Kereta satria neo silver milikku meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah teres setingkat itu. Disebelah ada Tina yang masih dengan compact powdernya,lipstiknya,nasib baiklah tak bawa sikat rambut sekali. Aku nak ketawa juga melihat Tina membelek-belek bibirnya yang baru disapu lipstick merah jambu itu,sesuai dengan kulitnya yang putih melepak. Sesekali bibirnya memuncung macam mulut itik,sekejap pula lipstick disapu lagi pada bibirnya.
"Dah dahlah tu,makin banyak kau sapu lipstick tu. Dah ok dah la,"beritahuku membuatkan Tina menoleh. Aku memandangnya sekilas,wajahnya seperti tidak percaya dengan kata-kataku ini.
"Ya ke?aku rasa macam tak elok je. Ha..ini Amir punya pasallah ni. Semalam kata nak ambil tapi last-last tak jadi pula. Dahlah baru bagitahu pagi tadi. Geramnya aku!Kenapalah tak inform aku awal-awal,tak lah aku terkejar-kejar macam sekarang ni. Nasib baiklah kau tak keluar lagi kalau tidak alamatnya aku kena cari teksilah,"bebel Tina kesal. Semua alat mekapnya tadi sudah disumbat ke dalam beg tangan. Wajahnya sudah bertukar masam mencuka,nampaknya beranginlah pagi-pagi ni ya. Hai Amir,siap sedialah kau nanti.
"Ok je lah. Ala kau ni,dia urgent la tu. Tak apa,aku hantar kau sampai kedai. Tapi nanti balik kau call dia tanya ya,aku balik lambat rasanya. Meeting tu tak tahulah habis pukul berapa nanti,"aku memberitahu,tidaklah Tina tertunggu-tunggu nanti.
Tina sekadar memeluk tubuh dan mengangguk. Aku sekadar memerhati gelagatnya itu. Biasalah dalam hubungan tak semestinya bahagia selalu,ada badai yang mendatang. Setakat salah faham tu,alah gaduh-gaduh manja je.
"Nurin,kalau aku tanya sikit kau jangan terasa hati pula ya. Especially jangan marah ok?"tanya Tina sambil memandang wajahku yang tengah memandu. Aku pandangnya semacam,tapi angguklah juga. Dia tersengeh sendiri,lalu mengangkat-angkat kedua belah keningnya.
"Dah agak lama juga aku nak tanya kau soalan ni. Kau tak nak cari teman lelaki ke?maksud aku cari pengganti,"ujar Tina straight. Aku menoleh pandangnya,soalan cepu mas betullah.
"Ha..kau dah janji tadi tak mahu marah-marah,"Tina mengingatkan. Aku mencebik,bukan aku nak marah dia pun. Alah soalan macam ni,nak tak nak orang lain akan tanya aku juga. Jadi sama jelah siapa yang tanya pun.
"Hmm...aku selesa dengan hidup aku sekarang. Cukuplah ada tok Wan,ayah tok dan Ainur sebagai keluarga aku. Termasuklah korang yang dah lama aku kenal ni. Korang dah macam keluarga pada aku,"ucapku jujur.
Ya!Itulah yang terlintas dalam fikiranku. Tapi benar kata orang,boleh jadi otak kata lain tapi hati kata lain. Otak aku menyatakan yang aku sudah bahagia dengan semua yang telah aku kecapi ini. Tapi dalam diam hati kecilku mengharapkan diriku ini dicintai malah mencintai. Kerana peristiwa dulu akucuba menanam tembok dalam hati aku supaya dengan tidak mudah jatuh cinta untuk kali keduanya.
"Tapi sampai bila kau nak tipu diri kau macam ni?tak akan sampai bila-bila pun kau tak boleh nak beri peluang pada diri kau untuk bahagia. Setiap manusia itu berhak untuk bahagia,"agak semangat juga kata-kata Tina itu menyapa gegendang telingaku.
Aku menjeling kesebelah,faham benar dengan maksud kata-kata Tina itu. Aku hanya tersenyum sendiri. Ya, memang aku menipu diri sendiri. Biarlah hanya Allah dan aku yang tahu apa yang ada dalam hati ini.
"Hmm..memang tipulah kalau aku kata aku tak mahu kahwin sebab aku ni hanya manusia biasa Tina. Aku juga punya impian seperti wanita lain yang ingin dicintai. Tapi pengalaman dah mengajar aku supaya jangan mudah percaya pada lelaki sebab diaorang tu semuanya penipu. Aku tak percaya masih ada lelaki yang jujur dalam dunia ni,"aku menggeleng sambil tersenyum nipis. Tanganku menggengam erat stereng kereta.
Mendengar keluhan dari mulut Tina membuatkan aku menoleh sekali lagi. Tina menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan pandanganku itu. Macamanalah nak buat cik Tina ni faham ye..
"Aku faham perasaan kau Nurin. Tapi kau patut beri peluang pada diri kau untuk jatuh cinta sekali lagi. Aku percaya Allah dah tentukan jodoh yang terbaik untuk kau. Mungkin ada hikmah atas apa yang dah terjadi dulu tu. Tok Wan dan ayah tok pun mesti tak mahu kau terus macam ni,diaorang mesti tak sabar nak dapat cucu menantu kan?"Tina sudah bersuara ceria. Aku angkat kening,yalah tu. Tak ada maknanya tok wan dengan ayah tok nak tunggu aku kahwin. Sebab utamanya adalah tak ada lelaki yang jujur,semuanya sama sahaja. Cakap lain tapi buatnya lain.
"Pandai-pandailah kau ni. Aku bukannya macam kau dah ada calon yang sesuai. Tapi cukuplah apa yang aku ada sekarang ni ya. No more questions ok?"aku memandangnya minta jawapan. Tina mencebik geram. Sabar jelah cik Nurin ni,suka sangat mengelat.
"Ala kau ni. Aku belum habis tanya lagi ni. Ok,one more question ok?aku promise satu je lagi,"Tina mengangkat tangan tanda orang berjanji. Aku menoleh memandangnya,angguklah juga. Banyak betul cik adik sorang ni nak menggorek. Nasib baiklah Tina ni bukan wartawan,kalau tidak tak selamatlah artis Malaysia ni. Asyik-asyik kena temuramah saja.
"Apa dianya?"aku tengok Tina sudah tersenyum lebar. Tak faham lah apa yang sedang difikirkannya itu.
"Tapi janji yang kau akan cakap jujur kali ni. Tak mahu tipu-tipu ok?ikhlas dari hati tau,"pesan Tina,sempat lagi tangannya menepuk bahuku yang sedang memandu.
"Hmm..tengoklah dulu apa soalannya,"balasku malas. Makin laju pula tepukan Tina ni di bahuku.
"Janji lah betul-betul. Aku serius nak tahu ni. Manalah tahu aku boleh kenalkan kawan-kawan Amir dekat kau,"Tina memberi hint. Aku tersenyum saja,ada-ada jelah Tina ni.
"Kalau ada lelaki yang betul-betul ikhlas sukakan kau,kau nak terima tak?cakap jujur,"sempat lagi Tina mengingatkan.
"Mana tahu yang lelaki tu jujur?setakat cakap mulut bolehlah,apa-apa pun baik,"aku memberi respon. Tina mengeluh kuat. Hait! Semangat betul minah ni ya.
"Cuba kau fikir positive sekejap,"runggut Tina kuat. Aku tersenggeh melihat wajahnya yang macam nak marah tu. Jangan main-main juga dengan Tina ni. Biarpun manja tapi kalau dah marah memang nak membebel je kerjanya.
"Aku percaya ada lelaki yang betul-betul ikhlas untuk kau nanti. Setiap wanita yang baik itu tercipta untuk lelaki yang baik juga. Aku kenal kau macam mana,tapi kalau dia dah muncul,kau nak terima dia ke tak?"tanya Tina serius.
Melihat wajahnya yang semangat habis tu nak membuatkan aku ketawa. Semangat betul Tina ni nak tengok aku kahwin,dia pula yang terlebih risau. Tapi apa-apapun aku berterima kasih banyak dengan dia sebab selalu risaukan masa depanku.
"Kau cakap ni macam dia tu ada betul je. Ya,aku percaya setiap orang tu Allah dah tentukan jodohnya masing-masing. Tapi aku ni perempuan,kalau betul dia ikhlas senang je,datang jumpa tok wan dengan ayah tok minta izin mereka. Kalau dah memang itu jodoh aku,aku terima saja,"
"Ha,kan cantik jawapan macam tu. Insyaallah,aku doakan yang dia tu betul-betul ada untuk kau. Mana tahu yang dia tu sebenarnya berdekatan dengan kau,tapi Allah masih tak temukan korang je,"berkias-kias pula ayat si Tina ni.
"Yalah tu. Ini kes banyak sangat baca novel cintalah ni sampai terpengaruh. Apa-apapun aku ucap terima kasihlah sebab kau tak putus-putus bagi aku semangat. Insyaallah,kalau ada jodoh aku,adalah sebab aku ni pun manusia tau,"
"Tahupun,ingat ke memang dah tak ada perasaan. Tapi nanti kalau dah jumpa si dia tu jangan kau buat tak tahu pula tau"pesan Tina nakal. Aku hanya menggeleng melihat Tina yang sudah ketawa sakan tu.
....................
"Caleb nak kemana tu?"tanya Puan Sri Mahsuri lembut. Surat khabar yang menutup mukanya itu sudah diletakkan dia atas meja. Niatnya untuk membaca seluruh isi berita hari ini sudah terbantut. Nanti-nanti sahajalah sebab banyak masa lagi yang dia ada.
Wajah anak lelaki tunggalnya itu dipandang penuh kasih. Caleb yang baru menapak ke ruang tamu tersenyum lebar memandang uminya itu. Perlahan kaki melangkah menghampiri Puan sri Mahsuri dan melabuhkan punggung disebelah wanita itu. Kepalanya dilentokkan pada bahu si ibu,nak manja-manja lah katakan. Puan sri Mahsuri tersenyum nipis sambil tangannya mengusap-ngusap kepala anak lelakinya itu.
"Dah besar panjang pun nak bermanja lagi,"rungut Puan Sri Mahsuri lembut. Caleb hanya tersengeh menampakkan baris giginya yang putih bersih.
"Umi,Caleb nak keluar ni,ada hal sikit dengan Malik. Abi mana?dari tadi tak nampak pun,"kepalanya sudah di angkat daripada bahu Puan sri Mahsuri mencari-cari kelibat si ayah. Puan sri Mahsuri hanya menarik nafas dalam.
"Kamu ni macam tak kenal je denganabi kamu tu. Biasalah kalau hari isnin macam ni,tak lain tak bukan mesti pergi golf. Dah sakit-sakit badan pun tetap juga nak bermain,"bebel umi kesal. Tapi dalam nada suara yang relaks je.
Caleb mengangkat kening tanda faham benar apa yang dikatakan umi itu. Lagu Unintended daripada kumpulan Muse daripada telefon bimbit milik Caleb rancak berbunyi minta diangkat. Pantas tangannya menyeluk poket seluar,lantas melihat nama pemanggil. Puan Sri Mahsuri hanya memerhati tingkah anaknya itu.
"Umi,kejap ya. Caleb nak jawab panggilan ni dulu,"ujar Caleb sebelum berlalu ke luar rumah. Puan Sri Mahsuri hanya menghantar langkah anaknya itu dengan iringan pandangan mata.
Caleb menekup telefon pada telinganya. Tanpa sedar Puan Sri Mahsuri begitu ralit memerhatikannya. Setiap gerakannya diperhatikan. Perasaan ingin tahunya itu membuak-buak. Puan Sri Mahsuri memang tak boleh nak senang duduk,akhirnya dia bangun dan berdiri dekat pintu,hampir dengan anaknya. Dia bagai tertarik untuk mendengar apa yang anaknya itu bualkan,nampak macam serius je. Siapa agaknya yang menelefon Caleb? Bagai rasa dirinya diperhatikan,Caleb terus sahaja menoleh. Agak terperanjat juga bila matanyaterpandangkan uminya yang sudah berdiri hampir dengannya. Tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman lebar,kelakar tengok gelagat uminya itu.
"Oklah Malik,nanti aku dah sampai aku call kau ya. Hmm...semua dokumen tu jangan lupa uruskan,"arah Caleb serius. Seketika talian dimatikan. Caleb menyimpan kembali telefonnya ke dalam poket seluar slack hitam yang dipakai. Puan sri Mahsuri masih memerhati sambil memeluk tubuh,rupanya Malik,ingat ke seseorang yang istimewa buat anaknya itu. Bilalah agaknya yang dia akan dikhabarkan dengan berita gembira yang anaknya itu sudah punya seseorang yang istimewa selain dirinya dan keluarga.
Melihat kekecewaan di wajah si ibu,Caleb terus menghampiri. Satu senyuman lebar dihulurkan,faham dengan maksud tersirat di wajah uminya itu.
"Umi,Caleb pergi dululah ya. Kejap lagi ada meeting,takut lambat pula,"beritahu Caleb serius. Puan sri mahsuri meletakkan kedua belah tangannya ke atas dada bidang anaknya. Kot hitam yang segak ditubuh si pemakai dibetulkan kolarnya. Anaknya ini begitu segak,bergaya dan penuh karisma,tetapi kenapa masih solo?
Matanya tertacap pada tali leher anaknya yang tidak kemas rupa penyediaannya,tanpa diduga bibirnya tersenyum nipis. Menyedari senyuman uminya itu Caleb turut sama tersengeh faham. Memang sejak azali lagi dia memang tak pandai nak pakai tali leher dengan begitu kemas. Kalau diikutkan memang dia tak akan pakai tali leher ke pejabat, tapi memandangkan ada meeting hari ini barulah dia pakai. Kalau dah protokol,protokollah juga,mana boleh nak langgar. Majikan harus memberi contoh yang baik kepada para pekerja. Itu prinsip yang dipegangnya selama dia menerajui Mahsuris Holdings.
"Anak umi ni kacak,bergaya tak akantak ada orang berminat,"ngomel Puan sri mahsuri sendiri. Sebenarnya saja cakap macam tu,nak biar Caleb dengar. Ternyata Caleb memang jelas mendengar apa yang terucap dari mulut umi tersayang itu.
"Umi, dah ya. Tak mahu masuk bab lain,karang tak sempat pula Caleb nak pergi office,"cepat sahaja Caleb membalas. Dah faham benar dengan perangai Puan sri Mahsuri. Kalau terus dilayan alamatnya memang tak boleh nak keluarlah jawabnya. Puan sri Mahsuri mengangkat kening,laju betul anaknya ini mengelat ye.
"Yalah tu. Umi cakap betul ni,carilah isteri untuk caleb bukannya untuk sesiapa. Tengok tie pun tak betul lagi nak pakai,nanti kalau dah kahwin kan senang. Ada isteri yang tolong,tidaklah nak bermanja dengan umi terus. Kamu tu dah 30 tahun tau,bukannya budak-budak bawah umur lagi. Senang-senang biar umi je tolong carikan,nanti caleb pilih je,"beritahu Paun sri Mahsuri sambil mengiringi anak lelaki tunggalnya itu ke kereta. Caleb memandang uminya macam tak percaya,tapi bibir tetap mengukir senyum.
Perlahan tangan uminya diraih lantas dicium. Pipi gebu uminya juga turut dicium lembut,kebiasaan yang akan dilakukan sebelum pergi kerja.
"Nanti caleb fikirkan ya,assalammualaikum,"ujarnya dalam senyum panjang. Kereta BMW hitam milikknya berlalu laju meninggalkan perkarangan rumah.
Puan Sri mahsuri hanya memeluk tubuh dan menggeleng. Pandai nak mengelat ye anaknya yang sorang ni. Tiba-tiba otaknya ligat memikirkan sesuatu,pantas bibir menguntum senyuman lebar,puas hati dengan ideanya itu.