Aku bekerja di Kampar sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej swasta yang ternama di sana. Di sana, aku menetap di sebuah rumah flat mewah yang eksklusif dan hebat yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan Shahir AF8.
Hobiku di sana adalah mengunjungi pasar malam yang berdekatan kerana makanannya best dan menarik. Terdapat juga seorang gadis menjual yong tau foo yang sangat aku kagumi kemanisan wajahnya.
Rumah flatku terletak di tingkat 4. Jadi setiap malam aku dan rakanku tidak menutup pintu balkoni kerana kesedapan angin yang menusuk perasaan. Tiada perasaan takut jika rumah dicerobohi. Lagipun, siapa yang nak panjat sampai tingkat 4 tu. Kalau panjat pun bukannya ada apa dalam rumah tersebut untuk dicuri. Silap2, pencuri tersebut yang menyedekahkan duit untuk membeli perabot kerana kasihan terhadap kesederhanaan hidup kami. huhu
Pada satu malam, seperti biasa aku tidur di depan tv yang terletak di sebelah balkoni. Rakan2ku turut serta dalam aktiviti itu. Tiba2, tidurku terganggu oleh bunyi nafas yang kuat di depan mukaku. Pada mulanya, aku tidak mengendahkannya kerana seorang rakanku itu memang suka berdengkur kuat.
Tapi, aku rasa pelik sikit pasal rakanku itu tidur agak jauh dariku. Kira2 satu rantai jaraknya dariku. Tapi bunyi nafas itu betul2 di hadapan mukaku. Bila aku cuba membuka mata, tiba2 tubuhku menjadi krem, tidak boleh bergerak. Mulutku turut terkunci.
Aku mencarut dalam hati kerana tidurku terganggu. Itulah pengalaman pertamaku ditindih. Seperti dalam cerita2 lain, aku akhirnya berjaya menggerakkan ibu jari kakiku lantas mulutku mengucapkan Allahuakbar.
Secara perlahan-lahan, badanku beransur2 pulih dan aku terus bangun sambil beristighfar. Rupa-rupanya, aku tidur di bawah alang rumah. Orang tua2 kata syaitan suka bergayut kat alang rumah, jadi jangan la gatal2 tidur kat bawah alang.
Kalau siapa yang belum pernah kena tindih, mesti tak percaya dengan cerita orang kena tindih. Tapi ini ialah benar2 kejadian, bukannya cubaan. Kalau tak kena tak tahu.
Tapi yang aku pelik sikit, masa aku kena tu time bulan Ramadhan. Jadi kepercayaanku tentang hantu setan tak ada time bulan Ramadhan telah terhakis.