Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ramai-ramailah suruh rie pakai tudung...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:
ramai-ramailah suruh rie pakai tudung...


Assalamualaikum..

Just nak kasi pendapat.. orang yang bertudung tapi still pakai baju
ketat ni memang sebenarnya tak elok. Di samping tak penuhi kehendak syarak
dia orang ni sekaligus menjatuhkan imej orang bertudung. sebab tu
respect orang kat perempuan yang bertudung dah hilang. Pada saya, orang
macam ni mungkin tak faham hakikat tudung ni. mereka tak anggap bertudung
sebagai satu aktiviti dakwah kecil yang besar manfaatnya pada Islam. Kat
sini saya nak kongsi satu cerita yang saya dapat dari satu laman web.
(dah diubah suai sebab bhs indon) KISAH BENAR!

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang
gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan
seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah
lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini
menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran.
Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik
memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali
berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu
masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok,
jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je
macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Ani kat sekolah,
yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang,
pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat
macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya
terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik
doanya " Ya Allah, kenalkan Annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.
Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya
bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya
mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal
berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang
tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu
dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya,
"Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan
tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah
mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya
dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah
mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah
adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat
lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung
yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya
sendiri jadi bingung.. bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya
melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah
seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke
rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya
lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka
beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya
sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya..dan
yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan
pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di
Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di
sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil
saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak
henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya
itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati
berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas
memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh
mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan
lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke
bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang
selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum
tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi
sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan
yang selalu timbul di hati ini..

Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu
Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti
bidadari "Mak Cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang
dari lubuk hati

Annisa : Tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan
cantik!

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah
SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau
saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak
wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak
pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.....pendapat mak cik
bagaimana?

Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh
tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala
sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya
akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah
perlindungan untuk wanita ..

Annisa : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang
kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna
disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami..

Annisa : Apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi
lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia
..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu
dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu
mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau
busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh,
lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu
dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu
kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah
biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah
hakikat tudung.

Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...
mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua
tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan
dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila
kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan
amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan
Allah SWT.

Duhai Nisa.. ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan
dibangkitkan.. ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh
manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang
yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput
mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita
namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu
tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya,
sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh
menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang
ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang
dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada
yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam
dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia
yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta
k

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya
terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk
matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat
tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang
tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah
mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita
tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa
dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh... semoga Allah SWT menerima adikku
disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita
semua. Wassalam...

__________________


hihi huhu haha hoho...gatalnye dia....


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Subhanallah... Tapi apsal tajuk dia camtu ek? Aku no hal kalau pakai tudung... tapi janggut ni nak kene cukur jugak ke? Bayangkan aku pakai tudung, janggut sujupuk kat luar...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 532
Date:

sanny setuju sangat tu.


kenapa rie?


hahaha.




__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 381
Date:

wat pe nak suruh rie pakai tudung. Dia tu dah tak wajib pakai tudung.

__________________
dekat padaku agar kau lebih mengenali diriku tapi jgn dekat sgt..nak kena lempang?


Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:

saje je aku suruh rie pakai tudung, aku dah tak tau nak kenekan sape....maaf zahir pd rie...hehe samat ari raye

__________________


hihi huhu haha hoho...gatalnye dia....


Warga GENG-CERITA

Status: Offline
Posts: 894
Date:

si rey tu pakai ape pun samer gak.........melainkan kalau pakai cawat besi!! tu lainnn

__________________
buduh cam lembuuu


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Aku tak yah pakai apa-apa pun ta kisah... takde apa nak dimalukan... tulang temulang aku ni pun dah jadi bahan rujukan kat makmal-makmal sains

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Senior Member

Status: Offline
Posts: 166
Date:

dah lama dah topik ni yek? tak ade pulak org nak posting kat sini. biar aku naikkan taraf dia. hah? korang suma tak nampak ke hasil dari teguran si viovox tu..kan rie dah tukar perangai, dah tukar image..dah pakai kopiah. takkan nak soh dia pakai tudung pulak..apa pulak le dosa dia nak pakai tudung. kan dia tu ular bukannya bunga..dah ok apa...

__________________
dont worry of pick pocket. kalau duit takde dalam poket..


Super Member

Status: Offline
Posts: 705
Date:

aku setuju sgt ngan topic ni..sedih gakla...

__________________
kyo


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:

dorena sokong

__________________
love is everything or nothing


Super Member

Status: Offline
Posts: 705
Date:

apa yang dorena sokong ni??

__________________
kyo


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:

ntah

__________________
love is everything or nothing


Super Member

Status: Offline
Posts: 705
Date:

hehhe..apa2 je la doena ni..mesti pegi keje x mandi ni

__________________
kyo


Super Member

Status: Offline
Posts: 1121
Date:

kyol dorena sejuk tu, gigi pun tak gosok, jgn dekat dgn dia, lariiiiiiii dorena jgn marah, abg kyol ada tu

__________________
suka hati aku la..lalalalala


Super Member

Status: Offline
Posts: 705
Date:

tul tu hanim..aku mmg tgh lari nie...dia keje aku dari td...

__________________
kyo
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard