Bapa kami sering dipanggil untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan gangguan hantu. Secara tak langsung, kami 2 beradik juga terbabit sama kerana kerap kali juga ada entiti yang tidak berpuas hati dengan bapa kami datang mengganggu kami apabilabapa tiada di rumah.
Aku memang selalu ketakutan berada di rumah tetapi demi adikku, aku harus memberanikan diri di depannya. Ayah selalu meyakinkan aku makhluk2 itu hanya dapat menjelmakan diri mereka di hadapan kami, tetapi tidak dapat mengapakan kami kerana ayah telah mendinding kami 2 beradik dan kawasan rumah kami.
Pernah satu kali tu, adik aku mengadu ada benda yang memerhatikannya dengan pandangan yang marah di sudut bilik sewaktu aku di dapur. Aku hanya mengatakan yang adikku tersilap pandang dan menyuruhnya segera tidur, padahal pada masa yang sama aku juga nampak makhluk tersebut. Mukanya bernanah dan berulat. Pipinya rompong dan matanya putih sahaja. Mulutnya ternganga-nganga seperti mahu menelan kami. Dia menggapai-gapai tangannya seolah-olah ingin menangkap aku dan adikku tetapi rumah kami sudah dibuat pendinding oleh ayah, jadi aku tahu dia tidak akan dapat masuk. Waktu itu aku baru berusia 12 tahun dan adikku baru menjangkau usia 9 tahun.
Selalu juga waktu aku berada di bilik air, aku ternampak makhluk2 itu berada di atas dinding bilik air. Rumah aku ni rumah kampung, jadi antara dinding dengan syiling ada sedikit ruang. Jadi boleh duduk di atas dinding itu. Makhluk2 yang duduk di atas dinding itu selalu tersenyum sinis memandangku dan mengatakan mereka hanya menunggu hari untuk menggangguku dan adik.
Rakan2ku juga tiada yang berani datang bermain atau tidur di rumah kami. Dulu pernah sekali rakanku tidur di rumahku, tetapi aku terjaga bila rakanku menangis di sebelahku. Katanya dia terdengar suara bapanya memanggil di luar rumah. Bila dia membuka tingkap, dia ternampak pocong tersenyum2 di depannya sambil memanggilnya turun ke bawah rumah. Sejak dari hari itu, tiada rakanku yang berani datang ke rumah.
ko ni ijooo ... mentang2 le si mencesster tu berjanggut bermisai .... banyak la ko cakap macam tu .... cuber si manchestor ni awek cun ... bukan maen laju ko sapot eh .... x baek tau amalkan diskriminasi genderrr ... kik kik kik ..
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
huh, walupon badda2 newbie, ternyata ko amat memahami aku, hahaha.. elehh, ko pon same, tapi ko lagi best, laki,pompuan, cantek ke burok, sume ko ayat, hazami sunggoh laa..
cisss .. nko nii ijooo ... cabul sungguh rongga terbuka ko tu yeaa .... awek cun ke .. mamat ensem ke .. seme aku hayat penyer .. tu namenya ... liberal ... mengamalkan .. amal makruf nahi mungkar ... kan ke aku niii makhluk yang sangat budiman ... lagi tomakninah dalam penggunaan al luhgah al malazie ... kih kih kih
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
Mukanya bernanah dan berulat. Pipinya rompong dan matanya putih sahaja. Mulutnya ternganga-nganga seperti mahu menelan kami. Dia menggapai-gapai tangannya seolah-olah ingin menangkap --->aku bayangkan muka dah macam dlm citer The Walking Dead....lbh kurang eaa....