tak ade edah bg suami sbb suami xperlu mngandung....edah bg perempuan nie sbb nk pastikan betul2 benih suami xd dlm rahim dia.....tu sbb kene 3kali suci....takut ler dia bercerai hari nie next week dh kawin....2 bulan pastu mengandung...so xtau benih sape...tu sbb diadakan hukum edah...tp bagi suami xperlu sbb dia beri benih...tu yg wa tau ler...walluhualam =)
betol2 tu wawa.. yg ak ingat ustazah ak cakap pom cam tu gak.... lelaki kalo ai nie lapaz cerai,esok da ley kawen (kalo dye nak la) pompuan jek kene berEDAH
btol3...dan edah juga mengikut keadaan isteri...kalo isteri tu diceraikan mase die tgh mengandung...edah die tamat lepas bersalin...kalu die normal...3 kali suci dh tamat edah(lebey kurang 3 bulan gitu)....yg lain2 tu...err...google je lah...hehe
dh mane plak pegi matematik nie???sonyap yo....pogi ngiro duet nk blanjo wa mekdi sobab jwpn wa betoi ko??hahahahahahha...selamat mngiro yo incik matematik...hik3....wa saba menanti =)
Aku rasa terpanggil untuk menjawab soklan Incik Mat nii ... buleh ye ...
setelah aku tercari2 buku di rumah aku .... kerana ada beberapa buku mengenaii fiqah dan panduan nikah kahwin .... akan tetapi .... memandangkan almari buku aku ...penuh ngan sawang ..... x jumpa pulak buku tu ....
so .... sebelum aku memanjangkan bicara aku tentang `iddah' suami ... jumpalah akan aku .... satu buku .... dan merujuk kepada buku Panduan Bertunang dan Bernikah Kahwin Mengikut Lunas2 Islam .... yang disusun oleh Dato' Haji Hasbullah bin Haji Abd Razak ... terbitan Jabatan Agama Johor ...
Makna iddah .. dari segi bahasa .. bermaksud bilangan.
Definasi iddah dalam syara' pula .... ialah satu tempoh masa yang ditunggu atau perlu dilalui oleh isteri yang telah diceraikan oleh suaminya .... untuk mengetahui di dalam rahimnya sebagai menentukan keturunan atau untuk `berkabung' di atas kematian suaminya atau menerima perintah Allah (maksud dalam buku tersebut) ..
Dalil mengenai iddah :
Firman Allah ayat 1 .. Surah Al Talaq .. bermaksud ` Wahai nabi, apabila kami mentalak (menceraikan) perempuan-perempuanmu (isteri), hendaklah kamu ceraikan diwaktu mulai idahnya,kemudian kamu hitungkah idahnya itu, dan takutlah kepada Allah, Tuhanmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari dalam rumahnya dan jangan pula mereka keluaar,kecuali jika mereka memperbuat kejahatan yang nyata. itulah batas (hukum) Allah. Barangsiapa mlanggar hukum Allah, maka sesungguhnya ia telah menganniaya dirinya. Engkau (hai lelaki yang menjatuhkan talak) tidak tahu, barangkal Allah mengadakan suatu halyang baru, sesudah itu (iaituhendak rujuk kembali).
Keterangan ayat ini boleh didapati di alam nota kaki dalam tafsir Quran Karim. Ayat 2, 3, 4, 5, dan 6 dalam surah tersebut juga mengenai talak dan idah isteri.
Firman Allah dalam Ayat 228, Surah Al Baqarah .. maksudnya ..` Perempuan2 yang diceraikan suaminya (ditalaknya) hendaklah menantikan dengan sendirinya tiga kali suci/haid. Tiada halal bagi mereka menyembunyikan apa-apa yang dijadikan Alah dalam rahimnya (anak, haid), jika mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian. Suami merekalebih paut kembali kepadanya (rujuk) ketika itu, jika mereka menghendaki kemuslihatan. (hak) untuk perempuanseumpama(Kewajipan) di atas bahunya, secara makruf dan untuk lelakiada kelebihi satu darjat dari perempuan. Allah Maha Berkuasa lagi Maha BIjaksana".
Maksud hadis yang diriwayat oleh Abu Daud dan At Tarmizi .. `Tinggallah engkau dalam rumahmu sehingga habis idahmu, maka beridahlah engkau di sana selama empat bulan sepuluh hari'.
dalil2 di atas ... menyatakan iddah bagi isteri samada iddah kerana talak bain atau talak rajie ... tiada penjelasan mengenai iddah suami ....
walau bagaimana pun ... pada hakikatnya ... suami juga perlu ber iddah .. atau ada `iddahnya' sebagaimana iddah isteri/perempuan...
terutama bagi kes ... suami yang mempunyai 4 isteri ... kemudian ingin menikah seorang lagi ... beliau terpaksa menceraikan seorang isteri dari pada 4 isteri tersebut ....` iddah ' suami sama dengan iddah isteri yang diceraikan (3 kali suci ) ... bagi mengelakkan suami merujuk kepada isteri ... sedangkan beliau telah menikah lain (untuk mengelak terjadinya 5 isteri ... jika suami tidak melalui iddah ) ... atau menceraikan isterinya untuk berkahwin dengan saudara kepada isterinya (adik beradik isteri) ... untuk mengelak dari berhimpunya dua adik beradik dalam satu perkahwinan . (iaitu .. jika suami merujuk kepada isterinya ... sedangkan beliau telah menikah dengan saudara isterinya ... tanpa isteri mengetahui hal itu) ... maka akan terjadi perkahwinan dua adik beradik serentak ...
oleh itu ... sebaik2nya atau seeloknya ..... biarlah suami berkahwin lain ... setelah tamat tempoh iddah isteri ...
aku x pasti korang paham atau tidak penjelasan ini ... tapi ... aku pahamlah .. maklumlah ...... aku pun ... hanya insan biasa ... manusia biasa .... hamba Allah kurang ilmunya... dan x selayaknya memberi penjelasan mngenai hal2 agama seperti ini .... memandangkan orang yang arif tentang agama dan hukum hakam dll (seperti Bro Blues aka Dr Harris, fizie, gab dan lain2 otai ...) .. aku perlu menjelaskan sedikit sebanyak untuk kita kongsi bersama .... Walllauhalam ...
berhubung dengan hal2 agama niii ... x boleh diperjelaskan atau diterangkan terlalu ringkas ... kerana takut atau bimbang ... ada tersalah pemahaman oleh mereka yang membaca .... semestinya penjelasan perlu disertai dengan dalil atau bukti2 mengenai hukum hakam tersebut atau mengenai perkara agama yang dibincangkan ... (sertakan firman Allah, hadis dan rujukan2 kitab dll ....
minta maap la Mat ... aku pun hanya memetik `iddah' suami ni ... dari Google ... `Iddah Suami' .... (...korang boleh carik jugak ...) ... dalam buku2 aku ... x jumpa lah buku tu .. kene selongkor almari haku tuuu ...
sekian, terma kasih
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
Makna iddah .. dari segi bahasa .. bermaksud bilangan.
Definasi iddah dalam syara' pula .... ialah satu tempoh masa yang ditunggu atau perlu dilalui
Seperti yg Pak Badot kate... Edah nie adalah satu tempoh masa menunggu... Pro Liao Pak Badot
Pertama, bile seseorang lelaki tu telah berkahwin empat... Bile die ceraikan salah satu isterinya.. Atau lebih dari satu pada waktu yg sama... Die perlu menunggu isteri yg dicerai tu abis edah.. Kalau tak tunggu, maknenye die dah kawen 5...
Kedua, bile seseorang lelaki itu menceraikan isterinya dan ingin berkahwin dengan adik isterinya... Perlu tunggu abis edah janda beliau sebelum boleh kawen dengan adik jandanya tersebut.. Kan haram kawen adik-beradik dalam satu masa...
-- Edited by Mat tHe MatiCs on Thursday 2nd of February 2012 11:10:34 PM
oh pak bada....panjangnyer....xlarat nk bace...so wa skip je erk??bace pendahulaun dgn penutup jer...kik3...
kami saje xnk wt karangan...kalu kami wt karangan nanty xcukup plak gc nie nk kami tepekkan....hik3...tu yg kami tulis tu mengikut pemahaman kami sbb kami nie xd ler pandai beno psl ilmu agama nie....jz basic2 jer...so kami beritahu dlm cara mudah dpaham bg teenagers cm kami nie....(hik2...teenagers ke lg???)....but thanks 4 the info even wa xbace abis...biase ler remaja cm wa nie...membaca adalah perkara paling akhir wa wat unless xd mende lain dh nk wt...kalu novel cintan cintun cepat ler...tp psl ilmiah nie....ye amat ler payah nk bace...hik3...tu sbb suke dgr ceramah jer...bace kureng ckit....=)
ko ni mat, br kena ceraikn dgn bini ko ke. X pe mat, ko jgn sedih2, nah amek ni mop, ko g mop mesjid negara lg byk pekdah sekaligus menambah saham akhirat.
betol2 tu wawa.. yg ak ingat ustazah ak cakap pom cam tu gak.... lelaki kalo ai nie lapaz cerai,esok da ley kawen (kalo dye nak la) pompuan jek kene berEDAH
Ternyata ustazah ko tu terlalu diskriminasikan orang lelaki... Andai kate terjadi 2 kes yg aku bgtaw tu.. Ayat "Hari nie Cerai, Esok Kawen lain" amatlah sangat tak boleh pakai...
aku amat setuju dengan pendapat yang diutarakan oleh ketiak gabriel tu. mengikut kajian yang dibuat oleh kumpulan Osbon dari universiti nurhaliza, lelaki juga mempunyai edah, malah edah lelaki lebih lama dari edah perempuan... edah itu akan berlaku bila lelaki tersebut akan membuat pinjaman Along.
Mat The Matics : woi... woi... tu bukan edah la ngok.. tu faedah... kalau ko pinjam along, ko kena bayar faedah dia.. atau bunga.... bodo...
Encik Rie : ooo yer ker... malunya saya (akibat malu yang amat sangat, rie pun terus menyusup masuk kedalam spender yang dipakai wawa ieda)
begitulah ... pendapatan dan penglihatan Otai-Otai Mod kita ni ... tentang Edah .. beliau - beliau bukan sahaja pakar dari segi bahasa .... malah ... memunapulasikan bahasa jugak ... beliau beliau itu ..... memang pakar ...
oleh yang demikian ... anak2 ... adik2 .. abang2 ... kakak2 .. makcik2 .. pakcik nenek tokwan .... berwaspadalah .... agar anda suuuuma .... tidak terpengaruh dengan watak dan sipat-sipat beliau-beliau itu ..... kelak anda rugi dunia dan akhirat ...
demikianlah .... pesanan penaja kepada peneribit topic ini .... Mat the Getik ...
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
laaa kan dah berbalah... ni ruangan teka teki kan bila masuk bab2 penjelasan agama tu.. musti la sepatotnya kat ruangan agama bila si mAt post kat sini.. sah2 ada le jawapan mughallazah yg dimintaknya tu maka lelaki memang le ada edahnya contoh2 dah diberi oleh dua makhluk kat atas tu.. tapi jawapan sebenar masih berada dlam minda si mAt sorang ntah apa le jawapannya.. edah..o edah..wat sirap limau dua..panggil si mAt rapid
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee