Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: hantu kem 2


Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:
hantu kem 2


Boring duty malam sorang2. so aku decide nak cerita lagi mngenai pengalaman aku sepanjang tinggal di sebuah kem PLKN Zon E di mersing.

 

Dua tahun dah berlalu. sekarang aku di tugaskan di sebuah kem berhampiran gunung ledang. Mmg ade gangguan, tapi tidak seteruk kem lama aku dulu. Klau korang ingat lagi, aku pernah cerita psl kejadian2 pelik di sebuah kem PLKN di selatan tanah air, smpadan dengan negeri pahang,

Kumpulan 3 siri 6/2009. klu disebut kump 3 ni, selalunya pelatih mmg kepale gile2 punye. Kebanyakan dari latar belakang yg tidak berape baik. ade yg dari sekolah juvana, ade yg baru keluar penjara, ade yg bohsia, bohjan,,,mat rempit jgn cite, brsepah. kirenye dieorang ni ramai yg hati kering la. tapi selepas kejadian histeria yg kaw2, ramai yg kecut perut. kau pernah tgok org mngaku gangster tido satu katil dengan mat rempit? aku dah saksikannya.

semuanya gara2 disebabkan sebuah pulau kecil dihadapan kem. kalau waktu siang, pulau tu mmg cantik dgn latar belakang laut china selatan n pantai yg landai. tp melalui cerite mulut org2 kampung, pulau tu antara yg plg haunted sekali di Mersing. Dulu, pulau tu tmpat orang buang ancak, buang saka, hantu, tmpat org pasg hajat, tmpat org menurun n mcm2 bnda khurafat lagi. kadang2 kalau aku pg mancing jumpe la barang yg pelik2. pernah sekali aku jmpa botol balut kain kuning. tapi aku tak berani nak usik.

Histeria tu bermula bila seorang wirawati ternampak seorang nenek duduk di gazebo menghadap laut. mase tu waktu maghrib. Mula2 pelatih tu cme berjalan dgn pelik, die seret sebelah kaki sambil berjalan. bile di tanye kenape jalan mcm tu die kate die sakit kaki sebab jatuh. lepas saja isyak, budak tu dah start mengaruk. lintang pukang semua pelatih. jurulatih pun ramai yg kecut perut.  tak sampai sejam, berjangkit pula pd yang lain. lepas keadaan reda, gangguan dlm bntuk lain pula. rmai pelatih dah mula start nampak benda yg bukan2. plg selalu dieorang nampak perempuan pki baju putih berjalan di kaki lima semasa waktu maghrib. muka cantik, tp ade juga yg jumpa mukanya hodoh. jelmaan permpuan ni pula tinggal di sebuah perigi lama di belakang kem. aku masih ingat lagi, seorang wirawati ni mmg selalu dikacau perempuan ni, klu kene sampuk, dia nak terjun ke dlm perigi tu. tapi plg takut kalau nenek kebayan tu mula start menjelma. lagi kecoh kem di buatnya. member j.l perempuan aku pernah try baca yasin dlm blk, tp makin hebat gangguan. last2 die berselubung dlm selimut. pintu kene hentak, dgar dinding kena cakar tu la bntuk gangguan yg plg kerap.

tu cerita di sebelah blok wirawati. Blok wira pula, dorm PL10 plg menakutkan. sebab dorm ni dikatakan btul2 di laluan makhlus halus nk kepulau tu. Buddy aku pernah trnampak pocong berdiri sebelah loker semasa dia lalu di dorm tersebut. Member aku yg lain pula pernah ternampak kelibat orang tergantung di kipas, mcm orang bunuh diri. Tak cukup tanah die lari. Ketua j.l aku pula pernah tersampang dengan lelaki yg pecah mukanya di blok tu. Memang btul2 hodoh lah. dia ingatkan pelatih nk pergi hisap rokok. tapi makhluk lain rupanya. Kalau kene tegur tu biasalah masa lalu di dorm PL10. aku pun pernah kene tegur..dengar suara cam org panggil "cikgu". aku cpt2 jalan sebab aku tau takde pelatih dlm dorm, semua dh pergi dewan makan.

Aku pula tinggal di dorm paling hujung sekali. seksa betul kalau nak balik sorang2. Dorm PL15, situlah terletaknya bilik aku. dlm bilik ni, aku berkongsi dgn 3 orang j.l yg lain. tiada bilik air, so kami trpaksa kongsi bilikair dgn pelatih yg lain. pernah sekali, seorang pelatih India cakap dia ingatkan aku yg mandi malam2. (sebab aku gile mancing mase ddk di sana) jadi die plan nak sergah aku. Mula2 dia dngar bnyi shower dibuka, bnyi mcm orang mandi. dia pun trus pergi ke bilik air tu. lampu trbuka, shower mmg keluar air, tapi aku takde. so dia ingatkan aku dah menyorok. lepas tu dia pun pergi la kat shower tu, sekali baru dia perasan takde kesan tapak kaki dkt area lantai bilik air. klu aku mandi, mstilah ade kesan tapak kaki dia kata. sabun pun tak ade. langsung takde menunjukkan kesan2 org tgh mandi. cuma shower je on.masa tu bulu tengkok  dia start naik. tapi dia cool lagi. so dia pun keluar n sempat tutup lampu. tiba je kat katil, dia dngar lagi bunyi shower n dari tepi katil dia, jelas dia nmpak lampu bilik air dah on. terang bnderang bilik air tu. Dlm masa yang sama juga, dia baru teringat aku dgn buddy aku tak balik lagi, weekend balik kampung. So sape yg mandi tgah2 malam? korang tau pukul berape masa tu? pukul dua pagi. Macha tu terus lompat atas katil. Dia cuba tido tapi bunyi shower tu makin kuat. die cerita kat aku beberapa hari sebelum balik. lepas tu aku pun kecut nak mandi malam2 sorang diri kat bilik air tu.



__________________
like2 u jeee


Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:

tapi yang paling aku tak dapat lupa semasa kecoh seorang pelatih berbangsa cina yg mengaku dia tidak takut dengan hantu. Malah boleh halau hantu. Asalnya macha yang aku cerita tadi pernah ternampak seorang perempuan keluar dari bilik dorm PL16. (sebelah bilik aku) berjalan beberapa tapak than terus terbang pergi ke pokok ara tepi laut. tah macamana budak cina ni boleh menyampuk pula, dia kata dia ada mentera power untuk halau hantu.

Aku pun bengang lah sebab mamat tu cakap besar. member2 dia pun bengang. jadi aku pun cabar la dia, kalau berani duduk di PL15 sorang2, selepas pukul 12 malam sampai lilin yg dia bawa habis. Dia kata takde hal. (muka mmg kerek). setelah tiba hari yang dijanjikan, dia pun melapor kat aku n sedia untuk cabaran tu. sebelum dia masuk tu, aku pulak tak tau tah bila tiba idea gila aku, aku rembat kapur barus n mintak wangi btol cap bunga ros di surau. habis aku tabur sekeliling PL15 dan 16. masa start je, awal2 pelatih tu dah kene kacau. mula2 lilin takleh menyala, puas dipetik lighter. tapi gagal. than dia pun pergi lah ke bilik aku nak suruh aku nyalakan lilin tu. belum pun aku masuk ke bilik tu, aku dh nampak lilin tu menyala dngan terangnya. "aik? tu ha menyala lilin kau?" muka dia dah pucat sebab dia cakap tadi mase dia nk pergi ke bilik aku, lilin tu tak boleh menyala. start dari situlah, mcm2 bnda dia nampak. dia nampak lelaki berdiri di hujung bilik memerhatikan dia. orang berlari keliling dorm, pintu daun kene hempas walhal angin takde. plg best dia kate bantal bergerak. last2 dia ambil keputusan, potong lilin tu kasi tinggal separuh. tak sampai 15 minit pun dia dlm bilik tu. dia jmpe aku dia cakap lilin dah habis. tp aku tau die kelepet aku sebab dia dh mula dikacau.

selepas mangkok tu balik je, aku pulak kene kacau. mmg clear dengar bunyi kain berkibas mcm bnyi orang lari pki kain keliling dorm kami. arghhh aku dgn buddy aku tak dapat tido. bau kapur barus makin kuat menyengat. member aku ckap die dengar bunyi orang menderam di tepi tingkap. sebab tak tahan, kami ambil keputusan keluar kem n pergi mengeteh kat pekan endau sampai pukul 4 pagi. abis mengetah kami pun balik lah. rupanya bukan setakat aku bertiga saja kena kacau, semua jurulatih yg lain pun kene. plg teruk kena member aku nampak perempuan berjalan takde kaki keluar masuk bilik rehat. mmg tak tido kami semalaman. dia orang semua salahkan aku, pandai panggil, tapi takpandai pulangkan. hampeh tol!!

tu je la cerita wat mase ni, ade mase aku cerita lagi. wassalam



__________________
like2 u jeee


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

best lah citer ko ni trex, kalau ade yang lain, citer la lagi, ce citer,ce citer.

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

slurppp ... huraggggg ... best btollll ... lepas gian aku .... lama sungguh x mengadap citer2 hantu ni ...

oittt resohserex  ... lama x munchol .... pe pe hal ... trimas kasih la kerana memahami jiwa aku nan halussss niii ... ya beda beduuuuu ...



__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

sseerrraaammmmm ssseeejjuukkkkk sssiiihhhhhh
nak lagii..
nk lagii.......~~


__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:

sibok la pak badar...sekarang kan kump 3 siri 8 dah masuk...jadual tide la. wife pulak dah bersalin. tak menang tangan oooo.

ok cerita selanjutnya...sambung dari peristiwa pelatih mulut celupar tu. pada malam keesokannya, benda tu tak setel lagi tau. pukul 1130, pelatih mula tutup lampu dan tido. tapi adela sekumpulan pelatih dari kompani Alpha ni kantoi rokok dengan aku. (mase tu aku baru balik weekend) so aku dengan j.l yg bertugas pun ape lagi, bagi la punishment n sedikit sesi kaunseling. group ni mmg otai. seorang ex henry gurney, seorang pernah kene tahan lockup n yg lain mmg gangster kampung. ade 6 orang, so aku panggil team dieorang ni 6 jahanam. selepas sesi " senaman malam " selesai, dieorang pun balik ke dorm. (PL1 untuk Alpha kompani terletak di depan sekali) masa lalu di PL10, entah macamana seorang dari mereka terperasan mcm ade tertambah pula geng 6 jahanam ni. sebab setau die hanye mereka berenam saja dlm kelompok tu. jadi mamat ni pun kire la balik. sah!! ade 7 orang. dlm gelap tu die pun bukak mulut "eh sape lagi sorang ni?" semua berhenti dan cuba cam kawan masing2. than barula mereka perasan "kawan" lagi sorang tu tak berkepala. apelagi...silat seribu langkah la hero 6 jahanam ni. disebabkan keadaan sekeliling gelap, memang dieorang tak perasan pada mulanya. hari esok, riuh satu kem dengan cerita hantu tak berkepala di kaki lima PL10. sampaikan aku pun kalau nk lalu di area tu aku ikut jalan jauh. takot siot!! bermula dari hari tu juga, aku menyaksikan orang yg mengaku gangster tido sekatil dengan member sebelah katil. hahahaha. tak kemane pun gangster kau tu....



__________________
like2 u jeee


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

alahai .... baru aku pejam celik pejam celik mata pat kali ... citer resorserex ni dah abis plak .... penyet la menatang itam ni bnyk ckit ... bru uas aku menjamu mata ..... 

oiitttt ...... mamat serex ... tahniah le isteri dah banyak kali bersalin ... kalo cmpur  bersalin anak yg ini ... campur ngan bersalin baju kain dan segala menda2 lain ... juta2 kali kottt .... kih kih kih ...

(razman ... tahniah kerana mendapat cahaya mata .... semuga kamu menjadi ayah dan suami yg solleh dan dapat mebimbing keluarga ke jalan yg diredhai .. Insya Allah)



__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

aper pak baddar...???
rajeman dh dpt cahaya mata...???
selama ni mata rajeman tu takder cahaya la yer...?? hahaha...
tahniah la kpd saudara rajeman.... mudah2an makin brtmbh la koleksi beliau... amin...

__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

tu ler ko ketupat bawang. .... orgd apat cahaya mata ,.....

ko plak dapat taik mata .... x sudah2 buat taik mata ... apa hasil?

nak jual pon x  laku ... lebih apdol ko kawen cepat2 ....

bior bertambah2 cahaya kat mata ko ... macam spot lait ... kih kih kih kih



__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

abes da?? hurm....
uik..cahaya mata??
congrats mas rajimen..!!
kok..namanya siapa sih?? laki2 ato perempoan??
chakerb ngak???

warghhhh!!! ak benci citer indon!!!

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:

thanks to all...

 

oklah, sebab korang suke n bagi gud coment kat post aku...aku cerita lagi kisah pngalaman aku di kem kawasan timur johor tu.

 

KISAH L10.

ingat lagi cerita dorm L10? ape yg pelik ttg dorm tu? jawapannya mudah- terlalu banyak misteri. sampaikan operator kem seolah-olah menyimpan rahsia tentang misteri L10. Dorm wira tu dikatakan paling keras dan kerap juga staff dan jurulatih, n plg banyak kena kacau sure lah pelatih yg pernah duduk di dorm tersebut. bermacam2 versi aku dengar ttg dorm tu. pernah makcik cleaner cerita pada aku, ade orang pernah bunuh diri di dorm tersebut. dia gantung diri di kipas siling. tak pasti pula dari bekas pelatih PLKN or peserta kursus. Tapi selepas aku kaji, mmg takde rekod pelatih program kami mati bunuh diri di kem tu. versi kedua yg top, dorm tu adalah jalan laluan makhlus yg tinggal di pulau depan kem kami. sebab tulah makhluk tu selalu kelihatan di dorm tersebut.

Pandangan aku pula: jin, syaitan tu mmg wujud. mane2 pun dieorang ada. mungkin sebelah korang yg tengah baca cerite aku ni die pun tgah dok belek laptop. hahahaha (cuak la tu) mungkin operator kem tempat aku tutup dorm L10 kerana masalah maintenance. disebabkan kedudukan yg betul2 bertentangan dgn pulau yg didepan kem kami itu, ditambah pula dibina di tempat yg tinggi sedikit dan dibelakang dorm tu ade pula pokok gajus yg besar, keadaaan di sekeliling mmg nampak horror. aku pernah ugut seorang wira yg nk pukul rakan dia, aku nak ikat dia di dorm tersebut..menggigil dia. hehehehe. ( ada gak kegunaan dorm berhantu tu) kesimpulannya, kadang2 akal dan pemikiran kita yg pikir lain. ditambah tokok pula dengan cerita sekeliling. tu yang haru tu.

ok aku teruskan lagi misteri di kem tu.

kali ni cerita di bilik aku pula. dorm L15. aku dan dua orang lagi buddy aku tinggal di bilk nombor 2 plg hujung. (L16 adalah dorm plg hujung dan selalunya tidak digunakan)

antara kami bertiga, akulah orang yg plg minimum di kacau olh benda halus yg dah lama menetap di situ. buddy aku yg lain, mmg teruk kena. selalunya aku kena kacau waktu malam, n duduk sorang2. plg lucu ade satu malam tu, aku baru lepas solat. so duduk la rilex2 kat katil. waktu tu pelatih semua di dewan makan. tiba2 DUMM!!! pintu bilik pelatih L15 terhempas. terperanjat aku, tapi aku cool lagi. angin agaknya...kata aku untuk sedapkan hati. tiba2 kedengaran pula pintu lagi satu berbunyi..DUMM!!! lagi kuat dari pintu depan bilik pelatih. alahai...kenape makin kuat ni. aku mula tak sedap hati. tepi laut...angin memang kuat..aku cuba sedapkan hati lagi. walhal hati dah mula pikir bukan2. aku on lagu dr handphone. rilex jap..tak sampai 5 minit, pintu bilik L15 dan 16 berdentam dentum bunyi..pergh!! aku dah resah. DAMM!!! DUMM!!!DAMMM!!!DUMM!! aduyai, macam org main pintu. aku dah kecut habis dah. nak sedapkan hati lagi , aku cakap dlm hati, agaknya nak ribut ni. kejap lagi sure hujan lebat. so aku pun beranikan diri keluar dari bilik. bila aku buka saja pintu bilik aku dan menjengah bilik L15 dan L16. suasana sunyi sepi. seepi se sepinya. aik? td kemain kuat pintu berdentam dentum. than aku baru perasan...angin takde tiup kuat pun, sepoi2 bahasa je. langsir bilik aku pun tak bergoyang. aku mula telan air liur...pintu bilik pelatih pula tertutup rapi. tah macamana aku pun teringat, bukan ke operator kem dah selak pintu2 bilik tu pasal takde pelatih yg tido kat situ, lagi pun operator bising sebab aku dan buddy2 aku buka wayang haram kat L15. terus aku rasa bulu tengkuk aku meremang..aku masuk bilik, sambar baju, pki stokin, pki kasut n terus berdesup lari ke dewan makan. korang bayangkan, aku lari mmg pecut. bak kate senior mase aku kat kolej tentera laut dulu..RUN LIKE HELL!!! kebetulan ada pelatih chinese kat dewan makan menunggu pelatih muslim balik dari surau. tiba saja di dewan, aku buat2 cool. mcm takda ape2. tiba2 sorang pelatih tu tanya pada aku. " I tengok u memang manyak belani lo..kalau u bagi i luit pun i tak berani duduk dorm hujung tu sorang2 time macam ni." aku hanya tersenyum, walhal aku rasa darah aku dah nak habis berlari dari L15 sampai dewan makan. jaoh siot!!!

cerita tu tak habis sampai disitu. ada lagi pngalaman kami di bilik tersebut. setahun aku duduk di bilik warden L15. kawan2 aku lagi teruk kena kacau. mcm aku cakap tadi, antara kami bertiga, akulah yg plg tak teruk kena kacau..nak tau? nanti aku sambung..nk pg beli barang ni..nak raya haji la. selamat hari raya haji pada semua rakan2..abis baca cerita ni, jgn takut nak pg kunci pintu pulak tau..hehehehe

 

 



__________________
like2 u jeee


Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:

Sambung lagi...

dua orang budy bilik aku tu, cukuplah aku pgl dieorang acai and k-roll. acai ni mmg seorang yg berani, k-roll pula macam aku, berani2 takot...cume die lebih berani sikit dari aku.

mase aku weekend dengan k-roll, tinggal la si acai ni sorang2. dalam pukul dua pagi, si acai ni tersedar dari tidur. die terdengar bunyi katil and locker di bilik pelatih macam kene angkit dan di alih. acai sambung balik tidur, die agak pelatih masuk ke dorm L15 sebab nak merokok. kebetulan, bilik tu kosong. (selalunya kalau kump 1, pelatih ramai dan penempatan pelatih sampai L16, tapi kalau kump. 2, pelatih tak ramai, so penempatan untk pelatih sampai dorm L14 atau L13.) kalau tak silap masa tu kump 2. disebabkan acai tak sihat pd malam tu, dia malas nak ambil port. keesokan harinya, aku balik dari cuti. acai pun mula buka mulut, bercerita tentang pelatih yg pecah masuk bilik L15 dan hisap rokok. aku pun mula pelik, takkanlah budak ni berani nak cari pasal. sebab acai ni boleh tahan tegasnya. ramai yg kecut perut kalau die mula marah. so aku pun ajak acai cek bilik L15 tu. (masa tu bilik belum di kunci oleh operator kem) apa yg pelik, sikit pun keadaan billik tak berubah. katil tak berganjak ke mana2. locker pun dlm kedudukan layout. tak berusik langsung. acai pandang aku, aku pandang acai. kami keluar dari bilik, buat2 tak tau. sejak peritiwa tu, acai orang paling kerap terdengar bunyi katil dan locker dialihkan.

k-roll pula, dia pernah cerita kat aku. masa tu dia sorang2 kat dalam bilik. kalau tak silap, masa tu aku cuti kawen dan acai pergi kursus. masa dia tengah sedap tidur, die terdengar bunyi macam dinding dicakar. mula2 perlahan, than makin kuat. lepas tu die terdengar pula bunyi menderam. bunyi tu btul2 di tepi tingkap katil aku. nak sedapkan hati, dia anggap kucing gaduh kat luar. walhal hati die hanya Allah saje yg tahu. tak lama lepas tu, bunyi macam kelawar terbang. tapi bunyinye lebih kuat dari kelawar mengepak terbang. seolah2 benda tu lebih besar dari kelawar. k-roll cuba buat tak tau, walhal badan die dah berpeluh2. entah macamana die dpt juga tidur akhirnya.

buat pengetahuan korang, antara kami bertiga, hanya acai saja yg berani tutup lampu kalau tidur di bilik tu sorang2. kalau aku n k-roll pula jangan haraplah. mmg terpasanglah lampu tu sampai pagi. seram siot. dahlah ade satu papan siling tu terbukak je. kdg2 aku terbayang ade org bergayut kat atas alang tu.

sebenarnya, banyak lagi benda pelik terjadi kat bilik kami. lama kelamaan, kami dpt sesuaikan diri. sampaikan jelmaan perempuan dengan anak yg selalu kelihatan di L16 tu kami gelar dia "maknyum" sebab die pernah rasuk salah seorang pelatih aku. bila ditanya dimana dia tinggal, dia kata dia tinggal di dorm plg hujung tu. kebetulan, masa dia rasuk pelatih tu, die asik tersenyum je, tu yg dpt gelaran maknyum tu. setakat ni, aku tak pernah nampak lagi maknyum secara live. kalau acai dah banyak kali die nampak.

tapi yang paling aku tak dapat luapa adalah masa exercise wirajaya kump 3 siri 6 2009. masa tu aku ditugaskan untuk menyiapkan trek untuk jalan malam pelatih. so kami bagi idea, pelatih dikehendaki berjalan mengikut tali yg direntang sepanjang trek. ada beberapa task yg perlu dilakukan olh pelatih disepanjang trek tersebut. yg plg best, mereka kena lalu di "kubur" buatan dan last sekali mereka kena tulis nama, kompani, ic nombor dan tandatangan di sebuah buku. task ni mencabar sikit sebab buku tu diletakkan di sebelah "jenazah" yg siap dikafan. jenazah tu sebenarnya adalah tilam yg dibungkus elok2. so bila di balut pula dengan kain putih, nampak macam mayat yg telah dikafankan. petang semasa kami masuk ke trek, dan tali untuk guide pelatih pun dah siap dipasang, kami lepak2 sambil merancang untuk aktiviti night walk tu. ketua jurulatih kami pada masa tu adalah bekas seorang komando. dia kata dia tak berpuas hati dengan gimik untuk night walk tu. so dia arahkan aku dan seorang j.l baru pergi ke kubur lama, ambil sepasang kayu nisan untuk dipacakkan di kubur buatan tu. gila lah, dah la dekat nak maghrib, disuruh pula buat yg bukan2. tp dah nama pun org kepala biol, aku on je. hasilnya, aku dapat sepasang kayu nesan yg hanpir reput. aku jumpa kat tepi pagar kubur. maybe dah tak guna lagi. sebelum aku angkut, aku just tekadkan hati. bukan aku ade niat jahat pun.

lepas aku pacakkan kayu nisan tu, penyelaras wirajaya call aku, dia ckap "mayat" tu dia tak bawak masuk lagi dan letak di tempat yg dia rancang. tapi dari suara dia aku tau dia takut. jam masa tu dah tunjuk pukul 7 ptg. mmg dah remang2 senja. dalam hutan, pukul 6 dah gelap dah. aku keluar ke jalan besar, jumpa penyelaras wirajaya dan masuk balik ke trek tu dengan dia. kami letakkan "mayat" tu di tempat yg kami fikirkan sesuai. sebaik saja aku letakkan mayat tu, tali pengikat di "kaki mayat" terbuka, so tokey wirajaya ni suruh aku ikat balik. masa aku tgh ikat tali tu.....aku perasan mamat ni tibe2 senyap. aku pandang dia, aku tgok mata dia bulat pandang "mayat" tu, berpeluh2 muka dia. muka cuak je. than dia cakap..

"man..tu..tali yg kat kepale tu terbukak la. tadi aku dah ikat ..." aku mula2 tak mention cakap dia, aku pun ikat la balik. lepas tu kami pun balik ke kem. setibanya di kem, baru la dia cerita. masa aku leka dok ikat tali kaki tu, dia nampak dengan mata kepala dia sendiri ikatan di kepala "mayat" tu terbuka dengan sendiri, walhal dia dah ikat mati dah. maksudnya tak boleh dibuka lagi. aku mula rasa tak sedap hati. leas tu dia cakap, masa nak keluar dari trek tu, dia trcium bau wangi. aku pula tak bau apa2 pun.

semua org yg dengar cerita tu mula tak sedap hati. kami takut kalau program night walk di ganggu olh "other side". letih kalau nak kejar pelatih yg histeria ni. dan seperti yg dijangkakan, memang malam tu kami diganggu. tapi alhamdulillah. tak teruk. ada wirawati cerita, dia ternampak makhluk putih bertenggek di atas pokok. dia buat tak tau sebab dia syak jurulatih yg dok ats pokok tu. walhal semua jurulatih dok menyorok di tepi  banir pokok. takde sorangpun yg naik atas pokok. yg lain pula bercerita, pada mlm tu dia perasan ada seorang lelaki yg tiba2 muncul di belakang dia. dia pun ingatkan jurulatih. so dia wat tak tahu juga. malam tu, bulan mmg terang. so dlm samar2 dia nampak muka orang tu, muka hensem, wangi dan senyum je. tapi bila tiba dekat chekpoint penamat, lelaki tu tiba2 hilang. barulah wirawati tu dah mula rasa takut. korang bayangkan kalau dia ikut lelaki tu, sure masuk paper esok muka komandan aku sebab hilang  seorang pelatih semasa latihan.

tapi, apa yg aku ceritakan ni bukan untuk menakutkan orang. terutama sekali mereka yg dapat masuk ke kem PLKN. pada aku itu cabaran untuk pelatih. untuk berdepan dengan realiti yg datang dari alam bukan realiti. aku dulu mmg penakot, tapi sekarang alhamdulillah...pukul 2 pagi pun aku berani balik sorang2 ikut jalan tangkak- segamat. (sekarang aku ditugaskan di kem area tangkak). kalau ada antara korang yg kena panggil, datanglah ke kem tempat anda dikehendaki melapor. best ooo. paling teruk pun kalau bab cerita hantu, kene sampok je..hahaha.

oklah. harap korang berpuas hati dengan cerita aku ni. kalau aku ingat lagi cerita2 misteri sepanjang aku di kem, aku ceritakan. wassalam



__________________
like2 u jeee


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

terima kasih sekali lagi cik rajimansorok ... kerana berkongsi pengalaman serem plkn kat sini ... punyer seronoknya aku nii dengan citer ko ... sambel mengorek lobang sampek tertanggal seme bulu idung haku .... bertuah betol anak ....

sebenornya aku telah menompangkan diri aku kat ko puyer thread ni ... tang pengalaman anak kawan aku kat plkn kuala pilah .... punyer la panjang aku memenyet urup2 niiii ... dekat doplo muke aku taip .. time nak submit.... tetiba line tenet kata .... sorri .. internet explorer is not acdtive ... punyer bengkek ati aku ... ihhhhhhh ... mcm nk tendang2 jerk menatang niii.... boringggggggg ....

 



__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

kehkeh, padan muke, ade antuo kacau line tenet ko tu, die taknak bagi ko post citer die,
ha, dah cuak la tu pak baddar. baddar, jangan pandang belakang, belakang ko ada......










eliza misbon!!! seram!..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:

haha..oo kem kuala pilah ye? tmpat tu pun member aku cerite blh tahan keras gak. kem lama kan?

 

aku ingat lagi semase hari pertama aku melapor di kem tu. penghujung tahun 2008. yg bestnye, mlm pertama lagi dah kene salam perkenalan. aku dgn k-roll yang plg awal melapor. tapi operator kem tak dpt sediakan bilik untuk kiteorang. so kami pun tido la di bilik pelatih L3. mula2 ok. tapi masuk pukul 2 pagi, die start dah. ko bygkan pintu bilik kami mcm nk pecah kena hempas. dentam dentum. yg peliknya, pintu bilik lain tak pula berbunyi. angin pun takde. aku on suis lampu...tros takleh tido. bukan sebab takut, tapi bising. kawan aku pula bole tido lena, boleh berdengkur kuat pulak tu. esoknya aku tanye die. tak dengar ke bunyi bising mlm tadi. die punye jawapan simple je...."entah."

cerita sorang lagi kawan aku pun tak kurang bestnye. die start masuk dari awal tahun 2008. dia ni duduk kat air hitam johor. so klu balik ke mersing, dia selalu la balik awal ke kem. yg aku tak pahamnye, die akan bertolak dari rumah pukul 11 or 1 malam. nak elak dari bertembung dengan lori katenye. sebab jalan kluang-mersing mmg banyak lori tanker n balak, tapi klu malam kurang kenderaan sikit. memang berani mamat ni. dia cerita kat aku lagi, pernah sekali tu dia sampai kat kem pukul 2 pagi. mase dia nk hidupkan suis lampu kat bilik air pelatih dan kaki lima, dia nampak satu lembaga perempuan berambut panjang, pki baju putih di tepi pintu bilik air. so kawan aku ni buat2 tak nampak n tros masuk bilik dia. plg teruk, mase tu dia baru melapor di kem tersebut. satu hari tu dia nk sembahyang subuh kalau tak silap, so dia pun ambil air sembahyang kat bilik air pelatih, (sebab buddy bilik die guna toilet bilik warden) mula2 dia tak rasa apa. tapi tibe2 je dia rasa sejuk lain macam. bile dia toleh je kat belakang, perempuan berbaju putih n berambut panjang tengah berdiri kat belakang dia. sebijik mcm ju-on die kate. mula2 die terperanjat gak. tp die dpt control diri die. bile die toleh lagi sekali benda tu dah takde.

 mamat ni juga pernah kena kacau mase dia baru lepas buat sembahyang tahajud kat bilik dia. kebetulan, aku dengan budy bilik aku tak sampai lagi. so dia pun duduk la bilik dia (L5) sorang2 sambil tgu kiteorang sampai. pukul 1 pagi, mase baru lepas solat tahajud, die pun berzikir....tibe2 ade bende mcm hentak cermin tingkap bilik die. memang kuat smpi kawan aku ni terperanjat. tapi die tak bergerak dari sejadah, die terus berzikir. lepas tu bunyi kucing bergaduh pula...lame2 benda tu hilang. member aku tau, kat luar tu bukan kucing, tapi syaitan nk kacau org beribadah. esoknya, baru dia terpikir. jenang tingkap dia ada jaring nyamuk kat luar...mcamana blh dengar bunyi orang tepuk tingkap tu dari luar. klu org yg buat, mesti jaring tu dah koyak. sah memang syaitan punya kerje.

ada mase nanti aku cerita j.l perempuan kena kacau macamane..lagi sadis..maklumlah, tempat perempuan lagi la bende tu suke



-- Edited by razmanosaurex on Saturday 5th of November 2011 07:47:52 AM

__________________
like2 u jeee


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

aa betol la ... kem kuala pilah .. kem karisma ... kuala pilah ... aku x berapa pasti le kem la ma or bru .,,,

citernya begini .... anak aku lelaki (angah) kena jalani latihan kat kem tu pd awal tahn 2010 ... classmate anak aku (elaki gak) mase sekolah (pudin) pon kena gak kat situ ...

spnjang anak aku kat plkn ... 3 kali kmi pg .... sekali mase daftar .. sekali saja jengah2 angah ... (caip bwak makanan dri rumah . n makan bersantai kat kem plkn (tepi tasik buatan ..) ... n sekali mase `graduate .... aku tguk kawsan kem ni .. best gak ... ala2 tpmat peranginan ..  kawsan berbukit bukau dan berlurah .....  (kat ujung kampong .. kg tu ape name aku lupa plak .. kwsan belah kanan masih kebun n perkampungan .. sebelah kri dan belakang .. kawsan hutan kecil (belukar) ..... kem pon best .. ada tasik buatan dan dewan makan dan sebahagian dorm pelatih berdepan ngan h tasik ... belakang (ujung) kem ,,, belukar kecil (lereng bukit ...) ... pokok2 kat kem pon blum la besar sgat ... aku x past ii kem lama or baru ... tp macam bru jerk (mngk 3,4 tahun)

sehari sblum pg nak `konvokesyen (tamat latihan) .. mak pudin (opismate aku .. seorg balu...) kami pelawa mak pudin join kami ... beliau x dapat g sama n kiim salam ...sblum tu beliau ade le bercerita ngan aku ... budak2( anak2 kami) mase kat sana ...

si angah ni jenis pendiam sgt2 .. kalo kat rumah .. sepatah Tanya sepatah jawab ...kekadang pn x jawab .. da tunjukg una tngan jerk  atau perbuatan lain un tuntuk beri jawapan ...apa lg kalo nk bercerita ...x danya ... best ke tiak ke kat kem tu ... kalo ditanya ... dia jawab ..okey jer ...

tu pudin ade bercerita ngan mak dia niii ... mase seimggu diarang kat kem ... tika latihan berkawan ... anggah ni telah terlebih sahut `kiri kanan iri kanan ... klo sbot laju2 ... hip hop hip hop ... org kate bersungguh sgt ... abis je kawat .. tetiba pudin kata anak aku pengsan ... kemedian .. anak aku kene hysteria .... dan mata terbeliak .. lidah terjelir hingga ke dada ... kawan aku ni bercerita lagi .... anak dia pudin ... n bdak2 lain agak ketaktan dan takut tgurupa si angah ni ... diarang kata  muka bukan macam angah... p macam antuuu .... naseb baik ade uztaz yg panggil n ubatkan anak aku...(x pasti uztaz tu jululaih or imam cz.. pudin kata .. uztaz je...) Alhamdullilah anak aku pulih .... (anak aku langsung x bercerita ngan kami mak ayah beliau niii.... walhal mase cuti raya cita ... semnggu kat rmah ...waktu tu bulan februari awal tahun gak ..)

kemedian... sipudin ni dlm waktu seminggudua tu lar.. kene demam dan sakit mata ... kawan ak mintak tlg phak kem supaya pudin dibenakan tgggal di kem coz .. beliau balu n susah nak ambik kalo diberi cuti 3 hari jer ... (kawan aku ni anak 3 org ..sulong kat Melaka .. belaja  lg .. n pudin anak kedua... n anak bongsu mase tu tkt 2) ...

si pudin n kenelah kuarantin kat sebijik rumah (mkn rumah julutih) koz ada 2,3 bijik rumah sesebuah nunn ... kat ujng kem bersebelah ngan utan kecik ... emang dijadikan rumah sakit (kuantin) bg pelatih2 yg sakit dan x blik ..)

 masuk jerk rumah ... si pudin dan rase lain macam ... sebelum senja ada pak gad bagi makanan .... dan x ada apa pesan plak ... so pudin macam biasa... cumer mase beliau amik wuduk ... amcam ade org jerk kaat dlm rumah ... beliau trus solat asar ... bgitu jugak waktu amik wuduk mase maghrib ... mase solat magrib macam ade org kat belakang beliau (tu beliau cakap susah nk kyusuk solat mase tu ... macam2 rase kat badan .. seram sejuk ...dll ...) .. sesesai solat beliau menoleh ke belakang.. x ada sapa pon ...

so .. beliau amik surah yassin dan baca yassin ... tatkalamembaca yassin nii ... pearasaan beliau dah kurang sikit (aman sikit) ... tetiba ade org ketuk2 tingkat (tingkap glass jenis nako) ... nampak bebayang macam org kat luar ... beliau pon bgun n bukan cermin tingkap ... x da sesapa pon ...beliau sambung baca yasssin lagii ...

kali ni... tingkap belah lain plak di ketuk ... beliau teruskan baca yassin n setelah selesai .. beliau bukak tgkap .. x de sapa2 gak ... bile duduk semula ... bunyi org ketuk2 lg .... beliau dah rasa x sedap ati ... dan agak takut .... dan malam tu si pudin ni pon berbungkus selimut sambel pegang surah yassin ... gangguan masih terus kat luar ..macam2 bnyik.. kat bumbung ... pintu luar (rumah) di ketuk 2.... last2 tertidor gak ... tiba2 dah azan subuh ...

hari kdua ... ada pelatih lain sakit n kne kuarantin jugak .. diletak satu bilik ngan pudin ... lega pudin rasa ... gangguan pada mlam tu ... sama jugak .. dan pudin baca yasssin lagi ... kawan poudin nii jenis yg lasak sikit ,... (malas sikit nk bace2 yassin nii ...) malam kedua pudin agak lena dan kawan beliau la yg agak teruk .. x dpt tidor ... bunyi pelik2 kat luar rumah ...

kesesokan pudin rasa lega n blik ke dorm sebab dah sihat ... kawan pudin ni tggal le sorng2 malam tu ... pudin bercerita ... kawan ni siap nampak lmbaga besar itam tinggi kat depan pintu rumah ... dan belaiu apa lagi ... berselubung kat katil sampai ke pagi .. sdar2 ... dah terit matahari ... pak gad kejut nk bagi bekfes ...

begitu ler ceritanya ... walo pon x le seseram mane ... tp ... biasalah ,. tempat2 latihan (kem plkn) ke .. asrama pelajar2 ke .. kat sekolah baru ke ... mane2 pembangunan baru yang asalnya hutan ...  atau tanah terbiar ... memang kerap kali makhluk2 halus ni mengganggu ...

pada aku ...dulu tempat makhluk2 ni hutan glap .. tmpt tinggal dan permainan ...  tetiba manusia ceroboh atau amik kawsan mereka ... jmban2 depa pn manusia robohkan ... mane depa x hot.... depa pon mcm manusia jugak ... ade yg suka nk main2 or berguro2 senda ngan manusia ... tu depa usik2 tu ... seronok le kot depan nu .. ish ish ...

 

 

 



__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

oh ye lupa aku ... kalo dri rumah aku nk ke kem Karisma Kuala Pilah niii ... ikut haiway ...... kuar ikut TOL seremban ... n trus ikut jalan lama ke kuala pilah ....... makan mase 3 jam lebih sikit ... lama oooo .... dah le jalan kat sane tu bengkang bengkok ...... lurah curam pon ada ... kiri kanan ada jumpa utan ...... (macam nak kemersing ler ...... cume mersing .. jalan rata x berbukit bukau macam nak ke ke kuala pilah niii ....) jenuh perjalanan ....

... n aku x pasti kat ne ... (aku lupa nama tmpat tu.....) ade gerai makan tepi  .. best gak tempat dia (otw dri kem ke bandar kola pilah ... dkat ngan selekoh ...) belakang gerai ni ade anak sungai ... na utan ..... mase tu ari dah lewat petang ... 2 x kami penah minum tmpt yg sama .. satu x tu ... lewat petang dan mgrib kat situ ... ramai or .. ada jugak jual otak2 .... aku pasti tu gerai sebenar ... n... org2 (manusia pon ramai ...) 2 x pegi ... gerai tu ada jerk .... makanan pon sdp ... ikan siakap stim limau dll ..... heeeee333



__________________

make me feel it



Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:

salam pak badar....adus, mcm sms anak dare la text mesej pak badar...hahahahaha..anyway thanks coz sudi kongsi cerite. sebenarnye, bnyk lagi cerite seram sepanjang saye berkhidmat. tak kurang juga yg jadi lucu. tapi biarlah saya simpan sendiri. jadikan kenangan yg mungkin saye tak dapat kat luar or kalau saya keje tampat lain.

sekarang,saya kat kem baru. walaupun kalau disebut gunung ledang, macam2 perkara mistik berlaku, alhamdulillah kat kem yg terletak di kaki gunung ledang ni tak la teruk gangguannya. setakat histeria ramai2 tu mmg kerap terjadi untuk setiap kumpulan yg datang. tapi pd  kadang2 semuanya bermula dari pelatih sendiri. selalunya terjadi di kalangan pelatih yg lemah semangat or yg ada banyak masalah (kusut, tertekan, emosi terganggu). tak kurang juga pelatih yg cuba "menduga" makhluk di tempat tu. saya pernah jumpa pelatih bawa tangkal dan ayat2 dlm bahasa sanskrit or melayu kuno. biasalah, remaja baru nak naik...die nk tunjuk handal walaupun ilmu baru sejengkal. Lagi bawa masalah kalau pelatih tu ada belajar ilmu kebatinan seperti selat or pernah belajar tarian kuda kepang...klau histeria laaaaagi la haru kami nak jaga. hampeh!!!

saya? alhamdulillah.....bukan cakap besau, tapi tak pernah jumpa. cuma pernah sekali ada pelatih ni cakap die ada kebolehan nampak makhluk halus. yg tak bestnye dia cakap belakang saya pun ada 2 orang yg ikut. satu pakai baju hitam, satu pakai baju putih. dia boleh berinteraksi dgn yg berbaju putih tu, tapi yg berbaju hitam tu agak menakutkan katenye. entah betul tahkan tidak, tiada siapa yg tahu. wallahia'lam....



__________________
like2 u jeee


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

walaikumusalam .. incik rajmansorek (ejaan jawa .. cz aku javanis .. ha2 .. bnyk ler ... arwah moyan ke oneng2 ke .. gitu le .. asal dri tanah jawa berhijar ke tanah melayu ... aku enah keturunan ke berapa ... x tau ler .. setau aku .. moyangbelah mak aku dah duk malaya .. mase tu ..)

elehhh .. jgn le ko puji2 aku macam tu ... malu aku ...(sambel aku betol2 kain kerana tertindih kaki akibat duduk bersimpuh) ...

saje je aku tulis citer macam tu .. kalo guna ejaan penuh dan ayat skima .. kang org boring plak bace ... kan kan kan ...

err ..... kem kat ledang tu ... budak2 opis aku selalu kene hantar kusus bina semangat or BTN ... x tau ler .. kem yg same untuk plkn atau lain ... aku x penah pegi pon ....

..... ha ..... kalo kem bina semangat kat Kem Sekakap Mersing ... jaman aku mude2 dulu penah le ... kusus kat situ weiii ... wahh ..... angker jugak tempatnya ... mcm2 la citer ..

time aku mase tuu ...ramai gak budak2 kene histeria ... kawan aku sendiri (mak pudin tu) pon kene kusus same .... malam last kitarang nak balik ... beliau diganggu ngan `antu jepon' ... beliau dengar derapan kaki askar berkawat di kaki lima belah luar (jaman tu .. kem plkn masih bangunan kayu dan kaki lima diperbuat dpd kayu jugak) ... depan belakang ade kaki lima n buleh masuk dari dua2 arah ...  dorm kami di bangunan pertama dkt gate masuk ...  

sambung blik cite kawan aku tadi tu ... time seme dah tidur beliau tersedar dri tidor sebab dengar org berkawad kat kaki lima .... katil beliau nii betol2 sebelah pintu masuk .. derapan askar ni bunyik terlalu kuat dri ujung bangunan ke ujung bangunan ulang alik ... bunyi derap kasut tu ...(kawan aku ni citer) ... dung dung dung ....ade sekali tu ... antu tu berenti betul2 kat depan pintu (daun pintu ditutup masa tu...) punye menggigil kawan aku tu .... berselubung dgn selimut ... sampai terketar ... macam2 beliau baca .. sampai bace ayat kursi pon lintang pukang ... sampai ler ke subuh ... azan jerk baru hilang dan kawan aku semalaman x dapat tidur .... begitu la citernya ... ade gak antu jarang gigi (yg ni x ade sape yg citer ka aku) ... cuma diarang kata ade antu macam2 kat kem tu ....langsuwir... pontianak ... dan yg femes antu jepon n antu jarang gigi ..... (wahh .... asik tompang semanguk jek aku nii .. he3) ...l

ha ...... dik rajman .... kate ko nk sambong citer yg lagi menyeramkan ... ce citer ce citer ...

 

 



__________________

make me feel it



Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:

haha pak badar..aku tgah semak kepale ni. banyak kerje la.tgu mood aku ok baru aku cerita lagi lanjut....

kem aku tak pernah dpt peserta untuk BTN, tu maybe resort kat kem asahan, melaka. pun terletak di kaki gng ledang. tempat tu pun aku dengar mmg anker juga. malah lebih dahsyat dari tempat aku. ada org2 tua cakap, kat kem aku sekarang kebanyakannya adalah makhluk jin yg beragama islam. tu yg kdg2 ada pelatih yg ternampak org tua berjubah or mcm org luar tumpang sembahyang di surau. yg hairannya bila selesai je solat, orang tu dah ilang. compare dengan other side kem, aku dengar mcm2 cerita. dah la jalan nak masuk kem tu pun seram. kalau tambat pelatih yg kedegak kat tengah2 kebun getah tu malam2 sure dieorang taubat nasuha punye la..hahahaha. cuma nasihat aku klu pg program kat resort tu..hati2. jgn blagak pandai or tunjuk pandai sebab korang tak tau apa yg tinggal di situ. so jgn take risk, better wat tak tau je. kecuali kalau depa yg cari pasal. tu  jam boleh kasi ajar sikit. kita lagi mulia dari depa. jgn biarkan minda anda ingat mereka lebih hebat dari anda. tu je nasihat aku. tp, jgn cakap besau pulak tau.

nanti lah ye pak badar...wat mase ni saye tgah bizi ni. ada masa saya post cerita j.l perempuan yg kena kcw semasa saya di kem timur johor tu (mersing). kem yg badar ckp tu mmg betol...mmg feymes ngn hantu jepun n langsuir bergayut kat pokok ru sekitar kem tu. biasalah kem lama, so mcm2 la ada. klu malam lagi la nampak seram kat kem tu.

takpayah cerite kat kem aku la...kat sekolah tepi rumah korang tu pun dah mcm2 cerite korang blh dengar. cuma pd peminat cerite angker mcm aku n badar mmg suke follow cerite mcm ni...hehehehe..klu anda larat, joinlah....coz kdg2, kita pun tak tahu siapa yg BERDIRI DI BELAKANG KITA...hehehehehe

 



__________________
like2 u jeee


Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

uiks...terbaek lah cite incik rajiman ni...meremang bulu2 ayam dlm reban blakang umh tu...hehe

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

wah3 cik jaja...
lama tk dgr brita.. kawen baru ker...??? tk gitaw pun...
hahaha...
ala jaja... biasa la kat tmpt2 mcm tu.. bkn takat kat kem plkn.. kat skolah pun ada citer hantu.. tk trkecuali skolah memandu...
tp aku tk brape nk gemar ngn citer2 serem nih... baca pun tk rasa aper2.... cess.. eksen plak aku... hehe...

__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

ketupat lepat niii ... kang aku belah pat makan ngan kari ayam ... baru tau naseb diri ...

ade aku kesah ko x serem .... wakakakaka ......

(cakap besau la plak diaa ... puh puh puh ... aku sumpah si ketupat nih  ...

sepaya hijab ditarik dan nampak ler makhluk alus makhlok kasa .. antu mantu niii ...

bru beliau tau .. langit tu tinggii .. bumi tu bulat lat ....) 

 



__________________

make me feel it



Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

ketupat ni eksen sbb die baru mkn lembu korban sekor...(merana lembu tu jd mangsa ketupat)

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

sbnrnyer aku nk mkn ko jaja...
memandngkn ko takder, aku rembat la incik lmbu tu...
dh nasib incik lmbu tu jd mangsa aku jaja... nk wat camner kn...
hah ko bla plak nk jd mangsa aku ni...???
aku dh ready dh ni.... haha...

__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:

thanks pd yg sudi follow citer kureng seram aku ni. well, klu anda yg merasa, maybe anda akan faham...hehehe..tapi bende2 mcm nilah yg buat aku lebih berani. bkn nk cakap besar, aku dulu mmg penakot ya amat. gelap, tinggal sorang, bilik kecil, bnyi cengkerik pun dah buat aku gigil satu badan. tapi bnda tu makin berkurang bila aku start masuk KTL n alhamdulillah makin kurang lepas pengalaman aku setahun di kem PLKN. takkan jurulatih yg nak lari kan? malu leeee

berbalik cerita kem lama aku tu. bilik aku ni mmg keras sikit. (selain dinding batu konkrit dan lantai court takraw sebab operator kem nk save budget, dieorang trus naik bata buat dorm) antara kami bertiga, masing2 selalunya diganggu oleh makhluk halus dgn cara yg berbeza. kalau aku, selalunya kena terasa mcm kena hempap. mula2 aku ingat maybe aku penat sangat sebab tugas aku sebagai jurulatih fizikal. pagi selalunya aku berlari dengan pelatih, petang latihan medan mcm kawad, dll. so mmg amat letih.

aku pernah baca buku sport sains, kita akan terasa badan kita tak berfungsi dan tidak blh bergerak. kiranya mcm lumpuh seketika la. mungkin disebabkan sistem saraf or otak.

mulanya aku ingatkan disebabkan masalah sistem badan aku sendiri. tapi lama2 aku perasan, bila aku kena je mesti aku terasa mcm ada 'orang' duduk di dada. masa tu bkn setakat kaki n tangan kejang, tapi aku rasa nafas aku tersekat n aku rasa mcm nak lemas. 'orang' tu mmg terasa, taklah berat sangat, macam budak umo 10-9 tahun duduk atas dada kita, tulah yg aku rasa. cuma yg buat aku tambah seram, terasa mcm 'orang' tu berbulu lebat. tapi tak nampak.

aku pasti mesti ada antara korang yg pernah kena mcm aku ni. badan kejang, tak boleh gerak sbb mcm kena kunci, korang sedar dan blh nampak buddy ko isap rokok kat katil sebelah. tapi korang tak boleh keluarkan suara nk mintak tolong.

kdg2 kelakar gak, pernah sekali tu aku rasa dah nak lemas dan nafas tersekat kat leher. aku nampak buddy2 aku dok sebelah katil aku, aku dengar suara dieorang berborak n ketawa. aku cuba nak panggil dieorang tapi takleh keluarkan suara. last2 aku amik keputusan untuk cool down...relax...n baca ayat kursi dengan tertib. aku takbir berkali2 than aku lepas!! pergh mmg rasa mcm baru keluar dari kolam air yg dalam la. tercungap2 aku. badan berpeluh smpi baju aku lencun. buddy aku pun pelik tgok aku mcm tu. lepas aku cerita kan ape yg aku kena, semua terdiam. tapi penat punya pasal, kami tidur mcm biasa mlm tu. lepas tu kerap gak la aku kena. bukan setakat mlm, siang pun kena tau.  tpi bila dah tau mcmana nk handle klu kena mcm tu, aku dah tak berapa risau sangat. ada gak member2 aku ckp sebab aku tidur kat tepi tingkap agaknya..tu yg kena kcw. pada aku pula wallahuaklam....



__________________
like2 u jeee


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 68
Date:

nanti ble ade mse post agi yep pnglmn seram2 nie razmanosaurex....
xberganjak dari tmpat dok bce cite nieee...hehhheheh

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

kem plkan kg hijrah penor...
ak p kem c2....
seram sih...
1st nite kt sane ag bes...
mase baru nk tido..sume kopem gelap kan...ak duduk katil 3 dari pntu...jarak katil ngan pintu dlm 2 mter gak..
dorm 2 mmg pnjang la..
so mase ak nk tido..tetibe ak nmpak klibat cam org blari paka kain..dgn bnyi yg kuat...
ak pom buka mate la nk tgok...dh2 tgok xde sape..
mustahil cepat smpai kt blakang sane coz mase ak dengar n trtgok klibat tu,baru lalu depan katil aku,so ak abaikan n tido...


__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:

haha thanks...tak sangke aku cerite aku ni ade peminat. anyway thanks to all yg sudi baca pengalaman aku ni.

 

ok..mlm ni aku free sebab sekarang j.l yg duduk luar tak kena duty malam (aku tak setuju dgn idea ni sebab kesian dgn member yg dok dalam kem, asik kena duty je)

well..kem di mersing tu pada aku memang best. panorama mmg indah terutama sekali waktu sunrise (matahari terbit or waktu syuruk). Kem tu juga banyak kenangan yg aku tak dapat lupakan. Disebabkan aku ni jenis suka dengar cerita mistik, banyak jugalah kisah miteri pasal kem ni yg aku dengar. Rupanya, 2 or 3 tahun sebelum aku masuk kem tersebut. pernah terjadi satu peristiwa yg sadis kat kem tu. Tapi taklah sampai melibatkan nyawa melayang. Apa yg aku dengar, ada seorang pelatih wirawati ni sampai hari ni masih tak sembuh dari penyakit misteri setelah menjalani latihannya di kem tersebut. Asalnya dia ni kena histeria (sampuk) semasa waktu maghrib. dia mengaku dirinya puteri kalau tak silap kalau dia kena rasuk. Akibat terlalu kronik, komandan mengambil keputusan untuk bagi pelatih permpuan ni pemgecualian kerana sakit. Yang sedihnya, sampailah aku menjadi jurulatih di kem tersebut wirawati tu masih lagi tidak sembuh dan mcm orang tak betul di rumahnya. dah bermacam-macam rawatan diberi, tapi tetap gak tak sembuh. Ustaz kem aku cakap, keluarga dia maybe ada membela jin saka untuk melindungi pelatih tersebut, tapi lain pula jadinya. Last2 saka makan tuan. Ada juga yg cakap saka yg sepatutnya melindungi pelatih tersebut kalah dengan penghuni jin di kem tersebut. wallahuaklam, klu benar cerita ni kita doakan dia sembuh. kerana tiada penyakit yg tidak boleh sembuh kecuali mati. Pengajaran paling penting, janganlah kita menyekutukan Allah (syirik).

seperti mana yang dijanjikan, aku nak ceritakan tentang pengalama j.l perempuan yg mendiami bilik warden penempatan pelatih. kalau dah tempat orang perempuan ni harap maklumlah, memang tempat kesukaan syaitan laknatullah sebab banyak benda kotor yg tak diuruskan dengan betul. Rakan2 aku ni selalunya akan teruk dikacau semasa pelatih kena histeria. dan selalunya pula, kalau histeria di kem tu, mesti startingnya masa nak masuk waktu maghrib, kemudian akan berjangkit dari seorang ke seorang. Watak yg paling kerap "menjelma dlm diri pelatih" adalah nenek kebayan dan tuan puteri. maka akan tunggang langganglah jurulatih wanita ni mengejar, mententeamkan keadaan, memegang yg kena histeria, dan mcm2 lagi lah. kadang2 kesian gak aku kat dieorang. macam aku pula takkanlah aku nak tolong, sebab takde arahan so aku takleh tolong. lepas tu sure waktu malam dieorang ni pulak akan kena kacau. aku ingat lagi member aku ni, aku panggil dia kak ekin je. buddy dia nama roza ni pun ada satu kelebihan iaitu ada masanya dia boleh nampak apa yg kita takleh nampak. maksudnya dia ni kdg2 terbuka hijab. tapi aku respek minah ni, hati kering. cuma kak wkin ni mmg pengecut orangnya. klu tak disebabkan nama jurulatih dah lama dia balik j.b katenya. dia pernah cerita kat aku, ada sekali tu dia terbangun dari tidur die tengok roza dah on suis lampu. yg peliknya roza ni dah berselubung atas katil dia. so ekin ni pun tanyelah kenapa, yelah mane tau putus cinta ke ape ke. roza tak buka selimut, tapi dia just tudingkan jari ke arah bucu katil kak ekin. tapi kak ekin ni tak nampak ape2 pun. mulanya kak ekin ni pelik gak. lama kelamaan die pun dah rase seram sejuk. so die pun lompat ke katil roza dan berselimut sekali dengan roza. keesokan paginya barulah roza cerita dia nampak ade sekor makhluk yg maha hodoh duduk kat hujung kaki kak ekin. tu yg dia tak sanggup tengok tu. sejak dari hati itu, dieorang mmg jage bilik dieorang. ayat kursi mmg tak putus2 dibaca. kalau sempat baca surah yasin.  jadi benda tu dah tak dapat masuk ke bilik dieorang. mulanya legalah juga. tapi lepas ruza keluar dari kem, tinggallah kak ekin sorang kat bilik tu. kali ni bende tu tak kacau kat dalam, tapi kacau dari luar bilik. bunyi orang ketuk pintu plg kerap, bila di buka takde sape2. pastu makin menjadi-jadi. die cerita kat aku, pintu die selalu kena kacau. mula2 dia ingat kucing yg buat. tapi bunyi cakaran tu mmg menyeramkan. kalau tak mencakar dinding, benda tu selalu main kat atas siling bilik dia. kdg2 bunyi benda besar jatuh kat atas siling. plg best die dengar bunyi menderam n orang berlari kat atas siling bilik dia.

sorang lagi member aku, aku panggil die mek da sebab dia ni orang kelantan. ni pun jenis hati kering sebab dia ni dok sorang2 dlm bilik. dia pun kena kacau mcm tu gak, tapi dia buat2 tak tau. kalau die dengar je bunyi yg pelik2 dia akan call husband dia yg kat kelantan tu. kalau aku dah lama aku lari keluar bilik.

oklah, nanti aku sambung cerita yg tak seberapa ni. aku pun dah banyak lupa cerita seram dari member aku kat sana. termakan semut agaknya, tu yg pelupa tu. haha.

oklah, sekali lagi aku nasihatkan. jangan kita takut kalau berdepan dengan situasi mcm ni. ingat Allah kerana makhluk tu pun adalah ciptaan Nya juga. Yang plg penting kita tidak menyekutukan Allah seperti meminta bantuan dari makhluk lain selain dari pencipta kita iaitu Allah. besar tau dosanya. Soal alam lain juga pada aku tak perlulah kita sibok nak ambil tahu kerana kalau tak kuat iman tersesat kita. Cuma apa yg aku ceritakan ni, sekadar untuk berkongsi pengalaman n mmg hobi aku suke bercerita. Assalamualaikum. selamat beramal, renung-renungkan.

(pak badar n yg lain leh add f.b aku razman bin rahmad)

 



__________________
like2 u jeee


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

Salam...sy org baru...:)...time kasih sbb share citer2 menarik...btw...Alhamdulillah x pernah mengalami bende2 camni..huhu

...cuma pernah sertai kem yg ada buat 'mayat' dummy tuh...n waktu awal pagi(lam kol 2am x silap) kene masuk kubur buatan kat tepi laut....sebelom masuk kubur tuh...kene standby dalam bilik gelap...mmg gelap gelite....satu bende x nampak...nak jalan org kene bawak...yg seram...mase dok dalam bilik gelap tuh...setiap org diasingkan kat sudut lain2....sebenarnye bilik gelap tu surau..mmg surau tu clear laa...sejadah sume simpan tepi...tp ada satu group ni...siap kata ada mayat kat tgh tu....die ingat organizer yg letak...padahal session ngan 'mayat' dummy tuh siang...n lepas habis sesi, span2 tu dibukak.....huhuhu

__________________
1 2 3  >  Last»  | Page of 3  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard