Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ianya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut . Seorang lelaki yang bernama Omar (nama benar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut).
Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik , beliau akan berjaya.
Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar. Budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengendap dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.
Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhir nya dia ketemu, dia mengintai dan melihat bayangan pada cermin tersebut bukan lah Omar tetapi sebatang tubuh yang sungguh ngeri wajahnya. Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya.Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri. Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu dia sudah lama mengetahui perihal Omar... Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaanya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Bapanya berkata dia hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.
Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu kata hatinya. Selepas makan Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka mata nya tetapi berasa amat berat sekali... Salleh pun cuba bertempik untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya dia dapat berteriak memanggil bapanya.Kemudian dia pengsan.
Apabila dia membuka matanya dia dapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia melihat bapanya menghampiri nya sambil terseyum dan berkata sabar segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap. Pagi besok nya apabila dia sedar dia melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia menanya bapanya apa yang berlaku.
Bapanya menjawap nanti dia akan ceritakan sebelum itu kita pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi. Setelah segalanya selesai dia pun mengikuti bapanya. Sesampai ditanah perkuburan dia melihat orang sedang mengali kubur. Tiba - tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik .... apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat tetapi dihalang oleh bapanya Salleh cuma melihat dari jarak beberapa kaki dari kubur tersebut. Dia melihat orang-orang dewasa seperti mengangkat sesuatu. Melihat dari mimik muka mereka benda yang kelihatan seperti UBI yang sangat besar jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut boleh lah menghubungi saya di talian bebas tol : 603-5111055-238 Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII..... hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... kiter pun kena jugak
selamat berkenalan ima dan selamat datang ke forum ini. saya tini org baru kt sini dan sy mmg tak kenal ima. asal mana ima. umor berapa dan keje di mana kamu. kt sini jgn malu malu kerana org kt sini suma nyer kelakar seprti rie
hmm...hhmm... saket pale lutut plak...tringinnn sngt nk bace hape cite kat ats tu.. tp bile bace...saket pale lutut..aduhh.. laila....u tlg bacekan tok i ye...cepatla lela cepatla...
__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak
dara?what?the ubi have dara?what its that...betoi ke ejaan aku tu?ahahaha....aku pon rase camtu,asalnyer tu kebun ubi pakcik sopie...bila pakcik sopie punyer perniagaan ubi semakin laris bak minyak pelaris lalu pakcik sopie telah membeli tanah lain,pon begitu atas nilai2 kebajikan lalu pakcik sopie talah mewakafkan tanahnyer itu kepada masjid kawasan tersebut utk dijadikan tanah perkuburan...lalu terjadi lah kisah di atas...yesss panjang jugak aku mengarang nieh....ahahaha
__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki
aku rasa le kan... sapa yg baca tertipu sekali.. sapa yg tak baca tertipu banyak kali..
pak baddaq, nko baca ke tak ni??
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
ha ha..akupon...kalau ada lagi si pemosting ni..mau aku luku kepala lutut beliau tuh..
kelepek..keletung..keletang...(efek kepala lutut kena ketuk)
alamak pak baddaq...tolong aku..
pehal si rueminah ni ketok pale lutut haku!!!!
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee