Sewaktu usia 7 tahun kami berpindah ke bandar k. Tempat ini cuma sebuah pekan kecil dengan tanah berpasir yang seluas mata memandang. Tempat yang dahulunya kaya dengan hasil timah kini tandus dengan lombong2 tinggal yang dalam dan luas.
Aku tiada kawan di sini. Sekolah pula sangat jauh. Aku pulang kerumah hampir senja besendirian menaiki bas usang setiap hari. Aku ada sorang kawan bernama Dat. Berusia 11 tahun. Dat tidak bersekolah dan suka menghabiskan hari di lombong, bermain, memancing atau mencari keladi air untuk makanan ternakan. Malangnya suatu hari Dat mati. Mayatnya di jumpai terapung dalam lombong. Sejak itu aku tiada kawan. Waktu cuti aku sering ke lombong sendirian. Suatu hari selepas puas bermain dengan kura2. Aku melepak di tepi lombong. Aku baring atas rumputnya yang jarang. Lama aku baring. Dan aku teringatkan Dat yang bodoh2 dungu. Aku memikirkan bagaimana Dat mati di lombong. Dat perenang handal. Sainganya aku sorang yang tak tahu berenang he he... Tiba2 begema suara memanggil2 nama aku. Tidak jelas tapi gemanya memecang kesunyian siang. Aku kenal itu suara Dat. Dari kejauhan, aku nampak sebuah bahtera muncul. Bahtera kayu yang kukuh. Didalamnya ada lelaki dan wanita yang rupawan. Berpakaian putih. Mereka kelihatan gembira menari dan asyik melambai2 pada aku. Aku nampak Dat. Dia melambai2. Bagai satu pesta nampaknye. Dat ketawa dan memanggil2 nama aku. Suaranya begema. Bahtera itu berhenti di tengah lombong. Dat memanggil dan mengajak aku datang. Mereka semua juga memanggil dan mengajak aku datang. Aku rasa asyik sekali dan tepesona. Bagai di pukau aku berlari ke gigi lombong. Tiba2 kaki ku terbenam dan tesangkut dalam lumpur. Aku memandang kebawah dan terlihat air lombong yang hitam dan dalam. Aku pandang kedepan dan nampak Dat. Badan Dat mengembung dan bengkak. Urat2 biru timbul pada badan Dat. Dat menangis dan meraung. Lelaki dan wanita rupawan tadi kini berjubah buruk. Berwajah tengkorak dengan gigi meyeringai. Mereka menarik Dat yang meronta2 dalam bahtera berlumut dan berlumpur. Aku terpaku dan tidak berbuat ape2. Sehingga semuanya lenyap seperti kabus putih yang kian menipis. Sekarang aku tahu kenapa Dat mati.
Cite agak best... Tapi kurang keseraman die.. Kupasan die kurang menarik... Lalu aku merajinkan diri meng'edit' cite nie...
Bahtera Puaka (Versi Matematik) Sewaktu aku berusia 7 tahun, keluargaku berpindah ke Bandar K yang terletak die Negeri Z... Bandar ini hanyalah sebuah pekan kecil dengan tanah berpasir dimana luasnya seluas mata memandang.... Menurut orang2 tua disini, dahulunya tempat ini kaya dengan hasil timah... Tapi kini tandus dan yang tinggal hanya lombong2 yang dalam dan luas....
Pada mulanya aku tiada kawan di sini... Sekolah pula sangat jauh.... Aku pulang ke rumah dengan menaiki bas yang usang... Dan sering kali aku tiba dirumah tatkala senja telah tiba...
Sehinggalah satu hari aku berkenalan dengan Dat... Beliau berusia 11 tahun dan tidak bersekolah... Dat suka menghabiskan masa seharian di lombong... bermain disana, memancing atau mencari keladi air untuk makanan ternakan.... Malangnya, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari... Umur Dat tak panjang.... Tubuh yang kecil itu di jumpai terapung di permukaan lombong.... Kini aku kembali keseorangan... Dan kini waktu cuti aku sering ke lombong sendirian kerana mengenangkan Dat...
Suatu hari selepas puas bermain dengan kura2, aku melepak di tepi lombong lalu aku rebahkan badan diatas atas rumputnya yang jarang....Lama aku berbaring, dan kotak fikiranku teringat akan Dat yang bodoh2 dungu itu.... Aku memikirkan bagaimana Dat boleh mati??? Dat perenang handal... Jika hendak dibandingkan aku sorang yang tak tahu berenang ni... Aku ketawa sendirian...
Tiba2 aku terdengar suara bergema memanggil2 nama aku.... Tidak jelas tapi gemanya memecah kesunyian siang.... Aku tahu... Aku kenal suara itu... Itu suara Dat.... Ya, suara rakan ku... Nun disudut hujung lombong sana, aku terlihat sebuah bahtera muncul.... Bahtera kayu yang kukuh.... Di dalamnya ada lelaki dan wanita yang rupawan.... Berpakaian putih dan mereka kelihatan gembira sambil menari-nari dan asyik melambai2 pada aku.... Dicelah-celah rupawan itu, aku nampak Dat.... Dat melambai2 padaku... Kelihatan bagai satu pesta nampaknya...
Dat ketawa dan memanggil2 nama aku.... Suaranya begema... Kelihatan bahtera itu berhenti di tengah lombong.... Lalu, Dat memanggil dan mengajak aku datang ke bahtera tersebut... Mereka semua juga memanggil dan mengajak aku datang.... Aku rasa asyik dan tepesona.... Bagai kan di pukau aku berlari ke gigi lombong.... Tiba2 aku terasa kaki ku terbenam dan tesangkut dalam lumpur lombong tersebut... Aku panik... Aku memandang ke bawah melihat air lombong yang hitam dan dalam... Lalu, aku pandang kedepan... Tiba2 badan Dat mengembung dan membengkak..... Urat2 berwarna biru timbul di badan Dat... Dat menangis dan meraung.... Lelaki dan wanita rupawan tadi kini bertukar pakaiannya dengan jubah yang buruk.... Wajah meraka bertukar tengkorak dengan gigi meyeringai..... Mereka menarik Dat yang meronta2 dalam bahtera berlumut dan berlumpur..... Aku terpaku dan tidak berbuat apa2....
Aku memandang bahtera tersebut, sehingga tiba2 semuanya lenyap menjadi kabus putih dan kian menipis..... Kini aku mengerti bagaimana Dat boleh lemas di lombong tersebut...
-- Edited by Mat tHe MatiCs on Sunday 10th of July 2011 08:30:31 PM
owh ini lah dia kerajinan matematik meng-edit semula cerita tersebut.... walaubagaimanapun citer versi matematik ni lebih menarik dan lebih senang nk faham.... dan walaubgaimana pun aku dah tak seram sebb da 2 kali baca ........ trima kasih pawerrut.......
tq math. Next time aku tulis novel boleh anta kat opis kau bahagian editing okeh. Jgn lupe dgtkan dipasaran. Ho ho ho
ps# manede negeri z kat msia.
Bandar k wujud kat negeri s. Bijih timah tu bkn dongeng .
klu tgk anak sungai yg mengalir kelombng pn byk amang kat pasir. Tu tande ade bijih timah. Cite ni bedasarkn xprience dan ingatn aku mase zaman kanak2
-- Edited by senja hitam on Monday 11th of July 2011 11:19:55 AM