baru2 ni aku mengenali sorang petugas keselamatan. kesempatan ini aku gunakan untuk mengorek rahasia2 misteri beliau dalam menjalani tugasan sebagai pegawal keselamatan shift malam. tentu banyak hal2 misteri yang boleh beliau kongsikan besama. nah! ini kisahnyaj....
Ni kisah beliau. Burn orang sabahan. Agama pagan i thought. Malam bulan mengambang. Cuaca cerah dan udara tenang. Bertugas menjaga sebuah shopping arked di ibukota kuala lumpur. Waktu itu pukul 3 pagi. Burn meronda sendirian melalui permis2 niaga setiap blok.
Waktu melintas sebuah permis makanan segera, burn terlihat bayangan putih. Pontianak! Yup! Itu pontianak. Sebagai seorang pagan peluang bertemu pontianak di anggap satu keistimewaan . Boleh mintak nombor keh! keh! keh!
Pontianak kelihatan begerak mundar mandir dalam permis. Rupa jiwa kacau. Burn pun ketuk2 pintu permis yang bekaca dan berlampu malam dengan tenang dan penuh harapan. Pontianak memandang kearah burn seketika. Pandangan bengis dan mata besinar. Wajahnya samar tapi jasadnya jelas tampak. Kemudian pontianak mula belegar semula di arena permis sambil menyanyi2 dan hilang.
Malam kedua pada waktu yang sama burn menghampiri permis itu. Kali ini lebih bersedia dengan membawa pad dari tandas wanita. Burn kepintu permis. Burn menyeru dan membaca beberapa ayat mentera. Tujuanya untuk berkomunikasi dengan pontianak bagi mendapatkan nombor. Kelihatan pontianak sedang duduk mencangkung atas meja makan. Bau darah menarik menjadikan pontianak makin tak keruan. Pontianak merenung tajam kearah burn dan kemudian hilang.
Selepas mendengar cerita burn, aku berminat untuk turut serta pada malam ke 3.
Seperti dijanjikan aku menunggu burn didepan arked yang sunyi dan tersergam creepy ekekeke...
Sementara menunggu kehadiran burn aku pun berjalan perlahan depan arked menuju kearah permis2 kedai. Suasana amat sunyi dengan ditemani lampu2 malam dari dalam kedai. It's really spooky to walked around this arcade past midnite. Angin bedesir lembut. Amat tenang hingga aku cuma mendengar derap kaki ku melangkah perlahan.
Sedar tak sedar rupanya aku sudah pun menghampiri depan permis makanan segera itu. Burn masih tak kunjung tiba. Tiba2 bergema suara wanita menangis sayu. Bergema di selluruh ruang. Aku tak tau dari arah mana tapi suara bergema dari seluruh arah. Aku jadi terpinga2 hingga pandangan aku tertumpu pada satu sosok tubuh putih. Rupanya aku sudah pun ada didepan permis. Nampak bayangan seorang wanita didalam permis memandang tepat ke arah aku. Muncul begitu sahaja. Tampak jelas siung dari bawah mulut. Tiba2 pontianak mengilai dengan hilaian yang panjang dan senafas. Meremang bulu roma aku. Lutut dah mengeletar. Mulut aku terus2an membaca ayat kursi. 'lari' tiba2 aku dengar suara. Rupanya ada sorang guard nepal ternampak hal yang sama. Apalagi bagai ribut aku pun lari ikut nepal bekaki tempang tu. Sampai kat hujung permis baru aku nampak burn sambil jinjing satu bungkusan yang bebau hamis. I dont know what ,but i really dont want to know. I finally decide to leave. That face keep haunting me
sekarang ni pontianak pun dah lepak kat bangunan2, sekor dua jer yang masih setia dok kat pokok2 besar kat kampung2, banyak yang dah gi bandar jugak laa.
huhu...memang kerja gila... berjumpa dengan kekasihku seru...eh, silap...bukan kekasih Sa ar... tapi memang x boleh dibayangkan... silap2 bayang, cik pon boleh termasuk dalam mimpi indah kita... Lagi 1... Danau Biru salah eja permis...sepatutnya PREMIS... tu jak...