido..yang aku ingat dah 3 kali dalam 3 tahun ni,ni bukan hempit badan mcm hantu raya berbulu tu tau..ni cekik kat leher, mmg nak kasi goal punya.tapi semuanya silap aku ,yg kali ni keadaan aku tgh mereng kekiri, yang 2 kali lagi tu aku dalam keadaan telentang
cuma aku nak ceritakan kisah yang ni je la..sebab dengan jelas aku dengar suara dia marahkan aku berzikir secara dakwah tu.Beberapa minit gak la aku kene cekik, badan aku kaku tak leh bergerakmemang handal jin ni, ye la , dah bertanduk 5 memang ada ranking punya Jin la
Kalu tanduk 1 pun dah kuat, ni kan dah bertanduk 5Kalu nak tau, sepengetahuan aku la..Jin ni kalu nak tgk dia tinggi ranking or tak tengok pada tanduknyalagi banyak lagi Ganas, kalu tanduk kontot tu..suh dia bertaubat lagi baik la kan.
tgk juga badan nya, kalu dah warna kemerahan macam api..pun dah tinggi rankingnya..begitu jugak bagi mereka yang dah mula bersayapBagi Jin yg dah bersayap n banyak tanduk, dapat la mereka gelaran Syaitanitu la gelaran tertinggi bagi Jin kafirDalam k
__________________
hidup mesti diteruskan walau ape pon ujian melanda
itu tandanya Allah menyayangi kita dengan memberi ujian..
Allah suka mendengar suara hambanya yang meminta pertolongan daripadaNya..
nie smbungannya...da copy habis tp x tau nape x kuar...
tgk juga badan nya, kalu dah warna kemerahan macam api..pun dah tinggi rankingnya..begitu jugak bagi mereka yang dah mula bersayapBagi Jin yg dah bersayap n banyak tanduk, dapat la mereka gelaran Syaitanitu la gelaran tertinggi bagi Jin kafirDalam keadaan aku bergelut nak melepaskan diri tu, aku mula zikir dalam hatiaku keluarkan cahaya yang tajam2 dari tubuh aku untuk menolak dia dan melepaskan cengkaman dia dari leher aku
Nafas aku dah sangkut-sangkut masa tu, tubuh kaku tak leh bergerakcuma yang aku mampu buat zikir dan lepaskan nur dri tubuhku..selepas beberapa masa yang aku tak ingat..aku berjaya lepaskan diri aku..(kalu tak berjaya,tak dapat la aku type cerita ni kan..:)..maka dengan izin Allah Jin tu tercampak jauh.. Pandai pulak, lepas tercampak dia terus pecut larikan diriewah ewah..suka2 datang, suka2 nak lari..mana boleh bebko yang cari pasal dulu..
Aku terus baca Laqad jaaakum rasullun (surah at taubah )sampai habis..terus satu cahaya yang memanjang keluar dari tangan aku mengejar Jin Tanduk 5 tadinama pun cahaya, mesti la gerakan dia pun sepantas kilat
cahaya tu terus melilit jin tadi yang dah lari agak jauh, aku tarik dia datang kepada aku balik
cahaya yang memanjang tadi memendek masuk ke kadalam tangan aku balik sambil di hujung cahaya tu menarik Jin bertanduk 5 tadi.sampai saja Jin tu di depan aku, aku terus ikat dia menggunakan Lam Jallalah.setelah di ikat, aku pasakkan kaki dia supaya dia tak boleh larikan diri lagi.
Sepantas kilat aku lepaskan serangan halilintar memotong badan dia menjadi 4-5 bahagianKotor pulak bilik aku ngn badan-badan dia yang aku kerat2 tadiamik ko, sapa suh ko ceroboh umah aku, dah la ko ceroboh, ko cekik pulak nak bunuh aku
__________________
hidup mesti diteruskan walau ape pon ujian melanda
itu tandanya Allah menyayangi kita dengan memberi ujian..
Allah suka mendengar suara hambanya yang meminta pertolongan daripadaNya..
sory la..jin tanduk 5 memang da x de smbungan....tp aku amik cite lain dr blog yg same erk..
kereta busuk
Cerita ni dah lama jugak, masa tu aku tingkatan satu. Nak cerita secara top aku pun tak berapa ingat cerita ni. Cerita yang aku nak cerita ni pun takdelah seram sangat pun, tak taulah aku kalau ada daripada pembaca yang rasa seram jugak. Masa tu aku ingat lagi kecoh kat sekolah aku pasal ada sebuah kereta Proton Saga Aeroback yang dijual dengan harga murah, tak sampai RM 500 pun. Memang murah gila, yelah mana nak dapat kereta murah macam tu dan masih baru lagi. Kereta tu second hand tapi baru je pakai beberapa bulan dan pemiliknya telah menjual pada satu kedai kereta terpakai. Tapi kereta tu takde seorang pun mahu membelinya. Heran bukan? Memang heran pun aku sendiri pun heran, mesti ada udang disebalik batu.
Sebab musabab kereta tu tak laku bukannya kerana dah tak boleh digunakan atau rosak, kereta tu masih sempurna lagi dari segi zahir dan batinnya cewahhh. Tapiiiiiiii ni aku nak kaboo ke mung ni (terengganu pulak aku ni) bila bukak je pintu kereta tu, peeehhhh mengeluarkan satu bau yang amat busuk, masyaAllah tak taulah nak kata macammana dia punya busuk, aku rasa bau taik aku pun kalah. Memang busuk sangatlah.
Itulah puncanya kereta tu tak laku. Nak ikutkan puas juga orang kedai tu bersihkan, macam-macam jenis syampu pakai tapi memang bau tu tak mahu hilang jugak.
Ceritanya macamni, aku pun ingat-ingat lupa sebenarnya. Lebih kurang macam ni la, pada suatu hari pemilik kereta asal ni balik dari kerja (nak mudahkan cerita aku bagi nama kat pemilik ni Zues lah, senang sikit tapi bukan nama sebenar), si Zues ni balik pada hari ni agak lewat sikit, yelah banyak kerja la katakan pada hari tu.
Dalam perjalanan pulang si Zues akan melalui satu tanah perkuburan, memang tiap-tiap hari dia ikut jalan tu. Tapi dah biasa agaknya si Zues ni takdelah rasa apa-apa lalu kat situ. Kebetulan selepas saja melalui tanah perkuburan tu ada seorang wanita tahan kereta si Zues ni, masa tu lebih kurang pukul 8:30 malam.
Pada mulanya si Zues ni tak mahu berhenti yelah dah malam-malam macam tu, entah kenapa pulak hati dia ni tergerak pulak nak berhenti. Si Zues menekan butang auto windowsnya, Nak kemana ni cik adik?, tanya Zues pada wanita tu.
Saya nak baliklah bang, dari petang tadi saya tunggu bas, takde satu pun yang lalu, kalau abang tak keberatan boleh saya tumpang?, tanya wanita tersebut pada Zues.
Emm boleh jugak, rumah cik adik ni kat mana?, tanya si Zues lagi. Alaa bang tak jauh pun, dekat kawasan perumahan yang dekat dengan restoren lj tu. Ohhh restoren tuuuu, emm kat situ nasi lemak dia memang sedap tu, emm naiklah saya pun memang lalu tempat tu, Tanpa berlengah lagi si Zues pun membuka pintu keretanya.
Wanita tadi pun naiklah kereta si Zues. Wangi jugak, ntah minyak wangi apa entah dia pakai. Si Zues tak banyak tanya dengan wanita tu, malulah tu konon yelah boleh tahan jugak lawanya. Tak sampai satu kilometer wanita tu suruh berhenti. Opssss, berhenti sini bang, dengan nada yang agak kuat. Eh! Apsal berhenti kat sini pulak? Kan ke belum sampai lagi, Zues hairan. Tu ha, rumah saya, dengan menuding jari kearah satu tempat. Takde pun?, Zues kehairanan.
Adalah bang, takpalah saya turun sini ye, terima kasih kerana tumpangkan saya nah ambil lah kain ni tanda terima kasih saya, simpan elok-elok ye bang jangan buang pulak simpan je kat dalam kereta ni. sambil menyerahkan sepotong kain pada Zues. Si Zues ni pun tanpa banyak tanya dia pun terima kain tu. Oklah, Baik-baik jalan tu dengan agak kehairanan dengan apa yang terjadi. Si Zues ni pun baliklah rumahnya dengan kain yang diberi oleh wanita tadi. Untuk pengetahuan, si Zues ni dah berkahwin. Keesokan harinya pula, kebetulan besok tu hari minggu si Zues ni banyak menghabiskan masa dirumah bersama keluarga. Si Zues ni biasalah dah hujung minggu ni takde keje lain dia basuh kereta la, kereta barulah katakan baru je sebulan pakai, dia basuh kereta dengan bini dia.
Tengah bini dia dok vacumm dalam kereta, Eh kain apa ni bang? Wangi je kain ni, abang keluar dengan perempuan mana pulak ni bangggg??? Zues pandang pada kain tu, dia teringat pasal wanita tu, Takdelah Nazira, semalam masa abang balik ada sorang perempuan nak tumpang, lepas tu dia bagilah kain tu tanda terima kasih, alaaa takde apa-apalah biar jelah kat situ jangan dibuang si Zues cuba menenangkan keadaan isterinya. Abang jangan memain dengan saya bang dengan keadaan yang agak marah si Nazira buang kain tu kedalam tong sampah.
Si Zues membiarkan saja apa yang dilakukan oleh isterinya tu, yelah karang dilarang lain pulak jadinya (takut bini jugak mamat ni). Si Nazira ni pun terus masuk ke dalam rumah meninggalkan si Zues yang sedang memegang berus, Zeus diam tak terkata apa dengan sikap bininya tu, merajuklah tu biasalah orang perempuan cemburu, cemburu tandanya sayang tu. Berlalulah bab tu, pada keesokannya seperti biasa si Zues ni bangun pagi dan bersiap-siap nak pergi kerja. Tengah dok nak buka pintu kereta, Zues terbau bau yang sangat busuk bau tu datang dari kereta dia, bila dibukanya pintu kereta bau tu semakin kuat pulak. Terus si Zues ni panggil bini dia, Naziraaaa!!!! Mari cepatttt!, Ye bang jawab bininya Ada apa abang panggil saya? Kenapa kereta ni bau busuk sangat ni? Kamu basuh macammna kereta ni semalam sampai keluar bau busuk macamni? dengan nada yang agak tinggi. Apa pulak bang, manalah saya tahu abang yang sudahkan basuh kereta ni semalam. Ish macammana boleh busuk macam ni? serba tak kena si Zues dibuatnya.
Di pendekkan cerita, Zues mengambil keputusan menjual kereta tersebut setelah puas berikhtiar menghilangkan bau pada keretanya itu. Zues telah menjual kereta itu di salah sebuah kedai kereta terpakai dekat Cheras kalau aku tak silaplah. Lama jugak kereta si Zues tersadai kat kedai tu, takde sorang pun nak beli. Emm begitulah serba sedikit ceritanya, tak taulah aku apa cerita kereta tu, tapi ada jugak terdengar cerita kereta tu dah ada orang yang beli, yang beli tu pulak aku dengar cerita orang yang ada ilmu jugak la, tah macammana dia buat kereta tu pun hilang baunya. Wallahuaklam.
__________________
hidup mesti diteruskan walau ape pon ujian melanda
itu tandanya Allah menyayangi kita dengan memberi ujian..
Allah suka mendengar suara hambanya yang meminta pertolongan daripadaNya..
Lorong itu sememangnya menjadi laluan aku setiap kali pulang dari tempat kerja. Bermacam macam aku mendengar cerita tentang lorong sunri ini. Ada yang kata jumpa pontianak lah, jumpa hantu raya lah, dan macam macam lagi lah. Namun sudah hampir 10 tahun aku menggunakan laluan tersebut belum pernah pun aku berhadapan dengan benda benda seram. Ramai yang sudah terkena menasihati aku untuk tidak lagi menggunakan jalan tersebut, tetapi oleh kerana aku yakin tidak apa apa yang berlaku aku mesih menggunakan jalan tersebut setiap kali pulang dari kerja.
Aku berkerja sebagai operator pengeluaran disebuah kilang dan waktu berkerja aku sememangnya telah ditetapkan bermula dari pukul 4.00 petang dan pulang pada pukul 1.00 pagi. Laluan itu pada mulanya banyak juga kereta yang lalu lalang, tetapi makin hari makin sikit kerana cerita cerita yang disebarkan. Namun aku tetap akan menggunakan laluan tersebut lenih dekat dengan rumahku. Ramai yang kata aku berlagak kerana masih berdegil menggunakan jalan tersebut. Sebernya aku tiada pilihan lain kerana jalan kerumahku selain daripada jalan tersebut sangat jauh.
Pada suatu malam selepas habis kerja aku seperti biasa menggunakan lorong tersebut. Namun sebelum sampai disitu aku seperti merasakan sesuatu yang tidak kena. Hatiku berdebar dan rasa tidak menentu. Pun begiru aku tabahkan hati. Sampai dilorong tersebut kelihatan seorang wanita ditepi jalan seperti menanti kenderaan untuk menumpang. Timbul keinginanku untuk menolong. Namun aku tidak terus berhenti sebaliknya memperlahankan kereta untuk mencari kepastian. Tiba di depan wanita itu, dia hanya diam dan tidak menahan kereta untuk menumpang.
Melihat wajahnya seperti ada satu keganjilan. Fikiran ku mula menerawang, manusiakah atau hantu wanita didepanku ini. Seperti memahami apa yang aku fikirkan, wanita itu melemparkan senyuman menyeramkan kearahku. Apalagi kereta terus kupecut tanpa berani menoleh lagi. Tetapi semakin aku berusaha memecut laju terasa semakin perlahan keretaku bergerak dan tanpa semena mena didepanku melintas seorang kanak kanak. Ini mebuatkan aku terpaksa menekan brek secara mengejut.
Keadaan brek yang kuat itu sedikit pun tidak mengejutkan kanak kanak itu sebaliknya dia semakin seronok bermain lalu lintas dihadapan keretaku yang sudah berhenti itu. Dalam hati, hanya tuhan yang tahu betapa takutnya aku. Untuk mengugurangkan rasa takut itu, aku berusaha membaca ayat ayat suci Al-Quran mana yang tahu. Dalam pada mulutku terkumat kamit itu, tiba tiba kanak kanak tersebut menekap wajahnya wajahku didepan cermin keretaku. Wajahku begitu hodoh dan begitu sukar umtuk dibayangkan. Tubuhku terasa longlai namun semangatku masih bersisa. Dengan sisa semangat itulah aku berusaha menghidupkan semula enjin kereta, agar aku boleh segera sampai kerumah yang tak sampai beberapa meter sahaja lagi dari lorong itu.
Puas menghidupkan enjin tetapi kereta tetap tidak mahu bergerak. Aku melihat semakin banyak kelibat makhluk makhluk halus disekitar lorong dan tempat keretaku berhenti. Kerana tidak mahu terus menerus dalam keadaan seperti itu, aku nekad turun dari kereta dan membuka tempat enjin. Aku mencuba cuba apa yang tahu dan kembali ke kereta. Kali ini apabila enjin dihidupkan kereta boleh bergerak semula. Tanpa menoleh lagi dan dengan laungan Allahuakhbar aku meninggalkan lorong itu.
Sebelum masuk ke perkarangan rumahku, tiba tiba aku melihat susuk tubuh wanita dilorong tadi sedang mendukung kanak kanak yang melintas didepanku itu. Aku benar benar panik. Mengekori akukah mereka? Dan tanpa aku sedari aku membunyikan hon kereta sekuat hati sehingga rumahku terang benderang keraba semua penghuni rumah terjaga dan bangun untuk melihat apa yang berlaku.
Ketika ayah menghampiriku, aku benar benar sudah tidak bersemangat lagi. Aku dibawa naik kerumah dan tubuh tiba tiba menjadi panas. Aku demam selama tiga hari dan menurut ibu setiap kali tertidur aku meracau racau. Ayah memanggil seorang uztaz untuk memeulihkan kembali semangatku. Kejadia itu benar benar memberi kesan kepada rakan rakan yang datang melawatku dirumah semuanya aku ceritakan mengenai pengalaman ngeri itu. Dan itulah kali terakhir aku melaui lorong misteri itu.
__________________
hidup mesti diteruskan walau ape pon ujian melanda
itu tandanya Allah menyayangi kita dengan memberi ujian..
Allah suka mendengar suara hambanya yang meminta pertolongan daripadaNya..