petang itu dalam pukul 5.30 pm. kasturi tengah layan GC. baca post2 n cerita2 dari kalian semua. tiba2, tapak kaki kanan kasturi terasa panas. panas hangat tak tahu nak terang macam mana. tapi kaki kiri tak terasa pulak. dulu, kasturi penah citer kan pasal saka yang dah buang tu, orang yang buang saka tu seorang cikgu di terengganu. namanya Cikgu S(maaaf :P). jadi, setiap kali kasturi berasa pelik atau tak selesa, kasturi akan khabarkan padanya.
"Salam, cikgu. nak ngadu sikit ni. cikgu, kaki Kasturi belah kanan bahagian tapak rasa panas la. tapi, rasanya cuma pada tapak saja, bahagian lain, dan kaki kiri tak terasa langsung" macam tu la kasturi hantar masej(macam 2 laa)...
lama kasturi tunggu... tiba2..
"itu tidak apa2 lagi, nanti satu masa kalau terasa ada sesuatu yang menyentuh tetapi tiada sesiapa, cepat2 khabarkan pada cikgu semula"
lepas aja mendapat mesej tu, kasturi terfikir, adakah saka kasturi itu datang semula? sebab, kawan kasturi sendiri tidak mahu berteman dengan kasturi disebabkan hal ini.
kasturi tak mahu sakit lagi... kenangan sakit selama satu tahun di tingkatan empat (2011)sudah cukup untuk kasturi sekeluarga.
sebelum berubat dengan cikgu itu, kasturi penah berubat dengan lebih 10 orang yang pandai dalam hal-hal yang macam ni. ada yang diantara mereka mengatakan bahawa jika tidak diubatkan, 'benda' itu akan menyerupai sesuatu/ seseorang, ketuk pintu rumah dan macam2 lagi. kasturi tak nak perkara itu terjadi. sekarang, Alhamdulillah, kasturi masih tiada rasa disentuh, cuma berasa seperti dicuit selalu. adakah itu tanda2 awal?? kasturi pun tidak tahu.
badan kasturi pun cepat penat, kepala kasturi sentiasa sakit, dan tahap kesabaran kasturi pada situasi yang bingit dan bising tak dapat di tahan sama sekali. anak2 saudara semuanya takut, walaupun mereka masih melakukannya(bising).
disini, kasturi nak minta untuk kalian semua kawan2 di GC mendoakan kesembuhan buat kasturi, tidak sanggup lagi rasanya menanggung rasa sakit yang menyengat, kadang2 terasa yang tulang kaki kasturi dikikis2.
sejujurnya, kasturi tidak pernah melihat 'benda' itu, hanya 'lampu merah' itu saja yang memberi gambaran bahawa kasturi punyai 'sahabat'. pernah kasturi termimpi akan mereka, tapi semuanya tidak jelas. hanya samar2 memberi gambaran.
jika benar bahawa kasturi masih punya 'sahabat-sahabat' itu, habis, apa yang dibuangnya dulu???
InsyaAllah semoga kasturi dijauhkan drp ap yg dimaksudkn..Aminn..
.SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh. Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka. Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya. Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka. Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga. Petanda seseorang mempunyai saka Gejala waktu tidur -Susah tidur malam. -Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut. -Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya. -Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan. -Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus. -Bunyi gigi berlaga ketika tidur. -Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur. -Berdiri dan berjalan ketika tidur. -Mimpi jatuh dari tempat tinggi. -Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan. -Mimpi melihat budak kecil. -Mimpi melihat salib atau gereja. -merintih dan menangis ketika tidur. Gejala waktu jaga -Selalu pening kepala. -Lalai mengingati Allah SWT -Sering lesu dan malas. -Rasa sakit di salah satu anggota badan. -Sakit di belakang terutamanya tulang belakang. -Lenguh sendi-sendi utama. -Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. -Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian. -Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup. -Mudah marah dan panas baran. -Emosional dan terlalu sensitif. -Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur. -Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu. edit/petikan/lebih lanjut metro (Jasad terseksa di hujung usia)
kasihan juga dengan masalah adik ... tapi aku x dapat hendak membantu ... sebab tiada kepakaran dalam bidang tersebut ...
apa yang boleh .. hanya memberi sedikit pandangan .... itu pon kalo adik x keberatan untuk mengamalkannya ...
kawan aku (satu opis) teruk jugak diganggu oleh saka arwah keluarga beliau .. macam2 .. dugaan dan kesusahan yang dialaminya ... termasuk gangguan makhluk jin tersebut ... beliau telah berusaha berubat dengan beberapa orang... Alhamdulillah ... sekarang beliau semakin sihat dan semakin tabah .... cuma ... amalan tidak boleh alpa dan lalai ... solat 5 waktu ... qiamulail ... sentiasa membaca surah Yassin dan ayat2 Manzil (ada buku tersebut .... boleh dibeli di kedai .. )
rawatan pula ... cuba lah di Darul Syifaq ... yang diusahakan oleh mana2 uztaz termasuk Dato' Dr Harun Din Alp Hafiz ... cuber google .... ada x lokasi yang berdekatan dengan kawasan /daerah adik ... kalo kat johor .. di kawasan UTM Skudai ...
tentang saka ... aku dah google .. SAKA ... bacalah ... dan ada gak ruangan rawatan saka .... usaha dan usaha lagi untuk berubat dan membuang saka ... setahu aku ... saka ni sukar nak dibuang ... tapi sebagai manusia dan hamba Allah ... adik cubalah lagi ye ...
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
terima kasih yang tak terhinnger kpd semuer.. memang benar aper yang dinyatakan oleh INSAN BERANI KADANG KADANG tu..tentang mimpi salib, ular, jatuh tmpat tinggi, emosi n sbgainyer... tapi Alhamdulillah, sampai sekarang solat 5 waktu ta penah tinggal... untuk pengetahuan semua, antara lebih 10 orang yang kasturi berubat, dia adalah anak buah ustaz dari darul syifa'. bahkan ke darul syifa' sudah puas. tapi hasilnya 0.. nak buat macam mana, ia tidak berhasil sama sekali.
insyaAllah, akan berubat lagi, tapi kat mana, bila, kasturi sndiri ta tahu sbb kadang2 biler kiter mencuber sesuatu, banyak kali mencuber, dan hasilnya kosong, tahap kepercayaan semakin susut.... kadg2 terpkr yg ini mmg takdir, tapi memikirkan Rahmat Tuhan itu ta akan pernah berhenti, rasa beerharap itu muncul, tapi, percaya... entah laa... minta doanya ya... sesungguhnya, senjata kasturi sekarang hanya lah doa...
Aku harap kasturi jgn sesekali berputus asa.,teruskan berusaha utk berubat..kalo kasturi putus asa,samalh spt memenangkn 'dia'.Mgkin Allah mahu menguji sejauh mana thp keimanan kasturi.
Aku msh igt pesan seorg ustaz kat aku...'jgn ssekali bsikap celupar atau mencabar 'dia'(makhluk halus) krn dia mmg x akn mganggu kamu ketika kamu dlm keadaan kuat smangat sbaliknya 'dia' akn sgera mnganggu kamu ketika kamu lemah..Jd disini, aku harap kasturi terus kuatkn semangat utk mghindarinya,.InsyaAllah 'dia' akn mnjdi lemah..

aku pon x dapat nak memberi saranan atau pendapat lain lagi ... sebab ... untuk membuang saka .. setahu aku agak sukar ... kena ada kesungguhan ... usah berputus asa .... istikomah dalam membuat amalan2 yang boleh menjarak atau menjauhkan jin atau makhluk2 itu dari tuan atau orang yang disukai saka ...
adik ... cuba lah amalkan ayat2 manzil selepas subuh atau ketika naik matahari dan sebelum solat magrib dan selepasnya ... kawan aku tu .. Alhamdulillah ... berjaya juga .. cuma .. sekali sekali kalo beliau lepa atau alpa .. gangguan ada datang jugak ,... itu pon tidak serius ... untuk makluman adik kasturi ... kawan aku tu ... sampai kurus kering beberapa tahun dan makan hanya barang2 atau makanan terpilih sahaja ... (sekarang ni .. anak sulung beliau pulak kadang2 terkena gangguan ...)
macamana pon ... tekadkan dalam hati dan minda ... Allah maha Pengasih dan Penyayang ... Dia akan membantu serta menolong hambaNya yang meminta (berdoa) ... dan jin atau saka hanya mkhluk Allah yang tidak berkuasa apa2 selain dari dengan Izin Allah ...
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
aku pon x dapat nak memberi saranan atau pendapat lain lagi ... sebab ... untuk membuang saka .. setahu aku agak sukar ... kena ada kesungguhan ... usah berputus asa .... istikomah dalam membuat amalan2 yang boleh menjarak atau menjauhkan jin atau makhluk2 itu dari tuan atau orang yang disukai saka ...
adik ... cuba lah amalkan ayat2 manzil selepas subuh atau ketika naik matahari dan sebelum solat magrib dan selepasnya ... kawan aku tu .. Alhamdulillah ... berjaya juga .. cuma .. sekali sekali kalo beliau lepa atau alpa .. gangguan ada datang jugak ,... itu pon tidak serius ... untuk makluman adik kasturi ... kawan aku tu ... sampai kurus kering beberapa tahun dan makan hanya barang2 atau makanan terpilih sahaja ... (sekarang ni .. anak sulung beliau pulak kadang2 terkena gangguan ...)
macamana pon ... tekadkan dalam hati dan minda ... Allah maha Pengasih dan Penyayang ... Dia akan membantu serta menolong hambaNya yang meminta (berdoa) ... dan jin atau saka hanya mkhluk Allah yang tidak berkuasa apa2 selain dari dengan Izin Allah ...
kami semua warga GC akan sentiasa mendoakan kasturi supaya saka itu tiada lagi dari kasturi...dan kami semua akan mendoakan jugak supaya kasturi sihat wala'fiat