ni kisah aku ambik dari blogspot cerita misteri..baca2 la k..hihi
Kisah ini terjadi ketika saya masih lagi bersekolah rendah. Tak silap usia saya ketika itu, lapan tahun. Saya ketika itu memang rapat sangat dengan makcik saya yang saya panggil 'Mak'. Hampir setiap hujung minggu saya akan dibawa tidur di rumah Mak di Ang Mo Kio. Pada suatu hari ketika Mak nak menghantar saya pulang, saya ternampak Anak Patung yang agak besar dan cantik dibuang di tepi lif tingkat satu, di flat yang Mak tinggal. Saya memang orang susah tak pernah miliki patung sebesar dan secantik itu. Mak nampak yang saya perhatikan patung itu agak lama dan suruh saya ambil jika saya mahu. Saya pun dengan suka hati mengambil dan peluk patung itu erat-erat.
Tiba di rumah saya di Bukit Panjang, saya bermain dengan anak patung tersebut. Saya bersihkan ia dan tidur dengan patung itu buat beberapa malam berturut-turut. Sampailah saya dah jemu bermain dengan anak patung itu, saya letaknya di bawah katil nenek. Biasalah budak-budak mudah jemu dengan mainan. Main sekejap dah jemu selepas itu tak main lagi. Saya, ibu dan adik biasanya tidur di ruang tamu sebab kita hidup menumpang dan bilik yang lain semuanya dah penuh.
Seperti biasa saya memang susah tidur selagi ibu saya belum pulang. Ibu pulang selalunya sekitar pukul 11.30 malam. Malam itu adik dah tidur di ruang tamu dan nenek saya sudah tidur di biliknya. Bila ibu dah pulang seperti biasa saya akan duduk di dapur hingga dia selesai mandi. Setelah itu saya akan temankan dia makan di dapur. Sambil temankan dia makan, kita akan berbual-bual. Sedang berbual-bual ibu kata dia terdengar orang meminta tolong. Saya tak dengar apa-apa pun. Ibu terus lari ke dalam bilik nenek diekori saya.
Di dalam bilik memang betul nenek sedang terpekik-pekik minta tolong. Ibu hidupkan lampu bilik lalu bertanya nenek mengapa dia terpekik. Nenek jelaskan yang ada benda merangkak-rangkak di tepi katil lalu mencakar kaki nenek. Bila kami lihat kaki nenek memang nampak kesan calar yang berdarah sedikit seperti baru dicakar. Ibu sapukan minyak ke kaki nenek lalu menjenguk ke bawah katil. Dia nampak anak patung saya lalu dia tarik patung itu keluar. Ibu fikir mungkin patung itu yang mencakar kaki nenek. Malam itu ibu tak tidur, dia baca ayat2 suci dan kami semua dipindahkan tidur ke bilik nenek.
Paginya ibu buang anak patung saya itu. Saya rasa agak sedih tapi memandang kaki nenek yang bercalar rasa takut pun ada. Betul ke anak patung itu punya angkara? Mengapa bila saya tidur dengan anak patung itu berhari-hari tak pernah kena gangguan? Setelah dibuang patung tersebut, arwah nenek tak diganggu lagi tetapi hampir setiap malam lepas pukul 12 malam pasti kedengaran orang main guli. Bila tanya ibu, dia akan kata itu jiran atas yang main. Siapa yang main guli setiap malam dari pukul 12 hingga pukul 2-3 pagi tak henti-henti? Hmmm...
itu la slh satu trademark jerung kiut lailatul.... tujuan nya tak lain selain utk mndptkn publisiti murahan... disamping itu, utk mngalakkan aktiviti kutuk mengutuk sesama geng... dajai betoi intention si jerung ni....
__________________
Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...
treadmark?? ha3!! mungkin kot..menambahkan power spec mata je.. baru aku sedar y post ni "jerung kiut".. tp setahu aku x de seekor pun jerung y kiut kalo dolphin or ketupat. baru kiut..kan3!!
aku maner ada kiut lailatul... kalu ko aku pecaye la ko kiut.... yg kiut ni biasanyer pompuan... lelaki kiut, waktu maseh baby jer.... dh besar jd kuit la... haha...
__________________
Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...
apa ah ko ni ketupat, aku puji pun x mo terima..hi3!! bukan senang aku nak puji org tau..kalo aku puji si fizie mesti hidung dia kembang sampai ke telinga..
nk puji pun, kat white board la... pm ke... kang pijie nampak, jeles plak beliau... ko puji2 ni, actually ko nk aper...??? aper...??? hadiah...??? hadiah ape plak ni..?? haha...
__________________
Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...
hoho....bleh la tahan.....seram2 kuku ku pn dulu peminat patung besar2 nih alah tedy bear ade nye besar mcm ku n mcm bingka..hahha ku dh buang...sbb satu ari ku bgn pg nk ke toilet ku trnmapk lembage brkple besor brtudung putih dok kat sofa(tedy bear ku)..depan tb ngan x semene2...niat ke toilet ku tahan sampai pg sok nye dn yg paling ku geram sok nye ku dpt tau tu hanyelah satu guraun April Fool oleh kwn2 roomate ku..... cis x gune nye member n sejak dr ari tu ku fobia.....lg pun x elok simpan patung2 nih..hehe
drpd ko simpan patung tu drim hait.... baik ko simpan duit... makin bnyk ko simpan... makin bnyk la duit ko... silap2 jd jutawan... simpan patung pyh cket... makin susut duit ko beli patung tu...
__________________
Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...
??pelik tul ke2path ni..aku dah ckp kan aku copy dari misteri jam 12..pehal plak ckp aku cari publisiti murahan...xda masa eh..tetiba sound org..ko nak minta maaf dgn aku bila?aku xampun ko tuduh2 aku..ckp cam org skolah la kawan !!
EH EH.. rileks jerung yg sgt cute.. aku rase dia x bermaksud pown nk kate kat ko tu.. rileks ehh bro.. :) agak2 geram sgt.. raya nnt gigit ketupat tu smpai lunyai2.. haha.. :)
haaa x tawu ketupat.. tgk nie abg besar sudah marah.. ko mntak maap kat aku cepat.. teheee :)
__________________
Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)
Kisah ini terjadi ketika saya masih lagi bersekolah rendah. Tak silap usia saya ketika itu, lapan tahun. Saya ketika itu memang rapat sangat dengan makcik saya yang saya panggil 'Mak'. Hampir setiap hujung minggu saya akan dibawa tidur di rumah Mak di Ang Mo Kio. Pada suatu hari ketika Mak nak menghantar saya pulang, saya ternampak Anak Patung yang agak besar dan cantik dibuang di tepi lif tingkat satu, di flat yang Mak tinggal. Saya memang orang susah tak pernah miliki patung sebesar dan secantik itu. Mak nampak yang saya perhatikan patung itu agak lama dan suruh saya ambil jika saya mahu. Saya pun dengan suka hati mengambil dan peluk patung itu erat-erat.
Tiba di rumah saya di Bukit Panjang, saya bermain dengan anak patung tersebut. Saya bersihkan ia dan tidur dengan patung itu buat beberapa malam berturut-turut. Sampailah saya dah jemu bermain dengan anak patung itu, saya letaknya di bawah katil nenek. Biasalah budak-budak mudah jemu dengan mainan. Main sekejap dah jemu selepas itu tak main lagi. Saya, ibu dan adik biasanya tidur di ruang tamu sebab kita hidup menumpang dan bilik yang lain semuanya dah penuh.
Seperti biasa saya memang susah tidur selagi ibu saya belum pulang. Ibu pulang selalunya sekitar pukul 11.30 malam. Malam itu adik dah tidur di ruang tamu dan nenek saya sudah tidur di biliknya. Bila ibu dah pulang seperti biasa saya akan duduk di dapur hingga dia selesai mandi. Setelah itu saya akan temankan dia makan di dapur. Sambil temankan dia makan, kita akan berbual-bual. Sedang berbual-bual ibu kata dia terdengar orang meminta tolong. Saya tak dengar apa-apa pun. Ibu terus lari ke dalam bilik nenek diekori saya.
Di dalam bilik memang betul nenek sedang terpekik-pekik minta tolong. Ibu hidupkan lampu bilik lalu bertanya nenek mengapa dia terpekik. Nenek jelaskan yang ada benda merangkak-rangkak di tepi katil lalu mencakar kaki nenek. Bila kami lihat kaki nenek memang nampak kesan calar yang berdarah sedikit seperti baru dicakar. Ibu sapukan minyak ke kaki nenek lalu menjenguk ke bawah katil. Dia nampak anak patung saya lalu dia tarik patung itu keluar. Ibu fikir mungkin patung itu yang mencakar kaki nenek. Malam itu ibu tak tidur, dia baca ayat2 suci dan kami semua dipindahkan tidur ke bilik nenek.
Paginya ibu buang anak patung saya itu. Saya rasa agak sedih tapi memandang kaki nenek yang bercalar rasa takut pun ada. Betul ke anak patung itu punya angkara? Mengapa bila saya tidur dengan anak patung itu berhari-hari tak pernah kena gangguan? Setelah dibuang patung tersebut, arwah nenek tak diganggu lagi tetapi hampir setiap malam lepas pukul 12 malam pasti kedengaran orang main guli. Bila tanya ibu, dia akan kata itu jiran atas yang main. Siapa yang main guli setiap malam dari pukul 12 hingga pukul 2-3 pagi tak henti-henti? Hmmm...
Haaaaa . Xbrpinar da . Hihi
__________________
oliVer wEnDelL hOlmEs once said . . .
~"Da great thin' in diz world is not so much where we stand as in wat direction we are moving"~