Semua orang pernah mengalami putus cinta kan? Ataupun ditinggalkan kekasih di tengah2 kehangatan bercinta? Ataupun percintaan dihalang pihak ketiga?
Apa yang aku ingin ceritakan pada hari ini bukanlah kisah cintaku, tetapi pengalaman misteri yang aku lalui sewaktu aku bersama dengan gadis kesayanganku ini. Jangan muntah dulu, teruskan membaca sampai habis tau.
Misteri Tasik Guthrie:
Semua warga sebuah universiti hebat di utara tanah air pasti mengetahui tentang tasik ini. Ya, inilah tasik yang terletak di belakang Kolej Kediaman Guthrie. Dan ini jugalah tempat aku dan gadisku selalu bermadu kasih asmara (tanpa sentuhan fizikal aa) kerana ianya menjimatkan kos, maklumlah sebagai pelajar yang berdedikasi (daddy kasi wang belanja) mana ada duit nak dating kat Marrybrown. Kalian mau tau kah macam mana aku berkenalan dengan gadisku ini? Tak payah la, ini bukan ruangan "Pengalaman Cintaku".
Ok. Cerita misteri ku di Tasik Guthrie terjadi sewaktu aku melepak dengan gadisku pada waktu malam. Malam tu ada Pesta Konvokesyen, jadi ramai la student yang melintas kat tasik tu utk pegi ke tapak pesta. Kami pun pegi jugak tengok konsert. Malam tu ada konsert nasyid, artisnya kumpulan Utama, kumpulan Firdaus dan Waheeda. Tengok, bagus tau dating pegi tengok konsert nasyid.
Balik tu, kami singgah la lepak kat tasik. Orang ramai lepak jadi tak la takut kantoi dengan unit keselamatan @ pak guard. Berborak dengan gadis ni perbualan pun menjadi lebih menarik, maklumlah setan pun ada sekali. Macam2 topik la yang kami bualkan, soal pelajaran, soal pitipitipu dan jumlah anak in the future. Sedar tak sedar, cuma tinggal kami dan sekumpulan bebudak cina yang duduk agak jauh dari kami.
Tengah2 rancak berbual, tiba2 aku terperasan sesosok makhluk berpakaian putih2 kuning berjalan di seberang tasik. Aku mencuit gadisku utk turut memerhatikan makhluk itu. Waktu itu, kami tak berasa takut dan langsung tak membayangkan makhluk itu adalah makhluk halus, tetapi bebudak cina tu tiba2 mulai bising apabila salah seorang dari deme nampak benda tu. "Haiyaa.. gong xi fatt choi.. nanyang siang pau.." dan macam2 lagi keluar dari mulut mereka. Sorang budak pompuan yg ada dlm group deme pulak macam nak naik histeria pulak aku tengok. Melompat2 tarik kengkawan dia ajak balik.
Melihat keadaan itu aku tetiba pulak naik seram. Aku tengok muka gadisku macam gabra jugak. Aku terus ajak dia balik.
"Bior I hantar u balik dulu daling", kata aku pada gadisku.
"Kepala hotak engko daling", mungkin itu balas gadisku dalam hatinya.
Sejak dari itu, aku dan gadisku tak lagi dating kat tasik. Kami dating kat Nongka pulak, sebuah tempat makan yang femes kat sana.
Haha.. undi ijoi untuk remaja paling hot dalam GC ni.. tenkiu adik yang sudi memberi komen pada cerita berbau longkang abg ni. hebat tau, cerita yang aku post ni tahap 4D pasal ade bau.. haha
alahai pak bada.....x payah la pak bada nk bodek bai tu....x dpt pe pn..... ke pak bada ngan bai tu ade hubungan sulit yg x di ketahui ni....ehem2....share la cket...
__________________
kemarahan adalah keadaan di mana lidah bekerja lebih cepat daripada pikiran, dan tindakan lebih cepat dari nurani
alahai pak bada.....x payah la pak bada nk bodek bai tu....x dpt pe pn..... ke pak bada ngan bai tu ade hubungan sulit yg x di ketahui ni....ehem2....share la cket...
oiittt lolo ... kok yea pon nak gosip gosipkan haku ... patut-patut le ... alang-alang nak gosip ... gosipkan le haku ngan .. si .. err ...syamsul yusuf ke ... ngan ... johny depp ke .... best jugak la ... femes sikit .... kih kih kih
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
ni crite seram ker crita nak promosi UUM? mwahahaaa
__________________
Rock adalah muzik yg disukai oleh masyarakat b'jiwa m'berontak, yg m'ambil sikap 'peduli apa'. Mereka tdk suka memikirkan soal2 yg m'gelirukn mereka. Krn itu mereka sering disalah anggap sebagai golongan yg menentang kelaziman hidup bermasyarakat