ni bisnes MLM nikan?mcm head hunting scheme gakla ble aku open konye website.. either nak ne maintain point melalui tajaan/belian produk or carik downline.. its a shame how our government leh bagi license kat company2 MLM gini.. and its so pathetic meleis who thinks can earn a living through dis disgraceful bisnes.. how bout ko pomote ur so called bisnes kat CARIGOLD FORUM.. byk mamat-mamat..minah-minah gonjeng yg pomote bisnes MLM dalam tuh.. u know wut my middle finger for u >:O
memang aku relaks pon predom kolo tak da lame aku jd incredible hulk.. lagipun mmg aku kesian tgk pathetic meleis yg slalu brangan2 mat jenin join bisnis gini harap nak jd kaya n idup senang dalam masa yg singkat je kejenya.. orang kene bmule dari bawah bsusah2 dulu n bsenang kendian kte sume leh nmpak yg kt upline untung banyak..yg downline 2 ape pon tak boley! yg lebih malang ade yg siap wat loan semata2 nk join bisnis gini n then ble x balik modal mulela la meraban menyesal.. klu yg x insap lagi siap scam owang len lak..die xnak jd mangsa sowng2 so mende scam ni continuously circulate smpaila bisnes tu crash.. bile da crash yg downline sume merana yg upline larik x tnjuk muke da so sape yg tertarik dgn ape jenis bisnis MLM hentikanla impian anda sbab MLM kte leh putus kwan n sedara mara taw..
memang aku relaks pon predom kolo tak da lame aku jd incredible hulk.. lagipun mmg aku kesian tgk pathetic meleis yg slalu brangan2 mat jenin join bisnis gini harap nak jd kaya n idup senang dalam masa yg singkat je kejenya.. orang kene bmule dari bawah bsusah2 dulu n bsenang kendian kte sume leh nmpak yg kt upline untung banyak..yg downline 2 ape pon tak boley! yg lebih malang ade yg siap wat loan semata2 nk join bisnis gini n then ble x balik modal mulela la meraban menyesal.. klu yg x insap lagi siap scam owang len lak..die xnak jd mangsa sowng2 so mende scam ni continuously circulate smpaila bisnes tu crash.. bile da crash yg downline sume merana yg upline larik x tnjuk muke da so sape yg tertarik dgn ape jenis bisnis MLM hentikanla impian anda sbab MLM kte leh putus kwan n sedara mara taw..
Sebelum aku memulakan bicara, aku nak bagitaw aku tak join MLM... Prnh ada niat, tp diulang aku TAK PERNAH JOIN MANE2 MLM...
Tp aku still kurang setuju dgn pendapat ko... Ko kate bisnes Mat Jenin?? Ada ke bisnes kat dlm dunia nie kite buat tanpa angan2?? Hatta meniaga burger pun kite berangan2 burger daging bape paket leh jalan, ayam bape, hot dog bape...
Tapi ape pun aku sedar yang gagal lagi banyak dari yg berjaya... Tp bkn senang nak senang bro... Kena jadi MUKE TEMBOK... kene luang banyak masa, siang keje biasa, malam buat MLM... So kebanyakkan yg berjaya sbb usaha dorang yg GILE-GILE... So kalau nak berjaya, kene la buat mcm UPLINE buat... bkn buat ikut pale sendiri... Nak cari org malas, segan memang tertonggeng la...
Paling penting, dah name pun bisnes... Cite gan aku, bisnes ape xde risiko?? diulang BISNES APE TAKDE RISIKO??? So dah join tu, tanggung la risiko die.. Jgn salahkan org lain... Contoh, ko bukak burger, tibe2 gerai kene tarik gan Majlis Bandaraya, ko nak salah orang lain???
So sebelum join pikir... Dah join tu usaha... Bkn goyang kaki tunggu downline dtg sndr...
2nd, upline untung byk dr downline?? Ko kene pkr waktu dan tahun upline tu join... Boleh tak kite nak bandingkan orang yg dah 5 tahun meniaga burger dgn 1 bulan meniaga burger??? Kat sini boleh pkr yang mane wat untung banyak... Org yg meniaga 5 tahun tu, silap2 dah ada 2 3 bijik gerai... Contoh McD n Otai Burger... McD tahun bile bukak bro, Otai bile bukak bro... Bisnes sama, tp name McD leh untung banyak?? Sbb dorang org lama bro... Tp tak mustahil kalau owner Otai berusaha lebih, dorang boleh potong income McD...
So pkr2 la ekk...
-- Edited by Mat tHe MatiCs on Thursday 26th of January 2012 01:00:35 AM
Okey mat setiap orang ade pandangan masing2 kan pasal MLM ni cumeaku nak share kat sini dr segi pandangan islam..kepatuhan syariah itu sendiri as kte sume umat melayu ni mengaku islam..mengucap kalimah syahadah..sembahyang n etc...so sgt penting utk kte taw tentang hukum halal haram dlm sesuatu perkara lagi2 melibatkan perniagaan yg mana on certain basis ade unsur2 syubhah, gharar, riba..klu orang kafir lantakla diowang mmg x kisah pun mende gini tp kte sbgai orang islam knela berhati2 dan berwaspada dgn ape yg kte usahakan/ makan as sumenye akn msuk dalam darah daging ktekn..klu rezeki tu dtg dr sumber yg haram sape yg nk tanggung dosa?diri sindrikn..dats y aku suggest ko bukak website UZAR berkenaan pasal topik Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM utk lebih memahami pasal perniagaan secara MLM..
First thing first aku nk highlight kenyataan Mufti Besar Arab Saudi Tentang MLM yg mmg very straight-to-the-point.
Pandangan Shaykh 'Abdul-'Azeez Ibn 'Abdullaah Aal ash-Shaykh, Mufti Besar negara Arab Saudi : Sejenis perniagaan yang berdasarkan skim piramid - atau yang selalu dipanggil sebagai "multi-level marketing" - adalah HARAM. Objektif sebenar sistem perniagaan tersebut adalah untuk mendapatkan komisen yang diperolehi dengan menaja ahli baru ke dalam sesebuah syarikat, dan bukannya untuk mendapat keuntungan daripada penjualan produk itu sendiri.
Kat Malaysia lak lebih lenient as Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa secara amnya hukum Multi Level Marketing (MLM) adalah harus. MLM itu harus hukumnya sekiranya:
1) Transaksi iaitu akad antara penjual dan pembeli dilakukan atas kerelaan dua-dua belah pihak iaitu atas dasar suka sama suka dan tiada paksaan.
2) Barang yang diperdagang atau dijualbeli suci, bermanfaat dan sahih sehingga tiada unsur kesamaran atau penipuan.
3) Harga barangan yang diperjualbeli adalah wajar dan tidak membebankan.
Tetapi ada beberapa sebab yang akan membatal dan mengubah hukum harus tersebut kepada haram:
1) Hasil pendapatan bukan dari hasil penjualan barang.
2) Barangan yang ditawarkan tidak berkualiti dan benar-benar berguna atau mempunyai kajian saintifik.
3)Ahli menyertai MLM kerana keinginan terhadap pendapatan yang dijanjikan bukan produknya.
4)Harga tinggi daripada biasa.
Belian peribadi minimum (target) sebagai syarat komisyen. Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan harganya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193. (ini lebih kepada perniagaan internet seperti Login Facebook Dapat RM 100, TunaiSegera, RM20Segera, MySpaceMoney, DAPATWANG dan sebagainya).
5)Jual beli melibatkan barangan yang diharamkan dalam Islam.
6)Terdapat juga unsur mirip shafqatayn fi shafqah, atau bayatayn fi bayah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu). Contohnya aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandat kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan.
jadi berdasarkan fatwa tersebut ape yg kte perlu faham berdasarkn kepada fatwa tersebut jika salah satu dr kepatuhan syariah tersebut x diikuti maka jatuhla hukum haram..(ko leh lihat pandangan UZAR berkenaan isu ini)
aku amik contoh point pertama pasal hasil pendapatan bukan dari hasil penjualan barangyg mana klu salah satu amalan MLM tersebut jatuh dlm kriteria ni maka ianya dikira haram. Dalam point ni klu pendapatan tu based on head hunting scheme as we can see usually practices by MLMers dgn brusaha mencarik prospek/downline utk menjana pendapatan not caring for their own product then it will fall within the ambit of hukum haram not harus anymore..n if aku nk explain byk lagi leh dikupaskan kat cni tapi x muat dlm thread ni lak..juz to share my 2 cents pertaining to this matters..
And I would like to quote from hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in yg mana 2 relevan hadis pasal isu MLM ni seswai utk renungan kita sume bersama :
1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas : Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik. manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.
2) Perkara-perkara Syubhat : berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya. yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.
3) Bila berhadapan dengan syubhat : tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa - redha Allah.
Pengajaran hadis:
Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya. Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama. Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah. Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.
And one thing to those yg rase nk bace or usha pasal blog Aidid Muaddib pasal bisnis MLM okey gak..this guy wlupun his word looks harsh n vulgar but the facts that he posted pertaining to MLM issues still remains unrebuttable..setakat ni MLMers juz dare to attack him based on his attitude, writing n so-on so-called not on the facts dat he stated there
ohhh ... baru ler haku paham .... mungkin bagi incik Mat ... menjelaskannya dari segi kaedah perjalanan perniagaan itu .... tanpa menyentuh secara mendalam apa yang ada dalam MLM itu sendiri ... ataupun bagaimana ianya dilaksana .... di sini aku dapat memahami kaedah MLM ... dan hukum hakamnya dari segi agama ...... sebab ... waima apa pon ... lebih selamat jika kita kembali kepada syariah ... berdasar kepada hadis dan Al-Quran ... Wallaualam ...
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.