Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tunjukkan Aku kekasih Hati 1


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:
Tunjukkan Aku kekasih Hati 1


Aku menutup rapat pintu kereta sebelum melangkah untuk menutup pintu pagar rumah. Sayup-sayup kedengaran bunyi azan berkumandang dari surau berdekatan. Aku memandang jam ditangan,sudah pukul 7.30 malam. Perlahan aku mengeluarkan kunci dari dalam beg tangan,lalu memasukkan ke dalam lubang tombol. Sekali tombol dipulas,aku mengangkat beg pakaian yang dibawaku bersama. Baru ingin melangkah masuk,kepalaku terus sahaja menggeleng perlahan memandang keadaan rumah aku yang dah macam dalam gua ni. Bila pintu ditutup rapat terus sahaja tangan menekan suiz lampu. Keadaan yang gelap tadi terus berubah terang serta merta. Aku tersenyum sendiri melihat beberapa batang tubuh yang sedang enak terbaring sudah mulai bergerak-gerak. Pastinya cahaya lampu telah mengganggu lena mereka.

 

 

"Bangun,dah maghrib ni,"ujarku kuat. Beg yang dipegang aku letak di atas lantai. Kini tanganku laju pula menggerak rakan-rakanku yang sudah separuh jaga itu. Mai membuka mata,terkenyit-kenyit juga terpandangkan silau lampu tu. Amy sudah bangun bersila tapi mata tetap terpejam juga. Aku pandang Tina yang masih baring sambil memeluk teddy bear sebesar budak 3 tahun miliknya itu.

 

 

"Dahlah tidur tu. Dah maghrib ni. Tak baik tidur waktu maghrib tau,"bebelku sambil menepuk-nepuk pinggul Tina. Amy turut sama membuka mata dan membantuku mengejutkan Tina. Mai berkerut-kerut dahinya cuba mencari arah jam.

 

 

"Dah pukul berapa ni?bila kau sampai?"tanyanya perlahan. Suaranya serak-serak baru bangun tidurlah katakan.

 

 

"Baru je sampai ni. Dah pukul 7.30,orang dah azan. Sedap bukan main korang ni tidur,tak sedar. Dari pukul berapa tidur tadi?" aku sudah melabuhkan punggung disebelah Amy yang nampak sudah sedar sepenuhnya. Dia melandingkan kepalanya pada bahuku,aku hanya membiarkan sahaja.

 

Mai mengikat rambutnya yang sudah serabai semacam tu. Sesekali mulutnya menguap besar sampai berair mata dibuatnya.

 

 

"Hmm...lepas zohor tadi aku terus tidur. Ni minah ni punya pasallah ajak aku tengok drama semalam sampai dah nak subuh,"laju sahaja bantal yang dipegang Mai sudah mendarat pada bontot Tina yang sudah terbuka sedikit matanya. Aku dapat lihat bibir Tina hanya mengukir sengehan panjang lalu aku turut ketawa melihat telatah rakan-rakanku ini.

 

 

"Semua dekat rumah,korang tak keluar ke hari ni?"aku sudah memandang pelik rakan-rakanku ini. Setahu aku diaorang kalau hari minggu macam ni memang tak lekat dekat rumah. Ada yang keluar dengan tunanglah,ada yang ada datelah  tak pun bershopping habiskan duit. Masing-masing menggeleng sahaja.

 

 

"Malaslah nak keluar. Aku ni tak gaji lagi,jadi mood nak keluar tu tak adalah. Baik aku membuta,lagi ada faedahnya. Nanti dah mula kerja tak ada chance pula nak tidur lama-lama macam ni,"ngomel Amy perlahan. Jari-jarinya melurut rambut yang separas bahu itu. Aku tersenyum,tahu sangatlah perangai Amy ni. Ada sahaja peluang mesti akan diisi dengan aktiviti membuat tahi mata,lagaknya dah macam orang tak cukup tidur.

 

"Ha'ah,baik tidur lagi bagus. Lagipun Amir tak ada,outstation jadi malaslah nak keluar,"beritahu Tina pula. Teddy bear yang berada dipelukannya dipeluk erat. Tunang yang bagi,biasalah..

 

 

"Nurin,kau tak bawa balik apa-apa ke dari kampung?aku lapar ni," Mai memandang aku sambil menepuk-nepuk perutnya. Aku mengangkat kening lantas tersenyum panjang.

 

 

"Yalah,lapar ni. Tengahari tadi kitaorang makan maggi je,"adu Amy bersungguh.

 

"Maggi?amboi,rajin bebenor korang ni ya.Tengahari makan maggi je?barang dapur dah habis ke?"aku memanjangkan kepala kearah dapur,konon nak jengah-jengah barang dapur tapi tak nampak apa pun sebenarnya.

 

 

Perlahan tubuhku ditolak,hampir terbaring juga dekat atas si Amy ni.Tina hanya tersengeh panjang.Aku tahu sangatlah pasal apa.

 

 

"Ala kau ni,macam tak faham-faham pula. Kalau kau tak ada jawabnya tak berapa nak berasaplah dapur tu. Barang dapur ada tapi orang nak masaknya tak ada.Kita orang masing-masing dah rindu nak rasa kau masak. Kan Mai,Amy,"Tina,Amy dan Mai tersenyum memandangku penuh makna. Aku mencebik memandang rakan-rakanku yang nak ambil kesempatan ni. Pandai mengayat ye...

 

 

"Yalah,kejap lagi aku masakkan untuk korang. Macam mana nak kahwin kalau macam ni ya,"sakat aku sambil melirik pandang pada Tina yang sudah tersipu malu.

 

 

"Ha'ah dia ni. Agaknya hari-hari nak suruh si Amir tu makan dekat kedai kut,"tambah Amy pula. Tina sudah memuncung,laju sahaja tangannya mencubit paha Amy yang hanya berkain batik itu. Terjerit juga Amy dibuatnya,kami hanya ketawa senang.

 

 

"Dah lah tu korang,baik aku pergi solat daripada layan kerenah korang ni. Nurin,jangan lupa masak ye,"pesan Mai dalam senyumnya. Dia sudah berdiri untuk berlalu ke biliknya. Aku hanya mengangguk dan berniat untuk bangun juga. Amy dan Tina masih duduk di tempatnya,kini kaca televisyen sudah mula bernyala. Drama di tv3 masih bersiaran.

 

"Nurin,Ainur apa khabar?dah lama juga aku tak jumpa dia,"tanya Amy dalam senyumnya. Aku yang baru nak bangun mematikan niat. Ingatanku pantas sahaja mengingati adik aku yang dekat kampung,aku tersenyum sahaja.

 

"Alhamdulilah sihat. Kadang-kadang dia tanya juga pasal korang,kenapa dah lama tak datang,"beritahuku.

 

Amy dan Tina saling berpandangan dan tersenyum. Aku bersyukur sebab kawan-kawanku ini boleh terima adik aku macam keluarga diaorang sendiri.  Mereka langsung tak pandang rendah dan serong pada kami sekeluarga.

 

"Hmm...memang dah lama pun kan?last kitaorang pergi rumah kau pun masa kau nak tunang dulu,"ujar Tina spontan.

 

Aku hanya tersenyum tawar. Cepatnya setahun sudah berlalu,tapi semuanya masih segar dalam ingatan aku. Biarpun masa telah berlalu dimakan zaman tapi tak mungkin semua yang telah berlaku itu akan lenyap juga,tak mungkin!

 

"Oklah aku nak masuk bilik dulu ya. Lepas solat nanti aku masak,"beritahuku. Amy dan Tina hanya tersenyum dan bersungguh mengangguk.

 

"Ok,kejap lagi aku tolong kau ya. Nak mandi dulu,period ni rasa tak selesa je,"Amy bersuara. Aku hanya mengangguk lalu mengambil beg pakaian yang dibawa ku tadi.

 

 

"Mai,jangan lama-lama tau. Aku nak mandi pula,"laung Amy bila kelibat Mai kelihatan untuk ke bilik air dengan tuala di bahu. Aku hanya tersenyum sendiri.

 

 

"Yalah tu,aku mandi kejap je ni,"sambung Mai panjang dari arah bilik air.

 

.......................

 

Aku mengangkat ayam goreng yang baru sahaja garing ke dalam pinggan. Api dapur dipadam tanda yang aku dah selesai masak. Pinggan yang dipegangku sudah beralih tangan,Amy membawanya ke meja makan untuk dihidangkan.

 

 

"Amy,tolong senduk nasi ya. Aku dah ambil tom yam ni,"beritahuku sebaik tangan mencedok tom yam yang baru sahaja siap dimasak ke dalam mangkuk sederhana besarnya. Untuk malam ini cukuplah lauk tom yam dan ayam goreng bagi menjamu selera kami seisi rumah.

 

 

"Hmm..sedapnya bau. Makin laparlah perut aku ni,"perlahan satu suara disebelahku. Aku hanya tersenyum nipis,lalu menghulurkan mangkuk tom yam tadi padanya. Tina mendekatkan mangkuk yang dipegang ke arah mukanya,lalu menarik nafas dalam. Menggeleng juga aku melihat rakanku ini.

 

 

"Mak oi,dah lama aku tak rasa tom yam kau Nurin. Bau bukan main sedap,"puji Tina bersungguh. Aku berlalu ke singki untuk membasuh tangan. Beberapa biji pinggan dan sudu aku bawa bersama ke meja makan.

 

"Ala kau ni Tina,macam tak biasa pula. Cik Nurin kita ni kan jaguh masak. Dah tentulah sedap,"tambah Amy yang sudah mengambil tempat bersama dengan semangkuk nasi putih yang masih berasap.

 

 

 Aku hanya menggeleng perlahan,tak setuju dengan pendapat Amy itu. Amy,Tina dan Mai juga masing-masing pandai memasak,Cuma tak rajin nak masak je,yalah semuanya kerja. Makan tengahari semestinya dekat luar,kalau dah balik mesti dah petang mana rajin nak masak dah. Jadi jawabnya tapau makanan kedailah sebelum balik kerja. Ini hari cuti,jadi ada masa lah untuk memasak dekat rumah.

 

 

"Mai mana?aku dah lapar ni,"Tina sudah mengambil tempat juga. Meja yang memuatkan 4 orang itu memang sesuai untuk kami berempat. Aku juga sudah menarik kerusi untuk duduk,tapi niatkan mati bila namaku dipanggil.

 

 

"Nurin,handphone bunyi,"laung Mai dari arah biliknya. Aku berlari anak kearah bilikku yang berada paling hadapan untuk mendapatkan gajet yang sedang rancak berbunyi minta diangkat itu. Terpandangkan nama pemanggil,aku terus mengangkat.

 

"Assalamualaikum,"sapaku.

 

"Waalaikummussalam. Nurin,maaf saya mengganggu malam-malam ni,"balas Puan Rohaya lembut.

 

Inilah senior merangkap majikan tempat aku kerja sekarang. Nak tahu aku kerja apa?jeng..jeng...jeng. Aku adalah seorang arkitek di syarikat milik penuh Garudas Holdings. Dah dekat 2 tahun juga aku melibatkan diri dalam syarikat ini,dan Puan Rohaya banyak membantuku. Aku hanya tersenyum nipis.

 

"Tak adalah puan. Ada apa call saya ni?"aku mulai pelik. Sebabnya bila mendapat panggilan malam-malam macam ni selalunya ada hal mustahak.

 

 

"Hmm..macam ni Nurin. Esok saya tak dapat nak masuk pejabat lagi sebab anak saya dekat hospital lagi ni. Tapi esok saya ada meeting dengan pengarah urusan Mahsuris Holdings,so boleh awak gantikan saya untuk bincang pasal projek perumahan dekat Bukit Astana tu?"tanya Puan Rohaya lembut. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Mak oi,nak jumpa pengarah urusan Mahsuris Holdings?dah lah sorang-sorang,tapi sebagai seorang pekerja yang berdedikasi aku setujulah.

 

 

"Pukul berapa tu puan?"sambungku pula.

 

 

"Semua maklumat dah saya bagi pada Aman sebab dia pun akan ikut sama. Nanti saya inform dia untuk jumpa awak esok ya. Thanks Nurin," 

 

"Its ok puan. Oklah kalau ada apa-apa saya call puan. Harap anak puan cepat sembuh ya,"

 

 

"Baiklah Nurin,thanks again. Assalamualaikum,"aku membalas salamnya. Talian dimatikan. Aku tersenyum sendiri lantas mengangkat kaki menuju ke meja makan. Pastinya rakan-rakanku itu sudah kelaparan menunggu.

 

 

Bila sampai di meja makan,semuanya memandangku. Sahlah,masing-masing dah lapar. Aku mengambil tempat disebelah Mai. Perut aku juga dah mula bergendang ni.

 

 

"Baca doa,"beritahu Mai. Masing-masing menadah tangan,kebiasaan yang akan kami lakukan kalau makan beramai-ramai macam ni. Perlahan doa makan dibaca dan selesai masing-masing menyerang!

 

"Hmm...siapa call tadi?"tanya Amy bila kami sudah mula menyuap makanan kedalam mulut. Aku yang sedang meneguk air kosong memandangnya memberi isyarat tunggu kejap.

 

 

"Bos aku,Puan Rohaya,"jawabku pendek. Dengan lafaz bismillah mulut menyambung suapan pula. Amy juga turut menyuap nasi berlaukkan tom yam dan ayam goreng itu.

 

 

"Kenapa dia call kau?ada apa-apa ke?"tanya Mai pula. Aku yang tengah mengunyah pandang kesebelah pula. Kunyah habis-habis dulu,baru boleh bercakap.

 

 

"Hmm..dia tak masuk office esok. Jadi aku kena ganti dia jumpa bos kau nak bincang ada hal sikit,"ceritaku pula. Masing-masing berdehem dan tersengeh memandangku. Aku angkat kening. Apa?salah ke apa yang aku cakap ni?

 

"Wah,ada date la esok ye,"sakat Amy dalam tawanya. Aku angkat kening memandang Amy,Mai dan Tina yang sudah tersenyum penuh makna.

 

"Jauhnya korang ni fikir. Aku ada meetinglah dengan dia,tak ada sangkut pautnya dengan hal peribadi. Ini pun first time tau aku nak jumpa bos kau tu,jadi tang mana pula babit dating-dating ni,"jelasku sambil tersenyum lebar.

 

"Hmm...first time ke?muka dia kau pernah tengok tak?kalau tak boleh aku ceritakan,"sambung Amy dalam nada gurauannya sehingga menimbulkan tawa yang lain. Aku menggeleng perlahan,macam-macamlah. Gayanya dah macam aku ni nak pergi cari jodoh pula dengan bos dia orang tu.

 

"Ha,ceritalah cepat. Tapi bos kau yang mana satu ni Amy?tua ke muda lagi?"sampuk Tina sambil meneruskan suapannya. Sungguh bersemangat rakanku yang sorang ini kalau disebut pasal lelaki,cepat saja nak tahu.

 

"Mestilah yang muda. Bapak dia dah pencen dah pun,dialah sekarang yang ganti. Tapi dia tak macam anak orang kaya yang lain tau,biarpun bapak dia tuan punya syarikat,tapi mula-mula dia masuk kerja,dia mula dari bawah. Aku ingat lagi ada orang cerita yang dia tu mula sebagai budak photostep. Macam tak percaya pula aku dengar,tapi itulah hakikatnya. Sejak aku jadi secretary dia,tak pernah lagi aku tengok dia tu main-main,serius memanjang. Jujur aku cakap yang aku memang tak pernah tengok dia senyum,"cerita Amy bersemangat. Sampai tangannya menerawang mereaksikan apa yang diceritakannya itu.

 

"Aku ada dengar juga pasal tu. Budak-budak bahagian aku semuanya respect dengan pengurusan dia,cuma kadang-kadang kitaorang mengumpat juga pasal dia. Yalah,muka dah cukup hensem,pakej pun cukup cuma bengis sangat. Takut juga kitaorang nak tegur kalau tak ada hal penting yang kena jumpa dia,"tambah Mai pula. Yalah kalau dah kerja dalam satu bangunan dan dalam satu syarikat,memang sahlah bos diaorang ni orang yang sama.

 

"Umur dia berapa?dah kahwin ke belum?"laju sahaja Tina menyoal. Masing-masing kini sudah memandangnya.

 

"Umur kalau tak silap aku dah 30 tahun tapi belum kahwin. Aku ada dengar yang umi dia carikan bakal isteri tapi seorang pun dia tak pilih. Hmm...aku pun tak fahamlah dengan bos aku tu,"

 

"Yang kau tanya kenapa?berminat?"aku memandang Tina yang nampak macam berminat sahaja. Tina hanya tersengeh sahaja.

 

"Amboi,tunang kau tu nak letak mana cik Tina hoi,"Amy menepuk lembut bahu Tina yang tengah enak menggigit paha ayam.

 

 

"Bukan akulah,tapi untuk cik Nurin kita ni. Dah lama dia solo,tak akan tak nak cari pengganti,"ujar Tina membalas.

 

 

Aku yang baru ingin menyuap tak jadi nak teruskan. Tiba-tiba tekakku rasa tersekat untuk menelan apa-apa. Senyuman dibibir tiba-tiba pudar bila aku mendengar kata-kata Tina tadi. Tapi benda yang lepas buat apa nak dikenang lagikan?aku bukan seorang yang lemah,sebab aku sudah mampu hadapi semua itu. Tina tiba-tiba terdiam. Aku tahu sekarang masing-masing tengah pandangku penuh simpati. Aku terus menguntum senyuman kepada rakan-rakanku ini.

 

 

"Erm..sorry Nurin,aku tak bermaksud apa-apa,"perlahan suara Tina menyapa telinga. Aku hanya tersenyum dan menggeleng.

 

 

"Its ok. Dont worry,aku tak ambil kisah pun. Benda tu semua aku dah lupakan,yang penting sekarang aku ada hidup aku sendiri,"ujarku semangat.

 

 

Ya,memang tipulah kalau aku katakan aku sudah melupakan perkata itu seratus peratus,tapi aku sudah anggap semua ini sebagai takdirku dan aku redha. Mai menepuk-nepuk belakang tapak tanganku,aku hanya mengangguk.

 

"Dah-dahlah tu,sambung makan. Lauk banyak ni,Tina kau kena habiskan,"suara Amy menceriakan keadaan kembali. Tina menarik muncung,lalu ketawa. Kami sama-sama tersenyum menjamu selera malam ini.



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

adoi mana sambungan nie.. post a sume cik adik oi..

__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

tak yah sambung pun tak apa..

letih aku nk baca post panjang2 mcm gini..

cuba la buat topik yg simple tapi padat..

org baca pun senang..

maklumlah dkt ofis ni kdg2 bukan ada masa nk online GC ni..

kalau dpt online pun mesti nk kene cepat2...

dah tu kalo panjang lebar mcm gini mmg tak abes ler bacoOo...

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard