Suatu senja tahun lepas aku menyusuri highway ulu yam.
Waktu sampai puncak bukit, aku terlihat susuk seorang lelaki dibahu jalan. Berpakaian pendekar melayu lama. Warna putih salji.
Bertengkolok putih. Siap keris dipinggang kiri.
Dia bediri membelakangi aku.
Pendekar tu bediri di hujung tebing bukit yg menghadap gaung.
Body language nampak tenang tapi asyik memandang kearah hutan dibawah.
Seperti ada sesuatu di sana. Yang pasti dia bukan manusia biasa kerana kaki seluarnya amat putih.
Mustahil manusia biasa boleh meredah semak dan tanah merah tanpa kotoran di kaki seluar.
Bediri pulak dihujung tebing gaung macam nak bunuh diri.
Ringan betul. Padahal badan sasa. Kalau aku bediri macam tu dah runtuh tanah tebing tu.
Bagaimana muka dia kalau aku tegur dan dia menoleh. Aku bayangkan gigi betaring dan mata polos.
Maklum je hantu he he...
Aku berlalu meninggalkan pendekar itu dengan seribu persoalan.
Ape yang di pandangnya di lembah itu pada waktu senja?
@@@@@@@@@
suatu senja aku berbasikal melalui sebuah jalan yang sunyi di kawasan hutan.
Aku terlihat sebuah kuil cina.
Di luar kuil ada batu besar.
Diatas batu ada sebuah patung cina yang berpakaian tradisional cina lama.
Tiba2 patung tu berpusing dan menari.
Patung tu berhenti dan menghadap aku lalu senyum.
Kagum aku.
'Ini mesti guna bateri'. Bisik aku dalam hati.
Esok pagi sewaktu melalui jalan yang sama.
Aku berhenti depan kuil tu.
Aku perhatikan patung semalam masih di situ.
Keras dan bersimen atas batu.
Jadi bagaimana dia begerak semalam? Ho ho ho...
@@@@@@
suatu malam. Dah masuk pukul dua pagi yang dingin
waktu ni embun jantan pun dah turun.
Sebijik sebijik kena jaket aku.
Aku pulang dari kota bermotosikal menuju rumah aku.
Hampir sampai ke rumah aku terlihat sebatang tiang putih.
Terletak di bahu jalan.
Makin aku hampir makin besar dan jelas.
Benda ni pendek macam budak umur 10 tahun
berjubah putih dan muka bercahaya.
Mandangkan aku dah sampai depan rumah aku terus masuk dan park motor depan pintu.
Bila menoleh semula ke belakang . Benda tu dah hilang. Hu hu... Seram! Aku terus masuk rumah dan tidur. Good nite
-- Edited by senja hitam on Friday 1st of July 2011 08:08:33 PM
hehe...bro ..mungkin patung kat kuil tu sami tu tak on suis kot..mase ko nampak tu die test betry ok ke tak..tak sangke skang barang 'made in china' nie mmg maju kan...
lupe nak gtau tempat tu bukan kuil tp tokong kecik warna merah yg selalu ada kat hutan . Tokong tu dah pn dimusnahkn oleh jentolak sb didirikan tnpa kebenaran. Batu dan patung tu pn dah gone. Mekaup mcm antu ayo yo kalau timbang brape kati gak nye. Pasal paragraph sori la aku budak baru blajar tak pas lagi ho ho ho