hidup mula x tentu arah...ada saja yang x kena, jiwa x tenteram...tu yang kita rasa, iman makin goyah...benda da boleh nampak
dalam diri terasa nak berubah..tapi dari mana nak mula...??
kita dah ada di penghujung........kiamat bila-bila masa..kadang2 air mata nie mengalir tiba2...hina sangat dir ni....kadang2 takut amalan x diterima..walaupun aku tahu Allah maha pengampun dan penyayang... sebab tu la diri jadi mundur, sebab tu kita susah nak berjaya dalam hidup sebab kita x pernah nak ingat Allah bila senang,..orang cakap dalam keadaan berwuduk pon kita da rasa tenang, apatah lagi jika kita solat.....
x tau la apa yang aku rasa sekarang...... macam nak menjerit pon ada...kalau aku mati esok sempat ke aku bertaubat...ya Allah....sebut nama Mu pon aku da berdebar.....TOlong la....aku cari apa yang aku perlu...apa yang aku nak sebenarnya...
bila menyebut nama Allah, hati jadi resah, takut dengan dosa2 yang dah di lakukan, bila baca kalam2 Tuhan Yang Esa, atau mendengarnya, hati jadi sebak, macam nak mengalir airmata,
kalau setsuna ada perasaan macam ni, maka bersyukurlah, tandanya masih ada iman dalam hati setsuna, ada orang mengaku muslim/muslimah tapi bila menyebut nama Allah SWT, mereka menyebutnya dengan berpura2, main2, bila dibacakan kalam-Nya, langsung tak beri kesan pada hati mereka, kalau setsuna rasa macam ni, maknanya dah teruk hitam hati tu.
perubahan mesti buat sikit2, tapi berterusan n konsisten, contoh:
setsuna nak berubah jadi lebih baik dari sekarang tapi tak tau nak mula dari mana...
kalau setsuna selalu tinggal solat 5 waktu, niat nak ubah, mesti jaga solat 5 waktu, paling penting.
kalau setsuna selalu lewatkan solat, niat nak ubah mesti solat awal waktu lepas dengar azan.
kalau setsuna tak pakai tudung sebelum ni, niat ubah nak pakai tudung lepas ni.
kalau setsuna suka pakai baju ketat2, dedah sana sini, niat nak ubah lepas ni dah taknak pakai lagi.
kalau setsuna sebelum ni sebulan sekali belum tentu bukak Quran untuk dibaca, niat lepas ni paling sikit seminggu sekali mesti baca Quran.
kalau setsuna sebelum ni seminggu sekali dua jer baca Quran, niat lepas ni nak baca tiap2 hari, paling kurang surah al-Ikhlas 3x.
haa, pilih laa salah satu, jangan nak buat semua sekaligus tau, buat biar sikit, janji berterusan. niat nak berubah kerana Allah, bukan sebab mahluk, tapi niat nak berubah sebab takut azab-Nya boleh jugak.
benda ni penting kalau setsuna betul2 nak beruban...eh,, berubah..
setsuna suka keluar malam tak? kalau suka, ni kena kurangkan, (kecuali kalau nak gi makan n kat rumah takde makanan) sebab keluar rumah memalam, kemungkinan niat nak buat benda tak baik akan datang, jalan2 malam2 adalah sangat tak digalakkan, lebih lagi setsuna seorang wanita, kalau boring pun cuba untuk tak keluar malam. tengok berita ke, internet ke..
lagi satu yang selalunya mengubah sikap seseorang tu, kawan2nya, setsuna ada tak kawan2 yang memang jenis ashik ajak lepak2, tengok wayang, dah malam2 pun call ajak keluar, bila setsuna buat benda baik sikit, dia perli n ashik ajak buat benda tak baik, pastu kata kita muda lagi, nak taubat dah tua nanti laa. kalau ada kawan macam ni, cik setsuna kena tinggalkan, ada orang baik jadi jahat sebab ikut kawan dan ada orang jahat jadi baik sebab ikut kawan, kalau setsuna sayang kat kawan baik tu, tapi tak suka perangai dia, tinggalkan dia sebab takut setsuna tak dapat ubah dia, dia pulak yang ubah cik setsuna.
kalau dapat, cari kawan yang baik, bila kita buat salah dia tegur, bila dia buat salah kita tegur n dia terima.
baca dan ingatlah peringatan Allah dari surah Al-Mulk ayat 12 ni..
"Sesungguhnya orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka berolah keampunan dan pahala yang besar."
dan ingatlah peringatan dari-Nya dalam surah Yaasin ayat 62:
"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu, (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?"