Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: pontianak di asrama perempuan.....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 162
Date:
pontianak di asrama perempuan.....


ooooooo..cam 2 ek...2 la ckp beso lg..baru ko tau 



-- Edited by are duke on Monday 26th of March 2012 11:50:03 PM

__________________

hidup kalu selalu nyusahkan org...bek x pyh idop

jgn lari dari mslh sbb semakin kita lari maka makin byk la mslh ikot kt...jd tempoh saje mslh itu...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

Korang nak tau tak, kawan pompuan aku cakap, kat asrama dia ada pontianak kawan aku memulakan perbualan, ketika kami berada di pondok kecil depan rumah sewa kami.

Memang di pondok itulah kami semua berkumpul. Mat,saiful,wan,agus,amar antara kawan serumah ngan aku yg cukup mengambil berat antara satu sama lain..Dikenali sebagai geng-geng rumah sewa yang best, kami membawa imej bersih sebagai student kolej islam, tidak merokok dan sebagainya.

Pontianak? kawan-kawan aku agak terkejut ditambah dengan sedikit rasa gementar. Masakan tidak, jarak asrama perempuan dengan rumah kami dalam 800 meter sahaja.Hanya dipisahkan dengan sebatang sungai yang mengalir tenang..setenang diri ku kini yang sudah mulai melupakan memori bersama Arni sedikit demi sedikit.

Ya! Pontianak..Gini ceritanya, 3 minggu lepas, ada lah sorang minah ni tak tidur lagi masa tu, dlm pukul dua.Dia duk study, masa tengah duk khusyuk study tu, tiba-tiba terdengar suara perempuan. Kawan aku menarik nafas panjang

hai, tak tidur lagi ker? terdengar suara perempuan muda bertanya.

Budak pompuan tu dengan selamba menjawab, Jap lagilah, ada sedikit lagi tak baca lagi nih Dia masih tak perasan siapa yang menegurnya

Kemudian budak pompuan tu terus membaca bukunya.Tak silap aku budak tu budak course bahasa arab, sambung kawanku lagi..

Then? kawan-kawan aku agak tak sabar untuk mendengar cerita selanjutnya

Then? Then dalam 15 minit kemudian suara tu datang lagi

Tak nak masuk tidur lagi ker? Suara itu terus menegur budak perempuan tadi

Kali ni budak tu baru perasan yang roommate dia yang tiga orang tu dah lama tidur, dan pintu bilik pun berkunci, dia ingatkan roommate dia tegur dia tadidan baru dia sedar, rupanya suara tu datang dari arah jendela tepi meja studynya

Budak pompuan tu akhirnya menjerit melolongdan terkena hysteria sbb disampuk, tapi dia sekarang dah o.k dah sambung kawan ku menamatkan ceritanya..

Tiba-tiba entah macam mana darah aku membuak-buak marah kat makhluk tuh! Aku geram pontianak tu duk kacau hamba Allah yang duk study. Dah takder orang lain dia nak kacau agaknya?

Celaka Pontianak tu!!! Buat apa dia berani kacau budak perempuan yang lemah tu aaa?? Kalau bebetul berani! Mari datang kacau aku la!!!! Tunjuk muka kat aku kalau bebetul berani!

Pekik aku agak kuat, ditambah dengan perasaan yang marah membara.Kawan kawan aku semua agak terkejut Terkejut dengan telatah aku itu

Syaitan.txtEh nixk, ko jgn cakap besar nixkkalau yer pun nak marah kat si pontianak nih, tunggu lah cerah-cerah nantini dah lah time maghrib nih kawan aku, mat agak resah sedikit.

Aku tak nak tidur dekat ngan nixk malam ni!! Sorry lerrtak nak tidur ngan org cakap besar nih balas agus pula, seorang kwn kami dari seberang, juga merupakan housemate kami.

Aku tersengih-sengih.Agak terkejut dengan telatah diorang! Serius, memang aku tak sangka diorang sepenakut itu. Salahkah aku mencabar syaitan keparat itu? Buat apa aku nak takut? Aku seorang hamba Allah yang takut pada Allah yang Maha Esa.Apa guna Al-Quran di dada dan apa guna doa pendinding aku? Why diorang takut sangat nih? Tak pernah aku dengar orang meninggal sebab kena cekik dek hantu, kecuali dari filem filem korea n omputih yang entah apa-apa itu.Hati aku cuba menenangkan aku dengan pelbagai idea-idea yang logik.Dan kesimpulannya ialah, aku takkan takut dengan pontianak tu!.

.:: Menanti Kehadiran Pontianak ::.

Kemudian kami bersurai dan masuk ke rumah sewa.Malam telah menjelma. Kami meneruskan study kami semua. Kebetulan time tu tengah exam untuk diploma kami.Dan aku kebetulannya tidur dengan aman pada malam tu..

Pagi esoknya kawan aku tersengih-sengih macam kerang busuk bertanya pada aku, nixk, camner semalam?ada jumpa apa-apa tak?

Jumpa?hehehedia takut nak datang jumpa aku, aku kalau boleh nakkkk sangat jumpa ngan diaNak tengok rupa dia camnernak tengok wajah diakalau boleh kasi wajah yang lawa-lawa lahaku tak nak tengok wajah dia yang huduh itu Jawab aku, cukup yakin,Cukup mencabar, dan fikir aku ianya cukup untuk menggerunkan hantu-hantu disekeliling aku, Pontianak konon!cit!!

Errkkkk!kawan aku terkejut, terkejut dgn cakap besar aku tu agaknya.Memang patut pun dia terkejut.Dia belum kenal Nixk ni siapahehehe

Pukul 3 pagi, kami masih lagi bersengkang mata membaca buku. Besok petang ada Final Exam. 3 orang rakan housemate sudah lama tenggelam dilamun mimpi, tinggal lagi aku dengan si mat, my bestfriend aku dulu.

Aku masih meneruskan bacaan aku.Tak silap aku subject Ekonomi Islam, aku masih tinggal beberapa bab lagi.Tiba-tiba mat datang kepada aku.

Nixk, aku masuk tidur dulu, nanti kejutkan aku around pukul 4 pagi yer? ujar mat, dengan mata yg agak merah sambil menguap.

Orait mat, pukul 4 yer?nanti aku kejutkan Jawab aku, endah tak endah, khusuk mentelaah buku ekonomi Islam ni..ada tiga bab lagi!!
Mat berlalu pergi, menuju ke belakang ruang tamu,tempat kebiasaan.begitulah kehidupan kami, tidur beramai-ramai di belakang ruang tamu.Membaca.txt

Dan aku? Aku meneruskan bacaan ku di atas sofa di ruang tamu.Sofa dirumah sewa?yajgn terkejut sekiranya ku katakan rumah sewa kami punyai TV,sofa,dapur dan mcm-mcm peralatan yang tidak sepatutnya berada di rumah sewa orang bujang.Itulah kami

Pukul 3.30 pagi, semua orang sudah terlena.Mat pun sudah lama terlena.Enak dibuai mimpi.Aku?tinggal 2 bab lagi yang masih belum dibaca... Namun aku sudah mulai membaca sambil berbaring.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan angin yang cukup kuat diluar rumah. Hairan aku, tak pernah pula aku mendengar angin sekuat itu.Persis didalam Tv pulak, dalam cerita-cerita seram, fikirku

Fikir realistik ok? tegas ku bila dtg andaian macam-macam,terutama andaian mengenai cerita-cerita seram

Rasa sejuk mulai mencengkamDan aku akan menyambung cerita ini next entry..hehe..sbb aku dah start ngantuk nih.



__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

(sambungan)
Pukul 3.30 pagi, semua orang sudah terlena.Mat pun sudah lama terlena.Enak dibuai mimpi.Aku?tinggal 2 bab lagi yang masih belum dibaca... Namun aku sudah mula membaca sambil berbaring. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan angin yang cukup kuat diluar rumah. Hairan aku, tak pernah pula aku mendengar angin sekuat itu.Persis didalam Tv pulak, dalam cerita-cerita seram, fikirku Fikir realistik ok? tegas ku bila dtg andaian macam-macam,terutama andaian mengenai cerita-cerita seram

Rasa sejuk mulai mencengkam diri kuFikiran aku sudah mula celaru..
Ada sesuatu di luar sana? tanya hati ku lagi

Why angin kencang semacam nih? Aku mengeluh lagitak sedap rasanya untuk keseorangan sebegini.Rasa menyesal mulai datang
Why ler aku ni mulut celupar sangat sejak dua menjak nih?kang dah takut sekarang nih
Tapi aku kena beraniNanti jatuh ler standard aku seorang lelaki berani di depan housemate aku nih..

Kemudian angin diluar sana semakin menggila..Kencang tiupannya..Daun-daun pokok manggis kedengaran berlanggar antara satu sama laindan kedengaran daun-daun berguguran
Nak hujan ker nih? tanya hati aku, sebenarnya bertujuan untuk memujuk hati ini.
Aku masih mengadap buku diatas sofa, dan sofa tersebut mengadap jendela yang terbuka cermin-cerminnya.Ada 3 jendela cermin didepan aku,semuanya terbuka.Dan disebelah ketiga-tiga jendela itu, terletaknya pintu rumah yang sudah tertutup rapat,dan aku tak pasti ianya berkunci atau tidak.(korang kena imagine benda nih,sbb berkait rapat ngan cerita aku..)

Tiba-tiba bulu roma aku menegak, kat luar rumah terdengar seperti ada something bergerak-gerakKucing??? hati aku meneka

Teringat balik kata-kata aku ptg semalam.Jumpa?hehehedia takut nak datang jumpa aku, aku kalau boleh nakkkk sangat jumpa ngan diaNak tengok rupa dia camnernak tengok wajah diakalau boleh kasi wajah yang lawa-lawa lahaku tak nak tengok wajah dia yang huduh itu

IskApsal la mulut aku ni tiada insuran aaa? Kang dah takut niBadan aku mula berpeluhtak senang dengan situasi sekarang, situasi dimana kedengaran angin bertiup kencang,bunyi daun-daun berlanggar antara satu sama lain dan berguguran dan bunyi sesuatu diluar..

Tiba-tiba mata aku terpaku di jendela cerminada lembaga di depan akulembaga putih.

"Pontianak!!!"

Ya, Memang aku pasti pontianak perempuan berada diluar rumah, di hadapan jendela cermin aku.Aku hanya dipisahkan dengan jendela cermin itu lebih kurang 9 kaki sahaja dari sofa aku.Aku terkedu.

Sampai sekarang aku masih ingat rupanya.wajahnya menampakkan dia merupakan seorang pontianak perempuan dalam didalam usia umur 25-29 tahun lebih kurang.Pakai baju gaun putih (aku tak sure baju apa, tapi berwarna putih),rambut dia? Rambut dia tidak menggerbang seperti kebanyakan cerita hantu yang aku pernah tengok.Panjang rambut dia lebih kurang sejengkal melepasi paras bahu,kusut tapi sedikit ditiup angin,Muka dia? Tak lawa dan tak huduh, muka paras sederhana.Tak pucat sangat, tapi putih seperti kulit lama, macam ada penyakit kulit yg putih tapi kulit tak segarTidak ada taring(usahkan taring, gigi pun aku tak nampak sbb dia tak bukak mulut).

Aku sure aku tengok pontianak tuh.Aku pasti aku memang betul2 terjaga, dan aku tidak tidur lagi.Aku 3 kali mencubit tangan sendiri demi untuk memastikan aku terjaga atau tidak,(masa aku mencubit tu, aku berdoa kepada tuhan agar itu semua mimpi!supaya aku cepat-cepat terjaga dari mimpi, tapi rupa-rupaanya memang bukan mimpi, tapi realiti).


Dia bergerak dari jendela cermin pertama kepada jendela ke dua,seolah-olah berkata-kata

Kau yang ingin tengok wajah aku kan?Kau yang mencabar aku kan?

Jelingan nya cukup-cukup tajam, seolah-olah menyimpan dendam kepada aku sejak berkurun lama. Aku terkedu,
Takut? Ya, aku akui aku takut melihatnya..Memang aku takut.Walaupun wajah dia tidak huduh cuma sedikit pucat, tapi dia still adalah hantu!!!
Mengapa tak terpekik?kejutkan kawan-kawan yang tidur? Mengapa? Aku terkedu, aku panik.Aku tak mampu berbuat apa-apa.terlalu panik.
Ko dah baca doa? Kata ada ilmu pendinding ngan ayat2 suci Al-Quran, Tak, aku tak baca, aku jadi lupa, aku seolah-olah terlalu panik, tidak tau apa yang perlu dibaca.

Dari tingkap kedua dia bergerak ke tingkap ketiga, pontianak tersebut bukan berjalan, tapi aku sure sangat dia seolah-olah tidak memijak tanah.Dia bergerak-gerak dengan cukup perlahan(serius, pengalaman arahan-arahan pengarah filem hantu rupanya berdasarkan pengalaman mangsa, aku boleh bersumpah yang memang dia bergerak seolah-olah terbang sedikit,seakan-akan kaki sejengkal dari tanah) .
Dan matanya still memandang aku dengan cukup geram.Tajam,aku jadi makin pucat..

Please, aku pohon kau jauhkan diri dari sini! hati aku memohon..Mulut sudah terkunci, tidak mampu berkata apa-apa.
Dan apa yang aku pasti, disebelah tingkap ketiga ialah pintu rumah aku.Tertutup tapi aku tak pasti ianya berkunci atau tidak..
Dia bergerak lagibergerak perlahan-lahanKe depan PINTU RUMAH AKU!!!!

Aku bergegas bangun, terus ke belakang rumah dimana rakan-rakan aku mats,agus, amar, saiful tengah syok tidur..
Mats bangun Mats! Ko kata bangun pukul 4 nih! Bangunlah mats! Aku mengejut mats,tapi mats tidur mampus!!Dan memang semua kawan-kawan ku yang tidur tu takkan bangun kerana mereka kepenatan sangat sbb study dan tidur lewat.
Uwaaaaaaaaaaa!!! Matilah aku kali nih..hati aku merintih.

Aku memandang pintu rumah, tombol pintu masih tak terbuka,dan aku dapat rasakan pontianak masih didepan pintu rumah itu, cuma tunggu masa untuk membukanya sahaja.
Hati aku cuba beranikan diri.Aku menarik selimut kawan-kawan aku tu dan aku menyelimuti diri aku. Dan ketika itu aku sudah mulai terkumat-kamit.Membaca segala doa dan ayat Qursi.Dan aku tidak sedar lagi bila masa aku tertidur.

Aku senyum bila aku bangun pada pagi itu.Senyum dengan segala pengalaman semalam. Senyum kerana aku masih selamat.Dan senyum kerana pada hari ini tidak akan ada keluar tajuk akhbar yang bertajuk Pelajar Kolej Islam mati Dicekik Pontianak.
Alhamdulillah.

Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa. Apa pun jua, kita tetap hambaNya.Dan juga kita tetap percaya kepada alam ghaib.Alhamdulillah aku selamat, dan pontianak tersebut hanya sekadar memenuhi hasrat aku yang ingin melihat mukanya sahaja.Syukur.

Moral Disini: Walaupun korang seorang yang cukup berani, tapi janganlah terlalu mendabik dada dan mencabar makhluk halus sesuka hati , mereka sentiasa mendengar...

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 225
Date:

eeeee e e e e eeeeeeeeeeee pengggggsannnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!

__________________

aku mau jadi muslimah sejati.... aku mesti jadi begitu...... Insyaallah!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

eeeeeeee .....eeeee.... toinkk .... tonkkkk .... bluppp....... bluppppp

eeeeeeeeeeee .... kakutnerrrrrrrrrrrr ...... ( pengsannnnnnnnnnn ..... )



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 162
Date:

ehh cik badak ... badak mane ada melompat

__________________

hidup kalu selalu nyusahkan org...bek x pyh idop

jgn lari dari mslh sbb semakin kita lari maka makin byk la mslh ikot kt...jd tempoh saje mslh itu...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

ni badak sarkes aduka wei...
tu yg pandai melompat..toinkk..toinkk

__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 162
Date:

oo cam 2 ek kak gayoh ek...nape tulisan dia panjang2 bunyi nyer sarkas jer

__________________

hidup kalu selalu nyusahkan org...bek x pyh idop

jgn lari dari mslh sbb semakin kita lari maka makin byk la mslh ikot kt...jd tempoh saje mslh itu...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

toinkkk .. toinkkk tuu ... kire taik idung haku le yang jatuh ... eh ... silap ... bulu idung haku yang jatuh (.... x baik cakap taik .... taikkk ... geliiikkkkk ....) ... akceli ... cerita seram wawa nu .. best la ... coz aku memang suke citer seremmm ....



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 162
Date:

wawa wawa oo cik wawa cik wawa copy teh citer ni kat mane???leh tau x

__________________

hidup kalu selalu nyusahkan org...bek x pyh idop

jgn lari dari mslh sbb semakin kita lari maka makin byk la mslh ikot kt...jd tempoh saje mslh itu...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

kt blog someone....nape??

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 225
Date:

senang nak pi sana bace ehehehhee

__________________

aku mau jadi muslimah sejati.... aku mesti jadi begitu...... Insyaallah!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

http://kumbangsesat.blogdrive.com/archive/43.html

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 57
Date:

wak org baru...hari2 dengar citer hantu ko org....
wa..waaaa..tu lah berani sgt...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 371
Date:

rasa mcm aku plk yg tgh dok kt sofa tu....seremm...

__________________

~~~~ No Need To Die To Prove A Lie ~~~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

wak parjo.....hahahahahah....org ckp beso mmg selalu jumpe....jap...cmne ari2 wak dgr cite ktorg....mane der kitorg record suare pun dlm gc nie....musykil....suare sape ler yg wak dgr tu....ahakzzz....

meimei....hahahahah...kalu nk rase...cer ckp cm dia tu kuat2...insyaallah akan mengalami sendiri peristiwa tuh...mebi lg thrill....hik3.,..

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 162
Date:

wawa ckp beso 2 cam kt ckp kuat2 2 ekkk...hekhekhek

__________________

hidup kalu selalu nyusahkan org...bek x pyh idop

jgn lari dari mslh sbb semakin kita lari maka makin byk la mslh ikot kt...jd tempoh saje mslh itu...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

ha??cmne tu katak??wa xphm ler....

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 162
Date:

saye tanye ckp beso 2 cam ne...adakah ckp beso 2 cam yg ckp guna mic 2

__________________

hidup kalu selalu nyusahkan org...bek x pyh idop

jgn lari dari mslh sbb semakin kita lari maka makin byk la mslh ikot kt...jd tempoh saje mslh itu...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

cakap gune mic pun leh...ckp gune healer pun leh....cakap gune mulut bleh...cakapak pun leh...ikut suke ati....kalu ati anda suke...itu tanda anda eppy.....

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

elehh cik ponti ni, setakat budak perempuan dengan mamat ni boleh laa ko nak eksyenn, meh laa sini aku karate bulu idong ko tu!!
marah ijoi pada cik ponti dalam hati, nak marah betul2 takoottt, kang dia dengar, naya..

(harap2 cik ponti tak baca post ni, kang dia cari aku, tak cukup tanah nak lari... mana tau dia pun member GC.. )

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

eh ijoi...cik ponti pun pandai tenet tau sekarang...jage2 ler dia datang melawat nanty...so nanty pengalaman tulis ler dlm gc nie...bg kami bace.,...hik3...

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard