Peristiwa ni terjadi waktu aku masih lagi studi di sm keramat kl. Sebagai anak yang telah tiada parent, aku hidup atas kemahuanku. Bawa motor tanpa lesen dah biasa bagi aku. Siapa nak larang
Suatu pagi aku mendapat kabar sepupuku yazi ,dimasukan ke wad hospital akibat kemalangan. Petang itu selesai studi, aku berangkat ke hospital k.K.B Aku kira sepupuku yazi cuma kemalangan kecil. Sesampai di hospital aku diberitahu yazi sudah pun arwah. Lalu aku bergegas ke kampung. Sewaktu di kampung, aku juga tidak bekesempatan betemu arwah kerana mayatnya telah segera di kebumikan. Antara aku dan yazi cuma rapat masa kecil. Selepas itu kami tidak pernah besua muka. Jadi, aku sedikit kecewa kerana tidak dapat menatap wajah arwah kali terakhir. Akhirnya aku tertidur keletihan di lantai tamu.
Kira2 jam 11 malam aku terjaga. Suasana dalam rumah masih lagi muram. Ibu yazi aku lihat meracau2 sambil ditenangkan oleh keluarganya dan sanak saudara. Memikirkan tiada apa boleh ku bantu jadi, aku minta izin pulang. Konon nye ada exam esok. Sebenarnya hanya alasan supaya aku dapat pulang dan tidur dengan aman.
Aku pulang ikut jalan uluyam supaya cepat sampai ke kuala lumpur. Suasana jalan ketika itu amat sepi dan gelap. Kemudahan lampu jalan pun tiada.
Ah! Sunyinya malam tu, tiada kenderaan lain melintas. Menyesal pula rasanya tak bermalam dirumah arwah yazi.
Aku akhirnya tiba dipuncak bukit sempadan gombak. Aku mengerling ke kiri. Dengan power 360 darjah lampu motor, aku tetiba je terlihat satu lembaga putih sedang bediri di kiri jalan. Benda tu bediri dibalik semak. Tinggi pulak tu dan tanpa kepala. Sebenarnya aku dah terlalu penat waktu tu jadi aku selamba je. Sepanjang jalan menuruni bukit aku tercium bau wangi yang datangnya dari dalam hutan. Bau itu seolahnya mengekori aku. Sabar je la. One way street katakan hu hu... Aku terus cool dan berdoa saja.
Dalam perjalanan, kabus mula menebal sewaktu melintasi jambatan air terjun. Aku menembusi kabus putih salju. Bagai menembus awan. Dalam kabut yang kian nipis, aku terlihat sesuatu sedang bertenggek atas sebatang dahan pokok di jalan hadapan. Serupa lembaga tadi je. Bila masa pulak dia ke depan.? Hu hu....scarynye. Tampak jelas lembaga itu berpakaian baju kelawar putih dengan ketinggian hampir 6 kaki. Macam tau2 je aku tengah pandang dia, lembaga putih tu pun mengoncang2 pokok. Nak tackel aku la tu he he... Lalu bercucuran embun dari pokok jatuh ke tanah. Sekali imbas benda ni nampak macam monyet besar yang bediri tegak seperti manusia. Berselubung dengan kain putih. Betenggek pulak atas tahan. Ya rabbi! spesis apa kah ini?
Aku kuatkan semangat yang kian melemah ini. Aku kuatkan kuasa kuda2 kapcai, tapi semua serasa amat perlahan. Tiba2 lampu kapcai terpadam. Aduhai! Ape la nasib. Dah lah lampu jalan tiada, lampu motor pulak padam. Memang gelap sangat sebab kiri kanan hutan. omg! . -'Dugaan apakah ini ya allah' bisik hatiku. Tanpa sedar kapcai ku terbabas ke dalam longkang yang keras. Sakitnya bila terasa dinding longkang menghiris buku lima kaki . Bagai di sagat2 rasanya. Aku menjerit memecah hening malam. Semua jadi tak menentu dan aku terus pitam lalu semua jadi gelap. **************
Dalam kedinginan, telingaku menangkap bunyi kenderaan di atas. Aku buka mata. Semua sudah cerah. Aku tertiarap dalam longkang besar dihempap kapcai. Aku pengsan semalaman dalam longkang besar.
Kalau x pengsan aq betemu jodoh dgn mahkluk tu kot ekekeke betol jugak ckp ko mocona sb benda ni akan terus kacau selagi x kiok. ada member aq meroyan beminggu2 smpai nk mampos sb nampk mahkluk cani
ada satu ketika aku pindah kat sebuah rumah tu. Tiap malam waktu aku balik mesti ada sumthing yg dtg sambut kepulangan aku. Hijab aku xtebuka atau mungkin dia xnk bg aku tgk dia. Jd aku cume tau dia datang dr bau yg harum
tapi aku prasan kucing aku ketakotan kalau aku keluar rumah. Agaknye kucing tu boleh nampak wajah disebalik keharuman itu
so akhirnya aku beritau yang aku xmau lg bekawan. Sejak tu dia terus hilang
Cik sakura tu pasai nk msk rumah kne bg salam. Mane la tau dia tgh tido dpn pintu. Tokojut dia tgk cik sakura tibe2 serbu
cik mocona aq tau dr bau dia setempat bkn semerbak. Cth ko tgh mkn tiba2 ada bau wangi kat sebelah. Dia ada tu. Ko ckp mcm ko ckp dgn kawan2 ko. Janji hepi.
Kucing aq takot bila benda ni dtg. Nk tinggai bedua dgn benda ni kucing aq takot. Myb she luk scary n mean to my kat, when i leaving. I rather loose my gf to a kat