Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: cari pokkey aka tokek...jumpe cik pon..pon...(kopi pes lg...hik)


Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:
cari pokkey aka tokek...jumpe cik pon..pon...(kopi pes lg...hik)


"Kalau berat dah sampai sekilo mahu cecah 40 ke 50 ribu." kata Mat Juni sambil kibas-kibas ketiak guna baju yang dah lama ditanggalkan. Sejuk ketiaknya bila peluh evaporate ke udara, nikmat Allah bagi.

Muka Mat Juni cengkung dengan pipi berjerawat bertulang tinggi. Hidung juga tinggi macam israel tapi matanya pula lebam dan dalam, manakala giginya sedikit jongang, sikit saja macam Yusri KRU. Muka penuh asam garam kesukaran hidup itu sekarang kelihatan sangat letih tetapi bersemangat. Bersemangat dia untuk ubah nasib. Dan mentaliti melayu dalam kepala otaknya terus berperanan mencari penyelesaian mudah. "Empat puluh ribu... sekali kerja saja... kita kaya." Mat Juni sengih yakin.

Saleh angguk-angguk tenang. Sekali kerja... 40 ribu... lumayan! "Kat mana ada?"

Soalan ringkas itu buat Mat Juni menarik balik sengihnya. Perlahan-lahan giginya kembali ke dalam mulut. Riak wajah yang tak hensem miliknya kini mula memasuki fasa berfikir dalam-dalam. Sangat dalam buat dia pandang jauh-jauh ke ufuk.

Di atas kepala mereka berdua matahari semakin bersinar terik. Tar dah lama berasap. Nasib baik ada bayang bangunan Jusco Perda menaungi mereka yang sedang berbual di atas motor parkir tepi gudang penyimpanan sejuk beku buah-buahan import tempat mereka bekerja. Time adalah lunch, dan perbualan ringkas tengahari hari ini tidak seperti biasa. Tiada perihal Juliana awek Seven Eleven sebelah yang comel mungil suka pakai kebaya. Tiada perihal race motor malam-malam. Tiada perihal Wayne Rooney main betina. Tiada.

Hari ini tajuknya adalah binatang taik hitam putih darah sejuk iaitu cicak.

"Ada..." Mat Juni bersuara datar setelah lama dia biarkan suasana diam untuk dia berfikir yang mana dia tahu aksi berfikirnya itu hanya gimik semata-mata agar rakannya Saleh tahu bahawa dia, Mat Juni, juga ada otak yang berfungsi. "Ada... di Hutan Bukit Hijau."

"Kulim?" Saleh separa terperanjat.

Mat Juni betul-betulkan bontotnya di kusyen motor EX5 milik Ah Chong rakan mereka, macam lurah punggungnya tak berapa selesa, "Ya, malam ini juga kita pergi."

Bukan cacing rawit di bontot tetapi perut pedalnya yang sebenarnya tidak selesa memikirkan perancangan ala-ala seekers yang dia atur sendiri dalam kepala. Hutan Bukit Hijau siang-siang menyeronokkan, tetapi kalau malam-malam... tiada siapa yang berani. Walaupun begitu, Mat Juni tahu, setiap untung besar, risikonya jauh lebih besar. Maka, it is now or... never, fikirnya dalam loghat orang putih.

"Aku tak ada cangkul," kata Saleh serius, "kau ada?"

Cangkul? Mat Juni merenung Saleh yang tiba-tiba buat usul berkenaan cangkul. "Cangkul nak buat apa?"

Saleh melihat wajah Mat Juni blur macam buat-buat tak tahu benda basic sebegitu. "Habis, nak korek akar tongkat ali tu pakai apa?"

Tongkat ali?! "Aku cakap pasal cicak tokek la BONGOOKKKK!!," Mat Juni bertempik sambil menggigit cermin sisi motor Ah Chong sekali ketip.

Pang! bunyi satu lempangan berlaku.

Selepas melempang cermin sisi motor Ah Chong, Mat Juni kini terpaksa menerangkan ciri-ciri fizikal cicak tokek, tempat membiak, nilai komersial dan nilai hempedu cicak itu dalam bidang perubatan penyakit Aids kepada Saleh. Mat Juni akhirnya puas hati apabila sahabatnya si Saleh mengangguk-angguk faham di akhir penerangan.

"Ooo... cakapla awal-awal." Saleh sengih.

Tidaklah tinggi, tetapi semak cukup tebal. Malam gelap bulan separuh. Rangka pokok belaan hutan hujan semulajadi dah nampak macam gergasi hitam legap yang kaku tetapi seakan-akan bersedia menerkam.

Seumur hidup depa, Mat Juni, Saleh dan Loh Besi dah banyak kali ke jeram Hutan lipur Bukit Hijau ni. Biasalah, mandi-manda. Tetapi ini kali pertama mereka buat kerja gila ke tempat ini waktu tengah malam buta.

Tepi pondok guard mereka dapati satu ruang selesa untuk parkir. Mat Juni dan Loh Besi mematikan enjin motor, tongkat dua kasi kejap. Dengan matinya enjin motor Modenas Kriss and Yamaha 125ZR milik mereka yang tadi memekak dalam hutan, suasana kembali sepi dan getaran halus sepi itu mulai menusuk lubang telinga mereka sampai ke sum sum. Bunyi air terjun di kejauhan pula macam bunyi datang dari alam bunian saja.

"Fuhhh..." kata Loh Besi, lelaki 24 tahun berbadan gempal berkulit hitam kerja mekanik, separuh berbisik, "seram sejuk aku ni Juni. Aku nak 30 persen."

"Okey," suara Mat Juni berdengung dalam tekak. Tangan kirinya yang baru dipasang tangkal geraham harimau perasap kemenyan dengan 77 jampi petang tadi kini ligat memaut Solex pada rantai dan soket, matanya pula melilau kiri kanan yang gelap. Tangan kena minyak hitam rantai dah tak dipeduli.

Saleh yang membonceng dengan Mat Juni kini sudah bersandar di palang security melihat-lihat sekeliling macam seorang expert dalam ekspedisi ini.

Siang hari di hari minggu, Hutan Lipur Bukit Hijau dikunjungi ramai orang untuk mandi air jeram yang sejuk. Nyamuk aedes Bukit Hijau sempatlah juga pekena darah fresh sepam dua. Paling nyamuk aedes suka liang epidermis berlengas milik budak-budak remaja yang sedang hanyut dalam gelora cinta duduk bermadah asmara di tepi batu, atas wakaf dan tepi jeram. Budak-budak itu gembira, nyamuk Aedes pun gembira.

Di sebelah malam cuba cerita apa yang gembira di tempat macam gini? Semua sepi. Lampu jalan habis di pintu gerbang masuk tadi, semakin ke dalam suasana semakin menginjak ke alam durhaka, alam gelap syaitan. Ketika motivasi Mat Juni, Loh Besi dan Saleh makin goyah digugat suasana, bunyi ini tiba-tiba menaikkan kembali semangat mereka. Sayup-sayup dari dalam hutan tapi jelas.

'Ketek ketek ketek... tekkkooo... tekkk koo.... tekk koo... tekk koo...'

Mat Juni dan Loh Besi berpandangan. Menyeringai. Cicak tokek!


"Hoih hoih," Saleh pula menggelabah, hidung mengembang dan bergegas undur ke belakang. "bunyi apa tu?"

Loh besi kerling Mat Juni. Mat Juni geleng kepala tanda Saleh memang tak ada harapan.

Hutan ada bau dia. Bau klorofil, bau pigmen pokok yang basah, juga bau chemistry bunga hutan dan serangga liar. Sesiapa yang biasa atau sekali sekala masuk hutan akan tahu bau unik itu. Saleh pun tahu, tetapi malam ini ada bau lain mengganggu nostril si Saleh. Semenjak tadi bulu roma dia dah meremang-remang. Apatah lagi sebelum masuk tadi, semasa bersandar di palang security tadi, dia dah dengar sayup-sayup bunyi...

Saleh tak tahu bunyi cicak yang buat Mat Juni dan Loh Besi kecoh mahu masuk hutan cepat-cepat, tapi bunyi yang dia dengar tadi dia amat-amat tahu. Of course bukan bunyi cicak, cicak gila pun tak bunyi macam tu. Saleh tahu dia saja yang dengar. Bunyi itu berdesis, perlahan tapi jelas, datang dari dalam hutan. Bunyi nafas pon-

Hishhh! Saleh peluk tubuh kemas-kemas. QulhuallahuAhad, AllahusSomad, Lamyalidwalamyuulad, walamyakunlahukufuan ahad. Dia baca dalam hati terketar-ketar.

Mat Juni selaku ketua operasi kini mulai melencongkan langkahan mereka ke denai kecil. Mereka semua tahu denai ini bukan denai laluan yang biasa. Denai kecil itu makin ke dalam makin mengecil dan kini mereka mulai sibuk menepis pokok dan dahan kecil yang sibuk merintangi laluan mereka.

"Alamak." tiba-tiba Saleh berbunyi dan berhenti. "Aduii! Masa kau ambik aku tadi Juni, aku tengah goreng telur dadar la. Habislah. Habislah rumah aku terbakar. Kita kena balik sekarang jugak!"

Mat Juni dan Loh besi berpandangan. Loh Besi geleng kepala.

Mat Juni memandang Saleh, dalam gelap samar-samar nampak muka Saleh seperti mahu menangis. "Saleh kau jangan macam-macam, kat depan tu sikit saja. Aku kan dah baca doa tadi, kita dah beritahu elok-elok dah kita masuk ni. Bukan main redah. Jomlah, jangan risau."

Loh besi angguk-angguk.

"Tak buleh Mat Juni," Saleh ada rasa mahu kencing, "aku dengar tadi bunyi han-"

"Hoih!" Loh Besi potong pantas, "kau jangan celupar Saleh, aku tarah jubur kau pakai parang ni karang." Loh Besi angkat parang di tangannya. "Dah cepat jalan."

Ternyata parang di tangan kasar Loh Besi berjaya buat Saleh diam.

Semak dah makin tebal, Mat Juni yakin dia dah masuk lebih 500 meter ke dalam hutan ori Bukit Hijau. Dia mengepalai rakan komplotnya masuk ikut jalan belakang, bukan jalan yang dibentuk kepingan simen dan  batu yang dilalui orang ramai ke pinggir-pinggir air terjun.

Meredah hutan semak yang tidak dilalui orang di waktu malam jadi sangat sukar apabila lampu picitnya sentiasa hala ke bawah. Terpaksa kerana itu petua. Ubat nyamuk patah panjang sejengkal berasap di tangan kiri, lampu picit di tangan kanan, Mat Juni kini bergerak semakin perlahan. Loh Besi dan Saleh cuma menuruti.

"Loh," Mat Juni berbisik, "mana bom tadi, bagi aku."

Saleh melihat Loh Besi meraba kocek seluarnya dan menghulurkan sesuatu kepada Mat Juni. Saleh jadi curious. Tapi ketakutan buat dia diam saja.

BOMM!

Seketul bunyi bom bergema dalam hutan. Serentak dengan itu kedengaran pergerakan rawak ke semua arah.

"Kita bom kasi babi lari." Kata Mat Juni tanpa disoal siapa-siapa. "Nanti tak fasal-fasal kau kena sondol dengan babi hutan Saleh hehe." Mat Juni buat lawak untuk pancing Saleh yang semenjak tadi diam saja. Risau juga dia kalau budak Saleh tu diam tak berkutik macam tu.

"Ooo..." sahut Saleh perlahan.

"Okey, Loh, Saleh," kata Mat Juni menggamit sahabatnya, "tengok tu." Mat Juni buat pertama kali angkat lampu tinggi lalu turus sinar lampu itu merembat lurus tertimpa pada sebatang pokok sebesar dua pemeluk lelaki dewasa 50 meter di depan mereka. Di sekitar pokok besar itu ada pokok-pokok lain yang lebih kecil kurus mengelilingi seperti pengawal. Semak di bawah pokok besar itu pula lebih nipis dan jarang. "Itu pokok Beringin Rimba. Menurut maklumat, kat pokok tu ada cicak tokek duduk celah-celah kulit dan lubang, jom kita gi cari cepat-cepat, setengah jam saja... jumpa tak jumpa kita keluar."

Akar banir tinggi setinggi peha Saleh terpasak masuk menusuk tanah. Tanah itu pula lembut sebab dilapik jutaan daun kering. Dia merapat, perlahan-lahan tangannya mengenai kulit kasar pokok. Kulit itu menggerutu, berkeruping kasar merekah-rekah. Apabila dia meraba-raba pokok itu dia rasai kulit pokok itu turut berdebu. Macam berbedak. Bau pula sedikit hanyir atau seperti bau gris.

Gila, desis Saleh, ini pokok ke apa?

Walau rasa takut mencengkam, Saleh terpaksa memulakan tugasnya mengupas kulit pokok yang kasar merekah meleding hampir tergulung untuk cari cicak tokek yang dipercayai bersembunyi di belakang kulit pokok gergasi itu. Setengah jam saja, fikir Saleh untuk sedapkan hati, bukan lama.

Tugas spesifik itu diberikan kepadanya ketika sesi pembahagian tugas yang disampaikan oleh Loh Besi tadi. Di tengah hutan gelap berlatarkan suara cengkerik itu, bertitah Loh Besi penuh diplomasi, "Saleh, tugas kau cari cicak kat kulit pokok tu. Tugas kau lah paling mulia. Mat Juni pula sebab dia sorang saja ada lampu picit, maka dia jadi penunjuk arah kalau-kalau dia nampak cicak senang dia nak beritahu kau kiri ke kanan, faham? Mat Juni orang penting, jadi tugas aku pula menjaga keselamatan dia dengan parang ni!" kata Loh Besi sebentar tadi sambil angkat-angkat parang.

Dalam gelap tu, Saleh angguk saja.

"Ok, belah sana, belah sana," kata Mat Juni dari belakang Saleh sekadar Saleh dengar.

Saleh berpaling untuk melihat arah tangan Mat Juni yang berada di sisi Loh Besi menunjuk-nunjuk ke kanan. Kedua-dua mereka mencangkung saja macam sedang berak beregu. Itu tugas Mat Juni, menunjukkan arah, manakala tugas Loh Besi adalah mengawal penunjuk arah iaitu Mat Juni.

"Kanan Saleh kanan, macam cicak tu." bisikan Mat Juni dari belakang kedengaran lagi.

Saleh akur arahan pegawai penunjuk arah yang bertugas, lalu dia berganjak sedikit ke kanan, kopek kulit pokok di situ pula. Sudahlah disimbah cahaya lampu, satu-satu bunyi yang kedengaran kini pula adalah bunyi Saleh mengopek, dan bunyi kakinya mengacau daun kering. Saleh mulai berpeluh, dia tahu kalau rimau datang, dialah orang pertama rimau itu terkam.

"Nasib baik kau bawak dia," Loh Besi berbisik di telinga Mat Juni, "berguna."

Mat Juni sekadar sengih kembang memandang Loh Besi. Apabila sengihnya reda dan dia kembali ke Saleh, Mat Juni teruja tiba-tiba apabila dia terlihat bayang cicak berlari masuk ke dalam satu celah kepingan kulit pokok yang besar.

"Kiri Saleh kiri." Mat Juni sedikit melompat sambil mencangkung, "aku nampak, aku nampak. Cicak. Kiri kiri, atas tu sikit." Mat Juni menyuluh di tempat yang dia nampak cicak tadi. "Kaya kita Saleh, kaya!" Mat Juni kasi pam motivasi Saleh agar Saleh kerja keras.

Saleh terus bergegas ke kiri dan cuba mengopek kulit pokok yang dimaksudkan Mat Juni. Memang ada celahan agak besar di bawah keping kulit itu, ngam untuk cicak sembunyi. Tapi...

"Keras lah Juni," kata Saleh tercungap. Terasa kukunya hampir patah apabila dia terus mencuba. "tak boleh ni. Keras macam gampang!"

"Woi jangan sebut gampang kat sini la bodoh!" suara Loh Besi sedikit di luar batasan. Pantang dia orang sebut gampang dalam hutan.

"Syyhhhhh...."

"Apa ssyyyhhh... ssyyyhhh!" Loh Besi membidas, "itu pantang kau tahu tak Saleh!"

Saleh pandang Loh Besi. Hairan. Siapa cakap syyyhhh?

"Diamlah," Mat Juni akhirnya masuk campur, "Loh, kau pegang lampu ni, aku nak gi try." Mat Juni bangun lalu bergerak ke depan.

Saleh pandang Mat Juni pula. Hmm... mungkin Mat Juni yang cakap syyyhhh kat Loh besi tadi kot.

"Nah pakai parang ni," ujar Loh Besi.

"Tak boleh Loh, bahaya." Kata Mat Juni. "Buatnya kena cicak tu mati, lingkup kita."


Mat Juni kini ambil alih kerja Saleh. Dah rasa penat gila, Saleh apalagi, terus saja duduk ambil oksigen sambil memerhati giliran Mat Juni pula mengerah tenaga mahu mengumpil keluar kulit kayu sebesar kertas A4 itu. Saleh tengok Mat Juni lebih mudah buat kerja itu sebab Mat Juni lebih tinggi. Tetapi ternyata, selepas berapa kali teran tenaga, Mat Juni pun gagal termengah-mengah.

"Mat Juni," kata Saleh tiba-tiba, "ni ada kain buruk tepi pangkal pokok ni, nah, cuba kau lapik tangan kau pakai kain ni. Kejap sikit nak kopek."

Huh? Kain buruk? Mat Juni merasai darahnya berderau ke muka, lalu perlahan-lahan matanya menyorot mencari tangan Saleh. Belum sempat pandangannya mendapatkan tangan Saleh, cahaya lampu picit padam.

"Woi Loh, lampu-"

"Juni," suara Loh Besi kedengaran dari tempatnya, "aku rasa, kita kena blah la."

Kena blah? Mat Juni berpaling mencari Loh Besi. Dia lihat lelaki yang sedang mencangkung itu kini menyuluh lampu ke lain, ke sebelah kiri sana. Pandangan Mat Juni mula mengikuti turus cahaya lampu. Dan... Dia kini mendengar degup jantungnya sendiri cukup kencang. Dia kini nampak apa yang Loh Besi nampak...


Ianya susuk legap. Berayun-ayun, lebat dan padat. Tak jauh, hanya dalam sepuluh langkah di sebelah kiri mereka. Susuk legap itu susuk serumpun pokok buluh, mungkin buluh minyak. Rumpun buluh itu gelap betul. Daunnya yang gugur dan kering memenuhi tanah di depannya. Namun, Mat Juni lihat tanah di depan rumpun buluh itu sedikit berlekuk gelap, macam longkang. Lekuk itu gelap betul-betul gelap. Dan suasana yang dilihat itu menggoncang keberaniannya.

"Tempat itu," kata Loh Besi petang tadi semasa membuat perancangan cari cicak ini, "kata orang kampung, tempat pontianak beranak. Depa cakap, tempat tu ada rumpun buluh tebal, gelap. Lepas tu rumpun buluh tu plak memayungi lekuk besar. Lekuk itu sedalam 7 kaki iaitu kubur pontianak itu sendiri. Kalau terjumpa tempat tu baik cepat-cepat balik mandi bunga."

"Saleh," suara Mat Juni kini agak bergetar, "Saleh bangun Saleh, kita balik. Aku rasa rumah kau betul-betul dah terbakar ni Saleh, kena balik selaluh ni Saleh."

Saleh diam.

"Cepatlah Juni," Loh Besi bersuara gelabah, "gila ni Juni gila."

Mat Juni menarik pangkal lengan Saleh. Mereka bertiga bergegas melarikan diri, Mat Juni sekali lagi mengepalai sebab dia yang tahu jalan. Masing-masing berlari tak cukup kaki.

Sampai di motor, Mat Juni dan Loh Besi menyetat motor. Masing-masing dada berombak, dalam kepala fikir hanya mahu keluar saja. Semasa kakinya menerajang kick-starter motor, sempat dia melirik tangan Saleh yang sedang tegak berdiri menunggu motor hidup. Sedikit lega bila tiada kain buruk yang Saleh cakap tadi. Entah kain buruk apa, tapi imaginasi Mat Juni terhadap kain buruk itu amat celaka sekali. Kain buruk siapa tengah-tengah hutan kalau bukan kain pont-

"Cepat Saleh naik," motor Mat Juni sudah start, tolak ke depan. Tiba-tiba dia rasa tersangkak, langsung motornya tidak boleh ditolak ke depan. Tolak lagi, tak mahu juga. Macam ditarik sesuatu dari belakang tak kasi dia jalan.

"Solek tu bodoh!" kata Loh Besi.

Eh ye tak ye. Menggelabah Mat Juni menongkat motornya balik dan duduk membuka solex di rantai dan soket.

Loh Besi pula start motor tak hidup hidup. Mat Juni dah Saleh kini dah bersedia seperti Rossi siap sedia di garis mula cup prix. Tetapi motor Loh Besi pula tak nak hidup.

Berpeluh Loh besi sampai ke keting. "Macam mana ni Juni, tak nak start ni."

"Tolak," kata Mat Juni, "turun bukit nanti masuk gear."

Mengikut nasihat Mat Juni, Loh Besi menyorong motornya dan menaiki motor itu dalam free gear apabila ia mulai menuruni jalan yang cerun ke bawah. Apabila Loh Besi merasai halaju dah cukup matang, dia masuk gear satu. Trrrrr.... bunyi gigi gear cut in tapi enjin tak nak hidup.

"Tak payah nak try start," kata Mat Juni yang merempit di sebelah Loh Besi, "biar aku tolak je. Kat bawah kat kedai runcit sana baru kita start."

Tekaan Mat Juni tepat, sampai saja di kedai runcit di simpang jalan besar ke Kulim, sekali tendang saja motor Yamaha 125RZ Loh Besi terus hidup bergetar. Muka Loh besi sedikit ceria tapi tak seceria sebelum dia masuk tadi.

"Fuh, nyaris-nyaris kito tadi Juni." kata Loh besi masih takut-takut.

"Gile seriau aku sial," Mat Juni pula menambah, "buatnya kena ganggu tadi, mampus kita." Mat Juni kemudian berpaling ke arah Saleh yang sedang berdiri tak berkutik di sisi motor. "Aku risau satu saja Loh, ni si Saleh ni, lain macam aje ni. Jangan-jangan..."

"Hish!" Loh Besi memotong macam biasa, "jap aku cek. Hoi Saleh kau okey ke tak ni Saleh?"

Semasa Loh besi mula mengambil langkah untuk mendekati Saleh, lelaki bendul yang semenjak tadi diam itu bersuara, "aku nak balik." Suara Saleh sudah tukar. Macam sakit tekak. Garau.

"Kita nak balik la ni Leh." Mat Juni sudah berasa lain macam.

Kemudian perlahan-lahan tangan kiri Saleh terangkat menunjuk ke arah Bukit Hijau. "Aku nak balik ke sana." Wajah tunduk. Tangan kiri terangkat begitu. Tangan kanan di belakang. Suara pula garau. Saleh sebijik macam Zombie.

Ah, sudah. Mat Juni mula berpeluh. Ini bala ni bala. "Loh lain macam ni Loh. Kau reti buat ke ni Loh."

"Mana aku tahu." Loh Besi yang tadi berani dengan parang kini nampak hilang keyakinan diri. "Kau tu pakai tangkal gigi rimau, masuk la tengok."

Sedang Mat Juni dan Loh Besi mulai kaget dengan kelakuan aneh Saleh yang semacam kerasukan, tiba-tiba Saleh yang dirasuk itu menyeringai, sehingga nampak gigi taringnya. Serentak dengan itu Saleh mengeluarkan tangan kanannya dari belakang dan berkata, "aku nak hantar cicak ni balik sana, boleh? Ngeee."

Apalagi. Terlompat Mat Juni dan Loh besi dengan mata bulat. Tangan kanan Saleh kelihatan sedang menggenggam kemas seekor cicak tokek warna hijau bintik-bintik cokelat sebesar lengan budak tadika.

"Cilake kau Saleh," Mat Juni mendapatkan Saleh yang sedang ketawa berdekah-dekah.

"Woh mahu sekilo ni woi hahaha." Loh besi yang tadi hampir terkucil kini berteriak girang.



-- Edited by wawa_ieda on Friday 20th of January 2012 09:13:59 PM

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Super Member

Status: Offline
Posts: 791
Date:

panjangnyer...penat mate nk bace
so ending die tokek tu di msak 3 rase
but overall nice story..kongkang bukit peliharaan ijoi kini sudah tidak kencing malam
lagi setelah bace cite angker gini
terima kasih pawaarrutt saya menang cencurut

__________________

tumblrln61knlyhk1qbz3uh.gif

[saya lembam sekian terima kasih]



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

hahahahahaha...ooo...kalu mbace jer mate penat...kalu skodeng awek...xpenat plak mate tu erk??hahahhahahahh

salah..ending dia tokek msk tomyam ala carte....huk3...thanks kongkang bukit.....bfaedah jugak story nie pade kongkang tsebut...dia dh xyah gune pampers dh....hik3...

terima kasih pawaruttt....sy menang moto....hik3...

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

satay tokek pon sodapp...masak stim 3 hari 3 malam tanpa henti...kongkang bukit mesti meriah berparti....buat kenduri utk anak bini...

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

btoi...btoii...btoiii.....mmg xsyak lg....zaza ler yg mjadi chef kpd kongkang bukit tersebut....hahahahhahhaha

pssttttt....zaza....satey tu sure kaler ijau tompok2 merah kan???kalerful ler satay zaza nie...hahahahhahah

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

ishhh..bkn chef lerr...ceo pertubuhan tokek2 sedunia...

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

hahahahahha.....tokek pun ade pertubuhan...ini sudah bagus...ape motip ptubuhan nie...leh terang kan??ingt nak join....hik3...

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

erk? tanya sama pokok!!

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

pokok bkn leh tanye...kalu balak...leh ler tanye....hik3....bkn pokok balak....tp balak saye....hik3....

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

peh ... juling lobang idong haku membace kopi pes adik wawa niii ...

errrr...  kain buruk tu ...errr ...  pinjam buleeehhhh ????nak buat lap motor ... keh keh keh...



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

wat lap muka pon bulehh pak badar...hehehe..tp mesti minta izin dulu lerr.....mesti ade permit pertubuhan tokek2 sedunia

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

hahahahhahha...jgn pak baddar....zaza dh gune kain buruk tu mase beristinjak td...kikikikikikikikikkkkk....

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

isyh..wawa pun same gak...dia guna wat lap gigi pas mkn maggi td

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

tp wa gune dlu....zaza gune kemudian.....so thats mean zaza nye sisa2 cokelat tu masih ade lg dgn bau bauan yg ttinggal...hik3..

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

isyhh...sbenarnya sblm kite gunakan ade org lain yg telah menggunakannya dengan penuh kekusyukan terlebih dulu...cer tanya sape org tu kt kaunter pertanyaan...pak badar mesti lebih mengetahui hakikat ni...

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

omaigoat....pak baddar...cer citer...cer citer....wa xbgtau org nyer....wa buh dlm utube je nanty...hehehheheh

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

engkorang niii ... usah le membuat pitnah durjana lagi bersipat tidak tumukninah kepada diri haku ... yang amat budiman lagik bersopan santun ini  .... kelak haku tidak lena tidur .... asik tersawan kecing malam x tus ... oleh yang demikian anak-anak ....... pergilah menimba ilmu walau sampek ke negeri China ....

sekian.... terima kasih ... setakat ini sahaja  pada hari ini ... yang dapat cikgi hajor bahasa melayu lama kepada kamu yea ... (begitulah kata cikgi kambing incik asben kepada ... dua orang anak muridnya yang bernama wawa dan jaja ijati ..)



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

cikgu...kalu ilmu mane leh timba...air je buleh ditimba...kan??kan??kan??

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

tulah ko ....   dengo sangat kata incik asben ,.... bukan ke cikgi dah  kata  .... masuklah  darjah mpat merah ... enkorang masuk darjah mpat biru ... watpe .....memang le senantiasa ketigalan monorel .... lct segala ....

timba tu bukan saje buleeeh timba ilmu ... malah ........ buleeeh jugak melibas buah-buah pinggang ...... mau cube? meh sini .... (demikian kata cikgi kambeng incik asben ... kepada anak muridnya yang bernama wawa .. sambel beliau mengunyanh2 cawing gam ...)



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

tp kan cikgu.....mmg ler kami sentiase ketinggalan monorel sbb kami nk naik komuter....kami bukan nk pegi times square naik monorel...xnk ler pegi times...banyak abg itam....eeee....geli...hik3...


cikgu...nk tanye boleh??timba tu boleh libas buah pinggang je ker??buah halkum leh x??hik3..

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

ala jumpe cik pon jer pon...!! ntah betul ntah tidak... tu baru jumpe cik ponti... kalau jumpe pak badar... kompom tak sempat lari... waima nak bace ABC pon tak sempat....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

tp wa rase kalu jmp incik asbe....xsmpt wtpape...wa pengsan trus...tgk gambo pun wa ala2 nk pitam dh nie...hahahahhahah

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

hah .... begitulah sipat-sipat bersari incik asben ... haku hingat .... selama beliau berpantang (dalam hari) .... dan berposa sunat .... sikap beliau dah berubah .... hupernya ... same jek .... sama jek ngan kambeng beliau ... ngahahaha .... x sudah2 nak menakot-nakotkan bebudak .... isk isk isk ....

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 1055
Date:

tapi kan pak badda...incik asbe ckp dia bkn berpose sunat...dia bersunat aka berkhatan tok ke 186 kali je sebenarnyer.....tu sbb sikapnye ala2 kambing gurun kehilangan bulu masih menebal dijiwa beliau...kate incik kambing belaan incik asbe...hik3...

__________________

idop musty eppy....kalu xnk eppy...g bunuh diri....hik3...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard