Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Jom fikirkan sejenak.. #4


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:
Jom fikirkan sejenak.. #4


 

11-ya.jpg

Teori ini mungkin berasal daripada novel Micheal Crichton, Andromeda Strain. Dalam bulu ini, salah satu karakter memberitahu tentang top-secret U.S. goverment menyalurkan dana untuk projek kajian medikal yang kononnya telah menemui sejenis dadah/drug yang bukan saja akan menghentikan reproduksi bakteria didalam tubuh manusia, tapi juga akan membunuh semua jenis penyakit, sel2 virus yang diketahui sains, tanpa kesan sampingan serius terhadap tubuh manusia.

Fakta yang ia mungkin diambil dari novel tidak menjadi teori konspirasi yang mendakwa Crichton hanya mereka fakta, sebenarnya dia takut untuk mengaku, sebabnya dia meletakkannya didalam cerita fiksyen semata. Teorinya, dadah ini tidak diberi nama, tapi ia dikatakan hanya menyebabkan cirit-birit kepada penggunanya, kerana ia juga membunuh bakteria baik di dalam sistem badan, ia membunuh sel kanser hanya dalam sehari, ia juga membunuh virus AIDS, siplis, Herpes Simplexes I dan II, Rabies Encephalitis, dan setiap jenis penyakit yang diketahui manusia sejagat.

Dikatakan dadah ini sangat berjaya, sehingga apabila ia hampir diedarkan, doktor menghentikan pengambilan ubat ini daripada pesakit selepas beberapa bulan, dan semua pesakit itu mati dalam kurang seminggu akibat penyakit yang tak pernah diketahui sebelumnya, yang mengakibatkan mereka mati akibat keadaan rosak teruk dan mengerikan di dalam tubuh badan mereka: otak mencair, kanser bersaiz melampau dalam setiap organ dan tisu badan dalam sehari, hati terwap dan bermacam lagi. Sebabnya? Akibat dadah ajaib ini, tubuh manusia tidak lagi memerlukan sistem antibodinya, jadi ia menghentikan fungsinya. Dan bila dadah ini tidak lagi diambil, tubuh yang sudah tiada lagi sistem imunisasi/antibodi bakteria baik, buruk, semuanya telah mati dan akibatnya, sel2 dan kuman2 akan menghasilkan penyakit2 yang baru, yang tidak pernah dilihat.

Itu semua hanyalah hasil nukilan Crichton, tapi konspirasi mendakwa yang dadah ini benar2 wujud, pernah di uji keatas manusia, dan tidak dipasarkan atas sebab yang jauh berbeza:  sistem imunisasi manusia tidak akan berhenti berfungsi, kecuali akan berkurang akibat proses penuaan atau akibat penyakit yang teruk(AIDS). Dan seperti konspirasi medikal yang lain, yang ini paling utama perlu dihapuskan/disembunyi oleh American Medical Association, yang pasti akan tutup, gulung tikar sekiranya ubat ini ada di pasaran terbuka.



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard