Ada satu hari tu, ayah pegi membantu orang sakit di kampung bedekatan. Biasa aku dan adik akan menunggu ayah pulang sambil menonton tv. Tapi malam tu ayah balik lambat sangat sampai kami malas nak tunggu. Jadi kami pun tidur la dulu.
Ntah pukul berapa lepas tu aku pun tak tahu, aku terbangun sebab pintu rumah diketuk berkali2. Dalam keadaan mamai tu, aku bangun dan menuju ke pintu rumah. Sebaik aku sampai di pintu, ketukan tadi berhenti. Aku memanggil ayah beberapa kali sebab aku ingat ayah yang di luar tu. Mana tahu kalau2 ayah tertinggal kunci rumah. Tapi tiada jawapan dari luar. Senyap sunyi je.
Setelah beberapa ketika, aku bercadang untuk masuk tidur balik. Tiba2, ada suara dari luar berkata,
Saya nak masuk boleh?.
Lembut je suara tu, macam suara perempuan muda. Aku cakap ayah tak bagi orang masuk rumah kalau ayah takde.
Saya ni kawan ayah kamu. Dia suruh datang sini. Kejap lagi dia balik.,
Kata orang itu lagi. Aku cakap tak boleh pasal ayah tak bagi.
Bukak la pintu ni. Saya nak tunggu ayah awak kat dalam. Kat luar ni sejuk
Katanya seperti meminta kasihan dariku. Walaupun aku kasihan juga padanya, aku tetap tak mahu membuka pintu sebab aku patuh pada pesanan ayah. Lagi pun, aku takut ayah marah kalau aku tak ikut pesan ayah.
Mendengar jawapanku, dia senyap seketika. Tiba2, dia bertanya aku,
Adik awak ada dalam bilik ke?,
Aku terus tersentak dengan soalannya. Tiba2 meremang bulu romaku. Aku terus berlari ke dalam bilik untuk melihat adikku. Lega aku melihat adikku sedang nyenyak tidur. Aku pun hairan kenapa tiba2 aku rasa tak sedap hati bila tetamu itu bertanya begitu. Aku ambil keputusan untuk terus duduk di dalam bilik walaupun pintu terus diketuk berkali2.
Suasana menjadi sunyi seketika selepas itu. Tiada langsung bunyi cengkerik ataupun unggas malam kedengaran. Senyap sunyi je. Tiba2 pintu belakang pula yang diketuk bertubi2. Kali ini agak kasar berbanding ketukan yang di depan tadi. Aku jadi bimbang dan terus membatukan diri dalam bilik di sebelah adikku yang tidur nyenyak.
Ketukan itu berterusan buat beberapa ketika. Aku pun tak tahu berapa minit pasal aku xtengok jam la pulak. Tapi aku rasa 15 minit ada kot. Selepas ketukan itu berhenti suasana menjadi sepi semula. Betul2 sunyi sepi. Kemudian terdengar desiran angin yang kuat. Terdengar jugak la macam pokok2 di sekitar rumah bergoyang2 akibat angin yang kencang tu. Selepas beberapa ketika, suasana jadi sepi balik.
Tak lama lepas tu, aku terdengar bunyi motor ayah balik. Aku keluar dan menunggu ayah di depan pintu. Bila ayah masuk terus aku bagitahu ayah apa yang terjadi. Ayah cakap dia tak suruh pun sapa2 datang rumah malam tu. Muka ayah nampak marah dan ayah terus keluar ke halaman rumah sambil melihat sekeliling. Ayah berjalan mengelilingi rumah dan berhenti di depan pokok buluh di tepi rumah.
Aku lihat ayah mengepal2 pasir dan mulut ayah membacakan sesuatu. Ayah mencampak pasir yang dikepalnya ke arah pokok buluh itu.Ayah kemudian mengelilingi pokok buluh itu sebanyak dua kali dan terus masuk ke dalam rumah. Selepas itu ayah memegang ubun2ku sambil membacakan sesuatu dan menyuruhku masuk tidur semula.